Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Selasa, Mac 23, 2010

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang bersopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.



Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memilih untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Di akhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi. (TT)





(http://tukartiub.blogspot.com/2010/03/berhenti-sabentar-dan-fikirkan.html)

Selasa, Januari 05, 2010

Percaya dan Berjaya



1) Usaha untuk menguasai Constatinople sudah berlaku semenjak 800 tahun sebelum 1453, tahun di mana Sultan Muhammad Al-Fateh membuka kota Constantinople. Janji Rasulullah SAW 800 tahun sebelumnya adalah benar. Yang hebatnya, adalah para sahabat dan generasi sahabat yang PERCAYA sebelum melihat janji Rasulullah SAW.

2) Kemampuan kita untuk PERCAYA dengan janji Tuhan dan Sunnah Rasul SAW adalah satu cabaran yang melangkaui zaman dan akal. Apa yang tidak pernah dilihat, belum pasti tidak wujud di alam nyata. Seekor gajah dewasa akan kekal gagal dalam pengalaman silamnya. sekiranya terperangkap dalam indoktrinasi zaman mudanya yang gagal.

3) Melaksanakan perubahan adalah satu kemestian.Di akhir hayat kita, kita mengharapkan akan memasuki Syurga. Di Syurga, adalah tempat Rasululullah SAW, Isteri nabi, Para Sahabat, tabiin, dan orang-orang hebat. Ini kerana syurga hanya menerima orang yang hebat. Orang yang tidak hebat tempatnya adalah neraka. Maka, wajib untuk kita berusaha untuk jadi hebat,.

4) Allah telah menyediakan ruang yang cukup luas untuk manusia menjadi hebat sekiranya kita berfikir, dan melihat potensi dalam diri kita.

Sabtu, November 28, 2009

Perutusan Aidil Adha

Bismillahirrahmanirrahim

Nabi Ibrahim bukan sekadar diteladani pengorbanannya, malah baginda sangat pintar dalam mencari dan mengenali Tuhannya dengan Borhan (Hujah yang kuat). Baginda tidak taklid buta tetapi mencari dalil melalui pemerhatian dan penelitian. Lihat sahaja dialog baginda dengan patung berhala dan ketika melihat bulan, bintang dan matahari dalam perjalanan mencari tuhannya.

Dari ilma yaqin (ilmu yang meyakinkan), barulah tumbuh berani dan iltizam untuk berkorban. Sebab kita faham dan yakin seolah-olah nampak syurga neraka. Kita yakin Allah sentiasa mengawasi kita. Maka sesudah itu, adakah lagi ruang untuk tidak berkorban?

Sempena Eid-Adha ini, saya menyeru seluruh ahli agar:-
1) kembali mempertaut hati yang jauh,
2) merapatkan hati yang dekat, dan
3) memesrakan hati yang telah bersatu.

Saya dan saf pimpinan pusat memohon ampun atas segala kesalahan yang berpunca dari kelemahan.

Adapun teguran yang haq (benar) tidaklah saya mohon ampun darinya. Qulil Haq walau Kana Murran. (Berkata benarlah walaupun pahit)

4) Marilah bersatu. Asas kita adalah ukhwah dan tarbiah (kefahaman).
5) Marilah sesali kelemahan lalu dan memperbaharu tekad dan iltizam.
6) Tegurlah, Nasihatlah baik pengikut terhadap pemimpin ataupun sebaliknya.
7) Jangan sesiapun memandang usaha ini dengan pesimis dan mentafsirnya dengan tafsiran yang prejudis. Pandang saja dengan pandangan yang murni.
8) Jangan ada tafsiran kedua yang melekehkan.

Kesimpulan dan tindakan:-

Mari bersama berazam mengamalkan perkara ini:

1. Menjaga hubungan dengan Allah dengan menjaga terutamanya amalan wajib.
2. Belajar memaafkan orang sebelum tidur.
3. Jangan cepat melatah dengan berita-berita yang sampai dan dapatkan penjelasan dari mereka yang terbabit.
4. Bayangkan wajah mereka yang bermasalah dengan kita ketika membaca doa rabitah.
5. Telefon selalu Ibu Bapa untuk mendapat keberkatan.


