Rabu, Jun 14, 2006

Membebel

Aku kalau dapat peluang bercakap, boleh tahan juga ulasannya... tanya sepatah, jawab berpatah-patah. Orang cakap, aku ni banyak cakap... dah biasa dengan kesunyian kot... (sunyi?? Ye ke ni...) bahaya sebenarnya cakap banyak ni... terdedah kepada dosa-dosa kering... Ada kata hikmah ‘lebih baik diam daripada cakap 1 perkara yang tidak berguna’ (ada ka...) maknanya, cakap perkara yang penting sahaja... Cakap sikit, tapi memberi kesan kepada orang yang mendengar... tu macam senang kan... tapi, percayalah... tak ramai yang mampu lakukan...

Kerjaya guru atau yang seangkatan dengannya adalah kerjaya yang sangat terdedah kepada penyakit bercakap tak berhenti.... atau lebih dikenali dengan ‘membebel’dikalangan orang melayu... Dulu-dulu, masa zaman-zaman buat program dulu, aku dilabel ‘hubbul mic’ (dalam bahasa melayu, cinta pada microphone)... ye laa.. asal jumpa mic, mesti ada mende nak cakap... sekarang dah jadi cikgu, susah nak ajar kalau tak membebel kot... tak pun, dah kurang ajar sangat... tu yang kena membebel... eleh,,, alasan nak buang masa jer tu... kononnya kan sekarang ni, nak mengaplikasikan pembelajaran bestari (smart school).. alaa... yang pembelajaran berpusatkan pelajar tu... dah namanya, pelajar sebagai pusat, pelajar laa sepatutnya kena banyak bercakap... bukan guru... Tu yang kena buat refleksi setiap hari...

Rabu, Jun 07, 2006

Usaha

Ada ramai yang tak faham dengan konsep Qada’ dan Qadar ni. Ye la kan... kalau dah tertulis yang awak akan jadi jurutera, polis, guru atau pencuri, apa guna ada perkataan ‘usaha’ diciptakan di atas muka bumi ni oleh segenap bangsa sejak berzaman-zaman? Bila dah belajar, baru tahu maknanya...

Ada suatu cerita untuk menghuraikan mengenai qada’ qadar dan kaitannya dengan usaha... Dikisahkan pada suatu masa dahulu, di sebuah negeri yang aman, ada seorang pemuda yang mempunyai 3 soalan yang pelik dan amatlah sukar untuk mencari orang yang dapat menjawab soalannya. Sehinggalah dia berjumpa dengan seorang tua yang alim dan wara’... Apa 3 soalan yang susah sangat tu?

Yang pertama, Di manakah terletaknya Tuhan? Katanya Tuhan boleh nampak semua perkara. Tapi, di mana sebenarya tuhan berada?... Soalan yang kedua, Kenapa syaitan yang dijadikan daripada api, dimasukkan ke neraka yang mana di dalamnya juga api? Bukankah nanti syaitan tidak akan rasa sakit.. (ye lah kan.. api dengan api...) Soalan ke tiga, soal mengenai Qada’ dan Qadar... kalau dah tertulis sejak azali yang setiap manusia akan ada nasibnya, seperti menjadi pencuri, atau ahli perniagaan, atau guru.. kenapa manusia perlu berusaha lagi?

Orang tua tadi, setelah mendengar soalan yang dikemukakan, secara perlahan-lahan, dia tunduk, dan menggenggam sekepal tanah liat, dikepal sehingga keras, lantas mencampakkan kepada pemuda tadi... Pemuda tadi, yang terkejut lantas menanyakan mengapa? Apahal pulak kan.... tiba-tiba je, baling-baling kat orang.... kalau tak dapat jawab, tak payah la nak baling-baling... (eh.. teremosi pulak)

Orang tua yang wara’ lagi alim menyatakan bahawa tindakannya tadi adalah jawapan kepada soalan-soalan yang ditanyakan oleh pemuda tadi... Pulak dah... Pemuda tadi tidak faham dengan tindakan tersebut meminta penjelasan lanjut...

