Jumaat, Julai 13, 2012

Steve Jobs' killer presentation Skills

My presentation was supposed to knock your socks off. I guess I got carried away. 

"My presentation was supposed to knock your socks off. I guess I got carried away."

 

Genius. Legend. Visionary.

These are but a few of the superlatives that have been used to describe the late, great Steve Jobs. But beyond his business acumen, the man behind Apple® computers and Pixar Animation Studios was perhaps the greatest keynote speaker of our time. There are more than 57,000 links to his presentations on YouTube.

What made his presentations so amazing that people all over the world want to see them? More importantly, how can the rest of us learn from Steve to inspire our audiences the way he did?

In her excellent book, The Presentation Secrets of Steve Jobs: How to Be Insanely Great in Front of Any Audience, Carmine Gallo takes us behind the scenes and offers Steve's ten secrets that you can use for presentations that will inform, engage and, yes, astound your audience.

Here are Steve Jobs' ten secrets for insanely great presentations.3 

  1. Plan in analog. Brainstorm in advance of creating your presentation. You can use pen and paper, a whiteboard or, better yet, a mind map.

    Plan in analog

    DO NOT use PowerPoint®to create your presentation—it will be used only in the final step! (More on this later.) 
  2. Create Twitter-friendly headlines. Describe your product or service in 140 characters or less. Preferably, a lot less. Steve introduced the MacBook Air® as simply, "The world's thinnest notebook." About the first-generation iPod®, he tweeted: "It's one thousand songs in your pocket."
  3. Introduce the villain. Steve saw a presentation as a three-act play that must tell a story, but what is a story without a hero and a villain? Before he introduced the famous 1984 ad to a group of Apple salespeople, he set the stage, casting "Big Blue" as Goliath. "IBM wants it all," he warned, and defiantly asserted that only Apple stoodin its way. His dramatic moment sent the crowd into frenzy.

    While the villain doesn't have to be a competitor, it must be a common foe that your audience will want to join with you in rallying against. Your product is then revealed as the conquering hero.
  4. Create visual slides. As Carmine writes, "Neuroscientists are finding that the best way to communicate information is through text and pictures, not text alone." As for bullet points, Steve never, ever, used them and neither should you. Carmine has a section in her book titled, "Bullets Kill" that describes why you should avoid using PowerPoint to create your presentation.

    "Think about what happens when you open PowerPoint. A blank-format slide appears that contains space for words—a title and subtitle. This presents a problem. There are very few words in a Steve Jobs presentation. Now think about the first thing you see in the drop-down menu under Format: Bullets & Numbering. This leads to the second problem. There are no bullet points in a Steve Jobs presentation. The software itself forces you to create a template that represents the exact opposite of what you need to speak like Steve!"4

    Take a look at the following comparison of bullet-point slides compared to the same information, presented visually.

  5. Practice, a lot. Most people read their presentations off of their PowerPoint slides. This is why most presentations are boring. Steve treated every slide as piece of poetry and every presentation as a theatrical event. He wasn't a natural presenter; he worked very hard at it. Rehearse your presentation, toss the script and look at your audience. Practice at making it look effortless.
  6. Obey the ten-minute rule. It's a scientific fact that the brain gets tired after ten minutes. Steve's presentations typically lasted an hour and a half. He would break them up into short intervals of ten minutes or less by interspersing videos, demonstrations, or guest speakers. Don't let your audience get tired or you'll lose them.

    A great way to keep your audience's attention when presenting information is though sequencing, which builds the story within a visual one step at a time, making the information much easier to digest.

  7. Dress up your numbers. We often deal with large numbers or data that an audience can't comprehend without context. Breaking them down and presenting numbers visually can overcome this. Notice how much more effectively the chart below illustrates sales figures as opposed to a matrix of data.
  8. Reveal a 'holy smokes!' moment. Maya Angelou said, "People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them fe el." Steve Jobs always produced a memorable moment in a pre sentation. When he introduced the MacBook Air, he told his a udience that while everyone had seen manila envelopes floating around the office, what they had never seen was someone pulling a notebook computer out of one—which is precisely what he did. The audience went wild and images of that moment remain emblazoned in people's minds four years later.
  9. Sell dreams, not products. When it looked at the iPod, the world saw a music player. What Steve Jobs saw was a tool to enrich people's lives. Howard Schultz of Starbucks didn't have a passion to sell coffee; his vision was to create an experience: a 'third place' between home and work where people would want to gather. The dream met the customer's need and the product sales took care of itself.
  10. Have fun! When was the last time you saw someone enjoying giving a presentation? Steve Jobs had fun in every keynote. He made jokes at his own expense. While most people give presentations to deliver information, Steve always created an experience that his audience would enjoy and remember. Most importantly, he sold them on becoming a part of his dream, not his product.

