Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 27, 2008

Cahaya Hati Permata papa dan mama

Fakta kelahiran:

Nama bayi (cadangan-belum daftar) : Radin Fatihah Husna Binti Radin Muhd Imaduddin
Jantina : Perempuan
Tarikh kelahiran : 24 Disember 2008 (Rabu) bersamaan 26 Zulhijjah 1429H
Umur kandungan : 37 minggu, 5 hari
Waktu rasmi kelahiran : 11.50 pagi
Berat semasa lahir : 3.39kg
Tempat lahir : Bilik bedah (tingkat 1), dewan bersalin, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)- (juga dikenali - HUKM), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Doakan semoga lahirnya seorang lagi penerus generasi Ummat Rabbani, seorang khalifah yang berfungsi, dan hamba Allah yang bertakwa.. insyaAllah...

Amin...






Isnin, Disember 22, 2008

tik...tok..tik..tok... (2)



1) Selepas 4 malam di Hospital banting (16-19/12/2008), baby masih tidak menunjukkan apa2 perubahan untuk berpusing kepada kedudukan normal. Doktor bakal menghantar Ayu ke Hospital Klang untuk proses memusingkan baby dan sekiranya ada apa2 komplikasi, operation akan terus dilakukan di sana.

2) Kami memohon dan memilih untuk pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) atas alasan berhampiran rumah ibu bapa saya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. (20 minit sahaja) dan ditambah pula kemudahan lebih selesa.means proses kelahiran di HUKM, lps tu blk le Bnting jugak utk berpantang...

3) pagi Sabtu jam 10.30 pg discharge dari Hosp Banting. kami pulang ke rumah sebentar mengambil barang2 yang perlu. rindunya kat umah...:) selepas Zohor, terus bertolak ke HUKM (kira2 60km dari Banting)
sampai di Unit Kecemasan HUKM, staff yang bertugas menyatakan kami perlu berjumpa doktor di Jabatan O & G pada hari Isnin kerana Klinik O&G dibuka hari bekerja sahaja dan keadaan Ayu yg x menunjukkan sebarang tanda sakit bersalin, jadi wajarlah utk dtg pada hari Isnin...

4) pagi ini Isnin 22/12/08 kami pergi ke HUKM seperti yg dijanjikan...ditemani ibu. sampai di sana, almaklumlah...mana2 hospital pun mcmtulah gayanya...menunggu yg lama di setiap stesen (pdaftaran, scan & jmpe doktor) sabar ye...(kami memujuk hati.

5) keputusan Scan mnunjukkan baby masih berkedudukan "persistant obligue breech"... means masih serong. yg lain2 alhamdulillah baik(jantung, kuantiti air ketuban,tumbesaran dsb). due 6/1/2009. yg tak sangka, Estimated Fetus Weight 3.369kg, agk besar juge...ni baru 37minggu 4hari...

6) jam 12.30 barulah dapat berjumpa doktor O&G... doktor mengambil maklumat2 penting. mula2 Ayu masuk sorang, lepas tu saya pula menyusul kerana doktor minta kami buat keputusan samada mahu:

a. ECV (External Cephalic Version) yg mana doktor akan memusingkan baby menggunakan tangan di bahagian luar abdomen. sekiranya berjaya kepala baby engaged di bhgian bawah, maka boleh bersalin normal itupun sekiranya tiada apa2 komplikasi swktu kelahiran nnti(sbb blum tau lg baby boleh lahir normal atau x,tmbhn pulak berat baby akn smakin besar, lg2 ank sulung)... sekiranya doktor dah cuba tp tidak berjaya dipusingkan,(baby still serong) maka...ceasar lah jwpnnya. menurut doktor, ECV ni agk menyakitkan sedikit pd ibu... doktor kata lagi, selepas buat ECV, doktor akn lihat samada ada komplikasi @ x. komplikasi spt baby akan turning back spt asal, jantung berdenyut semakin perlahan & perubahan uri. sekiranya berlaku komplikasi ni, doktor x kan tunggu lama & terus ceasar...(demi baby & ibu selamat)