"Bila kamu kena baling tadi, sakit ke? Di mana sakitnya?" Pemuda itu menunjukkan sakitnya di bahagian dada kepada orang tua itu. Tapi, pasal tiada lebam, dan tanda-tanda nampak kena baling, pemuda tadi pun gagal memperlihatkan di mana sakitnya... tapi, sakit lah.. (eh... faham ke ayat aku ni...) Orang tua itu pun cakap "begitulah juga kuasa Tuhan... Walau kita tidak dapat melihat di mana Allah taala, kita tetap akan merasa kehadirannya" (selesai jawab soalan pertama)

"Bila kamu kena baling tadi, sakit kan... manusia macam kamu, dijadikan daripada tanah kan... saya baling tadi pun dengan tanah... sakit pun... Habis, kalau tanah dengan tanah boleh sakit, begitu juga api dengan api... Allah taala maha mengetahui dan berkuasa..." (kira pakai logik dan mantik jugak la untuk setel soalan ni) (selesai jawab soalan kedua)

Pemuda tadi yang tidak sabar dengan penjelasan tadi lantas menyampuk "Ok... Dah tu, apa kena-mengena dengan soalan ketiga?" "Adakah kamu sangka kamu akan kena baling dengan tanah apabila kamu datang ke sini?" "tidak.... saya langsung tidak menyangkanya... saya hanya mahu jawapan kepada soalan-soalan saya" Kata pemuda itu lagi... "Begitulah juga halnya Qada dan Qadar... setiap perkara yang berlaku adalah disebabkan tangan-tangan manusia...(dengan izin Allah) USAHA manusia akan menentukan keputusan dan hasil akhirnya... Kalau kamu berusaha untuk jadi pencuri, maka akan jadilah kamu seorang pencuri... dan begitulah juga sebaliknya..."

(dah kamu tanya soalan macam tu sangat, itu lah hasilnya....)

majlis pertunangan


(KLIK di sini)

inilah majlis yang mengikat iman dan ayu yang bermulanya era imayu pada tahun 2005.. majlis pertunangan ini adalah yang sangat istimewa...

pada mulanya, aku menyangka hanya menghantar tanda... yer la kan.. nak pergi jauh.. bincang punya bincang, kira mudah laa... terus tunang...

dah hantar cincin... maka, sah la siti rahayu menjadi tunang aku...

Selasa, Mei 30, 2006

Qada’ dan Qadar

Kes yang aku cerita sebelum ni tidak semestinya kes negatif... juga bukan semestinya positif... terpulang bagaimana cara kita melihatnya... sebabnya, ada 5 perkara adalah urusan Tuhan yang maha kuasa.

Soal jodoh, pertemuan, perpisahan, rezeki, dan mati...

5 urusan ini, tiada siapa yang tahu melainkan Allah yang Esa. Maknanya, dah termaktub dalam kitab Allah taala di Luh-Mahfuz; (Rujuk balik rukun Iman ke enam;Qada’dan Qadar); Urusan Tuhan, dan perancangan Tuhan, adalah yang terbaik. Siapa kita, manusia yang lemah dan hina hendak mempersoalkan Qada’dan Qadarnya?

Manusia, adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah; diberinya akal fikiran dan hati perasaan. Dan diciptakan manusia itu untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.... kerja yang gunung-ganang pun tolak... selamba manusia terima... dah namanya khalifah, atau dalam bahasa melayunya, pemimpin, atau ketua, sudah tentu akan menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik. Masalah atau cabaran (dalam perkataan yang lebih bermotivasi) harus dihadapi oleh manusia untuk jadi khalifah. Dan sebab itu, tidak ada manusia yang tidak ada masalah... (Aku pun ada banyak masalah!!!)

Sabtu, Mei 20, 2006

Lumayan

Banyak ke insentif yang diberikan? Sebenarnya, bergantung pada kawasan ditempatkan. Kalau di semenanjung, jumlah elaun hanya sebanyak RM500 lebih. Tapi, kalau kes aku di Sarikei ni, jumlah elaun sahaja adalah sehingga RM1079.41!! Itu tak termasuk ‘claim’ tugasan luar kawasan sekolah yang memang biasa aku dapat dalam sebulan. Maklum lah, cikgu bujang. Dengarnya, kawan aku di Sabah dapat lebih RM1400 sebulan!!! Bagi kakitangan kerajaan, ini jumlah yang cukup lumayan terutama bagi pegawai-pegawai yang baru dapat penempatan pertama, macam aku ni...