(Source: SmartDraw presentation groupmail)

Isnin, Julai 09, 2012

Contoh P&P Matematik strategi konstruktivisme

Mathematic Lesson for Thinking

Perihal Masa Depan Pendidikan: Konteks Bahan Sokongan P&P

Kebergantungan kepada buku teks rasmi sebagai bahan sokongan utama dalam pembelajaran menimbulkan kejumudan dalam melestarikan bahan sumber yang ada di mana-mana dan lain-lain sumber pembelajaran seperti di internet, buku-buku akademik antarabangsa, dan lain-lain sumber yang bersifat berasaskan teknologi. Kebergantungan ini jelas apabila di KPM, terdapat Bahagian Buku Teks, suatu bahagian yang khusus untuk membina dan menguruskan buku teks yang ongkosnya memakan jutaan wang ringgit. Begitu juga masa yang diperlukan untuk menghasilkan satu-satu buku teks. Ini tidak termasuk sekiranya terdapat isu-isu luar jangka seperti kesalahan ejaan, fakta, konsep dan perlanggaran sensitiviti yang akhirnya menambah tugas dan akauntabiliti berpusat kepada KPM. Bahan sumber sokongan lain seperti CD dan penghasilan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan juga menambah ruang lingkup tugas KPM yang pastinya berniat murni dan harus dipuji. Persoalannya bukan kepada objektif penghasilan, tetapi kepada keberkesanan penggunaan di dalam bilik darjah. 

Justeru, satu mekanisme yang lebih luwes (fleksible) namun efisien perlu difikirkan; Mengambil model pembelajaran di peringkat Kolej dan Universiti; yang mana pensyarah dan pihak universiti menyediakan senarai cadangan bahan/buku yang perlu dimiliki murid sebagai teks utama di dalam kelas; ini memungkinkan murid untuk lebih berdikari dalam mendekati gudang buku, pusat sumber, dan bahan internet yang pastinya lebih luas pengisian ilmunya di samping latihan terbaik dalam menggunakan teknologi terkini dalam pendidikan. Fungsi bahagian dalam kementerian boleh digabung dan dikecilkan sebagai Bahagian untuk membantu guru/sekolah menyediakan bahan tersebut secara hands-on atau lebih dekat dintegrasikan dengan badan seperti Perpustakaan Awam di setiap negeri. Secara tidak langsung, transformasi bahan sumber akan juga merancakkan kembali Perpustakaan sebagai tempat sumber ilmu yang disegani dan didekati golongan murid sekolah.

Lain-lain faedah sudah tentunya kepada kredibiliti guru sebagai pakar sumber pembelajaran yang mampu menyediakan dan mencadangkan murid apa yang terbaik untuk bacaan mereka yang seterusnya dapat disesuaikan dengan kaedah dan strategi Pembelajaran dan Pengajaran guru di kelas masing-masing. Bukankah kali ini guru akan mentaksir sendiri pencapaian murid masing-masing? Maka, ini merupakan kaedah dan strategi yang baik yang boleh diguna pakai untuk aplikasi self-learning (Belajar sendiri), self-assess (Taksir sendiri) dan self-access (Capai sendiri). Sebagai makluman, salah satu unsur penting dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah penilaian terhadap proses pembelajaran murid, bukan sekadar terhadap hasil akhir pembelajaran.


Artikel ditulis untuk dihantar kepada myedureview.com
Dihantar pada 10:36 pagi, 9 Julai 2012

(https://groups.google.com/forum/?hl=en&fromgroups#!topic/myedureview/IJixS3W5o00)