Sekian.

Mohd Zulhelmi Abdullah
Presiden,
PEPIAS.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Kupasan yang kemas dan bermakna. Tidak sahaja untuk PEPIAS, malah untuk sekelian umat yang berada dalam organisasi. Well said!
2) Fikrah menulis dan menyusun semula teks ucapan di atas agar ia dapat dibaca secara poin yang tersusun dan perhatikan betul-betul, 8 perkara yang saudara Zul tekankan. Salute!

Ahad, November 15, 2009

Menyuarakan yang tersirat dan tersurat

Fikrah:-

>>> Artikel ini telah diterbitkan pada 10 Novemver 2008. Ia diterbitkan semula sebagai satu proses muhasabah dan pentarbiyahan untuk hati-hati kita semua. Di bawah juga, ada diketengahkan juga komen-komen dan ulasan pemerhati di sekeliling kita.

>>> Kemungkinan untuk menambah baik bukanlah satu keinginan; malah ia merupakan satu keperluan yang menggigit. Ya, bila berubah, akan ramai yang menggigit; bila tidak, akan ramai juga yang menggigit...

>>> Hakikatnya, seorang personel tidak akan membentuk pasukan. (One man does'nt make a team) Sekali lagi, saya memohon maaf atas apa yang berlaku sepanjang tahun ini. Saya percaya tindakan saya adalah benar dari kaca mata saya dan pasukan saya. Tempoh yang diberi untuk saya melaksanakan manifesto saya mungkin tidak berapa lama lagi...

>>> InsyaAllah, yang baik, yang sederhana, yang buruk semuanya datang dari kami. HAkikatnya, Allah taala lah yang maha pemberi petunjuk dan hidayah.


Kelab Kebajikan Guru Kertas Cadangan1
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching



Ramai yang mengetahui, lebih gemar mengambil sikap berdiam; tunggu dan lihat... dan sering juga mengambil sikap: "biarlah... nanti ok lah. tu... Bagilah masa dan ruang..." Itu bagi yang tahu.. Bagi yang tidak mengetahui, dan mungkin tidak mengambil peduli, biarkan sahaja... tidak mahu mencampuri urusan... mungkin akan mengeruhkan lagi suasana...

Ini antara sikap yang terdapat dalam masyarakat dan komuniti kita... Soalnya, apa peranan yang boleh dimainkan untuk kita menjadi berkesan dan bermanfaat kepada masyarakat?

Persoalan ini AMAT Penting kerana:

1) Orang yang paling baik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. (mencari bekalan pahala untuk hari akhir nanti). Bagaimana diri kita?

2) Mahukah kita menjadi manusia yang; "datang tidak menambah, pergi tidak berkurang?" (Apa beza manusia ini dengan mayat yang harus dikebumikan?)

3) Manusia yang memberi manfaat lebih baik daripada yang tidak berbuat apa-apa. DAN adakah yang tidak berbuat apa-apa itu lebih baik daripada yang merosakkan atau menyusahkan dan membebankan? Sedangkan setiap sesuatu yang dilakukan pasti akan punya risiko, susah-payah dan beban tanggungjawab? (bukankah manusia yang dipanggil KHALIFAH diutus atas muka bumi untuk memikul tanggungjawab serta menambah baik?)

4) Mengambil pendirian untuk berbuat sesuatu secara terbuka dan rasmi- adalah jauh lebih baik daripada bercakap-cakap di belakang? Mengata-ngata dan 'mengumpat'; juga ada kedengaran... ada di kelompok sana... ada di kelompok sini... (alahai... cikgu..)

5) Lontaran suatu idea perubahan untuk kebaikan itu memerlukan kerjasama daripada keseluruhan warga komuniti. DAN ini suatu tugas yang cukup SUKAR memandangkan masing-masing punya kepentingan peribadi untuk DIPERTAHANKAN... (kita lupa bahawa idea tidak semestinya diterima; tidak juga perlu logika akal fikiran; tidak juga perlu kesegeraan; hanya percambahan minda...)