b. terus pilih utk ceasarean... yg mana, doktor akn bg tarikh terus... (x pyh fikir2 nak ECV @ cara lain)

kami pilih utk ECV, yg mana kene dtg esk pagi

kami pulang ke rumah dengan keadaan masih berfikir2 lagi sebenarnya dan bincang dgn mak samada nak pilih ECV @ Ceasarean.... jauh di sudut hati, apa yg kami mahukan ialah baby & ibu selamat... macam2 perasaan bertandang di hati dan fikiran... Ya ALLAH Engkau dorongkanlah kami membuat keputusan yg betul & terbaik...
kalian doakanlah kami & baby; smga slmt....

(by Radin & Ayu)





Selasa, Disember 16, 2008

tik.. tok.. tik... tok...




1) Masa yang ditunggu semakin tiba... Hari ni, Ayu check in ke Hospital Banting... Doktor pakar menyatakan perlu pemantauan rapi memandangkan keadaan kedudukan baby yang sedikit luar biasa.

2) Bukan biasa - bukan songsang - bukan melintang - tapi serong. Doktor kata, susah nak pusing pada kedudukan itu; doktor sendiri pun tak berani nak pusingkan; dan lagi- sudah cukup 37 minggu.

3) Tik... tok... tik... tok... Masa semakin suntuk. Mungkin kami akan berkampung di hospital. Mujur juga rumah sangat berhampiran... Bila-bila masa sahaja... Walaupun ada 22 hari lagi; itu jangkaan paling akhir... Memang bila-bila masa sahaja...

4) Ya Allah.. permudahkanlah urusan kami... Semoga segalanya berjalan dengan baik... Amiinn..


Fikrah - nak jadi papa ni... :-)

Khamis, November 20, 2008

Projek Cat Rumah Cheras



Ini satu lagi projek yang telah dilaksanakan bagi memperbaharui kekemasan dan gaya kehidupan serta keselesaan tinggal di rumah. Kami sekeluarga, semua sekali balik dan bergotong-royong...

Seharian juga menyiapkan projek ini. Lihatlah perbezaan yang amat ketara... SEBELUM dan SELEPAS!!! Yang pasti, inilah rumah kami... Jadi, kalau tak kita, siapa lagi yang mahu melakukannya... Di sekolah ke, pejabat ke, mana-mana ke, asal kita punya hati, punya kemahuan, dan yang penting kerjasama, segala yang kelihatan sukar dan mustahil pun boleh dilaksanakan...

Fikrah Imayu

Projek Bumper QSA 6333



Aduh... Sakitnya hati bila melihat bumper kemek.... sikit punya sedey.. nak salahkan sapa... sendiri langgar!!! Akibat terlalu konfiden apabila hendak undurkan kereta...

Pengajarannya-
1) Keadaan dah gelap, malam, tempat tak biasa... hati-hati laa bila mengundurkan kereta.... ni, tak, main laju jer...
2) Kalau ada budget lebih sikit, dalam RM100-RM200 jer, pasangla 'reverse sensor'.. Tak rugi pun... Bila dah kena macam ni, bengkel tu charge dalam RM200 jugak... Ni, bengkel kampung, kalau lain-lain, ntah laa...
3) nasib baik pakai HOnda Accord... Yang kemek hanya bumper,Body selamat... Kalau ikutkan momentumnya, kalau kereta PRoton, abis semua.... Ada hikmah rupanya pakai Honda Accord lama ni......
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Terima kasih kepada En. Supardi, owner paintshop; bukak bengkel sebelah rumah jer... Hj Jailani yang recommend... Ok laa hasilnya dengan budget yang ada...

Isnin, November 03, 2008

Kenduri doa selamat Ayu 7 bulan



Kali ini, saya ingin berkongsi gambar peristiwa Majlis Doa Selamat sempena Ayu 7 bulan mengandung anak pertama kami... Dijangkakan akan beranak pada 31/12/2008. Betul-betul hujung tahun; InsyaAllah, sekiranya tidak ada apa-apa masalah. Mudah-mudahan lah...