Perihal Masa Depan Pendidikan Negara : Konteks Keguruan


Malaysia perlu menaik taraf kependidikan di malaysia dengan mengiktiraf dan menghargai modal insan yang berpengetahuan sedia ada untuk menjadi pendidik di sekolah-sekolah kebangsaan setanding dengan negara-negara maju. Negara-negara maju terutama yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia seperti Finland, Singapura, atau Taiwan, telah meletakkan syarat asas untuk menjadi guru dengan mempunyai kelayakkan sekurang-kurangnya ijazah sarjana. Malahan, bagi mereka yang mempunyai ijazah doktor falsafah, diletakkan untuk mendidik kanak-kanak di peringkat pra-sekolah. Malah, kerjaya keguruan menjadi idaman dan cita-cita utama anak-anak kecil di sana.
Dalam SBPA dan kini SSM Yang Ditambah Baik, skim yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam dalam sektor pendidikan, bermula dari lepasan PMR, sehingga ijazah pertama sahaja. Ini bermakna, sekiranya seorang guru di sekolah mempunyai ijazah yang melebihi ijazah pertama, gred gaji yang diterima adalah sama, tidak mendapat apa-apa kenaikan tangga gaji atau apa-apa kelebihan dari aspek senioriti atau kekananan. Ini sangat ironik kerana dalam sektor pendidikanlah sewajibnya meletakkan standard yang tinggi untuk pendidik dan pada masa yang sama menyediakan dan mengiktiraf peluang kenaikan pangkat berasaskan kesarjanaan yang sudah pastinya berlandaskan faktor keilmuan. Adalah lebih wajar untuk mempertimbangkan skim yang bermula daripada lepasan STPM / Diploma sehinggalah kepada Ijazah doktor falsafah. Lantaran itu, apalah kiranya cadangan untuk diberikan insentif kenaikan tangga gaji tertentu, 4 hingga 8 tahun untuk pemegang ijazah sarjana atau permulaan DG48, dan kenaikan 8 hingga 12 tahun untuk pemegang ijazah doktor falsafah atau permulaan DG52. Alternatif lain mungkin ada laluan kerjaya lain yang boleh difikirkan. 
Di negara maju, kesarjanaan yang tertinggi seorang guru akan ditempatkan untuk mendidik murid pra-sekolah dengan alasan untuk memberikan asas (foundation) yang kukuh sebelum memasuki pendidikan perdana. Pengistilahan ‘perdana’ di sini dinisbahkan kepada peringkat ‘sekolah rendah kebangsaaan’ bagi penggunaan biasa di Malaysia. Istilah ini menjadi satu lagi ironi dalam pendidikan kebangsaan. Bagaimana ‘primary school’ apabila diterjemahkan menjadi ‘sekolah rendah’? Daripada aspek falsafahnya, bukankah terdapat perbezaan bumi-dan-langit antara nilai ‘perdana’ dan ‘rendah’?

Artikel ditulis untuk dihantar kepada myedureview.com
Dihantar pada 10:13 pagi, 9 Julai 2012

Selasa, Julai 03, 2012

Ringkasan Kenyataan Sikap ABIM dari April 2012 sehingga Jun 2012

Ringkasan Kenyataan April Hingga Jun 2012

Perfect practice (Amalan Terbaik)

"Productivity is down but everyone is busy; maybe we just need to hire more people."


You've heard the old adage, "practice makes perfect." 
This ancient bit of wisdom was passed along for generations. 
It was generally accepted as truth until challenged in the 1960s by Vince Lombardi, the legendary coach of the Green Bay Packers, Lombardi said, 

"Practice does not make perfect" 
"Only perfect practice makes perfect."

Thus, developed the perfect practice!

Ahad, Julai 01, 2012

Cerita Ketua Kampung dan Cerita Perompak

Cerita 1
Satu kumpulan penduduk yang tinggal di sebuah kampung berpakat melantik salah seorang dari mereka menjadi Ketua Kampung. Kerana kedudukan kampung tersebut yang jauh dari bandar menyukarkan mereka dalam urusan jual beli, maka mereka kemudiannya mengutip duit dari setiap anggota dan diserahkan kepada ketua mereka untuk membeli makanan di bandar berhampiran. Ketua ini mengambil 30% untuk dirinya dan menggunakan baki 70% itu untuk membeli makanan. Setelah dibeli maka diserahkan kepada anggota lain untuk memakannya. Maka ada yang bertanya, “kenapa sikit sangat?” Ketua itu menjawab,kamu sepatutnya berterima kasih dengan apa yang telah saya berjaya belikan untuk kamu. Di kampung sebelah sana, habis semua duit diambil oleh ketua yang mereka lantik! Di sini sekurang-kurangnya kamu dapat juga makanan!






Cerita 2
Pada masa yang sama, sebuah rumah di kampung yang berhampiran telah dimasuki perompak. Setelah mengikat tuan rumah sekeluarga maka perompak tersebut mula mengaut barang kemas dan wang yang dijumpainya. Tuan rumah yang diikat mula mengutuk perbuatan tersebut dan menyatakan bahawa perbuatan mencuri harta keluarganya adalah zalim dan tidak bertamadun. Lalu dengan satu nafas perompak itu menjawab, “kamu patutnya bersyukur kerana saya tidak bawa lori dan curi seluuuruh isi kandungan rumah kamu! Saya berbaik hati meninggalkan TV serta peti sejuk dan saya tidak mencederakan ahli keluarga kamu. Kalau pencuri lain, habis licin dia kerjakan kamu!”

Petikan dari blog khalidsamad.com
(Sumber : http://www.khalidsamad.com/2012/06/sketsa-jumaat-ketua-kampung-perompak.html)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Fikrah:
Cerita-cerita sebegini sememangnya perlu sebagai pencerahan kepada masyarakat. Berfikir dalam naluri asas sebagai seorang insan; lebih mudah dan hakiki daripada memberi fakta atau butiran yang panjang lebar... Apabila sudah faham premis yang ini, baru boleh buka kitab selanjutnya.