Ahad, Februari 15, 2009

Rumusan Dr M.Asri Zainal Abidin

Kekusutan yang berlaku pada hari ini, apakah ia baru bermula semalam, atau sudah bertahun lamanya? Barah yang kelihatan boleh membunuh pada hari ini, apakah baru muncul ketika doktor berjaya mengesannya, atau sudah bertahun lamanya? Banyak penyakit itu gagal diubati disebabkan hanya pada sangat akhir ketika sudah benar-benar nazak, baru datang berjumpa perawat. Bukan tidak boleh, tetapi penyelesaian yang lengkap akan sukar untuk diperolehi.

Ya, banyak perkara dalam hidup kita, Islam hanyalah dirujuk ketika saat gawat. Ini seperti mereka yang berumahtangga, Islam mencadangkan pakej yang lengkap bermula dari ciri-ciri dalam memilih pasangan, mudahnya urusan perkahwinan, kehidupan dengan disiplin agama, tanggungjawab suami, isteri dan anak-anak, hukum-hakam nusyuz sehinggalah kepada bab talak apabila ternyata rumahtangga tidak lagi membawa kebaikan.

(Baca artikel penuh di sini)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik r.a. katanya;
“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”.


Melihat kepada masalah-masalah yang seperti hari ini, membawa kita insaf bahawa ada dua perkara yang memerlukan perubahan dalam negara kita.

1) melihat semula segala dasar dan sistem yang dipakai dalam negara ini; sejauh manakah itu semua memenuhi prinsip-prinsip yang ditegaskan oleh Allah dan rasulNya.

2) kembali mentarbiah kaum muslimin; pemimpin dan rakyat agar berdisiplin dalam prinsip, amalan dan akhlak selaras dengan ajaran Allah dan rasulNya. Maksudnya hendaklah dilakukan penegakan Islam di peringkat dasar dan penghayatan. Dengan syarat, tafsiran Islam itu mestilah atas keikhlasan dan ilmu yang bebas dari kepentingan parti dan politik tertentu.

Saya menyeru kepada para pejuang perubahan, semoga apa yang berlaku menginsafkan kita, betapa kita perlukan Islam yang tulen yang merdeka dari kepentingan puak, adat, bangsa, parti dan seumpamanya. Hanya kembali kepada Allah dan rasulNya




Jumaat, Februari 13, 2009

Adil dan saksama

1) Nabi Daud; raja yang adil telah mengadili suatu kes yang melibatkan seorang pemilik kebun dan penternak kambing.

2) Pemilik kebun mengadu, "Tuanku wahai Nabi, sesungguhnya kambing lelaki ini masuk ke kebunku dan memakan semua anggur yang ada di dalamnya. Aku datang kepadamu agar engkau menjadi hakim bagi kami. Dan aku menuntut ganti rugi."

3) Nabi Daud berkata kepada pemilik kambing: "Apakah benar bahawa kambingmu memakan kebun lelaki ini?" Pemilik kambing itu berkata, "Benar wahai tuanku." Daud berkata lagi, "Maka, Aku memutuskan untuk memberikan kambingmu sebagai ganti dari apa yang telah dirosaki oleh kambingmu."

4) Nabi Sulaiman, iaitu anak kepada Nabi Daud berkata: "Wahai ayahandaku, nabi Daud a.s, Allah telah memberiku hikmah di samping ilmu yang diwarisi dari ayahanda. Pada pendapatku, Aku akan memilih dan memberikan suatu hukuman yang lain, wahai ayahku." Daud berkata: "Katakanlah wahai Sulaiman."

5) Sulaiman berkata: "Aku memutuskan agar:-
a)pemilik kambing mengambil kebun lelaki ini yang buahnya telah dimakan oleh kambingnya. Lalu hendaklah ia memperbaikinya dan menanam di situ sehingga tumbuhlah pohon-pohon anggur yang baru.
b)Dan aku memutuskan agar pemilik kebun itu mengambil kambingnya sehingga ia dapat mengambil manfaat dari bulunya dan susunya serta makan darinya.
c)Jika pohon anggur telah besar dan kebun tidak rosak atau kembali seperti semula, maka pemilik kebun itu dapat mengambil kembali kebunnya dan begitu juga pemilik kambing pun dapat mengambil kambingnya."

