Jumaat, April 17, 2009

chicken a la carte




>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

1) Ada perkara yang jarang kita syukuri; kerana kita terlupa, ada lagi yang tidak mampu seperti kita.

2) Video ini adalah kisah yang sangat penting untuk kita fikirkan; apa yang kita harus lakukan selepas ini? APakah peristiwa sebegini tidak berlaku di tempat kita? Berapa kali kita bersyukur kepada Allah atas kurniaan rezeki kepada kita? Kali terakhir kita memberi sumbangan kepada fakir, berapa nilaiannya, berbanding dengan pembaziran, dan perkara yang menonton nafsu semata-mata?

3) Buat sedikit perbandingan; jika dahulu, kita naik basikal, kita naik taraf dengan membeli motosikal, seterusnya kereta kancil, dan seterusnya meningkat lagi... Bezanya amat nyata. BAgaimana pula dengan sumbangan kita? Bezakan sumbangan Hari Jumaat 10 tahun dahulu, dengan hari ini? Dulu, RM1.00, hari ini?

4) Mulakan dengan perkara dan sumbangan kecil; tambah sedikit demi sedikit sehingga terdapat beza yang nyata suatu hari nanti. Yang penting, tonjolkan kesyukuran! bukan kemegahan keduniaan!

Khamis, April 16, 2009

21 Suggestions for Success

By H. Jackson Brown, Jr.

  1. Marry the right person. This one decision will determine 90% of your happiness or misery.
  2. Work at something you enjoy and that's worthy of your time and talent.
  3. Give people more than they expect and do it cheerfully.
  4. Become the most positive and enthusiastic person you know.
  5. Be forgiving of yourself and others.
  6. Be generous.
  7. Have a grateful heart.
  8. Persistence, persistence, persistence.
  9. Discipline yourself to save money on even the most modest salary.
  10. Treat everyone you meet like you want to be treated.
  11. Commit yourself to constant improvement.
  12. Commit yourself to quality.
  13. Understand that happiness is not based on possessions, power or prestige, but on relationships with people you love and respect.
  14. Be loyal.
  15. Be honest.
  16. Be a self-starter.
  17. Be decisive even if it means you'll sometimes be wrong.
  18. Stop blaming others. Take responsibility for every area of your life.
  19. Be bold and courageous. When you look back on your life, you'll regret the things you didn't do more than the ones you did.
  20. Take good care of those you love.
  21. Don't do anything that wouldn't make your Mom proud.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


H. Jackson Brown, Jr. penulis Amerika yang telah menulis lebih dari 30 buah buku. Buku-bukunya telah diterbitkan di seluruh dunia dengan pelbagai bahasa. Buku beliau yang paling terkemuka, Life's Little Instruction Book (Buku Panduan Kecil Tentang Kehidupan).

Pada asalnya, ia ditulis sebagai hadiah kepada anak lelakinya pada masa anaknya akan keluar untuk melanjutkan pelajaran ke kolej. Hasilnya, ia telah berada dalam senarai buku terlaris New York Times selama 2 tahun!

H. Jackson Brown, Jr. juga adalah penulis popular "21 Suggestions for Success", (21 cadangan untuk berjaya), suatu koleksi nasihat mudah untuk menjadi orang berjaya dan gembira dalam seluruh ruang kehidupan. Sebagai tambahan, terdapat juga beberapa kata-kata, atau madah popular yang sangat praktikal dan berinspirasi daripada beliau.

Hari ini, H. Jackson Brown, Jr. meneruskan hidup dengan memikirkan soal kehidupan dan menulis dari kabin log di kaki bukit Gunung Smokey.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Satu nasihat yang cukup baik dan boleh diamalkan untuk kejayaan masa depan!
2) Kalau tak mampu buat semua cadangan di atas, jangan pula tinggalkan semua. Sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk mencari kejayaan itu.
3) Perhatikan sejarah dan tujuan asal beliau, iaitu untuk menasihat anaknya; rupa-rupanya, banyak lagi insan di atas muka bumi ini yang punya keperluan yang sama
4) Hanya cadangan! Nak ikut atau tidak, terpulang la.
5) Kisah beliau, ada sedikit persamaan dengan kisah Lukman Al-Hakim yang menasihati anaknya. Bezanya, Allah sendiri mengiktiraf nasihat tersebut dan dilakarkan di dalam Al-Quran Al-Karim.
6) Itu pun, orang Islam sendiri gagal mengadaptasi nasihat tersebut dalam kehidupan. Kalau Lukman masih hidup, dan nasihatnya ditulis pada hari ini, mungkin menjadi best-seller juga!
7) Sekali lagi, senarai nasihat di atas hanya suatu cadangan. Nak ikut ke tidak?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Selasa, April 14, 2009

