Fikrah Imayu
:: Iman dan Ayu ::
Khamis, Oktober 30, 2014
Isnin, Februari 03, 2014
Nilaian cikgu
Pada kebiasaannya, apa yang diajar di sekolah adalah berbeza dengan apa yang dipraktikkan di luar. Itu, semua orang sudah maklum. Teori adalah amat berbeza dengan praktikal. Asasnya, teori tidak mempertimbangkan pemboleh-ubah yang lain.
Ini termasuk juga dalam bidang pendidikan dan keguruan sendiri. Contohnya, di kelas, guru mengajar anak murid untuk berkata benar, berlaku adil, mengutamakan kebajikan, bersungguh-sungguh, berkerja dalam kumpulan, melakukan kerja rumah, membuat persediaan awal dan sebagainya. Ini semua merupakan nilai luhur yang diangkat dan dididik kepada anak-anak murid.
Apabila dalam praktikal; lain pula kisahnya. Guru memilih-milih pula mengamalkan nilai-nilai yang digariskan seperti contoh di atas, mengikut mood, arahan pihak atasan dan keperluan semasa; termasuk juga dalam urusan rasmi. Misalnya, dalam penulisan sijil; biasa dilihat- apa yang baik dan elok, ditulis ‘sangat baik’, apa yang teruk, ditulis ‘baik’; Kata cikgu, komen dan ulasan harus dilihat positif, walau hakikatnya, sangat teruk! Kata cikgu lagi, nanti mudah untuk mereka bawa ke peringkat lain.
Dalam mengasihani pelajar yang begini, secara langsung, cikgu telah menganianya dan berlaku tidak adil kepada pelajar yang sememangnya baik, dan cemerlang di sekolah. Di mana keutamaan dalam memberi penilaian kepada pelajar? Berlaku adil? Atau kasihan? Sebenarnya agak janggal melihat sijil berhenti pelajar yang dibuang sekolah; pada ulasannya, sikap ditulis ‘baik’. Tanya kepada mana-mana orang pun, yang benar tetap benar; yang salah tetap salah.
Kata cikgu, memberi mata kepada sikap, harus terbuka. Tidak kira bagaimana sikapnya, yang penting, tidak akan memudaratkan murid tersebut pada masa depan. Kata cikgu lagi, manusia berubah. Mana tahu, pada masa depan, sikap mereka akan menjadi lebih baik dari hari ini. Mungkin sijil tersebut sahajalah yang akan membantu mereka pada masa depan.
Kalau begitu perkiraannya, bagaimana agaknya, penilaian murid dalam pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)? Bolehkah cikgu bersikap adil? Atau sikap ‘kasihani’ atau ‘belas ehsan’ akan menjadi kayu ukur yang utama? Kenapa pelajar yang bagus, begitu berkira dengan markah yang diberikan? Bukankah nilai dan kesedaran adalah untuk pelajar sendiri memilihnya? Guru hanya bertindak sebagai pendidik, bukan pembodek. Memang benar manusia boleh berubah. Lantas, carilah lagi sijil lain yang menunjukkan perubahan baik itu. InsyaAllah, Tuhan tidak akan menzalimi hambaNya yang tulus mencari nur hidayahNya.
Katanya, arahan kementerian yang meletakkan walau pelajar seteruk mana sekalipun, pada bahagian ulasan, letakkan ‘baik’. Sekurang-kurangnya lulus. Ironinya, tidak ada pula arahan untuk memberikan ‘sangat baik’ atau ‘cemerlang’ untuk yang lainnya? Betul ke?
Mudahkan sahaja semudah-mudahnya. A- untuk yang aktif, B- untuk yang sederhana, dan C- untuk yang teruk. Tidak perlu juga ulasan ‘baik’, atau ‘sangat baik’, atau ‘memuaskan’. Ia hanya menunjukkan cikgu bersikap zalim (lawan kepada adil) kepada yang benar-benar berkomitmen. Apa nilaian cikgu?