Marilah kita menyuarakan apa yang tersurat dan tersirat dengan hati yang terbuka dan menerima perbezaan pendapat sebagai suatu rahmat. Senyum-angguk tidak bererti bersetuju; geram-marah tidak bererti membangkang; diam-sepi tidak bererti tidak peduli;

Hanya kita yang mampu mengubah dan menambah baik apa yang berlaku pada diri kita dan di sekeliling kita. InsyaAllah, Tuhan juga akan membantu untuk memudahkan urusan atas apa yang kita usahakan. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin hari akhir nanti... apa yang disemai, itulah yang akan dituai...

Lihat keliling kita... Bangunan-alam flora-murid-guru-staf sokongan-ibubapa-masyarakat; Hargai mereka sebagai aset yang berharga;

Akhir kalam, SELAMATKAN KELUARGA KITA...




KOMEN DAN ULASAN:


Salam,
Saya telah membaca kertas cadangan cikgu. Satu cadangan yang bernas hasil pemerhatian seorang guru yang kritis dan inovatif. Mungkin ia lebih sesuai disalurkan melalui saluran yang betul (KGKT SMKTPG)supaya pandangan dan pendapat cikgu diajukan secara profesional. Paling tidak segala kepincangan yang diLIHAT atau diPERHATIKAN tidak sekadar menjadi bacaan umum tetapi diketahui oleh pihak yang sewajarnya. Biarlah "yang elok beritahu kawan, yang kurang beritahu kami." Teruskan usaha-usaha ISLAH (pembaikan)ini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah Imayu berkata...

terima kasih atas komen cikgu...

Saya sebenarnya, telah memanjangkan dokumen ini kepada pengerusi KGKT SMKTPG sebelum ini.
Ini hanyalah tindakan dan perkongsian susulan daripada saya yang tak seberapa ini untuk tatapan umum para pembaca, warga SMKTPG.
Tujuannya- untuk percambahan minda dan mendapatkan respon pandangan rakan-rakan yang lain untuk penambahbaikan bersama.

Segala input yang konstruktif adalah sangat-sangat dihargai.
terima kasih sekali lagi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>....

Kertas cadangan yang baik..Fakir rasa cadangan itu boleh menjadi kenyataan apabila orang empunya cadangan itu menggerakkannya dengan menjadi pemimpin Kelab...saya menyokong...Fakir sanggup menjadi buruh paksa jika ada peminpin yang berjiwa rakyat....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Saya pun berfikiran seperti fakir. Fikrah Imayu mungkin dapat menyumbang sesuatu kepada kebajikan dan kemajuan guru2 SMKTPG. Yang penting KERJASAMA...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah Imayu berkata...

Saya amat maklum dan memahami bahawa apa yang tertulis sama ada yang tersurat dan tersirat ini, TELAH dan MASIH diusahakan oleh pengurusan sekolah dan pengurusan kelab yang terdahulu dan sedia ada.


Soalnya, kenapa permasalahan ini masih berterusan dan seolah-olah sangat-sangat perlahan untuk berubah ke arah kebaikan? sedangkan pemimpin tersebut sangat berkaliber dan kuat berkerja?

Saya berpendapat,
1) Permasalahan ini tidak dikongsi oleh semua. Masih ramai merasakan "ok jer sekarang ni..." Ini golongan yang dah 'BIASA' dengan keadaan sekarang; dan merasakan ini tidak melibatkan mereka.

2) MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB kepada pengerusi, AJK, dan pihak pentadbiran. Maka, kita perhatikan BEBAN tugas KELAB tidak dipikul bersama-sama. Ibarat kata- kerja tanam pokok taknak; hasil buah nak! atau 'Makan ramai-ramai; bayar sorang-sorang': SIKAP KE'AKU'AN melebihi segalanya.\

Maknanya, PEMIMPIN datang bersilih ganti. YANG PENTING - sokongan dan dokongan DARIPADA ahli...

Pemimpin sebenarnya bertindak sebagai pencetus dan penggalak; yang buat kerja- sepatutnya adalah ahli-ahli... bukan pemimpin tu jugak!!! AMaCAM??? ADA BERANI???

