Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Selasa, Januari 31, 2012

Hayati Keunggulan Konsep Wassatiyyah

Kesederhanaan atau wasatiyyah adalah identiti agama Islam. Islam mengajar penganutnya agar mengamalkan segala suruhan dan menjauhi segala larangan tanpa sebarang tokok tambah yang menyusahkan. Dalam Islam sesuatu yang menyusahkan bukanlah sesuatu yang terbaik. Maka sebab itulah kita dianjurkan untuk segera berbuka puasa dan melewatkan pula sahurnya. Begitu juga dalam ibadah yang lain. Ini dapat kita perhatikan apabila teguran yang Nabi Muhammad s.a.w berikan kepada sekumpulan sahabat yang mahu mengekang nafsu dari berkahwin, tidak mahu berbuka apabila berpuasa dan mengharamkan diri dari memakan daging yang halal.

Baginda mengingatkan, kepada mereka, sedangkan Baginda sendiri seorang Nabi, Baginda berkahwin, berbuka apabila berpuasa dan memakan daging yang dihalalkan. Lantas Baginda memberikan penegasan bahawa sesiapa yang tidak menyukai sunnah Baginda dia bukanlah terdiri dari umat Nabi Muhammad. Wasatiyyah dalam Islam bukan terhenti sekadar pada ibadah semata-mata, tetapi juga dari sudut pemikiran, akidah dan akhlak. Kesederhanaan menjadikan Islam itu indah dan mampu menarik manusia untuk mendekatinya. Menakrifkan kesederhanaan atau wasatiyyah bukanlah mudah. Ini diakui sendiri oleh Ibnu Maskaweh yang menyatakan: “Sesungguhnya sukar menentukan pertengahan itu dan berpegang kepadanya setelah ,menetapkannya”

Wasatiyyah juga bukanlah bererti menghindari segala bentuk tindakan yang agresif. Baik bersifat persendirian mahupun berkumpulan. Peperangan bagi menuntut hak dan mengembalikan kebenaran ditempatnya adalah satu tindakan yang masih lagi dalam ruang lingkup wasatiyyah. Golongan yang tertindas apabila bangkit menentang kezaliman tidaklah dianggap sebagai golongan pelampau dalam Islam.

Menentang segala ketidakadilan dan penindasan adalah suatu tugas yang wajib dilaksanakan oleh setiap kaum muslimin. Malah membebaskan puak yang tertindas dan dizalimi amat dituntut oleh Islam. Wasatiyyah juga bukan bermaksud menerima kedua-dua pandangan yang berada pada dua hujung yang saling bertentangan. Menerima segala-galanya demi menjaga hati dan menjauhi kemarahan mana-mana pihak. 

Mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan bukanlah ciri wasatiyyah Islam yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam perlu memelihara prinsip dengan tegas dan jangan sesekali membenarkan prinsip ajaran Islam diperkotak- katikkan dengan mudah. Inilah yang sering disalah tafsir oleh masyarakat Barat. Mereka mahukan konsep wasatiyyah selari dengan pandangan hidup yang moderat.

Mereka melabelkan sesiapa sahaja yang berpegang teguh dengan ajaran agama sebagai fundamentalis yang ekstrem. Pada mereka muslim yang moderat adalah muslim yang mengamalkan agama Islam seperti kacamata mereka terhadap agama Kristian. Kristian hanya pada nama, bukan amalan dan kepercayaan. Mereka dengan bangga menyatakan I’m a Christian, but I’m not going to the church every Sunday. Pada mereka cukuplah sekadar ada agama tapi untuk mengamalkannya jauh sekali.

Mereka dengan segera dan rakus melabelkan pejuang jihad sebagai ekstremis. Walau apa pun alasannya, jihad adalah satu keganasan. Mereka dengan penuh rasa benci menyatakan bahawa Islam adalah agama peperangan. Kalimah jihad mesti dihapuskan dari kamus ajaran Islam. Bagi mereka moderat adalah kelompok yang berfikiran terbuka dan menerima apa saja dari siapa sahaja tanpa kayu ukur kebenaran. 

Kebenaran bagi mereka bersifat relatif bukan sesuatu yang muktamad. Kebenaran diukur menerusi citarasa dan sokongan majoriti. Pada mereka pula segala pandangan yang bersumberkan kitab suci agama yang mengenepikan pilihan atau kecenderungan manusia adalah tidak moderat dan tertutup. Justeru apabila kita berbicara mengenai wasatiyyah ia adalah satu konsep yang jauh dengan terjemahan moderat dalam masyarakat barat.

Kita mesti berpegang dengan keutuhan konsep wasatiyyah yang dianjurkan oleh Islam. Konsep wasatiyyah adalah konsep yang murni bagi memelihara karamah insaniyah yang tinggi. Bagi memastikan konsep wasatiyyah ini dapat dipelihara dan diamalkan oleh masyarakat, maka satu agenda diperlukan bagi menghapuskan sebarang bentuk belenggu yang bercirikan pembodohan dan pembebalan. Ini kerana sifat bodoh dan bebal akan menjerumuskan kita ke lembah ketaksuban dan kehancuran. Ia mengingkari konsep wasatiyyah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Amidi Abd Manan
(Sumber: http://www.abim.org.my/component/content/article/6-laporan-aktiviti/342-pertahankan-keunggulan-konsep-wassatiyyah.html)

Isnin, Disember 05, 2011

KENYATAAN MEDIA: Chua Soi Lek dan Hudud

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA,Datuk Seri Chua Soi Lek, yang memperlekehkan hukum Hudud di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam. ABIM menilai kenyataan biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri

Di samping itu, ABIM berpandangan kenyataan tersebut yang itu berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini. Ini memandangkan hukum Hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia.   

Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek tersebut juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia yang berkembang pesat di seluruh dunia.

ABIM merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau.  

Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), ABIM menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini.

ABIM juga menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Rabu, November 30, 2011

Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekali lagi mengulangi bantahannya terhadap penggubalan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di parlimen semalam. ABIM menilai penggubalan undang-undang ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti serta pandangan yang diketengahkan oleh pelbagai pihak  berhubung implikasi negatif yang bakal dicorakkan menerusi kelulusan undang-undang ini.
Dalam hal ini, ABIM amat menyesali  sikap tertutup kerajaan yang enggan membicarakan penggubalan rang undang-undang ini secara terbuka dan meluas sambil membabitkan konsultasi awam dan suara masyarakat sivil di negara ini.
ABIM memandang keengganan tersebut bertentangan samasekali dengan komitmen keterbukaan yang menjadi intipati agenda perubahan yang dilaungkan oleh pihak kerajaan  di bawah kepimpinan Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak.