Isnin, Mei 13, 2013
Kisah Pejuang: Ibarat bulan dan matahari
Oleh: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Seorang pejuang bernama Nasrudin Abduh yang terkenal dengan kejujuran dan amanahnya telah berjumpa dengan Tok Gurunya Ustaz Nik Ibrahim.
“Mengapa ana masih berasa tidak tenteram dan memandang rendah pada diri sendiri? Ana dah berjaya mengharungi pelbagai kegagalan, dan melakukan kebajikan dan menyelamatkan mereka yang lemah dan tertindas. Tapi apabila melihat Tok Guru, ana rasa masih tidak setanding Tok Guru,” kata Nasrudin.
“Tunggu sekejap. Lepas ana jumpa semua yang datang melawat hari ini, ana bagikan jawapan,” jawab Ustaz Nik Ibrahim.
Nasrudin melihat bagaimana Tok Guru menyambut semua yang melawatnya dengan senyuman dan penuh kesabaran sehinggalah matahari terbenam.
Selepas semua pelawat dah tiada, Nasrudin cepat-cepat bertanya, “Apa jawapannya Tok Guru?”
Tok Guru memimpin tangannya ke padang. Mereka berdua duduk melihat bulan yang penuh memancar dalam ketenangan.
“Nampak tak bulan itu? Cantik tak? Ia akan menjaga sepanjang malam sehinggalah subuh menjelma, di mana matahari pula akan bersinar,” kata Ustaz Nik Ibrahim.
“Tapi cahaya matahari lebih cerah, dan boleh menunjukkan segalanya dengan terang untuk ditatapi mata kita – pokok, gunung mahupun awan. Ana pun dah berfikir lama: Mengapa tidak pernah kedengaran bulan berkata: Mengapa saya tidak boleh seterang matahari?” tambah Ustaz Nik Ibrahim lagi.
“Sudah tentu tidak,” jawab Nasrudin. “Matahari dan bulan adalah dua benda berbeza – kedua-duanya mempunyai kecantikan sendiri. Tak boleh banding antara dua.”
“Anta sudah jumpa jawapannya. Ana dan anta adalah dua orang berlainan, kita sama-sama membantu orang ramai dalam cara yang kita tahu supaya dunia ini menjadi tempat lain lebih baik dan Islam didaulatkan. Yang lain adalah sampingan sahaja termasuklah jawatan,” jawab Ustaz Nik Ibrahim.
“Putus asa adalah kegagalan sebenar. Ingat itu,” tambah Ustaz Nik Ibrahim.
Nasrudin tersenyum. Mulai hari itu, beliau tidak lagi cuba membandingkan dirinya dengan Tok Guru – sebaliknya membuat segala perkara dan melawan segala kemungkaran dengan caranya tersendiri.
Fikrah:
1. Walaupun tanpa jawatan, kerja-kerja kebajikan dan lawan kemungkaran harus diteruskan. Jangan putus asa. Kerana itu titik noktah suatu perjuangan.
2. Setiap kita punya cara kita atas kapasiti kita sebagai individu yang penuh kepelbagaian antara kita dan orang lain. Justeru, penuhi hikmah kepelbagaian sesama kita untuk melengkapi ruang yang diberi oleh Allah taala untuk terus berbakti dan mengabdi cara kita untukNya.
Apa yang penting, adalah terus berbakti dan berbudi!

Rabu, Mei 08, 2013
Tazkirah: Model Politik Yusuf as
1. Yusuf as telah melalui kesusahan smjk berumur 12thn. Dikhianati oleh
saudara kandungnya.. Justeru, apa sangat kalau dibandingkan dgn
pengkhianatan sahabat...
2. Yusuf as lebih rela berada di penjara bagi mengelak fitnah imran aziz, dan memohon namanya dibersihkan.. Bukan sekadar jasadnya dibebaskan. Justeru, kebebasan sebenar adalah apabila maruah karamah insaniah terpelihara.
3. Penjara boleh ditransformasikan menjadi school of Yusuf, usaha dakwah walau di mana. Sehingga dirinya menjadi naqib dan kaunselor, disayangi oleh seluruh penduduk penjara, dan diluar penjara.
