Jumaat, Januari 08, 2010

AJL 24

Berikut adalah senarai lagu dan artis yang bakal bersaing di pentas AJL24 mengikut giliran persembahan:

1. Aurora (Komposer/Penulis Lirik/ Penyanyi: Estranged)
---**; unik, segar; tapi macam pernah dengar.

2. Tak Mungkin Kerna Sayang (Komposer: Ajai/ Penulis Lirik: Habsah Hassan/ Penyanyi: Alyah)
---**; sedap di dengar; cuma kurang seninya.

3. Cinta Adam & Hawa (Komposer: Azmeer/ Penulis Lirik: Loloq/ Penyanyi: Misha Omar)
---**; unik, segar, dan susah dibawa, kekuatan penyanyi mainkan peranan. Lirik sangat halus dan penuh dramatik.

4. Masih Jelas (Komposer: Aidit Alfian/ Penulis Lirik: Ad Samad/ Penyanyi: Hafiz)
---**; sedap di dengar; masih tiada perubahan rentak dan irama terlalu ringkas; kurang halus liriknya.

5. Situasi (Komposer/Penulis Lirik: Sam/ Penyanyi: Bunkface)
---**; cergas, unik, dan sedap di dengar; gegarannya kuat; senikata berseni dan topik menarik.


6. Pakai Buang (Komposer/Penulis Lirik: Edry/ Penyanyi: Stacy)
---**; cergas, unik, dan menampilkan topik menarik. Gaya lirik agak janggal.

7. Pergi (Komposer/Penulis Lirik: Pete Teo/ Penyanyi: Aizat)
---**; unik, halus, seni dan sangat mengusik jiwa; cuma, terlalu monoqnos.

8. Aku Skandal (Komposer/Penulis Lirik: Noh/ Penyanyi: Hujan)
---**; unik, cergas, tapi mendatar; macam pernah dengar.

9. Bencinta (Komposer: Audi Mok/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Faizal Tahir)
---**; unik, segar namun bergantung penuh pada penyanyi; sangat sukar dibawa dan diikuti;

10. Aku Rindu Sayang Kamu (Komposer/ Penulis Lirik: Yuzai/ Penyanyi: Black)
---**; (i thought) langsung tak layak masuk final. bergantung pada penyanyi, klise

11. Bengang (Komposer: Amir/ Penulis Lirik: Sheikh Qalam/ Penyanyi: Akim)
---**;sedap di dengar; kurang halus seni katanya; topik biasa.

12. Dan Sebenarnya (Komposer/ Penulis Lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil/ Penyanyi: Yuna)
---**; unik, segar, dan sangat mengusik jiwa; Variasi utama setakat ini. bergantung sangat kuat pada penyanyi dan persembahan.

13. Kau Aku (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Aizat)
---**; unik, segar, sedap di dengar. Halus seni katanya.

14. Rindu Terhenti (Komposer: Aubrey Suwito/ Penulis Lirik: Tinta/ Penyanyi: Tomok)
---**; unik, segar, dan popular, masih macam pernah di dengar.


Komen di atas adalah daripada seorang yang hanya telinga Radio oriented; yang tiada pengetahuan ilmu muzik. Sekadar memberi ulasan berasaskan ketenangan dan kesenangan di hati apabila mendengar dan menghayati seni katanya...

Yang di hitamkan di atas adalah pilihan saya!

Harus diingat; ini adalah pertandingan lagu;
Pada pemerhatian saya, Yang mencetus, memperbaharui serta menyegarkan kesenian dan variasi industri muzik semasa akan diangkat sebagai juara.

Add math Guidelines

fORMAT

Khamis, Januari 07, 2010

kisah 3 pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi.....

Rabu, Januari 06, 2010

Kalimah Allah; suatu pernyataan keprihatinan


KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH:
SUATU PERNYATAAN KEPRIHATINAN
 
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
 
Selama berabad-abad  negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang  terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay  States)  ini dirujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.  Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.   Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah  bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”.   Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini  menikmati  kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.   Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan,  juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang  dalam sejarahnya  Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam.    Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.  Justeru,  kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing.  Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya.   Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak   diusek atau diganggu.     

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam.   Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah  dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.   Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan  dan pendirian orang lain.  Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam. 

