Jumaat, Mei 15, 2009

Jiwa dan raga

1) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Maknanya, segala bebanan dipikul dan dirasai bersama-sama, walau sekecil mana pun. Tenaga fizikal yang ramai, digunakan sebaiknya, dengan menjadikan ramai sebagai potensi; bukan liabiliti. Ironi yang kerap kali berlaku, ialah di mana terletak kekuatan, di situlah juga terletaknya kelemahan. Tidak kira situasi individu, ataupun organisasi.

2) Pokoknya, fokus harus tepat. Pandangan harus diletakkan pada bearing yang betul. Pandang harus ke depan. Namun, sesekali, harus toleh ke belakang untuk melihat, benarkah kita bergerak ke depan? Berpandangan baik (Husnu’Zhon) atas setiap perkara yang berlaku, dan itu perlukan jiwa yang besar. Justeru, berjiwa besarlah yang akan menghasilkan sikap positif, dan seterusnya akan meletakkan fokus yang betul dengan pandangan yang ke depan.

3) Lawan berpandangan baik (husnu’zhon), adalah berpandangan buruk (Su’uz’Zhon); Suatu pandangan akan membawa kepada persepsi. Persepsi pula akan membawa sikap awal (pre-judgement), yang biasa kita panggil dengan prasangka. Prasangka akan membawa pula kepada ketidak-tentuan atau ketidak-percayaan, atau dalam istilahnya, skeptikal. Kesannya, apabila masing-masing dalam organisasi skeptikal terhadap mana-mana bahagian dalam organisasi, maka, potensi yang ada akan menjadi liabiliti. Kekuatan yang sepatutnya digarap; kelemahan pula yang ditonjolkan.

4) Hakikatnya, tidak mudah mengurus manusia. Jiwanya harus diisi terlebih dahulu. Dalam jiwa, adanya akal, dan adanya hati. Persediaan akal, akan membina mentaliti atau intelektual yang cerdas. Persediaan hati, akan membina rohaniah yang halus, dan emosi yang tulus. Proses pengisian jiwa ini bakal membina tembok pertahanan diri untuk menangkis serangan nafsu yang sentiasa buas memujuk dan mempengaruhi jiwa untuk melakukan kemungkaran. Yang susahnya, ia harus berterusan selagi jiwa di dalam raga! Jiwa harus besar, dan kuat; malah lebih besar dan kuat daripada raga itu sendiri.

5) Raga hanya pelaksana apa yang ada dalam jiwa. Baik jiwa, baiklah raga, dan begitulah sebaliknya. Raga, atau jasad (physical), adalah ‘hardware’ kepada keseluruhan sistem manusia. Pada raga, ada deria yang melaksanakan tugas-tugas jiwa. Deria rasa, lihat, bau, sentuh dan dengar adalah 5 kenderaan yang memudahkan urusan jiwa. Pengisian raga juga adalah perlu, seperti makanan, latihan sukan, dan sebagainya. Sering kali juga berlaku, pengisian jiwa dan raga disatukan dalam meneruskan fungsi-fungsi tertentu untuk mencapai tujuan. Contohnya, bersolat, berpuasa, dan mengerjakan haji. Malah, bekerja seharian juga boleh menyatukan pengisian fungsi-fungsi jiwa dan raga, apabila dikawal dengan baik.

6) Di sinilah cabarannya bermula. Mengawal fungsi jiwa dan raga untuk memandang ke hadapan, dan seterusnya menukar Su’uz’zhon kepada Husnu’Zhon, prasangka buruk kepada prasangka baik, dan liabiliti kepada potensi. Nah, baca dan timbalah; Ilmu-ilmu pengurusan manusia, terdapat banyak di pasaran, di luar sana. Daripada Steven Covey, sehinggalah ke Al-Ghazali, semuanya punya kaedah dan pendekatan yang telah berkesan. Dan, untuk perjalanan 1000 batu itu, langkah pertama harus diambil. Tanamkan keazaman ini, dan tingkatkan aura positif kepada seluruh sistem. 1 jiwa besar, akan berupaya mencipta 1000 lagi jiwa yang besar. Kalau tidak hari ini, hari esok pasti ada. InsyaAllah.


Sumber rujukan / ilham: 7 formula Hidup Sukses; Jaafar Muhammad

(Harus baca!!)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Fahami bahasa, fahami tanda, fahami Pencipta!
2) Berbaloi-baloi, bila dapat belajar menenangkan jiwa dan belajar untuk memandang ke depan, dengan pandangan yang lebih luas dan jelas.