Kem Smart Insan 2009 SKKB



Tanggal 11-12 April 2009, bersamaan hari Sabtu dan Ahad, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Di sini, bermulanya penjelajahan Unit Syabab Nurul Iman, sayap remaja PEPIAS di daerah kuala Langat, ditemani ABIM Kuala Langat, sebagai mentor menjalankan kerja dakwah pendidikan secara berjemaah. Setelah berpenat lelah menjalani latihan PMG, PEBIS, dan LAKEP, para aktivis muda ini akhirnya berjaya menjalankan projek pertama mereka bersama masyarakat di kampung Kebun Baru ini.

Para fasilitator dan penggerak program seramai 38 orang, sebahagian dari PEPIAS Bangi(KUIS), rakan-rakan syabab SAMTAR, UIAM (PJ), Madrasah Mujahidin, dan tenaga utama dari unit Syabab Nurul Iman sendiri. ABIM Kuala Langat, melalui wakilnya, saudara Radin Muhd Imaduddin bertindak sebagai Trainer, dan secara langsung, mentor kepada penggiat remaja ini. Saudara Hafiz (KUIS) bertindak sebagai Ketua Fasilitator dan Saudara Azmir (Syabab) sebagai Pengarah Program. Saudara Zulhelmi (Presiden PEPIAS) turut sama hadir sebagai pemerhati Pusat. Seramai 244 orang peserta program, murid tahun 6 menyertai Kem Smart Insan ini, dengan pecahan 11 kumpulan lelaki dan 11 kumpulan perempuan.

Program ini menjadi suatu ujian kepada penggerak remaja Syabab dalam menguruskan program sepenuhnya; dari menulis kertas kerja, sehinggalah akhir acara perasmian penutupan daripada NYDP PIBG SKKB, Ustaz Adni. Program ini, pada awalnya berfokuskan kepada Modul Smart Solat, namun, setelah perbincangan dilakukan dan memberi pertimbangan kepada keperluan sekolah, modul diubahsuai kepada SMART insan.

Lantas, modul dirangka semula dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam menjadi anak soleh, di samping membimbing adik-adik peserta menjalani kehidupan yang kemas (smart) dalam menjuruskan aktiviti dan sasaran kepada kejayaan. SMART adalah akronim kepada:-

S-Solat
M-motivasi
A-Akhlak / Adab / Aturan
R-Rakan sebaya
T-Tekun / Bersungguh-sungguh

Secara keseluruhan, program ini dapat menonjolkan kekuatan penggerak, baik sebagai fasi, dan juga komiti, dan serba-sedikit kelemahan yang boleh diperbaiki dari masa ke masa. Secara tidak langsung, unit Syabab juga telah mempromosikan diri mereka kepada masyarakat umum di sekitar mereka. Yang lebih penting, kesan menyampaikan perkara kebaikan adalah untuk membangunkan diri sendiri untuk menjadi insan yang soleh kepada Penciptanya, dan seterusnya menjadi khalifah kecil di atas muka bumi ini.

Prinsip Menyeru kepada Ma'ruf, dan mencegah kepada Munkar sentiasa menjadi alas untuk terus berkhidmat dalam masyarakat. Mana mungkin melihat kesan perubahan sikap kepada peserta dalam program yang hanya 2 Hari 1 malam menjadi kayu pengukur kejayaan program. Kita hanya merancang, dan berusaha bersungguh-sungguh, selebihnya, kita serahkan kembali kepada Allah yang Esa untuk memberi hidayah kepada hambaNya. Hanya Allah sahaja yang mampu mengubah apa yang diciptaNya.

Selanjutnya, adalah proses muhasabah dan meneruskan Islah dalam diri dan masyarakat. Unit Syabab akan terus membantu ABIM Kuala Langat, melalui PEPIAS dengan izin Allah taala.
Sama-samalah kita berdoa semoga dengan Asbab mengikuti program latihan sebegini, akan menjadikan diri lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.