Bagi umat Islam, Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya,  Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin.   Syahadat pertama keIslaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain  Allah (Yang Maha Esa).  Hanya Dia yang bernama Allah,  nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya,  tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri.   Ia adalah al-Ism al-A`zam,  Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud.    Ia adalah nama yang merujuk  Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.  Sebagai nama khusus-Nya,  ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana  kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah  lalu disebut asma’u ‘Llah  (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya,   Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur.    Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai  nama khas (`alam yang tidak dipakai untuk selain-Nya.
                                                                                                                                                                                 
Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya,  dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya.   Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya,  jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.  Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap  dan muktamad,   definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas,  Katakanlah:  Dia-lahAllah,  Yang Maha Esa.    Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.  Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.  Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”.   Penurunan  surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta  Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya.  Kerana itu surah ini bermula dengan kata  Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan  definisi tentang Allah.  Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik,  nama yang menolak syirik,  dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan).  Kerana itu surah ini disebut juga dengan  nama Suratu ‘t-Tawhid.  Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya.   Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah  “...a Personality”,  bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama  Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.   Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity.    Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.    Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya,  lalu bagaimana mungkin  mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid  akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung  ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya?  Selama ini, sejak ratusan tahun,  tanpa memakai nama Allah,  para penganut Katolitik telah  dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.  Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya,  malah telah dikembangkan tanpa masalah.   Lalu kenapa sekarang isu  ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif.  Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini.   Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.  

Rasanya wajar sekali  kita merenung  kata-kata Gopal Raj Kumar  yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.  Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.  Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes)  without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of  a good Catholic education.  Wrong!  It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church  has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.  It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself.  On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever  as a monument to its credo, rather than for the blemishes  in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).

  
Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin.  Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya.  Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.  Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”,  selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi.   Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya.  Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu,  zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi  Melayu.    Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan,  tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society.   Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind.    Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,  termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu.  Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat  Abdullah Munsyi.  Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.  Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu”  yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini,  era membina kesatuan dalam kepelbagaian.  Provokasi-provokasi keagamaan seharusnya dihindari,  dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.  Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di  luar Malaysia tidak semestinya relevan  dengan masyarakat kitaIsu ini harus dilihat secara kontekstual.  Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.  Fiqh kita mengambilkira  `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah  mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.   




Selasa, Januari 05, 2010

Percaya dan Berjaya



1) Usaha untuk menguasai Constatinople sudah berlaku semenjak 800 tahun sebelum 1453, tahun di mana Sultan Muhammad Al-Fateh membuka kota Constantinople. Janji Rasulullah SAW 800 tahun sebelumnya adalah benar. Yang hebatnya, adalah para sahabat dan generasi sahabat yang PERCAYA sebelum melihat janji Rasulullah SAW.

2) Kemampuan kita untuk PERCAYA dengan janji Tuhan dan Sunnah Rasul SAW adalah satu cabaran yang melangkaui zaman dan akal. Apa yang tidak pernah dilihat, belum pasti tidak wujud di alam nyata. Seekor gajah dewasa akan kekal gagal dalam pengalaman silamnya. sekiranya terperangkap dalam indoktrinasi zaman mudanya yang gagal.

3) Melaksanakan perubahan adalah satu kemestian.Di akhir hayat kita, kita mengharapkan akan memasuki Syurga. Di Syurga, adalah tempat Rasululullah SAW, Isteri nabi, Para Sahabat, tabiin, dan orang-orang hebat. Ini kerana syurga hanya menerima orang yang hebat. Orang yang tidak hebat tempatnya adalah neraka. Maka, wajib untuk kita berusaha untuk jadi hebat,.

4) Allah telah menyediakan ruang yang cukup luas untuk manusia menjadi hebat sekiranya kita berfikir, dan melihat potensi dalam diri kita.

