Khamis, Julai 20, 2006

Program Lepas SPM : : (bermula episod baru)

Program lepas SPM

Zaman muda remaja, adalah zaman yang cukup membara... jiwa dan raga... semangat berapi-api... ye la kan... bila dah dibakar... bersemangat bukan main... masa nak turun ke masyarakat tu, rupanya ada banyak jalan yang boleh kami pilih... Ada yang berbau politik pembangkang, ada yang berbau politik kerajaan, ada yang berbau atas pagar jer, dan ada yang memang kampus punya... takut jugak kan... rambang jugak biji mata... tapi, aku dah dari kecik, dari sekolah rendah dah memang aktif dalam perkara-perkara macam ni, kalau tak join apa-apa, terasa macam loser jer...

Macam-macam ada... Dari mana aku didedahkan dengan semua perkara ni? Haa... lama punya cerita... lepas SPM punya cerita... Pendek cerita, ada program yang dianjurkan oleh salah satu badan yang di atas tadi; namanya Program Menara Gading... Lepas SPM, kan boring ya amat... Bila dah dapat program macam best jer, apa lagi, join laa. Dah la free... sapa tak nak barang free... biasanya, kalau program ‘motivasi’ macam ni, kan berbayar... mahal pulak tu kan.. heh.. yang ni free... gua join laa.. apa lagi kan...

Dalam program tu, kami didedahkan dengan kehidupan di universiti... Kebetulan, di UIA laa.. kalau tak silap, masa tu, 7 hari BTN di Meru, Klang... Lepas tu, 4 hari di UIA Gombak... Terpegun dan kagum dengan keindahan UIA. Yang bagusnya, menarik aku untuk memilih UIA masa isi borang UPU (borang nak masuk universiti)...(hahah.. semata-mata pasal cantik jer.. tak pikir pun pasal kursus apa nak diambil.. suka hati aku jer...)

Masuk balik cerita...dalam program Menara Gading tu, yang nama pendeknya PMG, pada setiap malam, (lepas minum malam.. hmm...) ada slot untuk anak negeri... Sebelum ini, tak pernah ada pun aku dengar slot anak negeri... heh, tak ada dalam jadual pun... (nampak sangat underground.. kan... ) Pada waktu inilah, diorang ceritakan pada aku tentang kehidupan ‘sebenar’ yang boleh dipilih untuk aku jadi mahasiswa...

Isnin, Julai 10, 2006

Jalan yang dipilih

Ilmu, kalau tak diamalkan, memang akan terlupa... itu hebatnya ilmu... macam keramat pulak kan... ilmu pun boleh merajuk dan akan lari bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmu yang diperolehinya... Sebab tu, kita semua digalakkan untuk berkongsi ilmu... Tak kira sama ada ilmu fardhu ain atau pun ilmu fardhu kifayah... ilmu-ilmu yang tak elok, simpan untuk diri sendiri jer lah...

Masa zaman belajar kat UIA dulu, aku banyak jugak mengikuti program-program yang berbentuk usrah dan majlis-majlis ilmu... di dalam dan di luar kampus... yang ‘atas tanah’ (didaftarkan di UIA), dan ada jugak yang ‘bawah tanah’ (tidak didaftarkan la..). Ramai pelajar yang takut untuk join dan ramai jugak yang tak tahu pun gerakan-gerakan bawah tanah ni... Tapi, atas keyakinan bahawa mencari ilmu itu tidak terhad di dalam bilik kuliah semata-mata, kitorang tak kira... alhamdulillah... aku yakin jalan yang aku ambil talah menjadikan aku seperti hari ini...


Sebenarnya, kehidupan di kampus, dan alam bergelar mahasiswa adalah kehidupan yang sangat memberikan makna yang cukup indah untuk diriku... 6 tahun yang cukup panjang, tapi berbaloi... Rasanya, aku cukup bertuah kerana diberi peluang untuk berada di UIA... Matriks 2 tahun, degree 4 tahun... Bagi kebanyakkan pelajar yang mengejar masa bekerja, dah tentu 6 tahun adalah sangat lama.. Baik masuk UTM ke, 4 tahun setengah jer... tak pun lain-lain universiti yang boleh buat program ekspress... tapi, ye laa kan.... lain tempat, lain lah pengalamannya...

Rupanya, di alam mahasiswa inilah waktu yang terbaik untuk menjadi ideal... Ideal dengan erti kata, dunia yang indah dan semuanya sempurna... Pada waktu itulah, aku belajar dunia yang sepatutnya dan yang diharapkan... Bila kita tahu apa yang sepatutnya berlaku, maka, barulah kita dapat melihat apa yang tidak betul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini... Dan percayalah... nak melihat apa yang tidak betul dalam masyarakat, tidak akan dapat dilihat dan difahami di dalam bilik kuliah... Tak hairanlah, kalau bapak Sokarno dulu pernah berkata, ‘pemimpin yang hebat tidak lahir dalam bilik kuliah, tapi di tengah-tengah kepincangan masyarakat’... ayat ni cukup popular yang menjadikan kitorang dulu cukup bersemangat untuk pergi dan turun ke masyarakat...

Sabtu, Julai 01, 2006

Usrah

Nak kenal orang ni, satu kerja yang sangat susah dan mengambil masa yang cukup panjang... Wajah di muka boleh menipu... Perbuatan pun boleh menipu... Yang paling hebat menipu adalah lidah... pergh.. kalau lidah, tak payah cerita... tak bertulang, tapi, paling kuat menipu... sebab tu, kena berhati-hati dengan lidah. Wajah dengan perbuatan ni, sebagai pelakon pembantu jer...

Lagi satu, ni dalam hadis pun tak silap, ada disebut jugak... satu bahagian yang mana kalau baik, baiklah seluruh anggota tubuh badan, kalau buruk, buruklah seluruh anggota tubuh badan... Tak lain tak bukan... hati! Kalau wajah, perbuatan dan lidah boleh dan sentiasa ditampilkan dengan imej, hati amatlah berbeza... Tidak akan kelihatan pada peringkat awal... kalau dah nampak, maknanya, sudah terlewat... nasi sudah jadi bubur... Pada waktu ini, sudah terhantuk, dah terlambat untuk dingadah... Tak sempat nak sediakan payung, dah basah dah pun...

Teringat satu ilmu dulu-dulu pernah belajar.. bolehlah berkongsi bersama-sama... untuk mencapai tahap yang boleh diibaratkan seperti keluarga dah, bukan satu kerja yang mudah dan sekejap... Dalam bahasa arabnya, dipanggil Usrah.. Keluarga lah tu... ada rukun-rukun yang harus dipatuhi dan langkah-langkah yang teliti... Rukun Usrah diringkaskan sebagai 4T. Taaruf, taawun, tafahhum, dan takaful. Dalam kata mudahnya, taaruf (berkenal-kenalan), taawun (lupa lah pulak..), tafahhum (memahami) dan takaful (tolong-menolong)... Dan proses ini perlulah diiringi dengan iman, dan taqwa untuk mendapat redha Illahi... Asasnya pulak, sudah tentu niat yang ikhlas... atas konsep bertemu dan berpisah kerana Allah taala. Panjang lagi huraian ni... Nanti-nantilah, kalau ada peluang, boleh kita bincang pasal rukun usrah ni.... Dah dapat asas, kira ok la kan...