Yang menariknya, kenapa bulan ke 7? dikisahkan dulu-dulu, orang melayu, zaman-zaman jahiliyah dulu-dulu ni... ada adat melenggang perut... Telur digelekkan atas perut... macam tu laa lebih kurang... apa motifnya... pun saya tak berapa nak jelas... nanti, kena buat research lagi...

Bagi kami sekeluarga, abah dan mak sekadar mahu membuat doa selamat... InsyaAllah, tidak ada kena mengena dengan adat melenggang perut.. Kalau berlaku pada usia fetus 7 bulan, itu mungkin hanya secara kebetulan... Islam mengajar agar kita sentiasa berdoa kepada Allah; mohon lah apa sahaja; setiap masa... tidak ada waktu tertentu untuk memohon kepadaNya....

SEmoga, segalanya selepas ini, berjalan dengan baik.... Doakanlah juga yer....

Jumaat, Oktober 17, 2008

Kukuhkan ukhuwah; teruskan tarbiyah

Apakah kaedah untuk mengukuhkan lagi tali ukhuwah / silaturrahim sesama kita? Kunci ukhuwah atau kata lainnya adalah perpaduan, bukanlah suatu perkara yang datang dengan sekelip mata. Ia memerlukan suatu pentarbiyahan atau latihan yang berterusan untuk mencapainya. Malah, negara Malaysia sendiri masih mengalami masalah ini walaupun telah merdeka dari penjajah Inggeris lebih 50 tahun. Perbezaannya, ia ditenggelam-timbulkan oleh media dan ahli politik yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Kalau tidak ada masalah, mana mungkin ada hero atau penyelamat yang merungkaikan masalah tersebut. Inilah asas kepada politik;Ahli politik seharusnya membawa kepada keadaan yang lebih baik. Bagi media pula, the worst story is the best story. Barulah akhbar akan terjual. Barulah stesyen televisyen akan mendapat banyak penajaan. Yang berhati mulia, akan mengambil peluang (take opportunity) untuk menabur bakti dan jasa. Yang berhati busuk, akan mengambil kesempatan (take advantage) di air yang keruh.

Di kesempitan ini, ramai pula yang akan terkeliru siapa kawan, siapa lawan. Cakap siapa yang boleh dipercayai? Konflik peradaban ketatacaraan dalam kehidupan (life ethics) akan tercabar dengan masing-masing akan menonjolkan diri, kumpulan atau fahaman mereka adalah benar dan yang selainnya adalah salah. Warna kehidupan sudah tinggal dua. Kalau tidak hitam, maka ia adalah putih. Kalau tidak melibatkan diri kita, tidak mengapa. Kalau tidak mahu melibatkan diri dan memikirkan tentang Malaysia, lebih baik tinggal dan jadi warga negara lain, atau pun jadilah warga planet yang lain! Memelihara negara (daulah) adalah tuntutan agama, malah mana-mana negara di atas muka bumi ini juga mahukan rakyat yang bersama-sama membina tamadun negaranya.

Pejuang (Mujahid) sebenar tidak dipengaruhi oleh kata-kata orang ramai; Sesungguhnya, kita semakin alpa dan tertipu dengan konsep demokrasi. Yang ramai, tidak semestinya benar, dan begitulah sebaliknya. Tetapkan pendirian berasaskan kepada akal, dan bukan kepada emosi dan sentimen; melainkan pendirian kita dilapik dengan perasaan takut, bimbang, dan punya kepentingan tertentu yang harus dipertahankan. Akhirnya, itulah yang akan menterjemahkan sikap kita atau topeng kita yang sebenar

Maka, ia perlukan sikap mengambil peduli (concern) dengan segala yang berlaku di sekeliling kita. Bukan bermakna harus menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang berbeza pendapat dan pendirian, apa lagi menjadi ahli dan terlibat secara terbuka; cukuplah sekadar mengikuti dengan kekuatan dan keupayaan peribadi. Apa yang paling penting, menyusuri permasalahan ini dengan akal dan ilmu pengetahuan yang adil secara serwajagat dengan dipandu oleh wahyu Illahi dan sunnah nabi.