6) Lantas, Nabi Daud berkata: "Ini adalah keputusan yang hebat wahai Sulaiman. Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memberimu hikmah ini. Engkau adalah Sulaiman yang benar-benar bijaksana."

(Sumber - kisah-kisah nabi)
(Al-Anbiya': 78-79)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
Fikrah-
1) Nabi Daud - meskipun kedekatannya kepada Allah s.w.t dan kecintaannya kepada-Nya - selalu belajar kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t telah mengajarinya agar ia tidak memutuskan suatu perkara kecuali setelah ia mendengar perkataan kedua belah pihak yang bertikai. Keputusan Nabi Daud adalah keputusan yang ADIL.

2) Nabi Sulaiman - Allah taala telah memberikannya hikmah dan beliau mewarisi kerajaan yang Allah sendiri sediakan untuknya. Kerajaan yang beliau kuasai adalah meliputi seluruh makhluk termasuklah jin dan haiwan. Keputusan Nabi Sulaiman a.s adalah keputusan yang ADIL dan BIJAKSANA.

3) Ada keputusan yang baik; dan ada lagi keputusan yang lebih baik!





Rabu, Februari 11, 2009

Serupa tapi tak Sama

Petikan Hari ini
dari tukartiub.blogspot.com

".....Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – satu molekul hydrogen dan 2 molekul oksigen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walaupun didondang sayang oleh majoriti. Yang jahat tetap jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.... "


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...
Fikrah-
1) Apabila ada percanggahan perkara dalam perbahasan, rujuk semula definisi asas suatu makna.
2) Yang benar tetap benar; yang batil tetap batil.
3) Kita sahaja yang sering memilih untuk mendengar dan percaya apa yang HENDAK kita dengar dan percaya.
4) Terpengaruh dengan majoriti, dan terpengaruh dengan yang paling kuat bunyinya, adalah suatu kelemahan manusia yang lemah jati dirinya dan ilmunya serta pengalamannya.




Selasa, Februari 10, 2009

A story for...

SOmebody; Everybody; Anybody; and Nobody


1) One day, Somebody needs to tell Everybody when Somebody knows something important.

2) Actually, Anybody can do the same even when Nobody ask Anybody to do it.

3) But, when Nobody tells Somebody, or even Anybody; Everybody is not happy.

4) As a matter of fact, Everybody needs to believe to Anybody; and not just Somebody.

5) Seriously, Somebody really have to be positive when dealing with everybody. Anybody knows that, but Nobody wants to tell Somebody.

6) The problems then; reflect to Everybody, and Nobody wants to be blamed for it.

7) Does Anybody knows who is that Somebody?

8) Maybe, it just Nobody... (Maybe it just Me)


... or Everybody?


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah-
1) Think and read between the lines.
2) It is really Works for everybody!





Isnin, Februari 09, 2009

Ayuh Geng Bersih Masjid

Pengumuman Program Kemasyarakatan

Ayuh Geng Bersih Masjid

Hari : Ahad
Tarikh: 22 Februari 2009.
Waktu: 8.00 hngga 2.00 t/h.
Tempat: Masjid Nurul Iman, Kampung Kebun Baru, Bt 10.
golongan sasaran: para belia, remaja serta pelajar asrama SMKTPG.

Anjuran : PEPIAS Cawangan Kuala Langat aka Syabab Nurul Iman,
Anjuran bersama: SMK TElok PAnglima Garang dan Masjid Nurul Iman, Batu 10.

organisasi bg program ini adalah seperti berikut:

Pengarah: Mohd Faiz b. Jaini.
Pen. pengarah: Sofieyah bt. Mohammad Ishak.
Setiausaha: Nur Amalina bt. Tuna.
Bendahari: Yusro Hamamah bt. Jumiran.