ABIM menanggapi pendekatan tersebut tidak lain dan tidak bukan, seakan menzahirkan wujudnya agenda “pembebalan”  ke atas masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi, dengan menutup serta menafikan sama sekali  ruang ekspresi bersuara  di kalangan rakyat.  Adalah amat menyedihkan kerana ia hanya akan menghalang kepada perkembangan wacana demokrasi dan kenegaraan yang sihat serta progresif di negara ini.

Demokrasi merupakan intipati penting kepada perkembangan sesebuah negara maju. Lunas-lunas demokrasi meraikan sebarang perbezaan pendapat dengan menjamin kebebasan bersuara di peringkat akar rumput. Demokrasi juga merupakan wahana penting yang merapatkan jurang di antara rakyat dan pemerintah  menerusi komunikasi dua hala rakyat-pemerintah dan rakyat-pemerintah.

Kelulusan rang undang-undang perhimpunan aman 2011 sekaligus menafikan fungsi serta potensi demokrasi itu sendiri sebagai agen perkembangan ekonomi dan politik di negara ini. Adalah amat malang amalan demokrasi dinafikan di atas nama prerogatif menjaga ketenteraman awam, walhal ia (demokrasi) merupakan wahana paling berpengaruh dalam menjamin keamanan serta kestabilan politik di sesebuah negara!

Menilai implikasi-implikasi tersebut, ABIM ingin mengulangi gesaan agar rang undang-undang ini ditarik balik. ABIM juga menggesa pihak kerajaan agar bersikap terbuka terhadap sebarang teguran serta mengadakan konsultasi awam sebelum menggubal sebarang undang-undang di masa akan datang!

AMIDI ABD MANAN
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Jumaat, November 25, 2011

Pelaksanaan MBMMBI pada tahun 2012

surat siaran ini perlu dibaca bersama dengan pekeliling SPI 12/2011(http://www.scribd.com/doc/72361300/SPI-12-2011-Pelaksanaan-MBMMBI)
Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2011

Khamis, November 17, 2011

Why PPSMI is abolished

[Yang berikut ialah penyataan media Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap penyataan media PAGE (Parent Action of Group for Education) tentang PPSMI (The STAR
Wednesday October 5, 2011)



Why PPSMI is abolished

WE refer to the letter “Say ‘Yes to PPSMI’” (The Star, Oct 3) by Tunku Munawirah Putra, honorary secretary of Parent Action Group for Education (PAGE).
The author claimed that the Government was ill-advised when it decided to abolish PPSMI in 2009.

As a result, national schools are now not the school of choice as many parents prefer to enrol their children in Chinese and private schools. These remarks are mere conjecture.

We would like to clarify that the decision to abolish PPSMI was done after careful deliberations.
The Ministry consulted various stakeholders and conducted in-depth studies on the effectiveness of PPSMI and its impact on student learning before scrapping the flawed policy.

We found that during the implementation of PPSMI only 4% of Mathematics and Science teachers used 90% or more of English in the teaching and learning of the two subjects.

A majority of them used a mixture of Bahasa Malaysia and English. More often than not, the teachers had to switch to Bahasa Malaysia in their teaching because students could not understand their lessons in English.

A study conducted by a group of educationists from the Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) revealed that 70% of Form Two students found it difficult to learn Mathematics and Science in English.

Another study done by a Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) professor concluded that PPSMI hampered students’ ability to understand Mathematics and Science concepts, hence resulting in their poor performance in the two subjects.

The Education Ministry also received numerous views from experts, non-governmental organisations and concerned individuals about the impact of PPSMI on student learning.

In the main, we found that students who had poor command of English were at the receiving end of PPSMI. They could not acquire the knowledge of Mathematics and Science as they were not proficient in the language that the two subjects were taught.

We estimated that about 500,000 students ‘fell victim’ to PPSMI each year. Obviously, it is gross injustice to these students if we decide to continue with the policy.

Only students with good command of English benefited from PPSMI. We found that these students also performed well in other subjects that are taught in Bahasa Malaysia, indicating that they will have no problem learning Mathematics and Science in Bahasa Malaysia.

After careful deliberations, the Education Ministry decided that the teaching and learning of Mathematics and Science should be conducted in Bahasa Malaysia in national schools and in vernacular languages in the Chinese and Tamil national-type primary schools.

This decision is in line with the position taken by Unesco that the mother tongue is the best medium of instruction in schools.
Thus, the claim made by Tunku Munawirah that the Government was ill-advised when it made the decision to abolish PPSMI is baseless.
She also made a gross factual error by implying that many parents prefer to enrol their children in national-type Chinese schools due to the abolition of PPSMI. This argument is not supported by fact.

The national-type Chinese schools have been offering the two subjects in Mandarin during the implementation of PPSMI, with additional hours of teaching and learning of the two subjects in English.

With the abolition of PPSMI, the national-type Chinese schools will offer the two subjects in Mandarin. Private schools which use the national curriculum will offer the two subjects in Bahasa Malaysia.

We could not agree with the author that PPSMI is the only way forward for education in Malaysia should we want to create quality workforce and achieve high-income nation status.

This argument ignores the fact that the current generation of scientists, technocrats, lawyers, accountants and other professionals are the product of our National Education System where Bahasa Malaysia is the medium of instruction in schools.

For many decades, Bahasa Malaysia has been our national language and the language of knowledge. It has proven to be an effective medium of instruction in the national schools.

We, however, concur with the author that Malaysia must produce top grade workers who will be able to compete in the globalised world.
And for this reason, our country needs a population that is competent in English.

In relation to this, the Education Ministry has taken comprehensive measures to improve our students’ command of English through the Strengthening English Language (MBI) policy.

We are improving the methods of teaching and learning of English in schools, increasing English hours and hiring quality English teachers, including from abroad, to help our students be proficient in English.

We believe that there are many ways to improve English ability among our students and we are working very hard to realise this objective.
What we need is the support of all parents to help us enhance the quality of our education and improve student learning.

CORPORATE COMMUNICATIONS UNIT,
Ministry of Education Malaysia.

Sabtu, Julai 02, 2011

We can make a Difference





Just brilliant!


"All that's necessary for the forces of evil to win in the world is for enough good men to do nothing." Edmund Burke.

Khamis, Jun 02, 2011

Allahyarham Fadzil Noor dan keterbukaan politik Islam.

Allahyarham Fadzil Noor dan keterbukaan politik Islam.

1 JUN 2011 : Dekad rerfomasi menampilkan ramai wira; selain protagonisnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak kurang penting peranannya lebih sedekad yang lalu adalah Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Presiden PAS.

Pada 2 September 1998, negara terkejut dan keliru. Menyusuri tahun-tahun 1990-an dengan igauan memalukan seperti seorang menteri besar membawa wang tunai sebegitu banyak ke Australia, seorang menteri dituduh mencabul perempuan di bawah umur, dan tentunya pemecatan, pembataian, pemenjaraan tanpa bicara, penghadapan ke mahkamah dan pemenjaraan Anwar.

