Jumaat, September 04, 2009

Yours are the hands

(google for :- Google books)

To read from the beginning, Just click at the Content button.



You would be happy with Google technology now; especially those who likes to read a lot. Google give us, the best legendary series of 'The Chicken Soup..'

I take page 360 from 'The chicken Soup for Teachers'. Please read and feel thanks that we are teachers. Yes, We are on the right tracks. Just be sustain and maintains our daily agenda for the betterment of the future. It's all in the 'niat'


Then, when people ask,
What is your job?
Say,
I'm part time teacher; full time Educators...

Rabu, September 02, 2009

Bangkit itu



Bangkit itu
(Deddy Mizwar)

Fikrah pernah menulis tentang sajak ini pada September 18, 2008. Kali ini, Fikrah selitkan sekali videonya...

Bangkit itu… susah...
Susah melihat orang lain susah
Senang melihat orang lain senang

Bangkit itu... takut...
Takut korupsi
Takut makan yang bukan haknya

Bangkit itu... mencuri...
Mencuri perhatian dunia dengan prestasi

Bangkit itu... marah...
Marah bila martabat agama dilecetkan

Bangkit itu... malu...
Malu jadi benalu
Malu kerana minta melulu

Bangkit itu.. tidak ada...
Tidak ada kata menyerah
Tidak ada kata putus asa

Bangkit itu... Aku
Untuk Malaysiaku...

(takkan untuk Indonesiaku pulak)

Selasa, September 01, 2009

Apa Ada Dengan MLTR ?

Apa Ada Dengan MLTR ?
KONSERT MLTR,PELANJUT FAHAM ARISTIPUS


Bulan kemerdekaan datang lagi. Malah lebih beruntung, sambutan merdeka tahun ini disambut bersama keberkatan bulan Ramadhan. ABIM Negeri Selangor mendoakan agar merdeka tahun ini disambut dengan penuh kerahmatan dan kesyukuran.

Bagaimanapun keberkatan berganda ramadhan dan kemerdekaan dicarikkan dengan berita satu konsert artis barat .Konsert MLTR yang dijangka berlangsung pada penghujung bulan ini bertempat di arena of stars Genting.

Maka ramai umat Islam tertanya-tanya apa perlunya, konsert itu diadakan pada bulan ramadhan. Walaupun sebahagiannya beranggapan, tiada masalah konsert itu diteruskan. Bukannya dilakukan di kawasan majoriti Islam, bahkan tidak ada paksaan untuk umat islam untuk menyaksikan konsert tersebut.

Benarkah begitu ?
Penganjuran Konsert ini memberikan tanda jelas kepada ABIM Negeri Selangor kepada beberapa isu utama;

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

1. Patriotisme yang semakin lemah

Hari kebangsaan adalah suatu kesempatan untuk kita menggilap semangat patriotik, hubbul watan atau cintakan tanah air. Patriotisme adalah manifestasi rasa cinta dan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara seperti yang disebut oleh Prof. Ismail Al Faruqi : “ Patriotisme adalah suatu yang positif dan digalakkan dalam Islam. Berbakti kepada bangsa dan berkhidmat kepada negara dengan jujur dan amanah merupakan satu kewajipan menurut Undang-undang Islam. Pengabaian atau pengkhianatan terhadap tanggungjawab tersebut dianggap sebagai kesalahan yang membawa hukuman duniawi dan ukhrawi”.

Muhammad Iqbal, seorang pemikir dan filosof yang ulung, juga mempunyai pandangan yang positif terhadap patriotisme. Beliau mengungkapkan : “ Patriotisme merupakan satu kebajikan yang benar-benar selaras dengan fitrah manusia dan mempunyai tempat di dalam moral manusia. Namun yang paling penting sebenarnya adalah keyakinan manusia, kebudayaanya dan tradisinya. Inilah hal-hal yang merupakan makna yang seharusnya dibawa dalam hidup dan mati kita, bukan sejengkal tanah dimana jiwa manusia kebetulan dihubungkan untuk sementara waktu.”