Soalan bagaimana hendak mengukuhkan ikatan ukhuwah, maka jawapannya- ikhlaskan jiwa; buang segala kebimbangan dan ketakutan; peduli dengan masyarakat sekeliling; terjemahkan ilmu tentang keadilan, kebajikan dan kemuliaan dalam tindakan dengan insan di sekeliling kita.

Kukuhkan ukhuwah, teruskan tarbiyah.
Selamat datang ke alam pejuang agama, dan negara.

Isnin, Oktober 13, 2008

hartanah

DAlam 10 hari raya aidilfitri tahun ini, antara topik yang paling sering kali dibicarakan oleh rakan-rakan dan saudara-mara adalah topik belian hartanah. Masing-masing, menyatakan pentingnya bertindak sekarang untuk membeli hartanah terutama rumah sebelum terlambat. Yang menariknya, dalam 5 kali orang yang sembang pasal beli rumah ini, 2 orang menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, lagi 3 orang, guna pinjaman bank.

Masing-masing memberikan hujahan masing-masing... Memang la rasa ketinggalan pulak bila tidak punya hartanah sendiri. Saya sering tertanya-tanya, boleh kah mereka mengekalkan 'over head' bulanan? Ini yang menjadikan saya belum bertindak membeli sebarang hartanah. Umur; sebaya... kerja; lebih kurang... Maknanya, komitmen bulanan juga adalah lebih kurang ... Kenapa mereka mampu, saya tidak mampu? ataupun, mereka bersedia dengan risiko, dan saya masih berkira-kira...

Nak kata tak mampu, sebenarnya, tak logik juga... Soalnya, ini adalah komitmen jangka panjang dan pelaburan terbesar setakat ini. Saya ada juga melakukan sedikit survey dalam web yang berikut:-

1) i-property; kira housing loan
2) tanah-tanah di Malaysia
3) Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan
4) Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan - Anggaran bayar balik
5) Borang permohonan BPP online

Banyak rupanya kaedah untuk mendapatkan hartanah di MAlaysia ni. Saya banyak juga membincangkan dengan isteri perihal ini, dan beliau juga bersetuju. Sekarang, masa untuk bertindak. RAsanya, apa-apahal pun, kena bangunkan rumah abah dan mak di Kebun Baru dulu. Lagipun, tanahnya juga sudah dinamakan kepada Isteri. Belanjanya pun lebih rendah berbanding membeli rumah baru. Maka, pinjaman akan berkurangan- (beban jangka panjang ni), dan untuk itu, pinjaman (peminjam 1) adalah daripada beliau, dan kami akan membuat pinjaman bersama. Maka, kami harus menunggu lebih kurang dalam 1 tahun lagi, untuk membolehkan beliau sah dalam jawatan; dan layak untuk membuat pinjaman.

Risiko kami;
1) perbelanjaan keluarga akan bertambah - lagi-lagi sudah beranak-pinak
2) Baki kewangan bulanan akan terjejas serba sedikit. (high over head)
3) Risiko pembelian hartanah yang tidak berbaloi dan bermasalah.
4) Harga tanah yang semakin tidak mampu milik.

Namun, kalau tidak berani mengambil risiko, mana mungkin akan capai suatu kejayaan. Semua orang mahukan harta yang selamat untuk masa depan. Semoga tidak terlewat dalam melakukan tindakan. BIarlah, pada hari persaraan nanti, sudah tiada hutang-hutang dan bebas dari bebanan kewangan yang lain. Maka, rancanglah sekarang.

Khamis, Oktober 09, 2008

SEmalam, hari ini dan hari esok.

Semalam, dalam pukul 3.00 petang, dapat satu panggilan yang menarik. Hmmm... isinya atau siapa pemangginya belum boleh cerita lagi... tapi, cukup untuk membuatkan saya akan memikirkan hala tuju saya selepas ini... hmm... Daripada ngantuk petang, terus terngiang-ngiang, dan hati berdebar-debar sepanjang hari. Panggilan itu memerlukan saya membuat keputusan penting!