Dalam keadaan negara terkejut dan keliru melihat seorang bakal perdana menteri dihina sebegitu rupa oleh pucuk pimpinan negara, ramai yang bersimpati dengan Anwar termasuk Fadzil yang terkenal dengan geralan Ustaz Fadzil.

Fadzil dan Anwar mempunyai tali persahabatan panjang sejak hari-hari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sekitar tahun 1970-an sehingga nama anak perempuan sulung Anwar, iaitu Nurul Izzah, diberikan oleh pemimpin PAS itu.

Namun hubungan sedemikian tidak dikongsi oleh banyak pihak dalam PAS. Mereka masih tidak puas hati dengan penglibatan Anwar dalam UMNO sejak awal 1980-an. Mereka melihat tidak ada keperluan untuk tampil mempertahankan Anwar.

Tidak dapat dinafikan, selama tempoh 16 tahun Anwar berada dalam kerajaan Barisan Nasional, beliau menjadi musuh politik PAS. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamadmengambil Anwar pada 1982 sebagai jawapan beliau ke atas agenda kebangkitan Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada hari sejarah hitam Anwar dipecat dari semua jawatan dalam kerajaan atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa, liwat dan kaki perempuan, Fadzil menjadi satu-satunya pemimpin PAS yang berani mengambil tindakan yang betul.

Beliau menziarahi Anwar, pada masa itu masih di kediaman rasmi kerajaan, untuk memberi sokongan moral. Fadzil tidak memaklumkan rakan-rakan PAS mengenai pertemuannya itu. Beliau menutup telefon bimbitnya dan tiada siapa yang boleh menjejakinya pada malam itu. Para pemimpin PAS hanya mengetahui perkara itu menerusi akhbar keesokan harinya. Beberapa hari selepas itu, menurut Subky Latif dalam catatannya, semasa mesyuarat jawatankuasa pusat parti, Fadzil disoal “seolah-olah berdepan dengan tribunal.”

Fadzil mengambil risiko politik dan peribadi yang besar dengan membawa dirinya dan PAS untuk bersama dengan Anwar. Malah, ia tidak terhenti di situ sahaja. Fadzil bertindak menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) – badan yang menjadi jambatan di antara parti-parti politik dan NGO; dan satu daripada dua perintis kepada Barisan Alternatifbersama Gagasan Demokrasi Rakyat – tanpa kelulusan jawatankuasa pusat PAS.

Kedua-dua gagasan itu ditubuhkan pada 27 September 1998, seminggu selepas Anwar ditahan. Walau pun Anwar adalah simbol reformasi, Fadzil adalah tokoh yang melaksanakan idealisme reformasi itu dengan menyediakan pentas untuk rakyat menyuarakan sokongan.

Kesannya, walau pun dibantah oleh sebahagian besar pemimpin PAS, mereka gagal menyekat kesan pengaruh Anwar terhadap parti itu. Usaha Fadzil ternyata melangkaui fahaman dan pendirian kebanyakan pemimpin PAS ketika itu. Tindakan berani Fadzil ternyata berjaya dan berbaloi.

Rakyat khususnya orang Melayu marah dengan tindakan zalim Mahathir terhadap Anwar. Ada yang keluar UMNO untuk mencari platform politik baru. Anak-anak muda Melayu yang belum pernah berparti pula turut melihat PAS sebagai alternatif.

PAS menggandakan keahliannya pada akhir 1998. Antara tahun kelahirannya pada 1951 hingga akhir 1980-an, PAS yang mempunyai 300,000 ahli, telah meningkat kepada 450,000 pada Oktober 1998. Pada 1999, PAS mempunyai 1 juta keahlian.

Lidah rasmi parti, Harakah, meningkatkan edaran daripada zaman pra-reformasi sebanyak 72,000 naskhah sewaktu pilihan raya kecil Arau pada Julai 1998 kepada 380,000 naskhah pada tahun 1999, menyumbang pendapatan besar kepada tabung parti.

Perubahan-perubahan ini akhirnya menyumbang kepada prestasi luar jangkaan parti pada pilihan raya umum 1999. PAS menawan 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi negeri.

Fadzil mungkin bukan pemidato yang paling karismatik dalam ceramah-ceramahnya. Namun beliau adalah seorang tokoh strategi di samping pengasas pakatan yang memainkan peranan besar dalam penubuhan Barisan Alternatif.

Selepas pilihan raya 1999, Fadzil mengingatkan PAS bahawa keputusan teruja itu bukan bukti sokongan positif terhadap pendirian PAS tetapi lebih kepada undi negatif kepada UMNO.

Ketika itu juga bangkit persoalan Negara Islam. Walau pun atas nama yang sama, soal prinsip dan ciri-cirinya berbeza di antara Fadzil yang lebih bersikap inklusif dan beberapa pemimpin lain dalam parti yang lebih tertutup dalam kefahaman mereka terhadap tafsiran Negara Islam.

Malangnya, sebelum sempat isu Negara Islam diselesaikan dengan baik, Fadzil telah terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi. beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun pada Jun 2002.

Mungkin apa yang akan berlaku jika hayatnya masih ada, isu rumit itu akan dapat dihuraikan dengan cara yang lebih teratur dan diterima ramai atas kepakaran strategi dan kesabaran Fadzil. Ia mungkin lebih telus dan kurang mengelirukan.

PAS tidak mendapat sambutan sehebat 1999 apabila bertanding dalam PRU 2004. Ia hilang banyak kerusi termasuk Terengganu yang dirampas semula oleh BN. Kerusi Parlimen PAS pada masa itu tinggal 7 manakala DUN 36.

Perginya Fadzil merupakan satu kehilangan besar dalam politik negara. Di mana masyarakat masih diikat dengan politik kaum dan agama – walau pun sudah ada tanda-tanda kematangan demokrasi di kalangan rakyat masa kini – Fadzil telah sedikit-sebanyak mendahului zamannya.



Sumber:
Artikel ini ditulis oleh Liew Chin Tong yang merupakan Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, disiarkan di laman web Roketkini.com

----------------------------------------:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::------------------------------------------

Fikrah:

1) Pembacaan autobiografi seperti ini terutama tokoh-tokoh sebegini sangat sukar didapati secara terbuka dalam dunia melayu Malaysia. Pelik dan ironi apabila berlaku dalam dunia negara Islam(yang telah diwartakan sebagai negara Islam semenjak zaman Tun Mahathir lagi)!