Isnin, Januari 04, 2010

Tears and Fears


A mother’s behaviour on results day prompts another to ask what we really want for our children.
THERE was excitement in the air. Parents were busy chatting but they could hide their anxiety. Amidst the laughter, I could see the worry in their eyes. They say the eyes show your real emotion. Well, there sure was a lot to worry about.
It was the day the UPSR (Year Six examination) results would be released. Sleepless nights, pounding hearts, unfinished chores ... These exam-results syndromes are normal for kids and their parents.
The hall was abuzz with activity. Pupils laughing with their peers or talking non-stop as their eyes searched for their parents. Some pupils sat looking at their busy friends. They looked pale, as if someone had squeezed the air from their lungs. Some parents stood outside the hall, preferring the fresh air to the “stress-tinged” air inside. Couldn’t blame them.
Now I was among the anxious parents. I sat way behind my daughter, who was seated in the middle row with her friends. She looked back, saw me and waved. I nodded. Half an hour earlier, she had called me frantically on the phone to ask what time I would be in her school.
As the teachers walked in with papers in their hands, the noise subsided. A brief analyses of the year’s results was read out by the coordinator for Year Six and there was applause from the parents. Then came the moment of truth ...
Pupils who had scored straight As were called out one by one and each of them stepped up on stage grinning from cheek to cheek. When my daughter went up, I felt just fine, but she was crying madly. I wondered why; maybe she did not expect to score 5As. Anyway, I said a thankful prayer quietly.
After the last name was called, what I saw made an impact on me. One mother just dashed from the back of the hall to the front, crying. For a moment I thought she was parent of the last pupil on stage, but I was wrong.
She hugged her daughter seated in the front row and consoled her, saying it was all right that she had not scored all As. Her kid was crying. This mum kissed her daughter’s forehead and walked straight to the back of the hall, wiping her tears as she walked. She did not care about the other parents looking at her.
I was thinking: How much pressure do we put on these 12-year-olds? Why must they endure the stress of trying to achieve perfect grades?
Is it wise to push them to the limit? All they did was study, go for tuition, and do endless homework and countless practice questions. Where was the joy and fun that they rightfully needed?
I don’t remember going through all that in Year Six. I ran, played and learnt how to cycle. I rode my mum’s big bicycle till I fell and hurt my knee. And I still can laugh about that. My parents never put pressure on me to score. Whatever the grades on my report card, they just smiled and signed it. They knew I studied hard and played like mad, too …. just like my peers then. I didn’t have any tuition.
Comparing my days and now, I see so much has changed. Society looks up to top scorers without realising we are actually creating unbalanced pupils. At Primary level, why can’t we just let them enjoy their life, like we used to?
To those who got straight As, congratulations. But what about the others who did not? Their self-esteem would have dropped a notch and this would affect with them throughout their Secondary school life. And we’d start blaming them again. Is that fair?
My daughter did not want to go for the school tuition before the UPSR. All she did for the past nine months was watch TV. Ask her about the Indonesian, Korean or Malay dramas and she could relate them as if she was the writer of the scripts! Ask her about school work and she would say it was somewhere in her bag!
I told her that if she wanted 5As, she would have to work on it herself. She just gave me that innocent grin and I often wondered what she was thinking about.
As a parent, I think scoring top marks is not the main thing in life. How you cope with problems that may crop up throughout your life is more important. Survival skills are more important than just chewing school texts and regurgitating them in an examination.
So, let your kids be kids. Let them play, run, cycle and climb trees. They will be children only once in their lifetime, so don’t rob them of their childhood. Don’t send them for tuition from Year One or push them away from us by telling them to score all As or else …
Let’s teach our kids how to be human, how to interact with others, how and why they should obey God’s rules, how to help others and recognise “bad people”. Teach them how to survive in this cruel world! Reflect on how things were in our young days and ask, “Are we being fair to our kids today?”

LIFEBOOK 2010


LIFEBOOK 2010 

Health: 
1. Drink plenty of water 
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar 
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants 
4. Live with the 3E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy 
5. Make time for prayer 
6. Play more games 
7. Read more books than you did in 2009 
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day 
9. Sleep for 7 hours 
10. Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk, smile
 
Personality: 
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment 
13. Don't over do ; keep your limits 
14. Don't take yourself so seriously ; no one else does 
15. Don't waste your precious energy on gossip 
16. Dream more while you are awake 
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.. 
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness. 
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others. 
20. Make peace with your past so it won't spoil the present 
21. No one is in charge of your happiness except you 
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime. 
23. Smile and laugh more 
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree


Community: 

25. Call your family often 
26. Each day give something good to others 
27. Forgive everyone for everything 
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6 
29. Try to make at least three people smile each day 
30. What other people think of you is none of your business 
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch. 


Life: 

32. Do the right things 
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful 
34. GOD heals everything 
35. However good or bad a situation is, it will change 
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up
37. The best is yet to come 
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy. 