Kehidupan yang agak lumayan di sini, bak kata peribahasa di atas, hujan emas ni, memang satu insentif untuk menutup luka di hati mencari rezeki di kawasan orang. Ada yang luka di hati tadi dah terus hilang; parut-parut pun dah takder.... mana tak nya, siap dah kahwin dan ada keluarga sendiri di sini. Siap, beranak-pinak lagi. Pendapatan besar, resah di hati dah hilang, nah... apa lagi yang diharapkan dalam hidup? Isk.. isk... kesiannya keluarga di semenanjung...

Jumaat, Mei 12, 2006

Niat

Dulu, mula-mula datang, nak cari pengalaman. Lama-lama, dah cukup 3-5 tahun, tak cukup lagi ke pengalaman untuk ‘move on’? Manusia ni, bila dah leka dan selesa, lupa niat asal... hishh.. mana taknya... gaji besar... dah tentu gaya hidup pun besar... mana pakai kancil-kancil ni? Paling tidak, honda ferio yang cukup popular kat sini... tambah motosikal lagi, rumah sewa? Mana boleh... beli rumah laa... semi-D pun tak berapa mahal sangat... tak masuk perabot-perabot lagi.... kawan-kawan pun dah steady, dah banyak ‘connection’ dibina, dah jadi pegawai senior, dan yang lebih penting, bila-bila masa saja boleh jadi guru kanan di sekolah... Kalau balik semenanjung pada waktu ini, wah... banyak hutang tak selesai, hilang semua ‘privilage’ tadi.

Pengalaman? Keutamaan dah bertukar... yang mudah dah jadi rumit. Kompleks!!! Dulu, tak banyak perkara untuk dipertimbangkan; sekarang, bila dah berkeluarga dengan orang sini, kena buat pertimbangan semula... kira-kira dulu, semua tak boleh pakai. Kena kira semula... Buku baru... hmm... eh... tak semua laa... bukan semua kes macam ni... Ada yang jadi macam ni.... tak semua.... heh... Siapa makan cili lah....

Rabu, Mei 10, 2006

Imej

Di tempat orang, kita sebenarnya ada peluang untuk menjadi siapa yang kita nak jadi... imej masih kosong... Jadi, terpulang pada diri kita hendak menampilkan imej yang bagaimana yang kita mahukan... Kalau nak jadi orang lain pun, siapa yang tahu? Selagi tak ada orang yang kenal kita la.. kan.. Ada baiknya juga macam ni... Kita boleh mulakan hidup yang baru, hidup untuk mulakan imej yang cemerlang, dan menjadi yang terbilang... Masyarakat di sekeliling kita akan melihat dan menilai... selagi kita mampu bertahan la kan... hmm...

Berapa lama kita dapat berlakon dalam pentas kehidupan ni? Lama-lama, masyarakat akan tahu juga siapa diri kita yang sebenarnya. Tak perlu pun hendak menukar imej... Bezanya, setidak-tidaknya, kita diberi peluang kedua untuk menjadi baik... ‘it’s not about who you were, but who you are now’... kisah dulu-dulu, kalau jahat, teruk, dan ntahapehape... boleh tutup buku... sekarang boleh mulakan hidup baru... yang penting, bukan niat yang sementara untuk menutup mata masyarakat... tapi, adalah niat yang cekal dan tekad yang sebenar... hmm... ntah la... kadang-kadang, masyarakat Malaysia ni, masih lagi ada sentimen terhadap seseorang tu... Kalau dah kena label (cop atas dahi) yang awak tu jahat, sampai mati kena label awak jahat... kesian... Sedangkan nabi pun ampunkan umat... Dengan Allah taala pun boleh taubat... ni lagi kan manusia biasa...

Bercerita tentang imej ni, basically, aku pun tak kenal sangat orang-orang yang berada di sekeliling aku ni... tapi, aku boleh agak (hmm... agak-agak ni tak elok ni...); tapi, aku boleh agak latar belakang diorang ni mesti berbeza dengan aku waktu masa diorang belajar dulu-dulu... dan perlu aku tegaskan di sini, berdasarkan imej yang ditonjolkan seharian... dan imej manusia kan boleh dimanipulasi... (tak boleh dipercayai)... well, they say, ‘image creates assumptions’.. and assumptions are always wrong.. Still, that’s what we like most... rite?