2) Allahyarham Ustaz Fadzil adalah sahabat seusrah ABIM bersama dengan Alfadhil Prof Dr. Razali Nawawi, DS Anwar Ibrahim, dan lain-lain sahabat generasi pertama ABIM pada awal penubuhannya, iaitu pada tahun 1970-an. Maka, adalah suatu yang sangat mengharukan apabila melihat persahabatan dan ukhuwah yang terbina sejak zaman muda masing-masing menjadikan diri dan personaliti masing-masing semasa dewasa sangat berfikrah walau berbeza pendekatan dan persada.

Jumaat, Mei 06, 2011

Sumpah dan Qazaf


Sumpah (al-yamin) sama pengertiannya dengan al-khalaf dan al-qasam. Pengertiannya mengikut penggunaan umum ialah penegasan terhadap sesuatu hak atau kenyataan sama ada pengakuan atau penafian dengan menggunakan nama Allah atau salah satu daripada sifat-sifatnya. Sumpah untuk penghakiman (al-Yamin al-Qadhaiyyah) ialah untuk mensabitkan pendakwaan bagi tujuan penegasan sabitnya hak atau penafian hak di hadapan hakim dengan menyebut nama Allah atau salah satu dari sifat-sifatnya. Sumpah diharuskan berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith. Allah S.W.T. berfirman:

“Allah tidak mengambil kira sumpah kamu yang sia-sia tetapi, Dia mengambil kira sumpah kamu yang benar-benar.”

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:
“Kalau manusia itu dibiarkan membuat dakwaan, nescaya manusia akan mendakwa hak darah dan hak harta sesuka hati, tetapi ditetapkan bahawa ke atas pendakwa membawa bukti dan yang didakwa ingkar hendaklah bersumpah.”

Hak sumpah adalah hak pihak yang didakwa, manakala yang mendakwa perlu mengemukakan bukti. Berdasarkan ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa sumpah adalah diharuskan dalam pertikaian hak. Ia menggunakan nama Allah atau salah satu daripada sifat-sifatnya. Jumhur fuqaha’ berpendapat bahawa sumpah penghakiman hendaklah orang yang bersumpah menyebut Wallahi, Wabillahi, atau Rabbul ‘alamin dan seumpamanya. Sumpah penghakiman hendaklah diberikan dengan perintah hakim atau wakilnya untuk menyelesaikan kes berdasarkan kehendak hakim, demikian pendapat jumhur fuqaha’.

Fuqaha’ sepakat berpendapat bahawa tidak diharuskan bersumpah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pensabitan Hak Allah semata-mata sama ada ia kesalahan Hudud seperti zina, mencuri, minum minuman yang memabukkan atau yang berkaitan dengan ibadah  semata-mata seperti solat, puasa, haji, sedekah, nazar dan  kaffarah, melainkan jika ia ada melibatkan hak manusia, kerana hudud tertolak apabila ada kesamaran bukti.

Fuqaha’ juga sepakat berpendapat bahawa diharuskan sumpah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan harta dan seumpamanya. Pihak yang didakwa diberi hak bersumpah untuk memperakukan dakwaannya atau menafikannya. Demikian juga, fuqaha’ sepakat berpendapat bahawa diharuskan bersumpah dalam perkara jenayah, melibatkan kesalahan qisas dan kecederaan termasuk juga sebahagian daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan kekeluargaan.

Tuduhan zina antara suami isteri lebih kepada mencabuli keselamatan dan kesejahteraan rumah tangga yang lebih bersifat hak peribadi manusia daripada hak Allah kerana penglibatan tuduhan itu berlaku dalam keluarga  tidak melibatkan masyarakat awam, tidak sebagaimana yang berlaku ke atas bukan keluarga. Oleh itu bagi mensabitkan jenayah Qazaf yang berlaku antara suami isteri hendaklah pihak yang menuduh membuktikan tuduhan ke atas isterinya berzina, sekali dengan bersumpah menyebut nama Allah, Wallahi, Wabillahi atau Watallahi sebanyak empat kali bahawa isterinya melakukan zina dan kali kelima hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah jika ia berdusta maka laknat Allah ke atas dirinya.

Bagi isterinya jika ia menyangkal dakwaan suaminya hendaklah ia bersumpah dengan menyebut nama Allah, Wallahi, Wabillahi, atau Watallahi, sebanyak empat kali bahawa dia tidak melakukan zina yang didakwanya, dan kali kelima ia bersumpah jika ia berdusta maka ia dilaknat oleh Allah S.W.T. Ini berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka (berzina) tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah sesungguhnya dia  adalah termasuk orang-orang yang benar (an-Nur: 6).
Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah ke atasnya jika ia termasuk orang-orang yang berdusta (an-Nur: 7).
Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah bahawa sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta (an-Nur: 8).
Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar (al-Nur: 9).

Dengan sumpah ini menjadikan mereka berdua terpisah dan gugur ke atas suami hukuman Qazaf dan gugur atas isteri hukuman had zina.

Memandangkan jenayah Qazaf ini sebagai suatu jenayah yang serius dan terdapat nas qat’iy tentang ketetapan kesalahan, prosedur pembuktian dan hukuman keseksaannya, kerana ia diketegorikan sebagai kesalahan awam, maka sumpah tidak termasuk dalam prosedur pembuktian jenayah Hudud, kecuali dalam kes yang melibatkan tuduhan zina antara suami dengan isteri yang tidak diketegorikan sebagai kesalahan awam. Kerana ia lebih kepada kesalahan peribadi dan kekeluargaan, maka ia sebagai kes pengecualian maka pihak yang membuat dakwaan diminta bersumpah laknat dengan nama Allah demikian juga pihak yang engkar dakwaan itu diminta bersumpah laknat dengan nama Allah.

Berdasarkan pandangan jumhur fuqaha’ bahawa kesalahan jenayah Hudud tidak termasuk dalam perkara yang boleh menggunakan sumpah untuk mensabitkan atau menafikannya kecuali pada masalah li’an, tuduhan zina yang melibatkan suami isteri yang diperuntukkan khusus dalam al-Qur’an sebagai pengecualian daripada prosedur umum pensabitan zina dan Qazaf.


(Disediakan oleh, Dr Abdul Halim El-Muhamadiy, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah atau WADAH)

Selasa, Mac 22, 2011

Kemenangan dalam Perjuangan

LUMRAH dan menjadi sunatullah seorang pemimpin itu perlu menghadapi cabaran dan halangan. Cabaran yang ditantangnya bukan calang-calang. Semua itu adalah ujian. Ia berlaku bukan pemimpin kebenaran zaman ini, tetapi sejak zaman para Nabi-Nabi dan Rasul lagi. Malahan cabaran dan ujian batin dan fizikal ke atas mereka lebih azab dari pemimpin yang alami hari ini. Kesengsaraan mereka tidak sampai setengah kuku yang kita hadapi kini.

