Ahad, Oktober 28, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tingkat Peranan Golongan Guru

Oleh: Amidi Abdul Manan

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi tempoh 2013 hingga 2025 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dua hari yang lepas. Ia disambut dengan pelbagai reaksi oleh pelbagai golongan samada yang terlibat lansung dengan pendidikan mahu pun secara tidak langsung.

Terkandung di dalamnya laporan maklum balas yang diterima dari sesi-sesi dialog pendidikan, persidangan, seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh pihak yang berminat mengenai pendidikan negara. Pendidikan bagi sesebuah negara adalah satu perkara yang amat penting. Di sinilah proses mencanai perkembangan dan potensi serta menakrif ciri dan identiti warga negara pada masa hadapan.
Bagi pendidikan di Malaysia ia terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah mendefinisi matlamat dan fungsi pendidikan di negara kita ini. Pelan  Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 22 tahun akan datang. Ia satu tempoh yang penting dan amat getir kerana dalam tempoh tersebut kita akan melalui tahun 2020 yang menakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Penulis tidak berhasrat untuk membincangkan PPPM secara keseluruhan dalam ruang yang terhad dan terbatas ini, tetapi sekadar berkongsi pandangan kerana PPPM masih pada peringkat draf dan ruang masih terbuka bagi maklum balas diajukan kepada Kementerian Pelajaran.

Dalam  PPPM, perkara yang paling menonjol adalah hasrat untuk melonjakkan pendidikan di Malaysia ke satu tahap yang setara dengan tahap antarabangsa. Baik dari sudut guru, kemudahan pendidikan, pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar mahupun kemahiran berfikir. Semuanya diletakkan kayu ukur yang menepati piawaian antarabangsa. TIMS dan PISA yang merupakan satu rujukan yang penting bagi menilai kedudukan negara dalam pembelajaran sains dan matematik turut menjadi perhatian dalam PPPM ini.

Ia sekali lagi merupakan satu ujian terhadap kemampuan kognitif pelajar. Sudah sampai masanya kita mencirikan pembelajaran sains dan matematik berakar umbi kepada masyarakat kita. Sains umpamanya perlu diajar seiring dengan nilai-nilai kehidupan dan kemanusiaan. Ia adalah satu bidang ilmu yang meliputi cakupan pancaindera dan bermatlamatkan untuk mengenali Allah sebagai Pencipta. Ia sarat dengan nilai-nilai yang mengukuhkan keyakinan kepada Allah. Menerusi nilai ini ia akan melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.

Sains dalam dimensi ini tidak mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah tamadun Barat yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam satu krisis kemanusiaan yang parah. Ramai pakar-pakar pendidikan mereka telah mula mengkritik sistem pendidikan mereka sendiri yang gagal memanusiakan manusia. Seperkara  yang menarik dalam PPPM ini adalah mengenai pelaku-pelaku pendidikan iaitu golongan guru. Secara jelas dan spesifik martabat guru akan diangkat bermula dari calon guru sehinggalah kepada latihan dan skim perkhidmatan.

Sememangnya ia disambut baik oleh kita semua memandangkan guru merupakan kelompok terpenting dalam mecorakkan masa depan negara menerusi pendidikan. Namun seharusnya hasrat ini melimpah kepada guru-guru di sekolah-sekolah agama yang bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran seperti sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri dan sekolah-sekolah agama persendirian.

Kesan perlaksanaan KSSR dan KSSM terhadap sekolah-sekolah ini amat dirasai. Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membuatkan sekolah-sekolah ini ketinggalan jauh dari sudut profesionalismenya. Kekurangan guru yang terlatih dalam bidang-bidang seperti pendidikan jasmani, seni, kemahiran hidup dan sebagainya amat ketara sekali. Jika diteliti pula dari aspek kokurikulum juga masih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Seharusnya wujud satu kaedah untuk membantu sekolah jenis ini bagi menghadapi perubahan sistem pendidikan yang semakin kompleks.

Persoalan-persoalan  yang timbul semenjak Laporan Razak perlu diselesaikan segera. Jika dahulu kita berhadapan dengan sekolah-sekolah vernekular, kini kita berhadapan pula dengan sekolah antarabangsa yang semakin subur dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Ia secara terang memberikan pilihan untuk rakyat keluar dari sistem pendidikan arus perdana jika tidak ditangani dengan berhati-hati.

Persoalan pendidikan menggamit perhatian banyak pihak. Ia melibatkan masa depan kita, masa depan negara dan yang lebih penting adalah masa depan kita di hadapan-Nya nanti.