Ahad, Januari 03, 2010

Kenangan SMK Pakan 2006-2007

Fakta asas:-
1) Fikrah menjalani program Diploma Pendidikan KPLI (Matematik-Matematik Tambahan) di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (sekarang IPTAA) - Januari 2005-November 2005
2) Penempatan pertama setelah tamat kursus perguruan, adalah di SMK Pakan, Pakan, Sarikei. (Sebuah daerah kecil dalam Bahagian Sarikei) Jarak perjalanan adalah dalam lingkungan 50km dari pusat bandar. - Januari 2006-Jun2007
3) Kemudian, atas komitmen keluarga, ditempatkan pula di SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. - Jun 2007 - Disember 2009

Dan ini adalah sebahagian kecil pengalaman di Pakan....



Aktif (secara tidak sengaja) dalam menjadi jurulatih olahraga (acara padang- rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, dan lompat tinggi) pasukan 'track-n-field' SMK Pakan, apabila menjadi tenaga pengajar subjek PJK di sekolah. (Oleh kerana terlebih guru Matematik-Matematik Tambahan). Secara otomatik, sebagai Hardcore figure dalam Ko-kurikulum di sekolah. Antara pencapaian kami; menghantar atlet sehingga ke peringkat negeri. (atlet yang saya latih, dapat tempat ke 2 bahagian Sarikei. Ok lah tu..)


Berehat di tangga pejabat, setelah penat bersukaneka sempena Hari Guru. Dalam gambar, semua guru-guru baru posting dari semenanjung. 2 orang je, orang tempatan.







Jamboree Unit Beruniform SMK Pakan, pertama kali dianjurkan semula, setelah lebih 10 tahun, kali terakhir dianjurkan. Yang menyertainya, guru-guru bujang juga... Alang-alang dalam unit ko-kurikulum, kita pulun sampai habis... Perkhemahan 3Hari 2Malam ini dijalankan di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Di sini, saya bertindak sebagai Ketua Guru Penasihat Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) (di Maktab dahulu juga kami didedahkan dengan KRS; automatik sebab saya seorang sahaja yang sudah ada pangkat Leftenan (KRS) terlatih). Pasukan baru, silibus baru; pendekatan baru; jiwa baru; Antara pencapaian kami tahun 2007 adalah membawa seorang calon sehingga ke pangkat Pegawai Waran 2. Saya sendiri adalah salah seorang jurulatih KRS (tali-temali) negeri Sarawak.



Kenangan guru-guru bujang ber'picnic' di tepian sungai... Airnya jernih; mandi-manda... ada 2 orang anak dara ikut sama... hehehe.. (3 orang anak tempatan; yang lain, dari semenanjung). Seronok sebab dapat bbQ cara asli dengan gaya tradisional. Diorang la yang ajar. (Selepas kejadian di atas, salah seorang dari kami balik dengan selipar di mulut.. Hahahaa)


Tugas terakhir di SMK Pakan, adalah sebagai guru kelas Tingkatan 3H. ( Kelas ada sampai I ) Budak-budaknya, ada yang besar (makan banyak kot), ada yang kecil sangat (tak cukup makan kot). 5 orang tidak menguasai 3M. Tugas besar guru-guru di sini adalah untuk memberi motivasi peri pentingnya pendidikan, dan datang hadir ke sekolah. Rumah mereka sangat jauh dari sekolah (ada yang mencapai sehingga 1 hari 1 malam perjalanan. Kalau balik hujung minggu, alamat, datang balik, hari Selasa atau Rabu... , maka, 80% daripada murid tinggal di asrama.




Yang ni, gambar selepas perhimpunan pagi. Hari Khamis kot, sebab pakai baju batik. Yang tak ada, pakai baju formal, dan ada juga yang pakai baju melayu. Lantak ler... Ada lebih kurang 35-40 orang sahaja guru di sini. Dan, guru dari semenanjung ada dalam 10-15 orang... Ramai juga sebenarnya... Cuma, perkhidmatan guru semenanjung ni, tak lama... Saya sendiri hanya 1 tahun setengah sahaja di sini.

Apa yang penting, kehidupan di sini dapat mendekatkan saya dengan masyarakat Iban secara amnya. Dari cara mereka berfikir, kehidupan sosial mereka, sosio ekonomi mereka dan sebagainya, setidak-tidaknya memberi input kepada saya sebagai pengalaman seumur hidup.