Dalam konteks iman seseorang ada sebuah firman yang berbunyi, "jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji." Pernyataan Allah ini menjelaskan bahawa untuk manusia sampai ke makam iman tertinggi (zahid) dia akan diuji terlebih dahulu. Ibaratnya macam mana boleh dikatakan parang atau pisau itu tajam kalau ia tidak diuji berlaga dengan waja lain.

Nah begitu juga pemimpin. Ujian ini pula tidak ada tempoh atau tahap tertentu. Tidak ada jangka masa alimiahnya. Ia berjalan sepanjang masa selagi manusia itu berjuang. Selagi ia tidak mundur dari medan perang ujian dan cabaran itu tetap akan datang menerpa kepadanya. Ia bukan secerlak tetapi timpa menimpa. Sebab itu dari ukuran Tuhan lagi banyak manusia itu diuji maka makin tinggi tahap keimannya kalau ia lulus dengan ujian itu. Sebalik kalau ia gagal dan mengaku kalah ia akan menjadi fasik.

Cabaran dan ujian ini berbagai-bagai. Ia bukan satu bentuk dan satu jalur saja. Pujian dan sanjungan juga ujian. Malahan ujian berbentuk begini lagi hebat dan mencabar. Ia memakan diri bak api memakan sekan. Yang dipuji tidak merasai dia bergelimpangan dengan dosa dan kemunafikan bila mana nafsu riaknya meyelimuti dirinya angkara pujian dan sanjungan itu.

Cabaran mendada ialah cabaran yang akan melukai jasad dan rohnya. Inilah cabaran paling hebat. Bukan pula bermakna kalau seseorang pejuang itu dapat melalui cabaran ini dia akan berakhir dengan merangkul piala kemenangan. Kalau dalam politik dia akan menjadi pembesar dan puncaknya perdana menteri. Tidak, tidak begitu.

Kemenangan dalam perjuangan ialah apabila kita dapat kekal dan istiqamah dengan prinsip perjuangan kita. Kita tahan dan betah menghadapi ujian dan menegakkan kebenaran dan prinsip perjuangan kita. Biarlah kita kalah, luka, dipenjara tetapi selagi prinsip perjuangan kita yang hak dan benar itu dapat dipertahankan itulah kemenangan. Lantaran itu para mujahidin mendoakan mereka syahid. Dan syahid adalah makanan mujahidin.

(Rujukan: http://msomelayu.blogspot.com/2011/03/menjerat-rasa.html )

Skim Rumah Pertama

Mampu atau tidak?

Artikel daripada Malaysiakini ini sangat menarik dan jelas!

sedikit ekstrak daripada artikel tersebut:

-According town planner Goh Bok Yen, the scheme would not be of much help as house prices have broken through the ceiling in last two years, especially in Kuala Lumpur and Selangor.


-His other worry is young people being burdened with 30-year long housing loans under the scheme, and this soon after leaving school or graduating from universities before starting work.


-However, it is understood that most of the landed properties and condominiums in major cities like Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Penang, and Johor Bahru are already priced over RM220,000. A property agent who requested anonymity said that for RM220,000 in Kuala Lumpur, one can only get an apartment or flat.


-After deducting RM1,200 for housing loan, RM500 for car loan and RM108 for the education loan, he will only left with RM806 to cope with basic daily expenses like food, fuel, utilities, Internet access, entertainment and sundry other expenses. 

For a single adult without dependants, life is already difficult enough with such an amount, what more for a married adult or those with children. They could easily be mired in financial difficulties.

"Sometimes, when the young adults just come out to work, they are not sure about their dream home. So, if they buy their first home in a rush, they might regret later or be burdened by heavy debts," Goh said.

-"They should also consider other hidden costs, such as legal fees, quit rent and maintenance costs. If they are buying a condominium unit, they should also consider the management fees." 

He is confident that the scheme will not raise the rate of non-performing loans (NPL) as the banks will apply a strict screening and checking process to verify the purchasers's financial background.

-"NPL normally will not rise because of the first-home buyers, because they will work hard to meet the installments."


Ahad, Februari 20, 2011

Detik kejatuhan Mubarak penuh penghinaan


February 20, 2011

Detik-detik kejatuhan Mubarak penuh penghinaan

Suhaimi Mokhtar

Suasana hening dan tenang menyelubungi Dataran Tahrir ditengah-tengah ibunegara Mesir,Kaherah pada tanggal 11 Febuari lalu ketika para penunjuk perasaan dari satu kebangkitan revolusi rakyat menunaikan solat Fajr (Subuh) berjemaah beramai-ramai didataran itu,selang beberapa jam selepas Hosni Mubarak,Presiden Mesir selama 30 tahun melepaskan kuasa yang mengongkong rakyat Mesir.

Suara azan dan suara imam yang syahdu mengimankan solat memecah kesunyian pagi dengan memuji kebesaran Allah yang akhirnya menganugerahkan kebebasan selepas 18 hari para penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang regim diktator Mubarak, yang melindungi regim zionis yahudi yang dilindungi pula, oleh negara kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.

Selama 18 hari Dataran Tahrir dan di seluruh Mesir termasuk bandar besar seperti iskandariah,Suez dan lain-lain menyaks ikan demonstrasi besar-besaran yang berterusan hingga mencapai angka berjuta rakyat yang keluar berhimpun untuk membebaskan diri dari belenggu regim kejam dan ganas yang dibiayai oleh kuasa AS dn barat.

Kemenangan revolusi rakyat Mesir ini yang bermula pada 25 Januari,sama ada secara kebetulan atau tidak,jatuh pada hari yang sama kemenangan revolusi Islam Iran pada 11 Febuari 1979,32 tahun sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan dynesti Pahlavi,Shah Iran,sahabat baik AS dan barat.

Tarikh keramat itu juga menyamai tarikh syahidnya Hassan Al-Bana,pengasas danpengerak Ikhwan Al-Muslimin pada tahun 1949.Tarikh-tarikh ini semuanya ketentuan Allah yang maha mengetahui segala-galanya dan yang merancang semuanya.

Kebangkitan revolusi rakyat Mesir ini bukan berlalu tanpa sebarang pengorbanan,ramai yang syahid,lebih 300 orang dan ramai juga yang cedera.Dataran Tahrir yang membawa erti kebebasan itu turut mengorbankan nyawa mereka dalam satu perjuangan pembebasan dan membela maruah.

Selama 18 hari 18 malam para penunjuk perasaan tidak meninggalkan Dataran Tahrir.Iltizam mereka yang begitu padu dan gigih akahirnya menyebabkan Mubarak yang berdegil pada mulanya mengakhiri pemerentahan kukubesinya melalui satu pengumuman paling ringkas,hanya beberapa saat,oleh Naib Presiden yang dilantiknya Omar Sulaiman.