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Meme mcm tu la sikap manusia. Dari zaman universiti pun sama berdasarkan pengalaman saya la. Kalau kita buat lebih2 katanya poyo. Kalau tak buat katanya tak buat keje. Keadaan dilema ni la yang buatkan orang tak bermotivasi....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Rabu, November 11, 2009

Cabaran membentuk kesepakatan

Cabaran membentuk kesepakatan bina identiti peradaban Malaysia
Oleh: Muhamad Razak Idris

NOV 11 — Wujud banyak cabaran di dalam agenda membina peradaban Malaysia. Cabaran paling utama ialah membentuk satu kesepakatan pemikiran mengenai identity peradaban itu sendiri. Perkara ini menjadi satu cabaran kerana beberapa faktor.

Pertama kerana kepelbagaian latar kependudukan masyarakat Malaysia yang terbentuk oleh beberapa komposisi kaum. Seperti yang kita ketahui, ketika Malaysia di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, latar kependudukan masyarakat berubah dan berkembang.

Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu pada waktu itu mendorong penghijrahan yang amat ramai ke negara ini terutama di kalangan kaum Cina dan India. Pada masa sama, masyarakat Melayu iaitu kaum utama juga terbahagi kepada beberapa kumpulan etnik seperti Iban, Kadazan, Dayak dan Dusun.

Kini, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, semua kaum dan etnik ini diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Semua kita kini sudah menjadi sebahagian keluarga besar masyarakat Malaysia. Sebagai satu keluarga besar, semua kita yang juga pada masa sama, mewakili satu entity kebudayaan yang tersendiri mempunyai ruang dan hak saksama dan diiktiraf oleh perlembagaan.

Di samping faktor kepelbagaian latar belakang penduduk seperti yang dinyatakan di atas, masyarakat Malaysia juga memiliki kerencaman daripada sudut nilai dan pemikiran. Perkara ini adalah faktor kedua yang menjadi cabaran di dalam agenda membentuk identiti peradaban Malaysia.

Secara umumnya, nilai dan pemikiran masyarakat Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa pola atau aliran. Aliran pertama sering diistilahkan di dalam diskusi ilmiah sebagai “tradisional”. Ia merujuk kepada suatu bentuk cara hidup masyarakat yang amat menekankan kepada asas-asas warisan di dalam kehidupan mereka.

Asas warisan ini selalunya dipengaruhi kepercayaan agama dan nilai mulia yang diperturunkan secara berterusan daripada satu generasi ke generasi lain sejak zaman berzaman. Asas warisan ini amat penting bagi mereka yang dibentuk oleh pola atau aliran tradisional. Ia harus dipertahankan dengan sesungguhnya.

Asas-asas warisan ini adalah teras yang membentuk identiti sesuatu kaum atau etnik. Asas ini juga sering dirujuk sebagai jati diri sesebuah masyarakat. Ia juga adalah garis penentu yang akan membezakan antara satu kaum atau etnik dengan yang lain.

Sekiranya asas warisan ini lemah dan kendur, ia akan memberi kesan terhadap ketahanan jati diri sesuatu kaum atau etnik. Malah, akibat yang paling parah sekali ialah masyarakat terbabit akan mengalami krisis identiti. Andainya krisis identiti tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa masyarakat kepada keadaan hilang identiti.

Bagi aliran liberal, nilai-nilai hidup moden boleh membawa masyarakat kepada kemajuan hidup yang sebenar. Oleh kerana itu, masyarakat harus menyandarkan cara hidup mereka kepada struktur nilai dan pemikiran moden yang dicapai oleh masyarakat maju pada hari ini dan pada masa sama, perlu menolak nilai-nilai hidup yang bertentangan dengan cara hidup moden.

Inilah antara dua faktor yang menjadi antara hambatan dalam cabaran membentuk kesepakatan pemikiran mengenai identiti peradaban Malaysia yang ingin dibina.

Sejak akhir-akhir ini, pertembungan antara kaum dan aliran berfikir di kalangan pelbagai perkumpulan semakin meninggi dan jurang perselisihan juga semakin menebal. Beberapa perkara seperti permasalahan rumah ibadat, bahasa dan isu perundangan, sekiranya ditangani secara tidak berhemah boleh menjadi pencetus kepada perselisihan antara masyarakat Malaysia.