Bangsa yang berjiwa merdeka adalah bangsa yang sensitif dengan maruah dan martabatnya. Mereka tahu betapa mahalnya maruah dan martabat itu. Penganjuran konsert Avril merupakan manifestasi dari terhakisnya semangat patriotisme dan suburnya kembali penjajahan budaya yang membeliti minda dan pemikiran kita.

Sekadar catatan, pada pembukaan gilang gemilang Sukan Olimpik Beijing 2008, Presidennya Hu Jintao menyampaikan ucapan dalam bahasa ibundanya. Menyedari impak sukan Olimpik yang disaksikan oleh berbilion penduduk dunia itu, pastinya akan menampilkan kehebatan, kebanggaan, dan jati diri sesebuah bangsa kepada dunia. Ironisnya , dimanakah kedudukan bahasa dan budaya kita hari ini ?

Bangsa yang berjiwa merdeka adalah bangsa yang kaya dengan cita-cita dan daya usaha. Mereka tahu apa yang harus dikerjakan tanpa dikerah , tanpa diperintah. Mungkin kerana menyedari hakikat wujudnya jiwa hamba anak jajahan itu, Al marhum Dr Burhanuddin Al Helmi ketika mengobarkan semangat kebangsaan telah memberikan perhatian khusus kepada aspek pembinaan jiwa merdeka sebagaimana yang tersirat dalam ungkapan puitisnya, “ Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa Merdeka “. Sehubungan dengan itu kita seharusnya bersedia untuk membongkar dan melempar segala unsur-unsur jiwa hamba yang masih tersisa itu. Selayaknya jiwa hamba hanya merupakan pengabdian makhluk kepada khaliknya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

2. Budaya hedonisme melampau

Sebelum ini bagaikan tidak sah acara kemerdekaan tanpa sambutan konsert dan pesta-pestaan. Entah dimana silapnya , erti kebudayaan nampaknya kian dangkal dan sempit. Seolah –olah acara kebudayaan yang terbayang ialah joget lambak, dikir barat dan seni hiburan lainnya. Memang hal-hal begitulah yang selalu mengisi acara majlis-majlis yang membawa nama kebudayaan. Walhal kebudayaan bukan cuma seni dan bukan sekadar hiburan. Ia adalah suatu yang lebih serius, dengan bidang cakupannya yang amat luas meliputi aspek falsafah, pemikiran, ilmu, kesenian, artifak dan aspek-aspek cara hidup lainnya.

Apa perlunya lagi kita mengadakan konsert dari barat itu sedangkan tanpa konsert itu pun MLTR bersedia diakses melalui kecanggihan teknologi yang pelbagai ! Apakah yang diharapkan dari penganjuran konsert seperti ini? Keuntungan ekonomi atas nama produk pelancongan ? atau hanya untuk keseronokan semata-semata? Inilah faham hedonisme yang menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Menyoroti sejarah lalu , fahaman hedonisme didukung oleh Aristipus , salah seorang murid Socrates. Hal ini merujuk kepada pertanyaan Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusia. Aristipus kemudiannya menyatakan yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan.

Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus dengan mengatakan tujuan hidup adalah untuk kesenangan dan kedamaian. G.E Moore dilihat sebagai tokoh kontemporari hedonisme. Beliau berkata : “Konsep baik yang bertitik tolak kepada keseronokan dan tidak ada yang baik kecuali keseronokan dan hanya keseronokan sahaja yang menjadikan kebaikan sebagai satu matlamat”

Cukuplah kita meraikan sambutan Kemerdekaan dengan acara-acara hiburan. Pengisian merdeka masih gah tanpa sambutan pesta-pestaan mahupun konsert. Pengisian merdeka harus di renungi dan dihayati oleh setiap dari kita. Kita yang bakal mencorak dan mewarnakan masa depan negara kita. Cukuplah 50 tahun kita menyambut kemerdekaan dengan konsert !