Ya, Penjelajahan kita baru sahaja bermula...





Ciri-ciri pendakwah

Menurut Syeikh Dr ‘Ali Ab Halim Mahmud dalam kitabnya , Fiqh al-Dakwah al-Fardiyyah , seseorang pendakwah haruslah memiliki ciri-ciri berikut iaitu:

  1. Ikhlas kerana Allah
  2. Mempertingkatkan ilmu
  3. Kena ada jalinan hubungan dengan Allah
  4. Kena sealu mebaca kisah-kisah perjuangan orang-orang Islam yang terdahulu di kalangan para Nabi , sahabat, pejang-pejuan Islam dan lain lain
  5. Kena selalu berdoa kpd Allah supaya bukakan hati manusia yang terlibat
  6. Kena mempraktikkan Islam dalam hidup sebelum mengajak orang kepadanya
  7. Bergabung dalam jemaah orang-orang Islam
  8. Mengembangkan budaya ilmu dalam diri .
  9. Mesti ada mentor yang dinamakan beliau sebagai qudwah mithaliyyah
Ustaz Zahazan Mohamed


Isnin, April 13, 2009

Bancian tindakan

1) Satu kaedah yang paling berfakta dan berfokus dalam melakukan tindakan berasaskan kajian, adalah dengan memulakan suatu bancian. Soalan dirangka khusus untuk memenuhi aspirasi suatu sasaran, dalam memahami kecenderungan sampel yang dikaji. Tahap ketepatan mungkin boleh dipertikaikan; maka, harus diletakkan suatu standard tertentu seperti peratusan sampel, jenis soalan, soalan tertutup, kerahsiaan identiti sampel dan ketelusan dalam menjalankan analisis.

2) Soalnya adalah tindakan selepas itu. Segala analisis akan diperlihatkan dalam bentuk tindakan. Namun, sekali lagi, ia amat bergantung kepada fungsi utama kajian bancian tersebut diadakan. Harus jelas, fungsi suatu bancian adalah untuk melihat kecenderungan sampel. Kuasa untuk melakukan tindakan pula bergantung kepada kuasa kapasiti yang ada. Kalau ada, teruskan lah bertindak; kalau tidak ada, salurkanlah kepada yang punya kuasa bertindak.

3) Mereka berkata, adalah mustahil untuk mendapatkan persetujuan kesemua orang dalam melakukan satu-satu tindakan. Kisah klasik seorang anak kecil, bapa tua dan keldai yang punya prinsip tentang membuat keputusan, akhirnya akan membawa kesimpulan, kepada tidak perlu terlalu mendengar kata semua orang kerana akhirnya, masing-masing ada pandangan masing-masing. Sekonyong-konyongnya, pemimpin harus membuat keputusan yang secara majoritinya dipersetujui ramai. Harus diletakkan satu nota; bahawa bukan semua yang majoriti adalah yang benar!

4) Culaan telah dilakukan. Analisis telah diperolehi. Bertawakkallah; dan yakin bahawa segala yang baik, tidak datang bergolek. Tiada jaya tanpa usaha. Orang kata, kalau kita bukan sebahagian daripada penyelesaian, maka kita adalah sebahagian daripada masalah. (If we're not part of solutions, then we're part of problems). Doakanlah semoga perjalanan kita dalam rahmat dan petunjuk Illahi.






Ahad, April 12, 2009

Nilai asas sosial

"...Ilmu IR (International Relations) menyebut ada lima nilai asas sosial (basic social values) yang rakyat harap negara atau kerajaan menjaminnya untuk mereka. Perkara-perkara tersebut adalah:-

1) security (keselamatan),
2) freedom (kebebasan),
3) order (peraturan),
4) justice (keadilan) dan
5) welfare (kebajikan).

Sebagai muslim saya mungkin menambah penegakan Islam sebagai prinsip dalam mengawal asas-asas tersebut"...

Dr M.Asri Zainal Abidin




Agenda dakwah dalam berjemaah

1) Meneruskan agenda perjuangan dakwah dalam Jemaah bukan suatu kerja yang mudah. Lagi-lagi, apabila dipertanggung-jawabkan dengan menjaga dan melatih kepimpinan muda yang baru mengenal dunia luar dari sekolah, dunia yang tiada kawalan cikgu untuk menyatakan dan membetulkan diri mereka; Dunia yang memberikan segala kebebasan kepada diri anak muda untuk menentukan hala tuju mereka mengikut cita dan rasa mereka.

