Ahad, Februari 06, 2005

ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI PERMUDAHKAN PERJALANAN SUAMI

Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih
sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan
tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di
akhirat. Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan
bukan setelah kena tipu baru ternganga. Itulah sebabnya orang cerdik
memilih akhirat daripada dunia.

Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan bersrategi. Cerdik adalah penting. Terutamanya isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya.

Sifat cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami. Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus rumahtangganya, suami serta anak-anak. Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri. Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia pandai menysuaikan diri. Suami akan
menjadi dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik yang hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami.

Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila berjuang ertinya perlu berkorban, dan setiap yang berkorban mesti terkorban. Sedikit sebanyak isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan dirinya berkorban dan terkorban di jalan Allah. Bukan senang untuk menjadi isteri seorang pejuang. Terpaksa mengorbankan segala-gal demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Tentulah sakit dan perit, tapi itulah nilai
dirinya disisi Tuhan.

Sebab Rasullullah memilah isteri-isterinya dari kalangan cendiakawan (cerdik pandai). Bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak,rajin disamping cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu. Sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian dari iman.

Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri Rasullullah SAW. Kesemuanya isteri banginda 11 orang yang kekal dan terkenal dalam sejarah dan disebut-sebut. Yang cerdik diantara mereka, biajak pula dan selalu disebut-sebut oleh Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah r.ha. Sayiditina Aisyah r.ha. wanita mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.

Kadangkala waniat-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah tapi kepandaian itu digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu bapa sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati. Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan Allah. Mereka cergas,tangkas, bijak, rajin di hadapan boss, bersama kaum lelaki, turun naik
bas untuk ketempat kerja, menghadiri majlis social, lincah berkawan di disko-disko, kelab-kelab malam dan sebagainya. Ini bukan waniat cerdik.

Wanita cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya
pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Wanita cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah waniat cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.

Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas ketangan Rasulullah. Syaditina Aisyah sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah bertunang dengan orang lain. Ummu Salmah ( kedua cerdik ) pernah menjadi kepada isteri kepada Abu Salamah. Zainab r.a sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat baginda, Zaid Bin Harisah. Begitulah dengan yang lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda sebelum berkahwin
dengan Rasulullah. Setelah diamati dan dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkan sebagi isteri.

Juwairiyah r.ha. adalah seorang tawanan perang. Sebelum dijadikan isteri Rasulullah sudah terserlah kecerdikannya. Biasanya kalau sudah jadi tawanan, seorang itu akan bingung dan beku ( jadi b*d*h ), tetapi tidak pada juwairiyah. Sebaliknya ia sanggup berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan, dibebaskan dia dan keluarganya. Orang yang berjiwa tenang sahaja yang boleh membuat begitu disaat orang lain gawat. Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan diperisterikan. Bukan panik dan takut hanya kerana seekor lipas!

Begitulah nilaian Rasulullah dalam memilih calon isteri. Bukan seperti kita hari ini. Pilih calon kerana ada kelulusan universiti. Kononnya bijak boleh melahirkan anak yang pintar. Tapi kebanyakan yang berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibu ayah dan mentua. Ibu ayah dan mentua dijadikan hamba menjaga anak-anak mereka. Itupun ibu-ayah tidak sedar kerana dikaburi dengan wang yang dihulurkan
setiap bulan.

Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang up-to-date yang berpakain ikut trend,make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen. Boleh ikut suami dalam apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan suami. Itu yang diharapnya dijadikan isteri. Hanya suami yang dayus sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan-rakannya. Lelaki dayus tak akan masuk
syurga, kata Allah. Itupun kita masih tidar sedar. Masih berkhayal dengan dunia yang bersifat sementara.

Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-waniat cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata. Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang cerdik dengan kecerdikannya dapat dapat membantu baginda dan perjuangan Islam.

Perempuan cerdik dapat membantu suami disudut ia mampu semata-mata untuk membangunkan islam. Ia senang diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dapat pula melayan suami dengan baik, dapat menerima bauh fikiran suami dan disampaikan dengan tepat pula. Sanggup berhadapan dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dapat membela Islam
bila dipertikaikan dan lain-lain lagi. Bila isteri dapat berperanan sedemikian disisi suami yang berwatak pejuang.

Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstategi, suami akan cepat jemu. Suami pulang semata-mata untuk berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak. Selepas itu dia akan diam membisu. Perasan jemu tinggal dirumah akan menyebabkan suami tidak suka duduk di rumah. Apatah lagi kalau isteri itu disamping tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa pula, lagilah suami jemu.

Untuk berhadapan suami, perlu juga susun strategi. Perlu faham dan kehendak. Perlu faham `mood' suami. Bila ia suka di layan, bila dia hendak berehat, bila ia hendak bergurau, dan berkelakar dan bila pula suami ingin berbincang secara serius dalam hal-hal tertentu dengan isterinya. Isteri yang bijak pandai menepati kemahuan dan kehendak suami tanpa perlu diminta.

Hatta, dalam hal memasak pun isteri perlu cerdik. Kalau tidak cerdik, barang yang mahal jadi tidak sedap. Isteri perlu faham selera suami, kesukaan dan kegemarannya, biarpun ianya murah, tapi diadun dan direka menjadi satu masakan yang lazat. Jangan terjadi suami lebih gemar makan diluar dari makan masakan isteri sendiri.

Isteri yang terlalu lurus juga tidak dapat memberi hiburan pada suami. Isteri yang terlalu menurut tanpa menggunakan fikirannya untuk menilai sesuatu atau memberi pandangan pada suami, tetapi tidak pula menjejaskan ketaatan pada suami atau melawan kata suami. Pernah salah seorang isteri Rasulullah oleh sayiditina Aisyah akan kecerdikannya, katanya: "pergi kata kan pada Rasulullah bila engkau berjumpanya
nanti: aku berlindung dengan Rasul." Sedangkan Islam mengajar untuk berlindung dengan Allah!

Ummu Salmah r.a terkenal cergasnya dan pernah mengikuti beberapa peperangan hingga mendapat luka-luka. Pernah berlaku selepas hijrah Rasulullah ke Madinah, Rasulullah dan para sahabat sangat rindu untuk mengerjakan haji di Makkah. Perjanjian Hudaibiah pun dimeteri. Tetapi ternyata perjanjian itu berat sebelah.

Atas kebijaksanaan Rasulullah, uamt Islam patuh juga pada perjanjian itu kerana dalam jangka panjang perjanjian itu menguntungkan orang Islam. Ini semua tidak disedari oleh pihak Quraisy Makkah. Para Sahabat sudah dalam keadaan terpinga-pinga ketika mereka dilarang masuk ke makkah. Maka tidak ada harapanlah untuk mengerjakan haji pada masa itu.

Pihak Quraisy membenarkan mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Sedangkan merak terlalu rindu Baitullah hinggakan bila Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat mencukur rambut dan menyembelih binatang korban, mereka di saat itu mereka tidak berbuat. Ummu Salmah memberi fikiran agar Rasulullah SAW dulu memulakannya. Akhirnya bila
Rasulullah berbuat, barulah semua sahabat mengikut dan sedar akan perintah Rasulullah.

Itulah pentingnya isteri yang cerdik yang sentiasa mengingatkan suaminya. Dapat menyelesaiakan masalah suaminya. Dengan kemampuan yang ada pada isteri yang cerdik, banyak perkara boleh diselesai. Bukan sahaja masalah suami bahkan juga masalah masyarakat. Dia boleh mengajar, mendidik,memberi pandangan,menasihat, merawat dan lain-lain lagi sebagai isteri yang serba boleh setakat kemampuannya.

Bagaimana untuk didik diri agar jadi isteri yang cerdik dan berstrategi? Isteri hendaklah sentiasa faham kehendak suami barulah boleh bertindak tepat mengikut mengikut kesukaan suami. Isteri kena kreatif, asah fikiran sendiri agar dapat pelbagaikan layanan untuk suami. Korbankan segala-galanya untuk suami kerana Allah suruh kita taat pada suami. Kita kahwin dulu pun dengan harapan suami sebagai
pembimbing. Jadi tidak patutlah kalau suami kita buat macam kawan, layan lebih kurang. Ini bukan isteri yang cerdik. Isteri begini hanya mahu diri dan perasaannya dilayan. Sedangkan dirinya sendiri tidak mahu berkhidmat melayan suami. Ini sudah lari dari tugas sebagai isteri.

