Selasa, Mei 30, 2006

Qada’ dan Qadar

Kes yang aku cerita sebelum ni tidak semestinya kes negatif... juga bukan semestinya positif... terpulang bagaimana cara kita melihatnya... sebabnya, ada 5 perkara adalah urusan Tuhan yang maha kuasa.

Soal jodoh, pertemuan, perpisahan, rezeki, dan mati...

5 urusan ini, tiada siapa yang tahu melainkan Allah yang Esa. Maknanya, dah termaktub dalam kitab Allah taala di Luh-Mahfuz; (Rujuk balik rukun Iman ke enam;Qada’dan Qadar); Urusan Tuhan, dan perancangan Tuhan, adalah yang terbaik. Siapa kita, manusia yang lemah dan hina hendak mempersoalkan Qada’dan Qadarnya?

Manusia, adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah; diberinya akal fikiran dan hati perasaan. Dan diciptakan manusia itu untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.... kerja yang gunung-ganang pun tolak... selamba manusia terima... dah namanya khalifah, atau dalam bahasa melayunya, pemimpin, atau ketua, sudah tentu akan menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik. Masalah atau cabaran (dalam perkataan yang lebih bermotivasi) harus dihadapi oleh manusia untuk jadi khalifah. Dan sebab itu, tidak ada manusia yang tidak ada masalah... (Aku pun ada banyak masalah!!!)

Sabtu, Mei 20, 2006

Lumayan

Banyak ke insentif yang diberikan? Sebenarnya, bergantung pada kawasan ditempatkan. Kalau di semenanjung, jumlah elaun hanya sebanyak RM500 lebih. Tapi, kalau kes aku di Sarikei ni, jumlah elaun sahaja adalah sehingga RM1079.41!! Itu tak termasuk ‘claim’ tugasan luar kawasan sekolah yang memang biasa aku dapat dalam sebulan. Maklum lah, cikgu bujang. Dengarnya, kawan aku di Sabah dapat lebih RM1400 sebulan!!! Bagi kakitangan kerajaan, ini jumlah yang cukup lumayan terutama bagi pegawai-pegawai yang baru dapat penempatan pertama, macam aku ni...

Kehidupan yang agak lumayan di sini, bak kata peribahasa di atas, hujan emas ni, memang satu insentif untuk menutup luka di hati mencari rezeki di kawasan orang. Ada yang luka di hati tadi dah terus hilang; parut-parut pun dah takder.... mana tak nya, siap dah kahwin dan ada keluarga sendiri di sini. Siap, beranak-pinak lagi. Pendapatan besar, resah di hati dah hilang, nah... apa lagi yang diharapkan dalam hidup? Isk.. isk... kesiannya keluarga di semenanjung...

Jumaat, Mei 12, 2006

Niat

Dulu, mula-mula datang, nak cari pengalaman. Lama-lama, dah cukup 3-5 tahun, tak cukup lagi ke pengalaman untuk ‘move on’? Manusia ni, bila dah leka dan selesa, lupa niat asal... hishh.. mana taknya... gaji besar... dah tentu gaya hidup pun besar... mana pakai kancil-kancil ni? Paling tidak, honda ferio yang cukup popular kat sini... tambah motosikal lagi, rumah sewa? Mana boleh... beli rumah laa... semi-D pun tak berapa mahal sangat... tak masuk perabot-perabot lagi.... kawan-kawan pun dah steady, dah banyak ‘connection’ dibina, dah jadi pegawai senior, dan yang lebih penting, bila-bila masa saja boleh jadi guru kanan di sekolah... Kalau balik semenanjung pada waktu ini, wah... banyak hutang tak selesai, hilang semua ‘privilage’ tadi.