Selasa, Mei 12, 2009

Specially Tribute to TEACHERS

To PHYSICAL EDUCATION (PE) TEACHERS



to COMPUTER n SKILLS' TEACHERS

to NEWLY POSTED TEACHERS

to THE ADMINISTRATORS


to THE CLASS TEACHERS

to MATH TEACHERS


to DISCIPLINARIES' TEACHERS








To ENGLISH TEACHERS









to BELOVED STUDENTS as well;
















>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Semuanya ada karenah masing-masing
2) Raikan mereka dengan memberi didikan.
3) SELAMAT HARI GURU 2009











Lagu Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

(klik untuk dengar lagu)
(minus one)

(http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html)






Patah Tumbuh; hilang berganti


(MAZDA 808) - (WL 1682) - (1977-2009)
Jenis kenderaan 1 : MAZDA 808
Tahun : 1977
Kuasa enjin : 1.3 cc
pendaftaran : WL 1682
Fuel Consumption : RM0.15 /km (RM1.80/ltr)

Kenangan (mula digunakan sendiri) :
1) Tahun 1988-1995 - Mak bawak pergi sekolah; Pagi-pagi, mula darjah 3, (pandai-pandai) start sendiri kereta. Pernah langgar pasu bunga mak 2 kali.
2) Tahun 1997 - Kereta latihan untuk mendapatkan lesen. Pernah langgar tiang parking, pada hari pertama dapat lesen (masa bawak kawan2 pergi Sg Chongkak)
3) Tahun 2000 - Tahun 1 di UIA; pergi program PEPIAS, dengan mana-mana program seluruh negeri Selangor. Paling jauh sampai Teluk Intan, Perak, tahun 2002.
3) Tahun 2006 - Ayu pakai ke sekolah Batu Laut. Pernah sangkut tepi jalan 2 kali; dan ekzos jatuh 1 kali di Kanchong.
4) Tahun 2007 - Sekali-sekala, bawa pergi SMKTPG. Ramai cikgu ingat kereta pelajar tingkatan 6. Layan je la.
5) Tahun 2009 - Setelah banyak permintaan orang ramai untuk beli dengan harga yang sangat rendah, seperti RM100-RM500; akhirnya, melalui dasar Automotif negara, atau dasar kereta Nasional, PROTON bersedia membeli kereta berusia lebih 10 tahun untuk ditukar dengan nilaian RM5000/. Ayah bersetuju, dan bersedia untuk melepaskan MAZDA 808 ini pergi. Maka, tamatlah riwayat MAZDA 808; WL1682 akan dilupuskan pada 2009.



HONDA ACCORD CB-4 SI-4WS (JAPAN SPEC) - (QSA 6333)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jenis kenderaan 2 : HONDA ACCORD CB-4 SI-4WS (JAPAN SPEC)
Tahun dibuat : 1988
Tahun pendaftaran : 1993
Kuasa enjin : 1997 S.P (2.0 cc)
Pendaftaran : QSA 6333
Fuel Consumption : RM0.21 /km (RM1.80/ltr)

Kenangan:
1) Mac 2006 - Beli daripada seorang sahabat, yang terdesak nak kahwin, katanya, tapi duit tak cukup. Bandar Sarikei, Sarawak; menjadi saksi bermulanya penjelajahan QSA 6333. HONDA CB-4 SI adalah kereta idaman di zaman muda remaja!
2) Jun 2006 - Mula bayar bulanan dengan Bank Rakyat; komitmen selama 4 tahun. Pemilik ke-3
3) Julai - Disember 2006 - Pernah sampai ke Sibu, Kuching, Bintulu, dan Mukah. Program Perkhemahan KRS kebangsaan di Mukah menyaksikan QSA 6333 menjadi kereta rasmi program!
4) Jan- Jun 2007 - Pernah 'over heat' di Sarikei, dan dalam perjalanan ke Kuching (Sri Aman). Perjalanan bertambah 2 jam, menjadi 6 jam keseluruhan. Ditambah pula air-cond yang rosak.
5) 2007 - Proses 'major overhauling' yang memakan belanja lebih RM6000/. Nasib baik, dah agak dan sudah bersedia dengan sumber kewangan. Tempatnya di Cheras, Selangor.
6) Julai 2007- Mac 2009 - Kenderaan rasmi ke SMKTPG; Akhirnya, setelah ada seorang sahabat usrah bertanyakan harga, kami bersetuju; dan pada Mei 2009, QSA 6333 berpindah tangan.


From kereta kenangan

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Patah kan tumbuh kembali;
hilang kan berganti juga;
apa ganti yang ini?