Ada orang berkata, anak muda! budaya popular kunjungannya hanya semusim, masa edannya akan berakhir bila sampai seruan taubat! Tapi apakah kita harus lupa bahawa generasi tua hari ini yang terdiri daripada kelompok penting pembuat dasar, pemimpin , orang yang diberi amanah dan tanggungjawab adalah cerminan dari dari budaya masa lalu, dari a-go- go, yankies, hippies, raggae, rock, punk, dan segala macam budaya popular. Maaf , bukan semua, tetapi tidak pula menafikannya.

Konsert MLTR dan apa jua konsert yang sewaktu dengannya akan memberi makna yang signifikan terhadap budaya kita. Dalam era globalisasi, sudah tentu kita tidak terlepas dari unsur-unsur luar. Tidak bererti menolak konsert ini bermakna kita menolak segala yang bersikap asing. Yang perlu ada ialah kemampuan kita untuk bersikap kritis dan selektif dalam memilih yang mana serasi dan mana yang bertentangan dengan budaya kita.

Dalam hal ini Kementerian yang berkaitan , harus mengembangkan dan meluaskan lagi wawasan budaya dengan lebih jelas dan komprehensif. Negara kita tidak kurang mempunyai artis-artis, seniman-seniman, saterawan, budayawan yang berpotensi dan hebat. Mengapa tidak sahaja kita bentuk mereka mengikut acuan kita sendiri ?

Mudahan-mudahan penat lelah mereka yang telah merumuskan dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bercirikan kepribumian dan keIslaman itu akan punya makna dan harga yang setimpal. Negara kita adalah tanggungjawab kita.

Ini merupakan suara anak-anak muda pasca merdeka . ABIM Negeri Selangor rindu dan ingin sekali mendengar suara-suara budayawan, seniman-seniman, cendiakawan, agamawan, mufti-mufti memberikan pandangan. Suara yang merentasi dan melewati sempadan politik, bahasa dan bangsa. Ini bukan soal ada apa dengan MLTR. Ini Soal ada apa dengan kita
?

Hazlina Abd Razak
Pengerusi Darul Wardah
Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor
Anjung Berkat,
226 Wisma MAIS, Seksyen 3
Shah Alam
019-2774175 ,
lina4570@yahoo.com

Ahad, Ogos 30, 2009

Negaraku


Mamula Moon


Allan lanjutkan usia Sultan (Lagu negeri Perak)



Negaraku


Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch.

Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.
Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju, iaitu irama March.(kawad?)

Walaubagaimanapun, lagu Negaraku dalam rentak baru ini kurang popular. Malah ada yang
menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sarkas. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.

Fikrah:-
1)(p.s:- Cuba mencari lagu Negaraku irama March, tapi, tak jumpa)
2) Soalnya, sejauh mana semangatnya kita apabila menyanyikan, atau mendengar lagu negaraku?

(sumber:- wikipedia, dan youtube)

PHD taxi driver.

By SEAH CHIANG NEE

Saturday August 29, 2009

Bio-chemist Dr Cai Minnjie who failed to land another research position after losing his job last year now happily prowls the streets as a cabbie.

SINGAPORE’S fraternity of taxi drivers, with its fair share of retrenched executives, has now an exalted new member – a PhD bio-chemist from Stanford University. Prowling the streets of Singapore today is 57-year-old unemployed scientist Dr Cai Mingjie who lost his job at Singapore’s premier A-Star biomedical research institute last year.

The China-born naturalised citizen with 16 years of research accomplishments said he began driving a taxi last October after failed efforts to land another job. The news shocked this nation, which holds an unshakable faith in the power of an advanced university education.

One surprised white-collar worker said he had believed that such a doctorate and experience was as good as life-long employment and success.

“If he has to drive a taxi, what chances do ordinary people like us have?” he asked.

I have met a number of highly qualified taxi drivers in recent years, including former managers and a retrenched engineer. One cheerful driver – a former stock-broker – surprised me one day in giving me detailed reasons on what stocks to buy or avoid.

“At a time like this, the taxi business is probably the only business in Singapore that still actively recruits people,” said Dr Cai. "To me, his plight is taking Singapore into a new chapter "

“(I am) probably the only taxi driver in the world with a PhD from Stanford and a proven track record of scientific accomplishments ...,” blogged Dr Cai. “I have been forced out of my research job at the height of my scientific career” and was unable to find another job “for reasons I can only describe as something uniquely Singapore”.