Apakah penyelesaian kepada cabaran membentuk kesepakatan pemikiran di dalam kepelbagaian dan kerencaman yang wujud ini bagi mengelakkan fenomena pertembungan yang telah dilihat dan dialami sejak akhir-akhir ini di negara kita? Secara umum, penyelesaiannya boleh dilakukan menerusi beberapa langkah dan ikhtiar.

Pertama, tuntutan membina satu kerangka teras mengenai watak atau identiti peradaban Malaysia dari sudut falsafah, nilai dan kebudayaannya. Watak dan identiti ini harus bersifat inklusif atau terbuka yang memberi ruang saksama kepada seluruh kepelbagaian dan kerencaman yang wujud untuk berkembang.

Dalam hubungan ini, beberapa prinsip asas seperti aspek kepercayaan rasmi dan amalan demokrasi hendaklah disepakati dan dihormati semua pihak sebagai prinsip asas peradaban Malaysia. Prinsip asas lain kebanyakannya sudah pun tercerna menerusi Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Kedua, keperluan kepada pengukuhan pola atau aliran nilai dan pemikiran yang bersifat sederhana diperluas dan diperkembangkan di dalam kehidupan masyarakat. Ia boleh diperkukuhkan menerusi pembentukan satu Piagam Etika yang diterima oleh seluruh perkumpulan masyarakat dan kepercayaan agama.

Ketiga, kepentingan untuk proses perluasan budaya dan amalan dialog di dalam masyarakat Malaysia. Perkara ini harus bermula dengan penerapan kefahaman mengenai dialog sebagai satu ilmu yang amat penting dipelajari.

Ini bagi memastikan supaya sebarang bentuk perselisihan dan pertembungan di dalam apa juga isu dan permasalahan di negara ini ditangani menerusi kaedah berdialog atau berbincang.

Ketiga-tiga langkah ini adalah lontaran umum yang memerlukan banyak perincian dan diskusi berterusan. Namun, ia boleh menjadi sebahagian bahan berfikir bagi kita merancakkan semula wacana mengenai peradaban Malaysia. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi pencetus kepada debat berterusan mengenai persoalan penting ini yang dilihat sejak akhir-akhir ini semakin gersang. — Berita Harian

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Merencanakan kesepakatan bukan sahaja harus diusahakan di peringkat nasional, malahan usaha kecil dan utama harus bergerak di dalam ruang lingkum masyarakat kecil dalam satu-satu organisasi seperti pejabat, kampung, kejiranan, masjid dan sebagainya.

2) Meneladani warisan dan nilaian murni orang-orang terdahulu juga memerlukan penilaian semula secara rasional dan intelektual. Mungkinkah tradisi terdahulu yang diwarisi masih relevan dan sesuai pada masa kini? ataupun, asbab peristiwa tradisi yang diamalkan juga harus diketahui generasi hari ini; yang ramainya hanya taklid tanpa pengetahuan.

Selasa, November 10, 2009

Gelombang baru Dakwah abad 21

Oleh : Muhd Razak Idris
Presiden ABIM

PresidenPergerakan Islam di negara ini harus mula menyusun usaha bagi menjana gelombang baru kebangkitan dakwah. Usaha ini adalah cabaran utama pada abad 21 bagi pertubuhan berteraskan Islam di Malaysia. Keutamaan usaha menangani cabaran ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Pertama, tahap kesedaran terhadap Islam sebagai satu cara hidup pada masa kini sudah semakin merata. Ini dapat dilihat menerusi fenomena pengamalan ajaran Islam yang bertambah meluas dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada peringkat individu, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Kita boleh melihat contoh perkembangan fenomena kesedaran Islam yang meluas ini menerusi beberapa aspek. Salah satunya ialah dari sudut peningkatan kefahaman individu dan masyarakat mengenai erti agama Islam itu sendiri. Pada masa kini, kefahaman bahawa agama Islam ialah satu cara hidup yang meliputi seluruh aspek kehidupan sudah mula melebar. Kefahaman ini berbeza sekiranya dibandingkan dengan tahap kefahaman mengenai agama Islam pada peringkat awal kebangkitan dakwah.