Sabtu, Januari 02, 2010

Math New Year Maze


Something to start your MATHS classes with your students.
Let them be amazed ! And it will be a year of more amazements to come.
"From numbers to a message!" - who says Maths is boring !
 
PS: It doesn't work in MS Word.
 
............ ..
1.Copy the below content and Paste it to notepad.
2. Use replace all (Ctrl + H)
3. Put find what with: 6 and replace with: _(under score) 
4. Then click replace all

............ ..




6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6669966666996699669 9999999669966666 9966666669966666 6996699999999669 9666699666666666 6666696666666666 666666666666
6669966666996699669 9999999669966666 9966666666996666 9966699999999669 9666699666666666 6666999666666666 666666666666
6669966666996699669 9666666669966666 9966666666699669 9666699666699669 9666699666666666 6669969966666666 666666666666
6669966966996699669 9999999669999999 9966666666669999 6666699666699669 9666699666666666 6699666996666666 666666666666
6669969996996699669 9999999669999999 9966666666666996 6666699666699669 9666699666666666 6999999999666666 666666666666
6669999699996699666 6666699669966666 9966666666666996 6666699666699669 9666699666666666 9999999999966666 666666666666
6669996669996699669 9999999669966666 9966666666666996 6666699999999669 9666699666666669 9666666666996666 666666666666
6669966666996699669 9999999669966666 9966666666666996 6666699999999669 9999999666666699 6666666666699666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6699666669966666666 6966666666699999 9996699999999669 9666666996666666 6996666699669999 9999669966666996 666666666666
6699666669966666666 9996666666699999 9996699999999666 9966669966666666 6999666699669999 9999669966666996 666666666666
6699666669966666669 9699666666699666 6996699666699666 6996699666666666 6999966699669966 6666669966666996 666666666666
6699999999966666699 6669966666699999 9996699999999666 6699996666666666 6996996699669999 9999669966966996 666666666666
6699999999966666999 9999996666699999 9996699999999666 6669966666666666 6996699699669999 9999669969996996 666666666666
6699666669966669999 9999999666699966 6666699666666666 6669966666666666 6996669999669966 6666669999699996 666666666666
6699666669966699666 6666669966699666 6666699666666666 6669966666666666 6996666999669999 9999669996669996 666666666666
6699666669966996666 6666666996699666 6666699666666666 6669966666666666 6996666699669999 9999669966666996 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6669966666699669999 9999666666666966 6666666999999996 6666666999999966 9999999966699966 6699999999666666 666666666666
6666996666996669999 9999666666669996 6666666999999996 6666666999999996 9966669966669966 6699666699666666 666666666666
6666699669966669966 6666666666699699 6666666996666996 6666666666666996 9996669966669966 6699966699666666 666666666666
6666669999666669999 9999666666996669 9666666999999996 6666666666669966 9969669966669966 6699696699666666 666666666666
6666666996666669999 9999666669999999 9966666999999996 6666666666699666 9966969966669966 6699669699666666 666666666666
6666666996666669966 6666666699999999 9996666996996666 6666666669966666 9966699966669966 6699666999666666 666666666666
6666666996666669999 9999666996666666 6699666996699666 6666666999999996 9966669966669966 6699666699666666 666666666666
6666666996666669999 9999669966666666 6669966996666996 6666666999999996 9999999966699996 6699999999666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666

Jumaat, Januari 01, 2010

Kes Kalimah Allah


Kenyataan Media ABIM
 31 Disember 2009
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Harold : The Catholic Weekly. Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan ataupun penggunaan seharian, dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau otoriti agama Islam adalah tidak sah.
ABIM menilai keputusan ini:- 
1) Tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. 
2) Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini  serta
3) Berpotensi menimbulkan  ketidak tenteraman awam sekiranya tidak ditangani secara baik..
Justeru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menghentikan segera polemik kalimah Allah. Gesaan ini selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.
ABIM juga menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak lebih tegas mengikut peruntukan perlembagaan, undang-undang sedia ada dan enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri dan tidak mengeluarkan permit penggunaan tersebut pada masa-masa akan datang. ABIM juga menyeru agar pihak KDN menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang merobek sensitivit umat Islam tersebut.
Akhir sekali, ABIM memohon agar semua pihak bertenang dan menghormati keputusan ini dan tidak bertindak secara emosional demi untuk menjaga keharmonian serta kestabilan hubungan di antara kaum di negara ini.

 MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
 Setiausaha