Jumaat, Mei 05, 2006

Insentif

Bila ditempatkan di luar kawasan, ada banyak insentif yang diberikan kepada pegawai-pegawai tersebut. Luar kawasan bermaksud jika aku orang semenanjung, ditempatkan di luar semenanjung adalah luar kawasan, dan begitulah sebaliknya. Orang semenanjung bila ke Sabah atau Sarawak, kehidupan makin susah, dari segi fizikalnya; layak la dapat insentif... tapi, orang Sabah atau Sarawak bila ditempatkan ke semenanjung, apa yang susahnya, lagi senang ada... kenapa mereka pun dapat insentif? Hmm... dulu, aku ada persoalkan jugak isu ni, tapi, bila dah sampai sini, baru aku faham....

Soal susah senang juga adalah soal subjektif... percaya atau tidak? Hendak menjawab isu ini, lihat dan fahamkan peribahasa dan kata-kata yang berikut: hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri; Resah di badan lihat di muka, resah di hati, siapa yang tahu; hmm... senang cerita, insentif ni, untuk mengubat hati... Lumrah manusia, siapa yang mahu berjauhan dengan orang tersayang seperti ibu-bapa, isteri, anak-anak, keluarga dan sanak-saudara? Lainlah kalau dah tak sayang... lagi jauh, lagi suka... kan?

Ahad, April 30, 2006

Penempatan


Ada juga ayahanda tanya-tanyakan… nak ke keluar dari sini? Hmm… mula-mula dulu, memang terasa sangat nak keluar… tapi, bila lama-lama, terasa sayang pulak… Dalam sektor kerajaan, apabila ditempatkan pada satu-satu tempat, biasanya perlu mengambil masa dalam 3-5 tahun, baru boleh bertukar ke mana-mana… dan begitulah juga bila ditempatkan di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Tapi, kalau pakai ‘kabel-kabel’ ghaib, mungkin boleh keluar ‘anytime’…… Bila ayahanda dah tanya, maknanya, ada lah tu…
soalnya, nak ke tak nak???

Kalau sekali sudah bertukar ke semenanjung, sebenarnya, sudah tidak ada peluang untuk datang atau dihantar ke sini lagi, melainkan datang untuk melawat tu bolehla kot… maknanya, pengalaman unik ini akan hilang dan dilepaskan macam tu sahaja… hmmm….

Penempatan oh penempatan

Dah lama tak menulis untuk blog ni… padahal, aku dah tulis pun sebelum ni tentang komitmen… ntahlah… agaknya, makin lama, makin jauh dengan internet, agaknya makin hilang minat untuk menulis dalam blog ni… maka, akan jadilah seperti meludah ke langit, jatuh atas muka sendiri.

Sebenarnya, dari segi fizikalnya, bila dah berada di kawasan ‘luar bandar’ di negeri Sarawak adalah sama seperti ‘pedalaman’ di semenanjung. Istilah yang sama di semenanjung, tapi memberikan fizikal yang cukup berbeza. Mujurlah semasa latihan praktikum dulu, aku dah didedahkan dengan pelajar yang ‘asli’ baik panggilannya, mahupun sifatnya.

Pengalaman

Ada yang mengatakan pengalaman di sini berbeza dan ‘menyeronokkan’, dalam konteks yang unik dan tersendiri. Macammana hendak digambarkan pun, tak tertulis di sini. ‘Seronok’… hmm… kan berbeza dan subjektif; Lain orang, lain seronoknya. Apa pun, itulah yang akan menjadi pengalaman hidup yang seterusnya akan mendewasakan diri. Ia juga boleh dijadikan panduan dan cerita bila balik ke semenanjung nanti. Masakan tidak, bukan semua orang ada pengalaman mengajar dan bersama masyarakat Iban di sini. Sebab yang sama juga akan menjadikan seseorang guru tidak mahu pulang ke semenanjung.

Pengalaman sebegini adalah unik dan sudah tentu, hanya boleh didapati di sini. Ya lah…kan… mana ada Iban kat semenanjung? Jawa tu, belambak laa…. Orang yang nak pada pengalaman, aku percaya dia akan dapat di sini. (sekali lagi ditegaskan; pengalaman dengan masyarakat bumiputera yang berbeza budaya, agama, taraf sosioekonomi, dan lain-lain lagi.. walaupun rupa hampir sama; kat semenanjung ada ka??).