Agama Islam pada tahap terbabit dipandang sebagai satu bentuk amalan 'ritual' atau 'upacara' khusus antara seorang manusia dengan Penciptanya yang dijelmakan menerusi rukun-rukun agama seperti bersolat dan berpuasa. Pada tahap ini, masyarakat Islam masih belum mengerti bahawa agama Islam selain keupacaraan pada masa sama satu sumber nilai yang boleh dijelmakan di dalam bidang pentadbiran dan urusan kemasyarakatan, perekonomian, pendidikan, perundangan dan hal ehwal kenegaraan.

Antara contoh lain mengenai fenomena Islam di Malaysia ialah dari aspek peningkatan tahap pengamalan dan pelaksanaan ajaran Islam itu sendiri. Hal ini dapat kita lihat menerusi beberapa unsur seperti pertambahan jumlah penganut yang tekun menunaikan ibadah bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan ibadah haji. Kita semua boleh memerhatikan peningkatan jumlah kehadiran muslim pada majlis mingguan solat Jumaat atau pertambahan berterusan jumlah kutipan zakat di seluruh negara.

Fenomena sama boleh dilihat pada peningkatan jumlah penganut Islam yang menunaikan ibadah haji setiap tahun. Fenomena yang sama boleh juga dilihat pada pertambahan jumlah muslimah yang memilih gaya berpakaian menutup aurat, pertambahan institusi pendidikan berteraskan Islam sama ada pada peringkat asas, rendah, menengah dan tinggi serta peningkatan sambutan masyarakat terhadap produk muamalat atau sistem kewangan berasaskan Islam di negara ini.

Contoh mengenai fenomena Islam yang dinyatakan ini memberikan kita beberapa petunjuk penting tahap kualiti kesedaran, kefahaman dan penghayatan agama Islam di negara kita. Secara keseluruhannya, fenomena ini membuktikan masyarakat Islam sudah mula menunjukkan keyakinan mengenai kemuliaan ajaran Islam sebagai satu cara hidup pilihan kepada mereka pada era moden hari ini.

Tahap keyakinan baru terhadap Islam dan ajarannya seperti ditunjukkan menerusi pelbagai fenomena kehidupan hari ini adalah kesan proses dakwah Islamiyyah yang berlaku sekian lama. Proses ini sudah bermula sejak agama Islam mula disebarkan kepada umat Melayu di rantau ini berabad-abad lalu. Fenomena hidup beragama masyarakat Islam masa kini adalah kesan usaha dakwah berterusan pada masa lalu.

Hasil dakwah ini seharusnya menjadi sumber pengajaran dan kayu ukur di dalam usaha kita merancang dan merangka usaha pembangunan dakwah pada masa depan. Pada pandangan saya, gelombang dakwah baru di abad ke-21 harus memiliki beberapa ciri penting berikut:

Pertama, penerusan secara lebih tersusun usaha dakwah yang dijalankan pada gelombang sebelum ini. Ia meliputi langkah memperhebatkan penyebaran dakwah secara umum dan khusus meliputi kelompok masyarakat yang masih belum terdedah sepenuhnya kepada keindahan ajaran Islam. Kelompok ini meliputi remaja dan belia, suri rumah, masyarakat bukan Islam dan Orang Asli.

Kedua, pembangunan golongan muda atau belia berusia sekitar umur 45 tahun ke bawah sebagai teras pergerakan dakwah. Ini kerana golongan ini adalah generasi penerus kepada usaha dakwah pada beberapa dekad akan datang. Golongan ini perlu dilatih secara berterusan mengenai ilmu, kepentingan dan kemahiran dakwah.

Ketiga, penggembelengan seluruh sumber dakwah daripada segenap unsur dan pengaruh sebagai pergerakan yang bersatu secara utuh. Ini menuntut kerjasama yang utuh antara individu, pertubuhan, parti politik dan institusi dakwah yang ada di negara ini yang bergiat di dalam pelbagai bidang kehidupan.
Model ini adalah berasaskan konsep 'perkongsian bijak' bagi tujuan memanfaatkan kekuatan yang dimiliki oleh seluruh unsur dan sumber dakwah itu demi kemajuan agama dan ummah.

Keempat, pengembangan bidang tumpuan dakwah di dalam aspek baru sejajar dengan cabaran umat abad 21. Ini meliputi langkah menangani cabaran peralihan zaman dan globalisasi, agenda liberalisasi budaya dan sikap prejudis terhadap Islam atau 'Islamophobia' di kalangan masyarakat bukan Islam. Agenda menjana gelombang baru dakwah ini memerlukan banyak persediaan pergerakan dakwah di negara ini. Antara cabaran utama ialah menampilkan satu watak kepemimpinan dakwah yang boleh diterima semua pihak.


Isnin, November 09, 2009

Let's learn Singlish

SINGLISH is Singaporean English

English: The Manchester United players were not up to standard today. It was a waste of my time watching them.
Singlish: Man U kana sai! Waste my time only!
English: I can't help but notice that you've been staring at me for the past few minutes. Is anything the matter?
Singlish: See what see?
English: Excuse me, could you please keep quiet? I'm trying to concentrate over here.
Singlish: Oi, shaddup can?

English: This way to your table, please.
Singlish: Come!

English: What shall we have for dinner this evening?
Singlish: Tonight eat what, ah?

Ahad, November 08, 2009

Discipline teacher

Lipstick in School (Priceless!)

According to a news report, a certain private school in Washington was recently faced with a unique problem. A number of 12-year-old girls were beginning to use lipstick and would put it on in the bathroom. That was fine, but after they put on their lip stick, they would press their lips to the mirror leaving dozens of little lip prints.

Every night the
janitor would remove them, and the next day the girls would put them back.

Finally the principal decided that something had to be done. She called all the girls to the bathroom and met them there with the maintenance man. She explained that all these lip prints were causing a major problem for the janitor who had to clean the mirrors every night (you can just imagine the yawns from the little princesses).
To demonstrate how difficult it had been to clean the mirrors, she asked the maintenance man to show the girls how much effort was required.
He took out a long-handled squeegee, dipped it in the toilet, and cleaned the mirror with it. Since then, there have been no lip prints on the mirror.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
There are teachers ...
... And then there are educators

Khamis, September 10, 2009

Inspiring Speech

This is a speech made by Pulitzer Prize-winning author, Anna Quindlen at the graduation ceremony of an American university where she was awarded an Honorary PhD.

Most brilliant, to the point. Speech to get all of us thinking....



"I'm a novelist. My work is human nature. Real life is all I know. Don't ever confuse the two, your life and your work. You will walk out of here this afternoon with only one thing that no one else has. There will be hundreds of people out there with your same degree: there will be thousands of people doing what you want to do for a living. But you will be the only person alive who has sole custody of your life. Your particular life. Your entire life. Not just your life at a desk or your life on a bus or in a car or at the computer. Not just the life of your mind, but the life of your heart. Not just your bank accounts but also your soul.

People don't talk about the soul very much anymore. It's so much easier to write a resume than to craft a spirit. But a resume is cold comfort on a winter's night, or when you're sad, or broke, or lonely, or when you've received your test results and they're not so good.

Here is my resume:

I am a good mother to three children. I have tried never to let my work stand in the way of being a good parent. I no longer consider myself the centre of the universe. I show up. I listen. I try to laugh. I am a good friend to my husband. I have tried to make marriage vows mean what they say. I am a good friend to my friends and them to me. Without them, there would be nothing to say to you today, because I would be a cardboard cut out. But I call them on the phone and I meet them for lunch. I would be rotten, at best mediocre, at my job if those other things were not true.

You cannot be really first rate at your work if your work is all you are. So, here's what I wanted to tell you today: Get a life. A real life, not a manic pursuit of the next promotion, the bigger pay cheque, the larger house. Do you think you'd care so very much about those things if you blew an
aneurysm one afternoon or found a lump in your breast?

Get a life in which you notice the smell of salt water pushing itself on a breeze at the seaside, a life in which you stop and watch how a red-tailed hawk circles over the water, or the way a baby scowls with concentration when she tries to pick up a sweet with her thumb and first finger.

Get a life in which you are not alone. Find people you love, and who love you. And remember that love is not leisure, it is work. Pick up the phone. Send an email. Write a letter. Get a life in which you are generous. And realize that life is the best thing ever, and that you have no business taking it for granted.. Care so deeply about its goodness that you want to spread it around. Take money you would have spent on beer and give it to charity. Work in a soup kitchen. Be a big brother or sister. All of you want to do well. But if you do not do good too, then doing well will never be enough.