Oleh itu jadilah isteri yang cerdik dan berstrategi dalam memahami perjuangan suami di luar rumah. Cuma berhat-hatilah, agar dibantu hanya untuk membenarkan syariat.

Terima kasih.

Isnin, Januari 03, 2005

jurulatih ke cikgu

5 hb nanti, register jadik cikgu pelatih kat Kuala lipis, Pahang... hmm.. gelabah jugak bila2 lagi tak tahu nak mula dari mana... rasa badan macam penat program tak habis lagi... siang tadi, baru habis program latihan fasi untuk adik2 pepias matrik uiam... pakai modul yang dah buat dulu... cuma, macam biasa laa... adjustment mengikut kesesuaian dan keadaan semasa... Kalau follow the book jer, tak trainer laa kannn...

biasalah dalam program ada masalah.. dari segi perlaksanaan program lah, jadual rigis lah, peserta / trainee yang kepenatan pasal overbearing lah, campur masalah atau konflik pepias-pkpim lagi.... hmm... tak sudah gamaknyer... dan sumer tu, akan menjadikan hidup lebih indah dan bermakna... baru terasa cabaran sikit... Alhamdulillah, so far, program dapat dihabiskan dengan baik. sumer orang selamat.... Alhamdulillah lagi...

Persiapan akhir untuk jadik cikgu tinggal sehari jer...

Isnin, Disember 27, 2004

Radin Muhd Imaduddin Interactively Unique and I Mean It

Ringkasnya, RMIIU, boleh dibaca seperti tajuk di atas, namun, boleh juga ditafsir sebagai Radin Muhd Imaduddin dan International Islamic University (my previous place of Higher Learning Institution). Rasanya, ini adalah yang site yang kedua yang saya bina.. walaupun namanya BLOG... lebih kurang laa... asalkan dunia cyber dan penulisan dapat dimulakan... orang kata, mulakan dengan apa yang ada... sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, kan....
Maka, ia akan jadi link kepada e_persada, tempat di mana circle PEPIAS secara rasmi dalam dunia cyber... Konsep yang saya mahukan dalam Blog ni, adalah semata-mata adalah konsep perkongsian kisah dan cerita harian... Semua orang boleh menulis, bercerita, dan boleh tulis macam-macam mengenai kehidupan harian mereka... apa yang membezakan dengan circle e_persada adalah Blog dapat memaparkan isu atau artikel dengan jelas dan lebih 'well published'.
Tambahan, saya merasakan ini adalah peluang untuk ahli PEPIAS dan diri saya sendiri untuk belajar menulis dan berkongsi idea, luahan dan apa sahaja kepada masyarakat. Luahan yang lebih original, rasional, dan dalam hitam putih! Inilah perkara yang seringkali terdapat dalam PEPIAS yang tidak pernah diketengahkan secara profesionalnya... secara penuh emosional... tu biasa... jadi, apa lagi? mulakan lah!

Ahad, Disember 26, 2004

Build a Great Team (Entrepreneurship series)

By: Kevin Nunley
The economy is supposed to be rebounding, and I see plenty of signs that it is. But there are still a whole lot of folks who don't have a job, or could really use a better one. That's a big opportunity for small businesses. Even if your budget is tight, you can probably afford to hire a part-timeperson to ably handle some important parts of your business. The days of part-timers being unskilled general workers are over. Now days you can get any skill level, educational level, or level of experience from a worker who freelances or needs some extrapart-time hours.
Try to keep employees for the long haul. It's hard to get a team feeling when workers are coming and going. Longtime employees develop relationships that lead to higher productivity. Give people more responsibility. Scientists tell us,

people with responsibility have lower stress levels and are happier at work

The number two reason people get bored and stressed with a job is they aren't given enough responsibility. The number one reason is the boss isn't clear about what is expected. Help employees improve. Provide friendly tips and help full training whenever you can. Finally, MARKET your great team. Let customers know you have fine employees who can give them super service. Nothing impresses customers more.