AJK:
PC/Penyelaras Program: 1)Afiq b. Roslan.
2)Nor Laili bt. Kadri.
Publisiti: 1)Muslim b. Hashim.
2)Nur Amalina Bt Tuna
Ajk logistik: 1)Muhammad Zamry b. Suterisno.
2)Safiqah bt. Rosli.
Ajk makanan: 1)Saiful Safuan b. Kartoyo.
2)Nor Hafiffy Suraya bt. Shafie.
Ajk disiplin: 1)Fidauddin b. Soiful Bahri.
2)Syafiqah Hasna bt. Raden Abd. Hakim.



DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI; AJAK BERSAMA RAKAN-RAKAN DAN KENALAN ANDA; YANG MUDA REMAJA KHUSUSNYA; MARI KITA MENGIMARAHKAN MASJID; MULAKAN DENGAN BERGOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID KITA.

Fakta penting dalam program ini:

1) Diuruskan sepenuhnya oleh remaja; lepasan SPM 2008; dengan bantuan nasihat daripada PEPIAS / ABIM daerah Kuala Langat

2) Kebanyakkan penganjur / penggerak adalah daripada lepasan program Perkampungan Menara Gading (PMG 9) dan Perkhemahan Belia Islam Selangor (PEBIS); anjuran PEPIAS dan Kerajaan Negeri Selangor.

3) Penggerak-pernggerak ini berhasrat untuk meneruskan agenda kesukarelaan dan kemasyarakatan dalam bentuk Kelab / Persatuan yang akan didaftarkan di bawah Registrar of Youth (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

4) Kumpulan ini dinamakan SYABAB Nurul Iman; maknanya- Pemuda yang Disirami Keimanan; membawa harapan yang segar sebagai penggerak masjid, penggerak belia setempat dan penggerak masyarakat.

5) Program Syabab dimulakan di Masjid Nurul Iman, Kampung Kebun Baru pada penghujung tahun 2007.


SELAMAT BERPROGRAM!!





Jumaat, Februari 06, 2009

Maruah?

1) Apabila sesuatu keputusan dan takdir memihak kepada kita, sudah tentu kita akan merasa sangat gembira; dan kalau sebaliknya, rasa sedih, dan tidak keruan pula. Hakikatnya, kita memang seronok jika menang.

2) Dalam suatu perlumbaan, contohnya lumba lari dalam acara olahraga, seorang atlit telah menang pertandingan dengan berlari bersungguh-sungguh; setelah berlatih saban hari dengan menempuh segala macam kesusahan. Apabila menang, rasa seronoknya adalah berbaloi dengan penat lelah tadi.

3) Sekiranya kalah, rasa seronok juga kerana telah melakukan yang terbaik untuk menang; Takdirnya, masih ada atlit yang lebih baik. Namun, tidak salah juga untuk berasa sedih; Adat pertandingan, tentu ada menang, dan tentu ada yang kalah. Kalahnya, kalah yang bermaruah.

4) Sekiranya menang dengan bermain kotor, rasa seronok juga kerana masih menang. Asalkan menang, lain-lain perkara tidak menjadi hal. Soal menang dengan bermaruah; itu sudah tidak dipedulikan sangat. Asalkan menang. (Ada juga orang yang begini). Baginya, tidak mencacatkan maruahnya dan oleh itu, tidak siapa yang berasa malu. Dengan kata lain, tidak terjejas langsung urusan hidupnya.

5) Maruah adalah hak milik peribadi. Ia adalah pandangan diri terhadap diri sendiri atas sesuatu hal. Maruah harus diletakkan bersama Malu. Ini adalah hak milik peribadi kerana diri sendiri akan meletakkan aras (standard) untuk maruah dirinya. Ada yang meletakkan aras tinggi, ada juga yang rendah.