The story quickly spread far and wide over the Internet. Most Singaporeans expressed admiration for his ability to adapt so quickly to his new life. Two young Singaporeans asked for his taxi number, saying they would love to travel in his cab and talk to him.

“There’s so much he can pass on to me,” one said.

Others questioned why, despite his tremendous scientific experience, he is unable to find a teaching job.

His unhappy exit is generally attributed to a personal cause (he has alleged chaotic management by research heads) rather than any decline in Singapore’s bio-tech project, which appears to be surviving the downturn. The case highlights a general weakening of the R and D (research and development) market in smallish Singapore.

“The bad economy means not many firms are hiring professional scientists,” one surfer said. “Academia isn’t much of a help – there’s a long history of too many PhDs chasing too few jobs.”

While the image of taxi drivers has received a tremendous boost, the same cannot be said of Singapore’s biomedical project – particularly its efforts to nourish home-grown research talent.

“It may turn more Singaporeans away from Life Sciences as a career,” said one blogger.

One writer said: “In my opinion, PhDs are useless, especially in Singapore. It’s just another certificate and doesn’t mean much.”

Another added: “The US is in a worse situation. Many are coming here to look for jobs.”

“I won’t want my child to study for years to end up driving a taxi,” said a housewife with a teenage daughter.

The naturalised Singaporean citizen underwent his PhD training at Stanford University, the majority of his work revolving around the study of yeast proteins.

His case is not unique. US research-scientist Douglas Prasher, who isolated the gene that creates the green fluorescent protein (and just missed the 2008 Chemistry Nobel Prize) faced similar straits.

Prasher moved from one research institution to another when his funding dried up, and he eventually quit science – to drive a courtesy shuttle in Alabama.

“Still, he remains humble and happy and seems content with his minivan driver job,” said a surfer.

With an evolving job market as more employers resort to multi-tasking and short-term contracts, more Singaporeans are chasing after split degrees, like accountancy and law or computer and business.

Others avoid post-graduate studies or specialised courses of a fixed discipline in favour of general or multi-discipline studies. “Experience is king” is the watchword; there has been a rush for no-pay internships.

“The future favours graduates with multiple skills and career flexibility, people who are able to adapt to different types of work,” one business executive said.

During the past few years, as globalisation deepened, there has been a growing disconnect between what Singaporeans studied in university and their subsequent careers. It follows the trend in the developed world where old businesses disappear – almost overnight – and new ones spring up, which poses problems for graduates with an inflexible job expectation.

I know of a young man who graduated from one of America’s top civil engineering universities abandoning the construction hard hat for a teaching gown. Another engineer I met is running his father’s lucrative coffee shop. Lawyers have become musicians or journalists, and so on.

Cases of people working in jobs unrelated to their university training have become so common that interviewers have stopped asking candidates questions like

“Why should a trained scientist like you want to work as a junior executive with us?”

In the past, parents would crack their heads pondering what their children should study – accountancy or law or engineering, the so-called secure careers – and see them move single-mindedly into these professions. A doctor was then a doctor, a biologist generally worked in the lab and a lawyer argued cases in courts – square pegs in square holes, so to speak.

Today the world is slowly moving away from this neat pattern.

(thestar.com.my)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Fikrah:-

1) We shouldn't learn or study for job prospect. Study is for the sake of knowledge!

2) Life must goes on despite what happen to us, or even to the world. Life is more than survival!

3) Never underestimate others regardless their job, education level, ages, genders, etc... Each people has different abilities and capabilities. You'll never know whom you might across along the journey.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Sajak Hari Merdeka

Songsang(buat Tok Awang)

maafkan aku, jika aku sering saja berlaku songsang

terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

apabila orang bangun berdiri; aku duduk

apabila orang bertepuk tangan; aku diam

apabila orang ghairah berbincang; aku tidur

apabila orang lepaskan merpati; aku taburkan padi

orang lain telah merdeka; aku belum

maafkan aku, jika aku sering saja berlaku songsang

aku sekadar ingin mengingatkan...