4.00 petang - Anak-anak murid, Zamry, Yus dan Mad; ni geng-geng band; artis di SMKTPG; datang beraya ke rumah. Budak-budak ni, datang naik motosikal. siap sesat-sesat lagi. "Tulaa Zamry... Cikgu dah cakap, dekat SMK BANDAR BANTING, bukan SMK BANTING. Dengar betul-betul" Kesian... dah sampai dah dekat Taman Cempaka, patah balik ke TESCO... Takper laa... ambil pengajaran... dengar betul-betul... Diorang beraya sampai jam 6.45 petang. Maklumlaa.. Hujan pun lebat bukan main lagi petang tu... Terima kasih... Cikgu siap bagi hadiah kasut baru kat Zamry... HEhehe.. REzeki orang datang raya.




Hari ini harus dipastikan lebih baik dari semalam. Bagaimana? Sudah tentu dengan iltizam dan semangat yang sangat tinggi untuk terus melakukan yang terbaik. Awal pagi, dalam jam 2.30 pagi, saya terbangun- mimpi ngeri la pulak.... dah lama tak mimpi cerita hantu... adoi laa.. apa pasal laa... Fikiran masih melayang-layang kot....

5.30 pagi - Bangun sahur. Hari ini, Khamis. Maknanya, dapat 4 hari untuk puasa Syawal. Then, boleh rest kejap, sambung lagi Isnin dan Khamis depan. Terus mandi, siap pergi ke sekolah.

6.35 pagi - Alamakk... saakit perut laa pulak...

7.15 pagi - sampai ke sekolah dan dapat sms daripada Cikgu Naim (6.33pagi) mintak tolong untuk buat spot check tingkatan 3. Maklumla.. persediaan sebelum PMR. Tuan hjJumiran pulak, bentang laporan dan ulasan tentang aktiviti pelajar dalam minggu depan. Kebanyakkan kelas tingkatan 5 (yang hujung-hujung laa) diberi cuti rehat. Kalau tak, bising dan mengganggu peperiksaan. Yang form 3, ramai ya amat yang kena cekup. Lepas tu, budak-budak peperiksaan pergi MAjlis kerohanian masing-masing... yang mengambil kesempatan ponteng... lagi ramai... Yang best nya, dalam tengah sibuk2 serius perhimpunan, Puan Maizatul panggil.. ingatkan nak cakap di perhimpunan, rupanya, mintak order kuah rojak!

9.00 pagi - Siapkan markah Darawi - hmm.. dapat 43%. Lulus jugak budak ni... Alhamdulillah... Then, masukkan markah Ko-ko 5PA1- yang hantar, bagi A; yang langsung buat tak endah, terus C... Terus pergi kedai photocopy seberang, mak tuan... lambat nak mam*%$. mahal pulak tu.... hajat nak bagi soalan SPM MAth 2002 dan SPM 2000 di kelas, nampaknya, kena minta diorang ambil sendiri; buat sendiri...

10.30 pagi - Bilik LK kecoh dan sibuk... 2 biji komputer dipasang (meja PC yang dah lama sampai di sekolah, tapi tak digunakan); yang menariknya, siap ada internet (WiFi card). Yang paling layannn, cikgu Jailani dan anak-anak muridnya, 5LK... Saya tumpang gembira... Ini suatu usaha yang lama! (seriously)

11.35 pagi - memulakan menulis entry. Hakikat hari ini macam sangat banyak kisah dan peristiwa yang berlaku... semestinya hari ini berbeza... Bila difikir-fikirkan, rasanya inilah yang akan dijadikan memori saya di SMKTPG... di mana laa agaknya saya hari esok? Eceh... Lain macam bunyi ni... (adooii... kusut fikiranku....)