Isnin, Mei 11, 2009

Stay live



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah :-
1) Survive is never enough. Stay aLive by living! -
2) Prophet Muhammad SAW says; Appreciate 5, before 5. Well, everyone knows this! N, how many understand n live with it??







Khamis, Mei 07, 2009

Makna jati diri

1) Jati diri; Insan yang punya jati diri, dapat mempertahankan prinsip yang dipercayainya, walaupun keadaan sekeliling, tidak seperti yang disangkainya, dan tidak sealiran dengan apa yang dipercayai itu. Prinsip yang dipegang itu pula, tidak semestinya benar, dan tidak pula semestinya salah. Prinsip bergantung dan diasaskan pada suatu idealisme yang dipelihara atas pengetahuan atau ilmu, dan membawa nilai yang tinggi, melebihi perkara lain.

2) Dalam masyarakat, nilai idealisme, biasanya tidak dapat dibawa dan dipraktikal sepenuhnya; Amat berbeza keadaannya dunia sebenar ini, dengan idealisme yang didokong dan ditulis dalam buku atau falsafah kemanusiaan yang sememangnya ideal. Bukankah ideal itu, suatu kesempurnaan; atau setidak-tidaknya, hampir kepada kesempurnaan? Dengan kata lain, masyarakat tidak berada dalam keadaan yang betul dan sangat jauh dari kesempurnaan! Maka, apakah kita tidak boleh berpegang dan bertindak pada prinsip tertentu yang membawa idealisme dalam masyarakat?

3) Masyarakat yang punya idealisme tinggi, adalah masyarakat yang bertamadun (Madani); masyarakat yang rakyatnya, punya prinsip dan asas dalam melakukan segala tindakan; punya kerukunan dan sistem yang difahami; dan bukan yang mengikut dan bertindak secara membuta-tuli, dan mengikut perasaan emosi; atau lebih teruk, mengikut trend dan kebudayaan (kebiasaan) semasa. Masyarakat sebegini, ibarat masyarakat lalang; mudah sahaja ditiup ke sana dan ke mari mengikut arah kuatnya angin bertiup.

4) Generasi berilmu dan bertamadun, seharusnya membawa gelombang perubahan dan aura idealisme kepada mana-mana masyarakat. Kehadirannya, membawa suatu prinsip kebenaran dan berasaskan kepada budaya yang positif, dan bersifat membina tamadun dan akal. Masyarakat yang tidak punya budaya berprinsip ini, akan memandang serong, dan benih prejudis, skeptikal, dan rasa tidak senang biasanya, akan menyerap dan seterusnya akan datang bersama-sama secara seiring. Gelombang dan aura mana yang lebih kuat, sudah tentu akan menguasai dan membawa suatu budaya baru, atau meninggalkan kesan lama yang baru dalam masyarakat tersebut.

5) Hakikatnya, manusia tidak suka diubah, dan enggan berubah. Mengekalkan 'status quo' adalah penyakit yang tidak bisa dibiarkan dalam masyarakat, walaupun, masyarakat tersebut dalam keadaan yang berbudaya positif sekalipun. Ini kerana, masyarakat perlukan pelajaran dan ingatan setiap masa. Dan yang lebih penting, zaman dan masa akan membawa generasi baru datang dan generasi lama akan pergi. Struktur masyarakat perlu berubah. Turun dan naik; suka dan duka; berjaya dan gagal; semua proses ini perlu dirasai secara praktikal; bukan sekadar idealisme sahaja. Dengan kata lain, harga harus dibayar. Risiko perlu diambil!

6) Lantas, bekalan yang wajib ada dalam setiap insan adalah ILMU, dan IMAN. Ilmu untuk mengisi akal, dan iman untuk mengisi jiwa. Akal dan jiwa berada di dalam jasad setiap manusia. Prinsip dan idealisme ini pula harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Tindakan pula akan menghasilkan pengalaman. Pentafsiran setiap pengalaman pula akan menghasilkan kematangan. Lihatlah, hadirnya seorang yang berprinsip tidak akan sama dengan hadirnya 1000 orang yang tiada prinsip.

7) Orang yang tidak ada prinsip; suasana akan mencorakkan mereka. Manakala, orang yang punya prinsip dan jati diri; mereka akan mencorakkan suasana. Lantas, suatu yang sangat Aneh bila ada keadaan orang yang berprinsip juga terikut dengan suasana sekitar, walau diri mereka punya ilmu, iman, dan pengalaman serta kematangan. Pernah terlihat suasana begini? Tinjau dan fikir; Rupa-rupanya, tidak ramai yang sanggup mengambil risiko dan membayar harga suatu perubahan yang belum tentu semakin baik!