Sebelumnya Mubarak tiga kali muncul di TV negaranya,cuba mempertahankan regimnya,tetapi segala rayuan dan kata-kata untuk membuktikan jasa-jasa cemerlangnya mempertahankan bumi Mesir sedikit pun tidak diendahkan oleh segala lapisan rakyat yang membencinya dengan meneruskan demonstrasi .

Pengumuman pemergian Mubarak dengan penuh penghinaan itu disambut meriah oleh kalangan penunjuk perasaan terdiri dari pelbagai kalangan,tua dan muda,wanita,kanak-kanak,para cendekiawan,ahli akadamik dan seluruh rakyat.Mubarak meninggalkan istana presiden di Kaherah menuju bandar perainginan Sharm-Al-Sheikh dan sehingga kini tidak diketahui dimana Mubarak berada,sama ada masih di Sharm-Al-Sheikh atau telah meninggalkan Mesir.

Rakyat mahu Mubarak dibawa kemuka pengadilan kerana jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Mesir terutama penentang-penentang politiknya yang ditahan tanpa bicara ,melesapkan wang negara dengan mengumpulkan kekayaan dikalangan keluarga mereka dan kuncu-kuncu pemerintahannya.

Selama pemerinthannya ,Ikhwan Al-Muslimin bukan sahaja diharamkan,tetapi para pemimpin ikhwan dipenjarakan.Di era pemerintahan Gamal Nasser dan di ikuti dengan Anwar Sadat, pemimpin dan pengikut ikhwan menjadi mangsa apparatus keselamatan regim-regim ini yang telah menjangkau usia 60 tahun lamanya.

Dengan berakhirnya pemerintahan Mubarak, pengharaman terhadap Pergerakan Ikhwan Al-Muslimin hendaklah ditarik balik, undang-undang darurat ditarik, parlimen di buburkan dan perlembagaan di pinda bagi membolehkan satu pilihanraya demokratik yang adil dan telus diadakan. Setakat ini Jawatankuasa pindaan perlembagaan telah ditubuhkan dan parlimen telah dibubarkan bagi memenuhi desakan rakyat.

Pemerintahan sementara Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir yang diberikan amanah untuk mengembalikan Mesir pada era baru hendaklah melaksanakan tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan ini.Mesir baru tidak lagi akan menyamai Mesir dibawah Mubarak dan inilah yang dikhuatiri dan dibimbangi oleh AS dan barat dan regim haram mereka,regim zionis.

Dalam pilihanraya demokratik Ikhwan Al-Muslimin dijangka akan menjadi tenaga politik baru di Mesir melalui satu pilihanraya adil dan telus dan AS serta sekutu baratnya jangan cuba mengatur agendanya yang bukan-bukan seperti yang berlaku di Palestin apabila Hamas memenangi pilihanraya pada 2006 dan FIS yang memenangi pilihanraya Algeria. Kemenangan-kemenangan ini semuanya tidak diiktiraf dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan islam. Kuasa AS dan barat perlu mengetahui bahawa kebangkitan islam tidak dapat dibendung lagi. Kuasa sehebat manapun mana mampu membendung kuasa Allah.

Di sebalik pelbagai reaksi,riang ria menyambut kemenangan yang dipertontonkan di Dataran Tahrir,para penunjuk perasaan yang majoriti terdiri dari anak-anak muda tidak lupa mengerjakan solat berjemaah setiap waktu, sama ada sebelum kemenangan atau selepas kemenangan, yang memberi petanda baik bahawa para penunjuk perasaan adalah mereka yang mentaati perintah Allah dan Rasulnya.

Ia adalah petanda yang memberi harapan besar pada masa depan Mesir, bumi ambia’ yang sudah begitu lama dinodai dan diperkosa kemuliaannya. Pimpinan baru Mesir yang antaranya dilahirkan dari Dataran Tahrir yang telah membentuk pimpinan mereka sendiri, bersama dengan pimpinan lain termasuk pimpinan IKhwan Al-Muslimin bakal memberi pimpinan, pembelaan terbaik kepada rakyat Mesir mendahului pertimbangan-pertimbangan lain.

Pimpinan sementara Mesir yang terdiri dari anggota Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata ini perlu menunaikan inspirasi rakyat Mesir dan bukan menuruti kahendak negara kuasa atau regim zionis yang Mesir mempunyai perjanjian damai dengan nya. Rakyat Mesir yang telah menghapuskan halangan dan ketakutan dari apparatus keselamatan Mesir yang kejam dan ganas, yang membelenggui mereka selama ini tidak akan ragu-ragu untuk turun ke Dataran Tahrir lagi untuk memenuhi inspirasi dan tuntutan mereka,jika pihak tentera cuba menghajick tuntutan mereka. AS dan sekutunya sedang berusaha melalui hubungan baiknya dengan pihak tentera Mesir untuk mengekalkan status quo di Mesir.

Selepas Tunisia, Mesir dan kini rakyat seluruh Jazerah Arab sedang bangkit untuk melakukan perubahan dengan menjadikan revolusi kebangkitan rakyat di Mesir terutamanya sebagai inspirasi kebangkitan. Kebangkitan di Jordan, Algeria, Bahrian, Yaman, Libya, Moroco dan lain-lain tempat akan merebak keseluruh pelusuk semenanjung Arab termasuk Saudi Arabia dan ia tidak lagi dapat dibendung walaupun negara-negara ini menggunakan peralatan dan kelengkapan keselamatannya dengan ganas sekali bagi membendung kebangkitan ini.

Jika Mesir yang merupakan negara Arab yang paling ramai penduduk dan mempunyai segala kekuatan tidak dapat membendung revolusi kebangkitan rakyat, maka adalah tidak mungkin negara-negara yang sedang dilanda kebangkitan ini mampu menungkah arus kebangkitan rakyat yang dizalimi ini.

AS dan barat cuba mengaitkan kebangkitan di kota Tehran,Iran menyamai kebangkitan dinegara-negara semenanjung Arab,sedangkan hakikatnya ia adalah tidak sama.Mereka yang berdemonstrasi di Tehran hanya segelintir kecil sahaja.Ia di api-apikan dan didalangi oleh kuasa AS,barat dan regim zionis.

Kejatuhan Mubarak di Mesir dan bakal kejatuhan beberapa regim kuku besi lagi di rantau Timur Tengah akan mengubah lanskap politik dan keselamatan dirantau itu.AS dan barat terus akan kehilangan rakan strategik mereka dan regim zionis tidak mungkin lagi dilindungi oleh Mesir, walaupun pemerintah sementara tentera berikrar mahu mengekalkan segala perjanjian damai dengan regim zionis.Kejatuhan satu demi satu regim diktator diTimur Tengah nanti akan mampu membawa kepada pembebasan bumi Palestin.