Pengalaman? Keutamaan dah bertukar... yang mudah dah jadi rumit. Kompleks!!! Dulu, tak banyak perkara untuk dipertimbangkan; sekarang, bila dah berkeluarga dengan orang sini, kena buat pertimbangan semula... kira-kira dulu, semua tak boleh pakai. Kena kira semula... Buku baru... hmm... eh... tak semua laa... bukan semua kes macam ni... Ada yang jadi macam ni.... tak semua.... heh... Siapa makan cili lah....

Rabu, Mei 10, 2006

Imej

Di tempat orang, kita sebenarnya ada peluang untuk menjadi siapa yang kita nak jadi... imej masih kosong... Jadi, terpulang pada diri kita hendak menampilkan imej yang bagaimana yang kita mahukan... Kalau nak jadi orang lain pun, siapa yang tahu? Selagi tak ada orang yang kenal kita la.. kan.. Ada baiknya juga macam ni... Kita boleh mulakan hidup yang baru, hidup untuk mulakan imej yang cemerlang, dan menjadi yang terbilang... Masyarakat di sekeliling kita akan melihat dan menilai... selagi kita mampu bertahan la kan... hmm...

Berapa lama kita dapat berlakon dalam pentas kehidupan ni? Lama-lama, masyarakat akan tahu juga siapa diri kita yang sebenarnya. Tak perlu pun hendak menukar imej... Bezanya, setidak-tidaknya, kita diberi peluang kedua untuk menjadi baik... ‘it’s not about who you were, but who you are now’... kisah dulu-dulu, kalau jahat, teruk, dan ntahapehape... boleh tutup buku... sekarang boleh mulakan hidup baru... yang penting, bukan niat yang sementara untuk menutup mata masyarakat... tapi, adalah niat yang cekal dan tekad yang sebenar... hmm... ntah la... kadang-kadang, masyarakat Malaysia ni, masih lagi ada sentimen terhadap seseorang tu... Kalau dah kena label (cop atas dahi) yang awak tu jahat, sampai mati kena label awak jahat... kesian... Sedangkan nabi pun ampunkan umat... Dengan Allah taala pun boleh taubat... ni lagi kan manusia biasa...

Bercerita tentang imej ni, basically, aku pun tak kenal sangat orang-orang yang berada di sekeliling aku ni... tapi, aku boleh agak (hmm... agak-agak ni tak elok ni...); tapi, aku boleh agak latar belakang diorang ni mesti berbeza dengan aku waktu masa diorang belajar dulu-dulu... dan perlu aku tegaskan di sini, berdasarkan imej yang ditonjolkan seharian... dan imej manusia kan boleh dimanipulasi... (tak boleh dipercayai)... well, they say, ‘image creates assumptions’.. and assumptions are always wrong.. Still, that’s what we like most... rite?

Jumaat, Mei 05, 2006

Insentif

Bila ditempatkan di luar kawasan, ada banyak insentif yang diberikan kepada pegawai-pegawai tersebut. Luar kawasan bermaksud jika aku orang semenanjung, ditempatkan di luar semenanjung adalah luar kawasan, dan begitulah sebaliknya. Orang semenanjung bila ke Sabah atau Sarawak, kehidupan makin susah, dari segi fizikalnya; layak la dapat insentif... tapi, orang Sabah atau Sarawak bila ditempatkan ke semenanjung, apa yang susahnya, lagi senang ada... kenapa mereka pun dapat insentif? Hmm... dulu, aku ada persoalkan jugak isu ni, tapi, bila dah sampai sini, baru aku faham....

Soal susah senang juga adalah soal subjektif... percaya atau tidak? Hendak menjawab isu ini, lihat dan fahamkan peribahasa dan kata-kata yang berikut: hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri; Resah di badan lihat di muka, resah di hati, siapa yang tahu; hmm... senang cerita, insentif ni, untuk mengubat hati... Lumrah manusia, siapa yang mahu berjauhan dengan orang tersayang seperti ibu-bapa, isteri, anak-anak, keluarga dan sanak-saudara? Lainlah kalau dah tak sayang... lagi jauh, lagi suka... kan?