(A.Latiff Mohidin)


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.



Melayu vs Melayu

Ma'afkan aku, jika aku sering saja berlaku songsang,

terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

Apabila orang telah sedia duduk; aku bangun berdiri

Apabila orang bertepuk; aku diam

Apabila orang orang ghairah berbincang; aku tidur

Apabila orang membaca zikir; Aku takut mati

Ma'afkan aku, jika aku sering saja berlaku songsang

terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

Orang lain sudah merdeka; aku belum


Aku bahagia kerana aku masih Melayu,

walaupun Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu kecot!" Melayu kata "Melayu takot!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingong!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerong!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murong!"
biarkan, biarkan...

Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya...

(Pyan Habib a.k.a Osman Tikus dalam Kembara Seniman Jalanan)
*Sajak di atas adalah sajak A.Latiff Mohidin (songsang) dan sajak Pyan Habib (melayu vs melayu) yang telah dicampur aduk dan tersebar dalam internet dari satu blog ke satu blog. dua sajak tersebut telah disalah kutip dan hilang versi asalnya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Ini adalah sajak klasik yang menyentuh sikap dan perangai orang melayu yang hilang punca dan arah walaupun telah menyambut kemerdekaan sekian lamanya. Sajak ini harus difikir-fikirkan oleh setiap anggota dalam masyarakat untuk bertindak? atau biarkan sahaja... seperti membiarkan Luncai terjun dengan labu-labunya....

Kentucky Mathematic

how to divide 25 by 5?

Kisahnya, seorang anak, (abang Long) memberi taklimat kepada ibu-bapanya, bahawa harta yang diperolehi akan dipecahkan mengikut pecahan 75% kepada ibu-bapa, dan selebihnya, iaitu 25% kepada mereka, 5 beradik.




Fikrah:-
1) Beginilah perasaannya bila mengajar anak-anak PROBIM (Program Bimbingan Asas Matematik) dalam memahami asas arithmatic (Tambah, tolak, darab, bahagi)

2) Perhatikan terdapat banyak cara dan kaedah untuk melihat bahawa 25 dibahagi 5 akan mendapat jawapan 14? Seolah-olah benar, dan kelihatan benar! Ilmu yang mereka perolehi amat sukar diperbetulkan kerana salah faham dari peringkat awal lagi.

Khamis, Ogos 27, 2009

Eid Milad Saeed * Selamat Bertambah Usia

Selamat Hari Lahir utk abang...
terima kasih kerana menjadi suami yang baik di mata isteri dan papa yang penyayang...
Husna dan mama doakan papa sihat2 selalu, ceria2 selalu supaya dapat bahagiakan kami selalu... sayang papa...
















Kenyataan Media - Kekeliruan Masyarakat Punca Polemik Isu Sebatan Kartika Sari Dewi

Kartika Keputusan hukuman sebatan yang dikenakan ke atas Kartika Sari Dewi Soekarno yang telah diputuskan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan telah ditangguhkan pelaksanaannya, telah mengundang pelbagai polemik. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan polemik ini tercetus kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Tidak kurang juga yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998.

ABIM ingin mengingatkan bahawa hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri, di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen ataupun akta di sesebuah negeri.

Di Malaysia, khususnya di bawah peruntukan undang-undang jenayah Islam negeri, pelaksanaan bagi hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Namun demikian, setakat ini hanya negeri Kelantan dan Pahang sahaja yang telah melaksanakan hukuman sebatan ini.

Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah bagi hukuan kesalahan jenayah syariah juga sangat terhad iaitu denda maksimum sebanyak RM 3,000.00, 5 bulan penjara dan enam kali sebatan. Jelas peruntukan berkaitan hukuman 6 kali sebatan ini telah diperuntukkan di bawah Undang-undang Jenayah Syariah dan tidak timbul sama sekali samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa atau tidak sebaliknya. Mahkamah Yang Mulia sedang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan perlembagaan walaupun kuasa yang diberikan sangat terhad.