2) Agenda dakwah dalam berjemaah, tidak pula sama dengan berpersatuan. Dari organisasi, dan luaran, mungkin kelihatan serupa, namun, dari segi pengisian dan semangat yang dibawa, adalah perkara yang cukup berbeza. Jauh berbeza. Jemaah Islamiah membawa misi Fisabilillah dan membawa agenda penerus generasi ambiya' ditontoni dengan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai modal utama. Manakala berpersatuan, hanya menguruskan suatu objektif secara bersama dalam satu organisasi yang tersusun. Tiada pula perlu agenda Tauhidiq dibawa bersama dengan penubuhan sesuatu persatuan. Dalam jemaah, agenda Tauhidiq adalah kemestian.

3) Di sekolah-sekolah kementerian, latihan bersifat kerohanian, dan pembudayaan amal jamaie adalah sesuatu yang sangat janggal untuk dipertontonkan. Alasannya, terdapat perlbagai bangsa berlainan agama; jadi, tidak adil jika dilebih-lebihkan amalan Islami melebihi yang lain, dan dibimbangi tidak mempromosikan integrasi murid yang pelbagai agama di sekolah. Kalau ada pun, belum tentu semua guru akan terlibat dalam perlaksanaan aktiviti sebegini. Hanya guru Agama Islam sahaja yang mempromosikannya pula. Inilah realitinya dan harus diperhalusi semula adakah benar pendekatan yang diambil ini.

4) Anak muda yang baru melepasi alam persekolahan tidak akan mampu bergerak dalam suatu jemaah, dengan mudah kerana sebab-sebab seperti di atas. Pembudayaan bukan lahir sekelip mata, bukan juga sehari-dua; Ia perlukan komitmen berterusan dan latihan yang tersusun dan serius; dan sudah tentu sumbangan kepakaran para sahabat dan ilmuan yang berpengalaman dan terlibat dalam jemaah bersama-sama memberi sokongan dan dokongan untuk melahirkan penerus dalam agenda melahirkan generasi Rabbani pada masa depan.

5) Siapa yang bertanggung-jawab untuk membina generasi baik pada masa depan, jika tidak generasi hari ini? Malah, terlalu ramai yang beralasan diri sendiri tidak bersedia dan tidak punya ilmu, atau tidak alim, dan lain-lain alasan lagi, dan akhirnya menangguhkan kerja dakwah ini. Dari zaman belajar, ke zaman berkerja, ke zaman brekahwin, ke zaman beranak-pinak, ke zaman tua. Alasan pasti ada untuk menangguhkan kerja dakwah. Syaitan pasti amat suka apabila kerja mengajak kepada kebaikan ditangguh-tangguhkan!

6) Anak muda baru habis SPM, masing-masing menunggu untuk masuk ke kampus. Di kampus, mereka akan terus belajar mendapatkan segulung ijazah, dan seterusnya, akan terus memasuki alam pekerjaan. Dunia mereka akan semakin luas; masa mereka akan semakin sempit; Bukan kerana 24 jam sehari menjadi 20 jam; tetapi, nafsu dan kerenah dunia telah menipu mereka (malah seluruh umat manusia) untuk mengejar urusan dunia dan seterusnya meninggalkan kerja-kerja dakwah; saham mereka di akhirat kelak.

7) Lantas, kita akan mendengar dialog dan skrip yang sama saban generasi, permasalahan sosial remaja yang kronik, dan semakin kronik apabila kita tidak meneruskan tanggungjawab melatih sepenuh upaya generasi mendatang. Harus jelas, kerja dakwah bukan lagi fardhu kifayah pada hari ini. Ia sudah menjadi Fardhu Ain, apabila setiap lapisan dalam umat sudah rosak akhlak dan akidah yang semakin terpesong dengan semakin menjauhi sunnah Nabi Rasululullah SAW dan tidak lagi memegang sepenuhnya syariah Allah di atas muka bumi ini.