Selepas pilihanraya yang bakal berlangsung tahun ini,segala-galanya akan berubah.Ia tidak akan sama lagi,Mesir era baru akan menyesuaikan diri dengan tuntutan dan inspirasi rakyat.

(Sumber : http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/02/detik-detik-kejatuhan-mubarak-penuh.html)

-------------------------------:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::--------------------------------

Fikrah:
1) Kebangkitan adalah suatu yang lumrah, apabila jiwa memendam rasa. Semakin ramai yang memendam rasa yang sama, maka, kebangkitan pada waktu yang sama sudah tentu akan menghasilkan kesan yang revolusioneri. Perubahan secara evolusi yang sifatnya lembut, diplomasi, perubahan sedikit-demi-sedikit akan menjadi pilihan yang kurang bijak. Begitu bahaya sekali apabila memendam rasa. Dan, kebangkitan ini adalah sama sahaja sifatnya walaupun sifatnya peribadi mahupun nasionalis. 
2) Belajar daripada sejarah; satu sifatnya yg sangat penting adalah ia pasti berulang! 
Semoga pilihan rakyat adalah pilihan yang mampu menerangi suatu pembinaan tamadun.

Jumaat, Februari 04, 2011

Forum Isu Semasa: Analisis Perkembangan Terkini di Timur Tengah


FORUM ISU SEMASA

'ANALISIS PERKEMBANGAN TERKINI DI TIMUR TENGAH'

Oleh : 
PROF. DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN
Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial 
Universiti Malaya

TN.HJ. AHMAD AZAM ABD RAHMAN
Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan & Perpaduan,
Kesatuan NGO-NGO Islam Sedunia (UNIW)

Tarikh / Masa
1 Februari  2011/ 27 Safar 1432 (Selasa)
8:00 – 11:00 malam

Tempat
Dewan Besar
Kolej Dar Al Hikmah
Sg. Ramal, Kajang




kenyataan LKY


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew baru-baru ini yang memohon agar rakyat Islam di Singapura melonggarkan pegangan keagamaan mereka. Ia jelas menyinggung sensitiviti umat Islam, bukan sahaja di Singapura tetapi juga di seluruh rantau ini secara keseluruhannya dan di Malaysia khususnya.

ABIM menilai kenyataan ini dibuat dari perspektif yang cetek serta tidak didasari dengan kefahaman yang menyeluruh mengenai konsep asas dalam ajaran Islam. Sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di rantau ini telah membuktikan bahawa Islam agama yang berasimilasi dengan sosio-budaya masyarakatnya dan disebarkan dengan aman dan saksama.

Kenyataan beliau dilihat bermotifkan politik dan didasari oleh sifat Islamophobia, yang mengaitkan Islam sebagai agama yang tertutup serta tidak progresif. Dalam konteks inilah, perspektif mengenai Islam perlu diluaskan dengan merujuk fenomena positif yang dijelmakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Muslim di negara barat misalnya bukan sahaja hidup harmoni dalam suasana masyarakat majmuk di sana bahkan menyumbang secara produktif sebagai warganegara yang taat.


Justeru, ABIM menggesa satu permohonan maaf terbuka serta penjelasan dibuat oleh Lee Kuan Yew kepada umat Islam di Singapura khususnya dan di seluruh dunia umumnya. Kami juga menggesa agar Singapura bersifat lebih terbuka dan demokratik dengan membuka ruang-ruang dialog antara agama dan kebudayaan yang lebih luas melibatkan hak-hak umat Islam dalam mengamalkan agama mereka di negara tersebut.



Mohamad Raimi Ab.Rahim

Setiausaha Agung

Angkatan Belia Islam Malaysia

Khamis, Disember 23, 2010

Pluralisme: Masalah metodologi, bukan niat

Pluralisme: Masalah metodologi, bukan niat
Shah al-Maududy
Dis 18, 10
8:47pm
Akhir-akhir ini, terdapat ahli akademik cenderung melabel tokoh-tokoh tertentu, sebagai cenderung atau menyokong fahaman pluralisme agama.

Ada tokoh dilabelkan sedemikian, kerana menghadiri satu 'majlis rasmi' kuil Buddha di Kelantan. Seorang lagi tokoh dikaitkan dengan pluralisme, antaranya disebabkan sikapnya yang konsisten membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

meccaAda pihak yang menganggap 'kecenderungan melabel' itu sebagai berniat jahat. Tapi, saya tidak beranggapan sedemikian. Saya tidak percaya, ahli akademik yang melabel itu berniat jahat. Saya percaya, ahli akademik tersebut berniat baik dan ikhlas. Iaitu memelihara kesucian agama.

Saya juga tidak mempercayai, 'pelabelan' ini dilakukan dengan niat menggunakan isu akidah, untuk mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.
Sangat serius

Pada pengamatan saya, 'pelabelan' yang 'sangat serius' ini, berpunca daripada kesilapan metodologi yang diguna pakai, dalam mendiskusi isu-isu agama. Ia bukan isu 'niat jahat'. Ia sebaliknya isu 'ketempangan metodologi'.

Sepatutnya, dalam membuat keputusan berhubung isu-isu agama (sebenarnya dalam semua isu), nas-nas al-Quran dan hadis, hendaklah dirujuk terlebih dahulu.

Kesilapan akan berlaku, apabila yang pertama dirujuk, ialah kemaslahatan umum atau kebimbangan terhadap kedudukan agama. Sementara, nas-nas syarak dikemudiankan.

sitting in a mosqueMetodologi yang salah inilah juga antara faktor tercetusnya 'budaya tahrim', iaitu budaya suka mengharam sesuatu secara melulu.

Akibatnya, mendoakan kesejahteraan keduniaan kepada bukan Islam, haram. Mendoakan keburukan kepada orang-orang Islam yang dianggap zalim, haram. Bukan Islam masuk ke dalam masjid, haram. Menyedekahkan hasil judi kepada fakir miskin, haram…

Semuanya diputuskan sebagai haram, kerana rujukan pertama kepada nas-nas syarak, tidak dilakukan terlebih dahulu.

Jika yang pertama dirujuk ialah nas-nas syarak, saya yakin, tokoh yang menghadiri majlis di kuil Buddha, atau membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, tidak akan dilabel sebagai cenderung atau menyokong pluralisme. Bahkan, tidak akan ada yang tergamak melabel sedemikian.

masjid jamek mosqueIni disebabkan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW lebih 'dahsyat' daripada sekadar 'menghadiri majlis rasmi di rumah ibadat bukan Islam'.