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Ahad, Oktober 14, 2012

Peperiksaan kita, Pendidikan kita

Mencari-cari nilai dalam pendidikan seharusnya tidak begitu sukar; malah seharusnya mudah, jelas dan terang lagi bersuluh. Pendidikan, dengan erti kata suatu perbuatan mendidik, sering juga disinonimkan dengan kata seperti pelajaran, latihan, tarbiyah, (walaupun ada bezanya) dan lain-lain istilah yang suci, bersih, dan secara jelas menggambarkan nilai yang tinggi arasnya meliputi seluruh kehidupan manusia.Namun, tidak semudah yang disangka. Rupa-rupanya, seperti kata pepatah moden, sesuatu yang kelihatan sangat hampir, belum pasti dapat disentuh sekiranya ia adalah suatu imej janaan cahaya projektor.

Begitulah perasaan apabila hendak menulis tentang pendidikan persekolahan di negara bertuah ini. Tiada kata lain yang lebih tepat dan terhampir dengannya, melainkan peperiksaan. Tanyakan secara rawak, apabila dicari penghasilan seorang guru yang baik, hebat dan cemerlang, hasil tersebut pasti menjurus kepada murid mencapai pencapaian yang baik dalam peperiksaan awam, baik UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. Penghasilan karya yang dimaksudkan di sini termasuklah bahan dokumen Pembelajaran dan Pengajaran dalam bentuk hard-copy mahupun soft-sopy seperti laman blog, dan yang sepertinya. Boleh rujuk kepada mana-mana laman blog guru-guru di Malaysia, lihat juga pengiktirafan kepada laman yang memenangi pertandingan yang seumpamanya, termasuk seperti pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat, UPSI. Ya, Universiti Pendidikan Sultan Idris!

Premisnya adalah 'pendidikan', bukanlah 'peperiksaan'. Maknanya, seorang pendidik perlu memberi fokus pengalaman guru-murid dengan alam pendidikan, yang mana peperiksaan hanyalah sebahagian elemen dalam pendidikan. Masalah dunia pendidikan kita adalah apabila terlalu fokus kepada 'sebahagian' itu sahaja. Dalam suatu sistem pendidikan, kebiasaannya dijelmakan dalam suatu aturan kurikulum, dan secara umum, suatu kurikulum memerlukan pengamalnya memahami dan menjawab empat elemen:

Pertama, perlu mengenal pasti tujuan suatu pembelajaran,
Kedua, perlu mengenal pasti kandungan yang dapat mencapai tujuan pembelajaran.
Ketiga, perlu mengenal pasti pengalaman pembelajaran melalui pengajaran yang sesuai bagi memastikan keberkesanan penyampaian kandungan untuk mencapai tujuan pembelajaran,
keempat, perlu mengenal pasti kaedah pentaksiran bagi memberi tafsiran bahawa kandungan telah dikuasai murid bagi mencapai tujuan pembelajaran.

Peperiksaan adalah termasuk dalam elemen yang keempat. Dalam pentaksiran, ada yang dipanggil pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran sumatif adalah pentaksiran dihujung suatu pembelajaran, manakala, pentaksiran formatif adalah pentaksiran semasa proses pembelajaran berlaku. Justeru, peperiksaan umum termasuk dalam pentaksiran sumatif. Itupun perlu dipersoalkan, adakah peperiksaan umum itu menepati elemen keempat dalam kurikulum, iaitu 'Adakah peperiksaan umum dapat memberi tafsiran bahawa kandungan telah dikuasai murid bagi mencapai tujuan pembelajaran?'

Dalam peperiksaan kita, walaupun Lembaga Peperiksaan telah membuat deklarasi bahawa peperiksaan kita adalah dalam nisbah 5:3:2 iaitu nisbah aras senang : sederhana : susah, ia masih tidak memberi petunjuk bahawa soalan yang bersifat menguji pemikiran aras tinggi diserap dalam penyoalan. Kenyataan  bahawa 'peperiksaan bukan untuk menyusahkan dan menggagalkan murid' dapat difahami, namun peperiksaan perlu menepati tujuan ia dilaksanakan.

Dengan kata lain, bukan salah sepenuhnya untuk menyediakan murid kepada peperiksaan, tetapi perlu jelas bahawa peperiksaan tidak boleh dijadikan satu-satunya petunjuk bahawa pembelajaran telah dicapai, apa lagi dalam pendidikan kita, tujuan pembelajaran diukir secara jelas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni secara jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dari satu perspektif, peperiksaan boleh menjadi petunjuk bahawa tujuan pembelajaran telah dicapai asalkan peperiksaan itu sendiri menepati fungsi elemen di atas!

Nilaikan sendiri, sekiranya pendidik kita dinilai dengan kemahiran satu elemen sahaja, iaitu elemen peperiksaan sebagai elemen terpenting menjadikan seorang pendidik cemerlang dan terbilang, maka fungsi pendidik dalam menguasai elemen kandungan boleh diambil alih oleh 'Internet' melalui Encik Google, Encik Youtube, dan lain-lain, serta fungsi pendidik dalam menguasai elemen pembelajaran dan pengajaran boleh dimansuhkan atau diserahkan sahaja kepada sesiapa yang berminat tanpa latihan keguruan antara 1-5 tahun. Malah, fungsi sekolah juga dipersoalkan sebagai medan percambahan kemenjadian insan! Benarlah kata, 'Lebih baik tidak ke sekolah'.



Fikrah Imayu

Isnin, Oktober 08, 2012

Lagi-lagi PPSMI : FB 1M Malaysians Says YES to PPSMI as an OPTION

Saya tanya soalan ini dalam FB : 1M Malaysians Say YES to PPSMI as an OPTION
Bagaimana merasionalkan keperluan PPSMI apabila pencapaian murid dalam UPSR tidak ada peningkatan yang signifikan dalam Bahasa Inggeris dan Sains, malah mengalami penurunan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu?



Jawapan A

1. PPSMI ialah pelajari pelajaran sains dan mathematik dalam bahasa inggeris - maklamatnya ialah untuk mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris dan bukan mempelajari bahasa inggeris dengan mata pelajaran sains dan matematik.

2. Kenapa belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris? Jawabannya ialah kerana ilmu dalam bidang bidang sains, kejuruteraan, perubatan, teklogi maklumat - yang terkandung dalam buku, journal, dan kandungan digital, kebanyakan nya berada dalam bahasa inggeris. Jadi tujuan PPSMI ialah supaya kita dapat akses kandungan ilmu.

3. Ada lah tidak benar bila kita kata bahawa prestasi pelajaran m&s merosot dengan PPSMI. Sekiranya saudara semak kembali statistik dalam tahun tahun lepas - kesemua peperiksaan USPR, PMR dan SPM menunjuk prestasi yang cermelang.

4. Kajian yang di buat keatas korelasasi antara PPSMI dengan Bahasa Inggeris telah menunjuk bahawa PPSMI telah meningkat penguasaan inggeris walaupun korelasasi nya tidak siknifikan.

Pertama, kita perlu ingat bahawa kajian tersebut dibuat setelah PPSMI di perkenalkan selama 6 tahun sahaja. Kajian akan memberi gambaran yang lebih tepat sekiranya ia di buat ke atas pelajar yang berada di peringkat SPM - iaitu selepas 11 tahun berpelajaran.

Kedua kita juga perlu tahu bahawa kajian tersebut tidak mengambil kira apa kah korelasasi yang mungkin sekiranya m&s di pelajari dengan BM. Ada kemungkinan besar, pelajaran BI akan merosot dengan ketara setelah PPSMI di mansuhkan.

rujukan :
http://pagemalaysia.org/news.php?readmore=925




Lain-lain Jawapan:


  • One thing in common , those who oppose ppsmi post their comment in bm , if they want m & s in bm , go ahead , less competition in private sector , we want ppsmi.
  • signifikan tu bm ke ?
  •  Why implemented PPSMI in the first place? It was supported by all when Tun M launched it. But, after Tun exit then the ministry softlanding it. Was it political or pure education of future malaysians?
  •  We are all sounding like a spoiled record telling everyone the 2 most important aspect of PPSMI. 1) PPSMI does not teach you English. It enhances the usage of the language.2) PPSMI is the way forward in terms of technology and competing on an equal footing with the world today. PPSMI does not sideline the National Language or any race for that matter. Every child regardless of what school you attend- National , vernacular, private or International will learn Maths and Science in English.No discrimination and there should be no discrimination in acquiring knowledge.


Jawapan saya:


1) Perkataan ‘signifikan’ memang sudah ada dalam daftar istilah Dewan Bahasa. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk pengayaan kosa kata Bahasa Melayu. Saya kira, ini bukan isu pokoknya.

2) Kalau status ditulis dalam Bahasa Melayu, sepatutnya juga tidak menjadi isu. Gunakanlah bahasa apapun asalkan dapat difahami untuk bersosial di media sosial ini.