8) Mandat dan kepercayaan harus diberikan; Semua orang maklum, generasi muda adalah generasi pemimpin masa depan. Didiklah generasi ini untuk punya prinsip yang baik dan segar; berikan bimbingan, dorongan, kebebasan berfikir secara lateral dan kreatif, kongsikan pengalaman sebagai asas dalam membina kematangan mereka. Bina jati diri mereka; Bantu mereka untuk mereka bina tamadun mereka mengikut acuan Kebenaran.

9) Semai dan berikan mereka baja yang baik; benih untuk menjadi pohon meranti yang kukuh, besar, tinggi dan rimbun; merimbuni pelbagai makhluk dan pohonan kecil yang lain dibawahnya. Malah, lalang-lalang juga akan turut menumpang nikmat rimbunannya, walau usianya hanya seratus hari. Usia Meranti ribuan tahun; tamadun yang dibina mampu merimbuni generasi demi generasi; Hanya angin ribut yang maha kuat, dengan izin Allah, ia akan tumbang juga. Tumbangnya akan ditangisi oleh sekelian makhluk di rimba. Gugurnya pohon- yang tingginya menggapai awan, rimbunnya meredup bumi, dan akarnya memasak di pusat bumi. Itulah makna jati diri sebenarnya.







Selasa, Mei 05, 2009

Teachers and School of teachers

"What is schooling?"

Teaching, as the thinker Anatole France said, is a subversive act. It must not only inform and remind but also must excite, agitate, and ignite the fire within. It must create troubled minds and leave students with more questions and some answers. It is not a funneling process; it is not a banking concept. It is a romantic act of flowering and transforming. It is a cybernetic act of creating beautiful patterns of thinking in each and every curious mind that we are entrusted to help liberate.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Abuse of schooling"

We must embrace the idea of teaching for understanding, much popularised by Howard Gardner. There is so much failure in our schools as a result of teaching strategies that do not meet the needs of curious young minds. Teachers are not equipped to meet the mental demand of the ‘multi-tasking multidimensional, multimediated child’ who lives in a millennium that is different from the past.

We fail these children if they cannot achieve anything but regurgitate the facts we want them to memorise. We get angry when they get bored. We punish them for not wanting to learn. We then call in the police if we feel threatened by the worst of the worst of the failures. The Malaysian minister of education will now need metal detectors in all of our urban schools. He will need to have the Malaysian police permanently stationed in the low-performing ones.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Teaching is a verb and not a noun. It is an active process in which the teacher, as Socrates would preach, is a ‘midwife’ whose role is to help the child deliver the best that his/her potential has to offer. This dialogue must be continued so that we, as teachers, become closer to becoming a ‘verb’ than continue to exist as ‘nouns’ unaware of what ‘adjectives’ are used to describe us or how we use them to describe ourselves. There is so much to do in the area of 'thinking skills' that we could have better achieved.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Learn from Pink Floyd"

But there is hope, as the great Brazilian educator Paulo Freire would advise us educators. It requires a systematic radicalisation of the enterprise of teaching itself. We need to create teachers who are radical enough to go in each and every classroom, armed with a powerful philosophy of teaching and human liberation, and challenge our children even at as an early age as pre- kindergarten. What we see now in our universities is a culture of one-dimensionality, homogenisation and a more sophisticated ‘spoon-feeding-ism’ that is a necessary pre-condition for state-sponsored totalitarianism.

We can change all these - through a radical programme of graduate teacher education at the level of graduate schools of education.
  1. What is our curriculum for teacher education like?
  2. How politicised is it?
  3. How do we infuse at every level, critical thinking strategies so that we will produce a nation of questioning individuals that pay allegiance not to any government of the day but to ethics and intellectual pursuit without fear or favor?
  4. What is the culture of our classrooms like these days?
  5. Are we busy disciplining children, correcting behavior or developing their intellectual capabilities so that the genius in each and every one of them will be fully realised?
  6. When do we truly educate if we still spend time upholding the virtues of a police state?

Teachers, you are most honoured if you can play your role well - one who inspires revolutions.
But first, as Nietzsche would say,

teachers must be taught how to think.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

(http://azlyrahman-illuminations.blogspot.com/)

Fikrah:-
1) It just brilliant!
2) It is only for those who wants to think.
3) First, they have to read!