Selain peruntukan berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah, terdapat juga peruntukan lain berkitan kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat yang merangkumi alat yang digunakan untuk sebatan dan tatacara pelaksanaannya. Malah, kaedah dan pelaksaaan sebatan ini sangat berbeza dengan pelaksanaan di Mahkamah Sivil sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Syariah 2002 Negeri Pahang.

Justeru ABIM menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang, yang menjatuhkan hukuman sebatan dan denda terhadap Kartika Sari Dewi Soekarno dan menghentikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah kerana dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan.

ABIM juga ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri. Apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang negeri, yang juga berada di bawah kuasa raja di sesebuah negeri, maka kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah kuasa eksklusif negeri yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, hanya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sahaja (dalam kes ini Mahkamah Syariah itu sendiri) yang boleh mengeluarkan perintah penggantungan tersebut di atas alasan rayuan yang dikemukakan atau apa-apa alasan lain yang munasabah di sisi hukum syarak. Justeru ABIM melahirkan kekecewaannya terhadap campur tangan Peguam Negara yang dilihat bertindak atas desakan pelbagai pihak termasuk tekanan daripada luar negara.

Yang jelas, Kartika Sari telah mengakui kesilapannya, beliau juga telah membuat pengakuan (iqrar) yang cukup kuat dan merupakan bukti yang kukuh bagi pensabitan kes di bawah undang-undang keterangan Islam, malah telah diberikan ruang untuk merayu dalam tempoh tertentu. Beliau memilih untuk menjalani hukuman tersebut dan pilihan tersebut harus dihormati.

Prinsip Kartika Sari dan keluarganya yang nyata sangat menghormati undang-undang dan menjunjung tinggi perintah Mahkamah Syariah wajar dipuji dan dihormati. Isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dikelirukan. Malah sewajarnya semua pihak dianjurkan menghormati keputusan Mahakamah Yang Mulia ini dan pendirian Kartika Sari dan keluarganya dalam mempertahankan undang-undang Islam di Malaysia.

Akhir sekali, ABIM menyeru agar hukuman ke atas Kartika Sari Dewi ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada umat Islam yang masih mengkonsumsi arak dan menghentikan segera amalan buruk tersebut. ABIM turut berharap agar umat Islam mengambil keberkatan bulan Ramadhan ini untuk bukan sahaja berhenti menjual dan meminum arak, bahkan semua amalan-amalan yang dilarang oleh Islam.

‘MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN’

FADHLINA SIDDIQ
Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita)
Angkatan Belia Islam Malaysia
26 OGOS 2009 / 5 RAMADHAN 1430 HIJRAH


Juga harus baca kolumnis di sini
mstar.com.my -_cangkir_retak

"......Sesuatu yang pasti ialah, insiden Kartika memperjelaskan bahawa rupa-rupanya selama ini hukum Islam menjadi sesuatu yang begitu traumatik, sesuatu yang begitu pelik dan janggal di sebuah negara yang Islam adalah agama persekutuannya dan majoriti penduduknya beragama Islam.


Telah terserlah sebenarnya yang keyakinan dan kesediaan Kartika secara rela dan insaf untuk dihukum mengikut hukum Islam berjaya memeranjatkan ramai pendiri sekular dan penyokong liberal ...."

ZUKRI AKSAH berpendapat, 'permainan silap mata' dan kegagalan menjelaskan secara berterus terang mengapa penangguhan perlaksanaan hukuman terhadap Kartika terpaksa dibuat telah mengelirukan orang awam yang jahil tentang undang-undang.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Selamat Hari Kemerdekaan negara Islam, Malaysia?

Rabu, Ogos 26, 2009

Cinta Sempurna (Oasis-Astro)



SINOPSIS

1) DATUK BURHAN seorang ahli korporat yang hidup begitu extreme dengan gaya dan budaya barat secara tiba-tiba mendapat kesedaran beragama sekembalinya dari mengerjakan umrah. Namun kerana kesedaran berteraskan emosi semata tanpa ilmu islam di dada, Datuk Burhan beralih dari satu extreme kepada extreme yang lain iaitu kepada extreme dalam beragama. Datuk Burhan secara tergesa-gesa telah menghantar secara paksa dua anaknya NAJIB (12th) dan SHILA (10th) ke sekolah agama berasrama tanpa berbincang terlebih dahulu dengan isterinya DATIN ZARINA yang ketika itu berada di luar negara. Semua itu di lakukan oleh Datuk Burhan atas alasan mahu menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.