3) Pekeliling Ikhtisas (SPI) 11/2002, dasar PPSMI (boleh google untuk baca pekeliling penuh) menyatakan terdapat 3 objektif yang tertulis, iaitu bahawa dengan dasar PPSMI, murid diharap dapat menguasai ilmu sains dan matematik melalui akses dari pelbagai media (buku, internet, majalah, tv, dll) SERTA dengan dasar ini juga, murid dapat menguasai Bahasa Inggeris. Jadi, untuk menyatakan bahawa dasar ini bukan untuk belajar BI dengan mp Sains dan Matematik adalah suatu yg separuh benar ‘half-true’ atau separuh salah.

4) Benar lah kandungan ilmu kejuruteraan, teknologi maklumat, perubatan banyak dalam bahasa inggeris. Persoalannya, murid tidak mungkin masuk ke bidang berkenaan di peringkat tinggi, apabila asas ilmu kandungan sains dan matematik tidak dikuasai dengan baik, malah penyertaan murid (atas kelayakkan) dalam aliran sains (tingkatan 4) semakin menurun sehingga kan hanya kurang lebih, 20% sahaja dalam aliran sains. Justeru, faedah PPSMI hanya dalam kelompok itu sahaja.

5) Dalam mana-mana kajian ilmiah, salah satu analisis statistik yg penting adalah statistik inferensi (inferential statistics) dan salah satu adalah hubungan korelasi yg menunjukkan hubungan langsung antara pemboleh ubah. Istilah ‘signifikan secara statistik’ atau ‘statistically significant’ pula merujuk kepada keberkesanan suatu pemboleh ubah pengubah (moderator). Dalam kata mudah, sekiranya dikaji suatu ‘ubat’ bagi suatu ‘penyakit’, sekiranya ‘ubat’ tiada hubungan korelasi yang signifikan secara statistik, maka, ‘ubat’ tersebut tidak wajar dipasarkan! (Sila rujuk buku berkaitan statistik atau yang berkaitan dengan penyelidikan)

6) Hubungan selama 6 tahun pembelajaran sudah mencukupi, secara statistik (kajian saintifik) untuk memberi gambaran sebenar. Sudah tentu lebih lama, lebih baik. Justeru, kenyataan untuk menidakkan kajian tersebut adalah suatu yang tidak ilmiah dan tidak saintifik.

7) Korelasi dengan pencapaian BI adalah tidak signifikan, seperti yang ditulis di atas. Dan, kenyataan seperti ‘kemungkinan’ adalah suatu yang tidak saintifik. KBSR telah dilaksanakan sejak tahun 1980an dalam BM. Dan tiada laporan menyatakan pencapaian BI merosot! Walau bagaimanapun, (kalau tak silap) memang terdapat laporan tentang kemerosotan murid dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

8) Dan sebagai makluman lagi, dasar PPSMI dilaksanakan tanpa kajian ilmiah dan dibuat secara serentak kepada murid tahun 1 dan tingkatan 1 pada tahun 2002 (Rujuk pekeliling di atas). Ironi, apabila untuk memansuhkan dasar ini, perlu pendekatan ‘soft-landing’. Secara ilmiah, kaedah ‘soft-landing’ boleh diterima akal, berbanding kaedah ‘vertical-departure’ semasa pelaksanaannya dahulu.



A jawab semula: 



“... In conclusion, the policy decision to implement PPSMI was made to ensure students’ mastery in science and mathematics in view of the fact that most of the sources are available in the English language. Indirectly, it is also hoped that the implementation of PPSMI would contribute to the enhancing of students’ command of the language.

“... penguasaan pelajaran BI pelajar pelajar dalam era itu merosot dengan ketara. Graduan graduan yang tidak boleh dapat perkerjaan kerana mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa inggeris adalah satu satu tanda pertunjuk. Kedua, lebih dari 2/3 dari 70000 guru bahasa inggeris yang tidak mencapai tahap penguasaan inggeris yang di perlukan ada lah tanda pentunjuk yang kedua.”

“...20% sahaja yang masuk aliran sains - murid yang masuk aliran sains semakin menurun, walaupun m&s di ajar dalam bahasa Malaysia dari dahulu lagi. Pelajar2 PPSMI cohort yang pertama dari tahun 2003 kini berada di tingkatan 4, mungkin statistik boleh di kaji sekarang.