Isnin, Mei 04, 2009

NEVER GIVE UP

Funny Pictures
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah :-
1) Pantang undur sebelum berlawan.
Patah kaki, bertongkat sayap;
Patah sayap, bertongkat paruh;
patah paruh, bertongkat Jiwa.
-> dan jiwa tidak akan patah, selagi nyawa di kandung badan. Malah, jiwa yang kental, akan dipaparkan oleh raga yang akan membawa makna 1000 cara, atau 1000 daya untuk terus berjuang.

2) Adik-adik yang dapat masuk Universiti, melalui laluan UPU, mahupun matrikulasi, atau mana-mana ruang kemasukan, teruskan perjuangan kalian; Terlepas matriks, tunggu UPU, terlepas UPU, buat rayuan, malah, terdapat banyak juga kolej kerajaan, kolej negeri, dan institut lain, yang mampu memberikan langkah kita seterusnya dalam menuntut ilmu. Yang penting, NEVER GIVE UP.

3) Perjalanan ini, kita sendiri yang tentukan. Tuhan akan berikan perkenanNya (InsyaAllah)





Mengapa orang 'Belum Islam' takut beragama Islam?

Mengapa orang 'Belum Islam' takut beragama Islam?

Kerana;

1. Takut disisih oleh kaum keluarga.
2. Merasakan Islam itu satu kongkongan hidup.
3. Takut kena 'sunat'(maaf).
4. Peribadi orang Islam di Malaysia tidak meyakinkannya.
5. Sudah serasi dengan agama lama.
6. Tiada/kurang usaha ajakan/dakwah dari orang Islam di Malaysia
7. Bukan keutamaan kepada Kerajaan yang memerintah.
8. Risau tidak dipeduli dan diejek oleh orang yang sudah Islam apabila masuk Islam nanti.
9. Media massa terutama TV tidak berperanan sebagai duta Islam.
10. Takut kena potong tangan.
11.Tidak faham konsep beragama/ketuhanan.

Dan...banyak lagi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh duta-duta Islam. Siapa? Orang Islam seluruhnya.

(http://saudarabaharu.blogspot.com/)






IQ, EQ, SQ



::Chapter 1:: (EQ-part1)


::Chapter 1:: (EQ-part2)


::Chapter 1:: (EQ-part3)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
Kaedah Mendekati emosi manusia:-
1) 1000 sungai turun ke laut --> merendah dari tinggi ke landai
Merendahkan diri dengan berhadapan dan meletakkan diri pada situasi orang lain; Perbanyakkan menggunakan pancaindera; Cari 1000 tanda, yang memberi makna dalam memahami bahasa lautan. Sesungguhnya, semua sungai akan menuju ke lautan.

2) Berikan pujian --> penyejuk halwa telinga, penjinak hati
Semua orang gemar untuk diberikan pujian; tidak stress dan peka dengan kejayaannya, walaupun kelihatan kecil. Tidak semua insan tegar dan sentiasa menerima pujian dalam hidupnya. Maka, sedikit pujian, sedikit sebanyak, dapat memberikan cetusan kepada sentuhan hatinya, melalui halwa telinga.

3) Sebut namanya berkali-kali --> alunan lagu yang indah dan merdu
Mengenali seseorang, adalah bermula dengan nama. NAma juga adalah anugerah dari mula dilahirkan ke atas muka bumi ini. Harganya sangat tinggi, kerana mungkin diberikan oleh orang yang sangat dihormati, seperti ayah, dan ibu kita. Apabila diulang-ulangi namanya, terasa sungguh seperti dalam keluarga sendiri. Nyatalah, ia adalah alunan manja yang merdu, terus meresapi jiwa.

4) Akui suksesnya --> air sejuk dari syurga yang diperoleh
Penat lelah dalam mengejar kejayaan, kadang-kadang, tidak perlu untuk dinyatakan. Dalam komunikasi rayuan, nyatakan dan akui kejayayaannya; terutama signifikasi kejayaannya dalam kesan kepada diri anda dan orang lain di sekitarnya. Segala kepenatan tadi, terasa amat dihargai dan itulah pemberian recognition yang sejati!

5) Nyatakan proposal --> tawan hatinya; kemudian, tawan intelektualnya.
Baru mulakan langkah bicarakan soal intelektualnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Bukan mudah untuk mengaplikasikan kaedah ini; namun, sejarah dan pernah dilakukan oleh orang lain. Mungkin sukar, tapi, tidak mustahil. Anggap sahaja sebagai pelajaran dalam hidup untuk terus menambah baik kecerdikan Emosi. Melaksanakan Perubahan kepada diri dan masyarakat di sekeliling kita.

(Chapter 2 dan seterusnya, boleh google di youtube.com)