2) Najib dan Shila yang sudah terbiasa dengan kehidupan serba mewah dan kesenangan hidup terpaksa akur dengan tindakan ayah mereka. Sebagai tanda protes, Najib dan Shila telah bertindak memberontak dengan pihak pentadbir sekolah agama di mana mereka belajar. Pentadbir dan guru agama yang tidak tahan dengan kenakalan mereka akhirnya meminta Datuk Burhan mengambil anak mereka semula.

3) Datin Zarina mengambil peluang ini untuk mempertikaikan tindakan suaminya sebelum ini yang telah bertindak menghantar anak mereka dari International School ke sekolah agama tanpa terlebih dahulu berbincang dan mendapat persetujuan anak-anak mereka. Datin Zarina yang tidak mahu suaminya terus mengongkong anak-anak mereka dengan peraturan agama yang ketat telah mengambil keputusan drastik dengan menghantar Najib dan Shila belajar di London. Kebetulan Datin Zarina mempunyai seorang adik perempuan yang telah lama menetap di United Kingdom.

4) Dua belas tahun kemudian Najib Dan Shila kembali untuk bercuti ke tanah air. Shila ketika ini baru sahaja selesai Chambering setelah selesai pengajian undang-undangnya di Lincoln’s Inn. Najib pula sedang belajar di tahun akhir di Edinburgh School of Arts. Sepanjang berada di rumah Najib dan Shila banyak mempertikaikan amalan agama dan amalan budaya bangsa mereka sendiri. Datuk Burhan dan Datin Zarina, kerana tidak cukup ilmu untuk berhadapan dengan hujah Shila terutamanya terpaksa memanggil beberapa orang ustaz, ustazah dan beberapa pakar motivasi untuk membetulkan pegangan dan aqidah anak mereka tapi semua usaha itu gagal.

5) Atas nasihat seorang pakar saikologi, Datuk Burhan dan Datin Zarina kemudiannya telah memanggil seorang ustaz muda bernama USTAZ NAZIR, iaitu seorang pensyarah Pengajian Islam di sebuah universiti, yang pernah tinggal lama di luar negara untuk memperbetulkan aqidah anak mereka yang telah menyimpang jauh.

6) Namun Ustaz Nazir mendapat tamparan apabila dia terpaksa berdepan dengan Shila yang cerdik dan keras pendirian itu. Namun dalam masa yang sama tanpa pengetahuan si ustaz muda itu, Shila dalam diam telah jatuh cinta padanya. IZARMAN yang merupakan anak kepada rakan perniagaan Datuk Burhan, yang selama ini meminati Shila cemburu dan tidak senang hati dengan kehadiran Ustaz Nazir dalam hidup Shila.

7) Apa yang tidak diketahui oleh Shila ialah ustaz Nazir sebenarnya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang doktor, DR NAJIHAH. Ustaz Nazir dalam masa yang sama hadapi delima antara menyelamatkan aqidah Shila yang sentiasa menggodanya atau kekal setia dengan tunangnya. Najib pula dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Dr Najihah. Ustaz nazir akhirnya jadi keliru dengan tugas dakwahnya. Dia mula mempertikaikan keikhlasannya sendiri apabila di mula bertanya samada dia mendekati Shila kerana telah mula jatuh cinta pada Shila atau kerana tugas dakwahnya memperbetulkan aqidah Shila. Pada masa sama kebaikan Dr Najihah untuk membetulkan jalan hidup Najib menyebabkan Najib menyangka Dr Najihah juga menaruh perasaan terhadapnya.

8) Tragedi berlaku bila Shila mendapat tahu Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir dan Najib mengetahui Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir.