Isnin, Mac 28, 2011

Kisah Jibril AS, Kerbau, Kelawar Dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, “Hai kelawar, apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”. “Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil, apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, ” Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya”.

Walaupun manusia adalah sebaik-baik ciptaan, namun kehidupan manusia itu sangat sukar berbanding dengan kerbau, cacing dan kelawar…

Wallahualam...


(Sumber : http://panduanislam.com/blog/2011/03/jibril-as-kerbau-kelawar-dan-cacing)

Selasa, Mac 22, 2011

Kemenangan dalam Perjuangan

LUMRAH dan menjadi sunatullah seorang pemimpin itu perlu menghadapi cabaran dan halangan. Cabaran yang ditantangnya bukan calang-calang. Semua itu adalah ujian. Ia berlaku bukan pemimpin kebenaran zaman ini, tetapi sejak zaman para Nabi-Nabi dan Rasul lagi. Malahan cabaran dan ujian batin dan fizikal ke atas mereka lebih azab dari pemimpin yang alami hari ini. Kesengsaraan mereka tidak sampai setengah kuku yang kita hadapi kini.

Dalam konteks iman seseorang ada sebuah firman yang berbunyi, "jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji." Pernyataan Allah ini menjelaskan bahawa untuk manusia sampai ke makam iman tertinggi (zahid) dia akan diuji terlebih dahulu. Ibaratnya macam mana boleh dikatakan parang atau pisau itu tajam kalau ia tidak diuji berlaga dengan waja lain.

Nah begitu juga pemimpin. Ujian ini pula tidak ada tempoh atau tahap tertentu. Tidak ada jangka masa alimiahnya. Ia berjalan sepanjang masa selagi manusia itu berjuang. Selagi ia tidak mundur dari medan perang ujian dan cabaran itu tetap akan datang menerpa kepadanya. Ia bukan secerlak tetapi timpa menimpa. Sebab itu dari ukuran Tuhan lagi banyak manusia itu diuji maka makin tinggi tahap keimannya kalau ia lulus dengan ujian itu. Sebalik kalau ia gagal dan mengaku kalah ia akan menjadi fasik.

Cabaran dan ujian ini berbagai-bagai. Ia bukan satu bentuk dan satu jalur saja. Pujian dan sanjungan juga ujian. Malahan ujian berbentuk begini lagi hebat dan mencabar. Ia memakan diri bak api memakan sekan. Yang dipuji tidak merasai dia bergelimpangan dengan dosa dan kemunafikan bila mana nafsu riaknya meyelimuti dirinya angkara pujian dan sanjungan itu.

Cabaran mendada ialah cabaran yang akan melukai jasad dan rohnya. Inilah cabaran paling hebat. Bukan pula bermakna kalau seseorang pejuang itu dapat melalui cabaran ini dia akan berakhir dengan merangkul piala kemenangan. Kalau dalam politik dia akan menjadi pembesar dan puncaknya perdana menteri. Tidak, tidak begitu.

Kemenangan dalam perjuangan ialah apabila kita dapat kekal dan istiqamah dengan prinsip perjuangan kita. Kita tahan dan betah menghadapi ujian dan menegakkan kebenaran dan prinsip perjuangan kita. Biarlah kita kalah, luka, dipenjara tetapi selagi prinsip perjuangan kita yang hak dan benar itu dapat dipertahankan itulah kemenangan. Lantaran itu para mujahidin mendoakan mereka syahid. Dan syahid adalah makanan mujahidin.

(Rujukan: http://msomelayu.blogspot.com/2011/03/menjerat-rasa.html )

Skim Rumah Pertama

Mampu atau tidak?

Artikel daripada Malaysiakini ini sangat menarik dan jelas!

sedikit ekstrak daripada artikel tersebut:

-According town planner Goh Bok Yen, the scheme would not be of much help as house prices have broken through the ceiling in last two years, especially in Kuala Lumpur and Selangor.


-His other worry is young people being burdened with 30-year long housing loans under the scheme, and this soon after leaving school or graduating from universities before starting work.


-However, it is understood that most of the landed properties and condominiums in major cities like Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Penang, and Johor Bahru are already priced over RM220,000. A property agent who requested anonymity said that for RM220,000 in Kuala Lumpur, one can only get an apartment or flat.


-After deducting RM1,200 for housing loan, RM500 for car loan and RM108 for the education loan, he will only left with RM806 to cope with basic daily expenses like food, fuel, utilities, Internet access, entertainment and sundry other expenses. 

For a single adult without dependants, life is already difficult enough with such an amount, what more for a married adult or those with children. They could easily be mired in financial difficulties.

"Sometimes, when the young adults just come out to work, they are not sure about their dream home. So, if they buy their first home in a rush, they might regret later or be burdened by heavy debts," Goh said.

-"They should also consider other hidden costs, such as legal fees, quit rent and maintenance costs. If they are buying a condominium unit, they should also consider the management fees." 

He is confident that the scheme will not raise the rate of non-performing loans (NPL) as the banks will apply a strict screening and checking process to verify the purchasers's financial background.

-"NPL normally will not rise because of the first-home buyers, because they will work hard to meet the installments."


Alasan dan Asalan

 

1) Sudah lama tidak menulis. Kesibukan yang sungguh tidak membina kekuatan dalaman termasuklah mengikuti tarbiyah usrah sangat menekan jiwa. Terasa ada kekurangan yang entah dari mana. Mungkin perasaan sahaja; mungkin juga suatu kebenaran halus akan terasa kekosongan jiwa. Amanah dalam tanggung jawab sering kali mampu dipersoalkan. Apakah harus melepaskan amanah untuk bebas daripada tanggungjawab? Bolehkah amanah dilepaskan? Bukankah di saat ‘kelemasan’ dan ‘kelesuan’, adalah tempat untuk menguji tarbiyyah jiwa? Kesan tarbiyyah akan ditaksir sejauh mana standard jiwa ini sekarang?

2) Masa kualiti untuk menulis juga semakin terhad apabila disibukkan oleh urusan harian yang sifatnya tugas hakiki mata pencarian. Kelihatannya, nilai tugas hakiki ini mungkin sedikit tinggi berbanding tugas hakiki mata jiwa rohani? Teringat kata-kata ‘orang tua-orang tua’, “kalau tugas dakwah dijadikan part-time job, maka hasilnya juga adalah part-time.” Dengan kata lain, tugas hakiki setiap insan sepatutnya adalah full-time basis, dengan tanggung jawab insan sebagai khalifah untuk menguruskan dunia, serta tanggung jawab insan sebagai hamba Allah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam perlu diselarikan tanpa meninggalkan sebahagian yang lain. Ya, ini memang tugas hakiki yang bukan sedikit kesukarannya. Maka, untuk kali ini, setiap peluang untuk menulis akan dinukilkan suatu yang berkualiti.

3) Mengurus jiwa sendiri dan jiwa orang sekeliling adalah suatu yang sangat sukar. Pengalaman akan memberikan kelebihan. Pengalaman di sini bermaksud usia dan kematangan. Apa yang lebih penting adalah sejauh mana kita menyerahkan diri kepada Yang Maha Esa setelah kita melakukan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh Dengan kata lain, faktor Iman dan Ehsan sebagai asalan dalam menguruskan jiwa. Dalam matematik, Asalan adalah titik (0,0) dalam sistem koordinat Cartes. Asalan sangat penting sebagai titik rujukan untuk menentukan suatu kedudukan dengan tepat! Bagitu juga jiwa dan rohani kita akan dapat ditentukan kedudukannya apabila kita merujuk kepada asalannya, iaitu Iman dan Ehsan.

Rabu, Mac 02, 2011

Isu Sekat pembaharuan Cukai Jalan

Hak terhadap harta.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.


SOALAN:

Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahkamah atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Namun, adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan

(Sumber: sahabat facebook)