“... Sudah tentu lebih lama lebih baik, lepas itu buat kesimpulan bahawa menidakkan kajian tersebut adalah suatu yang tidak ilmiah dan tidak saintifik.
Ehh.... apa punya lojik ini. ????!!!!!!!

see how may "English" terms Radin had to use in his Malay language denunciation of PPSMI above:
'statistically significant', 'soft-landing', 'vertical-departure', etc



Jawapan saya:

1. Berkaitan kajian ilmiah, menerima satu  dapatan statistik, dan menolak dapatan yang lain adalah suatu yang tidak saintifik. Logik yang diterangkan sebelum ini adalah tempoh 6 tahun adalah tempoh yang feasible untuk melaksanakan kajian keberkesanan suatu moderator. Maknanya, kalau lebih dari 6 tahun, sudah tentu tiada masalah. Tapi, janganlah menidakkan kajian yang tidak pro kepada hipotesis kita. Cuma, dalam konteks suatu dasar negara, kegagalan suatu eksperimen atau null-hipotesis akan menjejaskan banyak nyawa. Lebih lama dasar itu dijalankan, maka lebih banyak nyawa akan terkorban.

2. Istilah yang ditulis di atas adalah bagi penerangan ilmiah. (Sila rujuk buku yang berkaitan dengan penulisan ilmiah) bagi memahami bagaimana Bahasa berkembang.

3. Kesimpulan pertama untuk memastikan murid masteri dalam kandungan sains dan matematik berdasarkan fakta kebanyakkan sumber adalah dalam bahasa inggeris adalah suatu andaian. (assumption). MP sains dan matematik telah lama diperkenalkan sejak KBSR, dan murid tidak mengalami masalah dalam masteri kedua-dua mata pelajaran ini. Ia tiada kena mengena dengan sumber bacaan dari bahasa inggeris mahupun bahasa malaysia. (Ingat, korelasi pencapaian murid sebelum dan selepas PPSMI tidak menunjukkan signifikan secara statistik). 

4. Kuncinya adalah kerana guru sains dan matematik mahir dalam mengajar kedua-dua kandungan mata pelajaran ini. Dengan kata lain, sumber asas untuk mempelajari kedua-dua kandungan ini sudah mencukupi bagi murid menguasai sains dan matematik. Seterusnya, dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi pada masa depan. (Mungkin perlu dijelaskan pre-requisite untuk menceburi bidang kejuruteraan atau kedoktoran dalam IPT adalah sekurang-kurangnya C ke atas, tapi, sekarang ini, A adalah jaminan). 

5. Memang ada kebimbangan kemerosotan murid dalam berkomunikasi dalam bahasa inggeris pada waktu itu, walaupun pencapaian dalam peperiksaan tidak menunjukkan kebimbangan. Dalam domain pembelajaran B.Inggeris, secara asasnya, terdapat domain Membaca, menulis, bertutur dan mendengar (Reading, writing, speaking, and listening) Kesimpulan yang sepatutnya adalah pentaksiran yang dibuat menunjukkan murid mahir dalam menulis dan membaca dalam BI, tetapi merosot dalam bertutur dan mendengar dalam BI. 

6. Justeru, apabila jelas tentang ‘penyakit’, maka perlulah sediakan ‘ubat’ yang betul. Bukan dengan menarik sekali mata pelajaran yang ‘tidak sakit’. Jelas bahawa penyakitnya adalah ‘berkomunikasi’  dan akhirnya membawa kepada rantaian masalah yang lain seperti dalam bidang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk pekerjaan sebagai guru B.Inggeris!

7. Peratusan berkenaan murid yg mengambil jurusan sains semakin menurun sehingga 20% sahaja adalah dapatan terbaru! Sama ada terdapat korelasi adakah berkaitan dengan dasar PPSMI, saya tidak pasti. Sebelum itu (Pra-PPSMI), dasar 60-40 hampir dicapai. Yang pasti, trend menurun ini bermula sejak tahun 2003 ke atas. Mungkin hanya kebetulan?

Chuang Tzu Story - The need to win

Chuang Tzu Story - The need to win 

When an archer is shooting for fun 
He has all his skill. 

If he shoots for a brass buckle 
He is already nervous. 

If he shoots for a prize of gold 
He goes blind 

Or sees two targets – 
He is out of his mind. 

His skill has not changed, 
But the prize divides him. 

He cares 
He thinks more of winning 
Than of shooting – 
And the need to win 
Drains him of power.



Fikrah Imayu:
Stop worrying.
Start Living!

Jumaat, Oktober 05, 2012

Orang Melayu itu Orang Yang Bijaksana




Orang Melayu itu Orang Yang Bijaksana
Oleh: Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!



Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001)