6) Masalahnya, tinggi dan rendah juga adalah subjektif. Berapa tinggi dikatakan tinggi, dan berapa rendah dikira rendah? Dan kerana aras yang subjektif ini, hal peribadi boleh juga menjadi hal umum. SIfat peribadi boleh juga menjadi sifat umum.

7) Maruah tinggi milik peribadi; jangan pula disalahkan sekiranya masyarakat menilai sebenarnya maruah rendah! Dan begitu juga sebaliknya. Akhirnya, masyarakat akan menjadi penentu kepada mereka yang bermaruah, dan mereka yang tidak punya maruah; walaupun, masyarakat tidak semestinya betul!

8) Ini tidak lagi dibincangkan manipulasi manusia tentang soal kotor dan tidak kotor. Bukankah banyak juga masalah apabila yang kotor, tidak dirasakan kotor? Apabila yang ini tidak difahami, apa guna bicara soal maruah? Ataupun, adakah maruah yang menentukan kotor atau tidak kotor? ke menang, atau kalah?


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah-
1) Pusing-pusing; balik semula kepada tahap keilmuan dan keyakinan peribadi dengan Tuhan dan Rasulnya.
2) Apa tajuk yang sesuai untuk artikel ini?




Rabu, Februari 04, 2009

Masa untuk bahagia

DUNIA kita... dunia ku.... hidup di dunia yang sementara ini memerlukan kita sebagai khalifah untuk bijak menggunakan masa dengan sebaiknya... Ramai orang terlepas masa dengan sia-sia... lupa agaknya, masa yang berlalu tidak akan berulang lagi... yang lepas adalah sejarah... tidak akan ada mesin masa yang akan membawa semula masa lalu.... semua yang berlalu itu adalah kenangan...

SIapa yang menghargai masa? siapa yang tidak menghargai masa? di dunia ini, hanya orang yang memelihara masa dengan sebaiknya akan berjaya dan bahagia... walaupun dirinya tidak lama hidup di atas muka bumi ini... puas rasanya bila telah melakukan yang terbaik... kata orang, bekerja ibarat hidup 1000 tahun lagi, beramal ibadat ibarat hari ini adalah yang terakhir.....

3 kehidupan (life) yang tidak harus ditinggalkan untuk bahagia...
1)personal life,
2)social life,
3)career life....

kalau diuruskan dengan betul untuk ketiga-tiganya, akan berbahagialah seseorang itu... masa untuk beramal ibadat dalam kategori mana?, jawapannya ada dalam ketiga-tiga life... bukan salah satu... pokoknya di sini, adalah tahu untuk menyeimbangkan ketiga-tiganya.... bukan meninggalkan salah satu untuk yang lain...

Bijak mengurus masa, kehidupan kita akan lebih bermakna...


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
(Ditulis pada 6 April 2007)
Fikrah-
1)Lihat pada susunan kata / cara penulisan; ada sedikit perubahan gaya bahasa...
2)PErubahan hanya pada gaya tulisan; tetapi tidak pada idealisme!

Setia pada perjuangan!
Menerobos; Merungkai; Menjernihkan!



Mana yang utama, harus diutamakan

Kalau nak dikira dalam hidup ini, dalam sehari sahaja, ada banyak nota-nota 'things to do'... banyak sampai ada yang tak siap, dibawa ke hari esoknya. Itupun, ada yang tak siap dan begitulah seterusnya. Akhirnya, apa yang menimbun, terus menimbun. Cara penyelesaiannya mudah saja... Jadual harian perlu diubahsuai... mungkin perlu lebih masa (overtime) dalam berkerja. Kalau perlu lakukan sampai malam sekalipun, lakukan saja. Itu yang membezakan mereka yang tidak menangguh kerja dengan mereka yang leka dan rugi dengan masa. (Surah Al-Asr)

Kerja bertangguh ini adalah amalan yang sangat tidak sihat. Setiap orang ada keupayaan masing-masing. Ada yang kerjanya laju, tapi banyak salah... ada yang perlahan sangat, tapi berbaloi sebab semuanya betul. Yang ini, masuk bab kerja cermat pulak. Yang kita nak, kerja laju dan betul... Yang ini memerlukan kemahiran dan pengalaman. Kemahiran menentukan betul-salah, pengalaman menentukan cepat-perlahan.

POkoknya, siapkan kerja kita segera, kerana banyak lagi kerja-kerja di luar sana yang memerlukan sumbangan kita. kita sudah tidak mahu mendengar lagi tidak buat kerja-kerja amal dan kerja-kerja kemasyarakatan kerana TIDAK CUKUP MASA dengan tugas-tugasan rasmi. Yang Utama, harus diutamakan. Maksudnya, yang tidak utama, jangan ditinggalkan... Semuanya, alkisah tentang masa dan cara menggunakannya...


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
Fikrah -
1) Ini tulisan Fikrah pada 1 Februari 2007 ; semasa masih bertugas di Sarikei, SArawak.
2) Walaupun hampir 2 tahun; artikel ini masih relevan.
3) Kan, ini suatu sumbangan sepanjang hayat!
4) Nanti, Fikrah akan korek lagi hasil tulisan Fikrah dulu-dulu.... (ada dalam forum-forum terdahulu yang sudah tidak aktif dan PC lama.);; kita korek!




Selasa, Februari 03, 2009

Kembali menulis

1) Hampir 3 minggu, saya berhenti berehat seketika dari arena penulisan... Sibuk dengan urusan keluarga dan memang mengambil kesempatan membaca-baca akhbar bentuk kertas (konvensional) yang telah lama ditinggalkan, selain dari masalah internet yang tidak dapat diakses di kampung.

2) Hmmm... tangan sudah menggeletar... Otak berputar ligat ingin mencurahkan segala isi akal dan hati yang semakin melimpah keluar sekiranya tidak ditulis... Bimbang akan hilang dan membazir percambahan fikiran setiap hari.

3) Hari-hari kita akan bercakap... Bercakap kosong? atau bercakap dengan isi? Kalau cakap kosong, elok dibiarkan sahaja menjadi lipatan sejarah. Kalau dihitung, dalam sehari, berapa kali kita cakap kosong? Berapa pula banyaknya masa dibuang begitu sahaja? Seolah-olah, masa 24jam, tidak digunakan dengan sebaiknya.

4) Kalau cakap kita berisi, apa pula buktinya? apa isinya? betul kah isinya? matangkah isinya? kalau tidak direkodkan, dan dimuhasabahkan, atau dibincangkan lagi secara mendalam, juga akan jadi cakap-cakap kosong. Kata orang, No Action Talk Only (NATO)

5) Kerana itu, saya menulis. Paling kurang, ini apa yang saya mampu lakukan; Mencambah idea dan buah fikiran untuk tatapan dunia. Kalau tak hari ini, mungkin esok akan ada yang membacanya. Mungkin juga lagi 3 tahun akan ada orang membacanya. Kalau ada komen, bermakna akan ada percambahan fikiran dan akan ada yang membetulkan. Apatah lagi, kalau idea tersebut digunakan orang lain untuk membuat kebaikan.

6) Takkan selamanya kita berada dalam selemah-lemah Iman. Maknanya, kalau tidak setuju dengan sesuatu kemungkaran atau perkara yang melibatkan kemaslahatan ummat, marahnya dengan hati sahaja. Bila nak tingkatkan?

7) Lihat dunia dari mata burung; bukan dari bawah tempurung. Ini rangkap lagu yang popular suatu tika dulu. Maknanya, semakin tinggi kita luaskan percambahan pemikiran kita, semakin tinggi pengalaman dan tahap pemahaman kita tentang sesuatu perkara. Akhirnya, anda, saya akan ada banyak perkara untuk dikongsikan bersama dunia! KAta-kata seperti "tak tau laa nak tulis apa.." adalah tidak relevan sama sekali...


Kembali menulis.. dan teruskan memberi sumbangan...

Semoga Allah taala memberikan kita sesuatu yang baik atas apa yang kita sumbangkan... InsyaAllah..