It is so easy to waste our lives, our days, our hours, and our minutes. It is so easy to take for granted the colour of our kids' eyes, the way the melody in a symphony rises and falls and disappears and rises again. It is so easy to exist instead of to live.

I learned to live many years ago. I learned to love the journey, not the destination. I learned that it is not a dress rehearsal, and that today is the only guarantee you get. I learned to look at all the good in the world and try to give some of it back because I believed in it, completely and
utterly. And I tried to do that, in part, by telling others what I had learned. By telling them this: Consider the lilies of the field. Look at the fuzz on a baby's ear. Read in the back yard with the sun on your face.

Learn to be happy. And think of life as a terminal illness, because if you do, you will live it with joy and passion as it ought to be lived"

Ahad, September 06, 2009

Pertahan Malaysia perlu Ikhlas ikut Perlembagaan

Negara kita Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52 dalam suasana sederhana tetapi patriotik pada 31 Ogos lalu. Di dalam banyak pengucapan pemimpin negara sempena tahun kemerdekaan ini, tuntutan semua rakyat Malaysia bersama-sama membina negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni, ditekankan menerusi kerangka gagasan 1Malaysia.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) selaku sebuah pertubuhan yang mewakili golongan belia Islam di negara ini ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia menyahut seruan ini. Masyarakat boleh menyumbang dalam usaha pembentukan negara Malaysia bersatu padu menerusi beberapa langkah.

Pertama ialah dengan memahami dan menghayati kembali sejarah pembentukan negara ini. Hal ini menuntut masyarakat Malaysia meningkatkan bacaan dan kajian terhadap susur galur perjuangan menuntut kemerdekaan menerusi perspektif yang menyeluruh. Menerusi pembacaan dan pengkajian ini, masyarakat Malaysia tentu akan terdedah dengan latar kehidupan negara sebelum kemerdekaan, memahami liku-liku dalam proses mencapai kemerdekaan, mengenali tokoh pejuang kemerdekaan dari segenap kumpulan masyarakat dan kaum serta memahami asas permuafakatan antara kaum di negara ini.

Langkah kedua ialah mempertingkatkan hubungan dan pergaulan antara kaum. Seperti kita ketahui, masyarakat kita tergolong kepada beberapa kelompok kaum seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Kepelbagaian masyarakat Malaysia ini perlu dijalin secara kukuh dan berterusan. Peningkatan hubungan dan pergaulan menerusi pelbagai cara yang sesuai dan wajar antara pelbagai kaum boleh menghilangkan jurang dan tembok pemisah yang banyak disaluti oleh kepentingan kelompok. Di samping kita terus mengekalkan identiti kelompok yang kita warisi, masyarakat Malaysia hendaklah bersatu atas semangat kenegaraan sebagai 'Anak Malaysia'.

Langkah ketiga ialah menerusi peningkatan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Abim ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia supaya meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan sama ada daripada aspek kefahaman atau pertuturan. Bahasa Melayu ialah bahasa penghubung antara kita semua. Sekiranya masyarakat Malaysia tidak berkongsi satu bahasa penghantaran yang sama, kita semua tidak akan dapat berkongsi perasaan kecintaan kepada negara dan tidak mungkin dapat menghayati cita-cita perjuangan sama sebagai anak Malaysia.

Bersempena sambutan kemerdekaan tahun ini, Abim ingin menyeru semua pihak supaya terus gigih dan ikhlas dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Ini dapat diterjemahkan sekiranya semua pihak menghormati Rukun Negara dan prinsip keadilan dan kehormatan insan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


MUHAMAD RAZAK IDRIS,
Presiden Abim.

Khamis, Ogos 27, 2009

Eid Milad Saeed * Selamat Bertambah Usia

Selamat Hari Lahir utk abang...
terima kasih kerana menjadi suami yang baik di mata isteri dan papa yang penyayang...
Husna dan mama doakan papa sihat2 selalu, ceria2 selalu supaya dapat bahagiakan kami selalu... sayang papa...