Sabtu, Oktober 04, 2008

Selamat Hari Raya

Salam lebaran untuk semua,

sesudah sebulan berpuasa, pada 1 Syawal, maka, seluruh umat Islam di seluruh dunia meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Di Malaysia, budaya kunjung-mengunjung adalah suatu yang sangat disenangi, dan diturunkan turun temurun. Ini adalah waktu terbaik bagi berjumpa orang lain, terutamanya sanak saudara terdekat. Bukan mudah hendak berjumpa dan mengumpulkan kembali ahli keluarga apabila masing-masing sudah berumah tangga.

YAng paling indah adalah budaya maaf-bermaafan. Ucapan yang paling klise- Maaf Zahir dan Batin. Ucapan ini seharusnya datang dari hati yang ikhlas, dan disusuli dengan keinsafan dan taubat tidak akan melakukan lagi kesalahan yang lalu, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sebenarnya, adalah lebih sukar, namun sangat mulia hasrat apabila memohon maaf kepada insan yang dosanya tidak dapat kita lupakan, apa lagi memaafkannya. Klise, tapi sangat terkesan di hati.

Istilah 'forgive but not forget' adalah sangat relevan untuk dirungkaikan sehabisnya pada bulan Syawal ini. Sesudah kita momohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain kepada kita, walaupun insan itu tidak berjumpa dan memohon maaf! perasaannya adalah sangat lapang... Terasa suatu beban yang terpikul di bahu sudah terlepas dan terasa ringan.

'Maafkanlah apa yang kita tidak dapat lupakan' dan 'Lupakanlah apa yang tidak dapat kita maafkan'... Bukan suatu yang mudah, namun, ia tidak kompleks. Ia adalah jelas. Yang menyukarkan adalah perasaan dan emosi sahaja. Dan apabila bersabit dengan emosi, ia adalah nafsu. Bukankah Nabi Junjungan sudah berpesan bahawa setelah tamat perang Badar, perang yang lebih besar dari itu adalah perang menentang hawa nafsu. Maka, benarlah bahawa memaafkan itu memang suatu perjuangan yang mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri- Maaf Zahir dan Batin.

Selasa, September 23, 2008

Agenda Belia tahun 2009

Surau Raudhatul Muttaqin, Taman Kemuning, menjadi bukti bahawa remaja-remaja di sekitar sini telah berkumpul dan menjalani kem Remaja Raikan Ramadhan (3R) pada 20-21 September 2008. Program ini mencatat sejarah peribadi kepada ABIM Kuala Langat, kerana buat pertama kalinya, kami dapat berkerjasama dengan Jemaah Islamiyah Malaysia (JIM) Kuala Langat, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Morib, serta Majlis PErwakilan PEnduduk (MPP) zon 22, Kuala Langat dalam program bersifat pendidikan remaja di sini.

ABIM, bukan sahaja di Kuala Langat, malah di seluruh negara sebenarnya pada tahun ini, secara asasnya berada dalam defensive mofe, apabila kekuatan jentera kita adalah di tahap minimum. Kami terdedah dengan pelbagai ketidakpastian masa depan penubuhan apabila akta Pertubuhan Belia yang diluluskan pada tahun 2007 akan diguna pakai dan berkuatkuasa pada akhir tahun ini. Menjelang Januari 2009, pertubuhan-pertubuhan belia haruslan mempunyai keahlian mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Sebenarnya, takrif belia dalam bahasa lain adalah teenagers, atau youngsters, atau youth. Maknanya, umum boleh membayangkan ia adalah kelompok remaja belasan tahun sehingga awal 30an... Di Malaysia, definisinya berbeza sekali. Belia adalah mereka yang berumur bermula 16 tahun sehinggalah 40 tahun. Belia ini pula dipecahkan kepada 3 kumpulan, iaitu 26-25 tahun- belia remaja, 26-35 tahun- belia kerjaya, 36-40 tahun- belia kepimpinan.