8) Bertindaklah sekarang dalam apa sahaja posisi kita pada hari ini. Ingatlah; kerja dakwah yang kita lakukan pada hari ini, adalah untuk diri kita sendiri; kemudian barulah untuk orang lain di bawah jagaan kita. Kalau tiada kerja dakwah, maka tiadalah penambahbaikan untuk diri sendiri. Bersediakan kita untuk dipanggil Tuhan pada hari ini?


Selasa, April 07, 2009

Jawi


1) Berkempen menggunakan bahasa Jawi satu pendekatan yang harus dipuji.

2) Ehh... Cuba baca betul-betul... Ada apa-apa masalah tak?

3) Ejaan AMALAN dalam Jawi yang sebenar begini, ye===> عمالن

4) Apabila mereka menonjolkan kelemahan menjadi pula bahan kutukan kepada pihak lawan. Ini juga menunjukkan tidak adakah yang benar-benar yang boleh memperbetulkan ejaan salah tersebut?

Atau tidak ada yang pandai internet/komputer untuk mencari ejaan yang betul dalam tulisan jawi?

Ataupun, memang tak pernah pun menggunakan bahasa Jawi?

5) Inilah maknanya, lain cakap, layan AMALAN.

(klik di sini)



Isnin, April 06, 2009

Berhenti seketika

1) Kalau diberi skala untuk prestasi diri, dalam suku tahun pertama tahun 2009, 10- untuk prestasi yang terbaik, 1- untuk prestasi yang paling rendah, rasanya di manakah skalanya? Yang ini, hanya diri sendiri sahaja yang mampu memberikan jawapan yang tepat dan ikhlas.

2) Kalau diberi peluang untuk melakukan sesuatu perubahan, sudah tentu perubahan kepada kebaikan, berapakah bayaran yang sanggup dibayar? Yang optimis, akan menyatakan kesanggupan dan keberahian yang luar biasa. Bimbang, bila masanya tiba, untuk mulakan perjalanan sudah mula goyang dan menggeletar. Bayaran telah dibuat. Komitmen telah ditetapkan. Apa yang lepas, tidak dapat ditarik balik. Maka, pelayaran harus diteruskan jua, walau badai nampaknya semakin kuat menghempas kapal, dan membawa bersama ombak besar dan hujan petir, hanya mereka yang sikapnya optimis sahaja akan berjaya.

3) Beban bertambah seiring dengan kematangan, dan potensi yang ada dalam diri sendiri mengubah persepsi kepada realiti. Kadang-kadang, memang terasa padahnya bila banyak bersuara, banyak juga cacat-celanya, banyak jugalah dosa-dosa terpalit dalam dada; Yang lama, dan biasa akan pantas mengambil kesempatan menolak segala perkara. Kata mereka, nah, padan muka!

4) Hmm... Lagi ditumbuk, lagi ditampi, serba-sedikit, hampir pecah perisai diri. Mungkin ini masanya mengubah haluan. Menetapkan semula sasaran, memantapkan semula pendirian, mengemudi terus pelayaran. Walau apa pun, badai pasti ada di depan. Daripada hanyut-tenggelam di lautan kerana kesesatan, lebih baik karam kerana perjuangan! Kerana Legasi perjuangan pasti akan diteruskan.

5) Berhenti seketika apabila sudah tepu dan telah beku segala yang berlaku. Yang itu hanya sejarah masa dahulu. Sekali lagi, kesakitan dan kepahitan menjadi ubat penawar kekusutan. Tetapkan pendirian; Optimislah bahawa putaran sudah tiba ke titik minimum, dan ini masanya untuk berputar ke arah peningkatan. Segala yang lepas semestinya suatu pengajaran dan iktibar masa depan.

5) Terima kasih pengalaman. InsyaAllah, diizin Tuhan, langkah ini akan diteruskan... (terima kasih kalian)


Fikrah Imayu








Rabu, April 01, 2009

demam naruto kembali


1) Kata naruto, " dongakkan kepala, teguhkan dada; masa depan yang anda inginkan pasti akan datang"

Ertinya:-
a) teruskan perjuangan dengan semangat yang tinggi dan penuh keyakinan

b) Cabaran dan dugaan pasti akan datang; Hadapinya dengan tabah dan sabar.


>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
Lepaskan tekanan sekali-sekala dengan layan anime.

http://www.onemanga.com/Naruto