Ibnu Ishaq dalam kitabnya berkenaan sirah nabawiyyah, mencatatkan peristiwa lawatan satu rombongan Kristian dari Najran ke Madinah, untuk bertemu Nabi SAW. Rombongan tersebut disambut Baginda SAW di masjid Baginda, Masjid Nabawi.
Kristian di masjid

Kebetulan, rombongan tersebut tiba di Masjid Nabawi selepas Asar, yang merupakan waktu sembahyang mereka. Lantas, rombongan Kristian itu bangun untuk mengerjakan sembahyang mereka dalam Masjid Nabawi.

Tatkala para sahabat mahu menegah mereka berbuat demikian, Nabi SAW bersabda, “biarkan mereka (mengerjakan sembahyang mereka)”. Lantas mereka mengadap ke arah timur, lalu mengerjakan sembahyang mereka dalam masjid kedua suci dalam Islam itu!

Peristiwa ini turut disentuh oleh Imam Ibnu Qayyim dalam karyanya Zadul Ma'ad, jilid 3.

putrajaya 120505 mosqueSikap lunak Nabi SAW terhadap bukan Islam, diteruskan oleh para sahabat Baginda. Syaidina Umar r.a sebagai contoh, mengarahkan diperuntukkan daripada Baitulmal, bantuan kewangan tetap kepada salah seorang Yahudi dan tanggungannya (al-Kharaj, karangan Abu Yusuf, ms.26 & Fiqh al-Zakat, karangan al-Qaradhawi, jilid 2, ms.705-706).

Beliau juga mengarahkan diperuntukkan dari Baitulmal bantuan kewangan kepada para pesakit kusta beragama Kristian (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, karangan al-Qaradhawi, ms.47).

Lebih dari itu, sesetengah para tabi'in yang terkemuka, memberikan sebahagian daripada zakat fitrah kepada paderi-paderi Kristian. Sesetengah daripada mereka, seperti Ikrimah, Ibnu Sirin dan al-Zuhri pula berpendapat, harus memberi zakat kepada mereka (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, ms.47)
Zakat kepada bukan Islam

Menyedari Nabi SAW pernah mengizinkan orang-orang Kristian mengerjakan sembahyang mengikut cara mereka dalam Masjid Nabawi, Syaidina Umar r.a memberikan bantuan kewangan kepada bukan Islam bersumberkan wang Baitulmal, dan ada tabi'in yang mengharuskan wang zakat diberikan kepada bukan Islam.

NONEMenyedari semua ini, adalah amat membingungkan, apabila seseorang itu dilabel sebagai condong kepada fahaman pluralisme, semata-mata kerana menghadiri 'majlis rasmi' di kuil Buddha!

Jika dirujuk nas-nas syarak berhubung penggunaan nama Allah oleh bukan Islam pula, saya yakin, tiada pihak yang sanggup melabelkan mana-mana orang Islam yang membenarkannya, sebagai penganut fahaman pluralisme.

Dalam surah al-Zumar ayat 3, Al-Quran merakamkan ucapan orang-orang musyrik yang menjustifikasikan perbuatan mereka menyembah berhala. Mereka berkata “Kami tidak menyembah atau memujanya (yakni berhala) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya”(al-Zumar : 3).

Jelasnya, mereka menggunakan kalimah Allah seperti yang dirakam sendiri oleh al-Quran. Dalam ayat di atas, al-Quran tidak menegah mereka menggunakan perkata Allah dalam ucapan mereka itu.

NONESebaliknya, al-Quran hanya menyebut dalam sambungan ayat di atas “Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta, lagi sentiasa kufur”(al-Zumar :3)

Rujukan kepada nas menemukan kita bahawa, pada zaman Nabi s.a.w, orang-orang bukan Islam bukan sahaja menggunakan kalimah Allah dalam ucapan mereka. Bahkan mereka menggunakan ucapan Bismillahirrahmanirrahim!.
Bismillahirrahmanirrahim

Dalam surat Raja Mesir, Muqauqis yang beragama Kristian kepada Nabi SAW, beliau memulakannya dengan “Bismillahirrahmanirrahim! Kepada Muhammad bin Abdullah (SAW) dari Muqauqis, pembesar Qibti…”(Ibnu Qayyim dalam Zadul Ma'ad, jilid 3, ms.61 & Ibnu Hisyam dalam Sirah Ibnu Hisyam, jilid 2, ms.359).

Tidak terdapat pula sebarang kenyataan yang menunjukkan Nabi SAW membantah penggunaan Bismillahirrahmanirrahim oleh Muqauqis itu.

taman tamadun islam 280906 mosqueDi samping nas-nas syarak yang dinyatakan, kenyataan para ulama juga sangat jelas berhubung soal ini. Contohnya, jumhur ulama mensyaratkan Ahli Kitab (penganut Yahudi dan Kristian) menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang bagi menjadikannya halal dimakan oleh orang Islam (lihat tafsiran ayat 5 Surah al-Maidah dalam Tafsir al-Qurtubi).

Justeru, bagaimana boleh dikatakan, orang bukan Islam terutamanya Ahli Kitab, tidak boleh menggunakan kalimah Allah?

Penggunaan nama Allah oleh bukan Islam begitu luas pada zaman kegemilangan Islam, sehingga mereka menggunakannya dalam nama-nama mereka, tanpa ada bantahan dari ulama Islam.

ibrahimi mosque 240205Sebagai contoh, Hibatullah bin Tilmiz, yang merupakan salah seorang cendiakawan bukan Islam pada zaman Abbasiah (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, ms.53). Hibatullah adalah gabungan dua perkataan, iaitu Hibah dan Allah.

Berhadapan dengan nas-nas syarak dan fakta-fakta ini, saya tidak faham, bagaimana orang Islam yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, dilabel sebagai menyokong fahaman pluralisme!

Bagi mengelakkan munculnya 'pandangan-pandangan yang menghairankan' ini, kembalilah kepada metodologi penentuan hukum dalam Islam. Rujuklah al-Quran dan Sunah terlebih dahulu, sebelum merujuk kepada sumber-sumber perundangan lain yang diperakui.

(Sumber : http://www.malaysiakini.com/letters/151160)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Isu yang berkaitan:

1) Pluralisme : Mufti Perlis tampil membela Nik Aziz http://www.malaysiakini.com/news/150923

2) IKIM tolak fahaman pluralisme agama

Sabtu, Disember 11, 2010

Saya petik:

Pelapor: Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

1.Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut: (senarai di atas)

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Fikrah:-

1) kalau boleh dielakkan, elakkan lah... kalau tidak boleh dielakkan, banyakkanlah bersedekah, dan berinfaq.
2) Negara kita, tanggung jawab kita. Yang lebih utama, agama Kita, amanah kita. Bukankah kita dicipta untuk menjadi Khalifah di atas muka bumi? Selari dengannya, tugas kita sebagai hamba Allah yang mentaati segala perintah dan laranganNya... 

Bertindaklah.