Di Malaysia, masalah akan berlaku dalam kelompok belia kerana selama ini, pertubuhan belia dimonopoli dan dikuasai oleh politikus, dan kumpulan tua yang sudah tidak relevan lagi dalam organisasi belia. Malu sungguh apabila berlaku konvensyen belia peringkat antarabangsa, belia luar; semuanya muda-muda sungguh. Wakil Malaysia pula, semuanya tua-tua sungguh! Kemudian, dikata pula belia remaja ini tidak mampu, tidak aktif, dan lesu-selesunya. Padahal, golongan itulah yang melesukan belia hari ini demi kepentingan peribadi masing-masing.

Hari ini, kita bermula sekali lagi. ABIM juga tidak kurang punya masalah. Dalam daerah Kuala langat, masyarakat juga sudah hampir tidak mengenali ABIM. Kami hanya punya 1 kumpulan usrah. Dan dalam kumpulan usrah ini pula, hanya 6 orang sahaja yang aktif. Lebih parah, 3 daripadanya, sudah lebih 40 tahun, malah hampir mencecah 50 tahun. Dan selebihnya, dalam lingkungan 20an. Maknanya, kami kehilangan 20 tahun generasi penerus sebelum ini! Ini sangat serius! sangat-sangat serius!

Namun, kita sedar keadaan ini, dan percaya mampu melakukannya sekali lagi. Tindakan harus dilakukan hari ini. Gunakan segala kesempatan dan peluang yang ada untuk menrik minat generasi muda, dengan menggunakan segala bantuan dan kerjasama dari mana-mana pihak yang sama-sama punya visi yang sama. Kerja keras dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan Syiar Islam. Kami percaya, apabila kita berpegang teguh dengan tali-tali Allah, Allah pasti akan membantu untuk menyebarkan dakwah pada jalan fisabilillah yang suci ini.

Kami menyusun rangka program untuk menanam benih syabab (pemuda) dalam gerakan atau Jamaah Islamiyah dalam konteks belia Islam dalam agenda tahun ini dan seterusnya seperti yang berikut:

1) meneruskan kerjasama dengan mana-mana badan dan institut Islam di daerah ini secara konsisten (istiqamah)
2) Memberikan peluang program-program berbentuk pendidikan, dalam bentuk yang boleh dan mahir laksanakan seperti program motivasi pendidikan, Smart Solat, Syabab Masjid dan sebagainya kepada warga Kuala LAngat khususnya.
3) Menambah baik jaringan perhubungan dengan NGO-NGO Islam di daerah ini dan kerajaan negeri melalui Pusat Khidmat Masyarakat Dun, dan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan.
4) Mengadakan program-program berterusan kepada sekolah-sekolah sasaran di Kuala LAngat dan diteruskan lagi untuk tahun-tahun berikutnya.
5) MEmantapkan institusi usrah dengan serius dengan menggalakkan golongan isteri dan anak-anak untuk turut serta bersama-sama.
6) Menjadi jurubicara ummah dengan memberikan fakta-fakta dan pendirian ABIM kepada ummah, sebagai pendirian yang bersifat independence dan non-partisan seperti yang dipegang pada hari ini.
7) Sentiasa mengambil berat akan adik-adik pada peringkat PEPIAS-PKPIM untuk terus berkerjasama mengendalikan program yang kita anjurkan.
8) Mengadakan kumpulan usrah di peringkat IPT-IPT di kawasan sekeliling, seperti di Kuala Langat- Kolej MARA, Kolej Komuniti, KUIS, USIM, UiTM, Kolej InTI, dan sebagainya.
9) Memasarkan tokoh-tokoh dalam ABIM Kuala Langat sebagai jurubicara umat yang bertaraf selebriti, pendakwah bebas, atau tokoh dalam khidmat masyarakat dengan memberi ceramah atau memberi sumbangan kemasyarakatan di kawasan-kawasan sekitar.
10) dan lain-lain yang relevan.

Wahai Belia-belia sekelian, mari kita teruskan agenda belia untuk agama Islam! PErjalanan kita masih jauh. Namun, kita harus teruskan jua perjalanan ini. (pangkalnya jauh, hujungnya belum tiba)

Allahu Akbar.