4. Yusuf as mempamerkan dan mempromosikan kekuatan dirinya sebagai hafizun alim.. Bagi meyakinkan pemerintah agar memilihnya sebagai perdana menteri / menteri kewangan / penguasa di negeri kafir, presiden kafir... Maka, dlm ideal politik, menerangkan kelebihan calon adalah penting bg mendaptkn keyakinan pengundi / penguasa.
5. Mendapatkan kerjasama rakyat walaupun negara kafir penting bagi membina negara. Dlm konteks dunia Islam, mendapatkan sokongan kafir juga penting bg menjana politik yg diilhamkan dan ingin dibawa oleh Yusuf as.
6. Model ekonomi Yusuf dengan ilham Illahi menunjukkan betapa kemakmuran ekonomi penting dan seiring dengan kemakmuran politik, dan kemakmuran politik sangat bekait rapat dgn kemakmuran ekonomi. Justeru, pemimpin yg mahir dlm ekonomi punya integriti dan kepercayaan kredit lebih sbg pentadbir negara.
7. Manifesto Yusuf, resepi Yusuf as dlm menjana ekonomi walau nampak sukar dilaksanakan dlm budaya ekonomi sedia ada yg sangat membudayakan pemborosan, boleh dilaksanakan dgn komitmen politik dan sokongan pemerintah.
Wallahualam..
NOTA:
Di atas adalah catatan tazkirah oleh Ustaz Siddiq Fadhil pada 2 Mei 2013 di KDH.

genre
ABIM,
amalan,
belajar,
kebenaran,
motivasi,
pemimpin,
perjuangan,
perubahan,
politik,
tarbiyah,
usaha
Jumaat, April 12, 2013
Umat Islam Perlu Tolak Amalan Politik Lucah, Fitnah, Ganas Dan Rasuah!

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan parti-parti politik utama di negara ini. Keadaan in berlaku berasaskan kepada tanggapan bahawa pilihanraya ini bakal mencatatkan hitam putih ataupun jatuh bangun negara pada masa akan datang. Signifikasi sedemikian telah mengundang minat dan perhatian yang meluas dari pelbagai lapangan serta golongan masyarakat.
Justeru,kami secara serius menanggapi PRU 13 ini tidak sahaja dianggap semata-mata sebagai pertembungan untuk mengundang populariti dan kejayaan Siyasiy. Sebaliknya pilihanraya ini memberi makna sangat mendalam ke arah membentuk budaya politik serta sosio budaya rakyat di negara ini.
Kami menegaskan perlunya kita bersama: parti politik, pemimpin masyarakat, ‘alim ulama’, intelektual, pengamal media dan rakyat seluruhnya, berusaha mendaulatkan demokrasi yang bersih dan beretika. Dari itu, kami selaku wakil Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam utama di negara ini ingin mengetengahkan empat saranan utama untuk umat Islam sempena PRU 13 ini:
MENOLAK BUDAYA POLITIK FITNAH
Dalam era di mana “Politic With Brain” mula menjadi sebutan dan dambaan ramai, kami ingin menggesa agar umat Islam di negara ini menolak sama sekali amalan politik fitnah. Gesaan ini bersandarkan pada ayat ke-58 Surah Al-Ahzab yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata."
Kami ingin melahirkan keprihatinan kami terhadap berleluasanya budaya politik fitnah dalam amalan demokrasi di negara ini. Walaupun ia membuka ruang seluas-luasnya untuk semua warga mengekspresikan pandangan serta kritikan, demokrasi tidak seharusnya dicemari dengan amalan fitnah yang keji serta akan hanya mencemarkan kehormatan dan kesucian akal fikiran manusiawi.
Seharusnya rakyat ditampilkan dengan pilihan politik secara sihat berupa manifesto serta hujah-hujah politik yang rasional serta memenuhi tuntutan asasi rakyat. Umat Islam perlu mengetengahkan pendirian ini agar hak mereka selaku rakyat tidak dikesampingkan dengan pembodohan berupa fitnah yang tidak mempunyai apa-apa signifikasi terhadap kehidupan mereka, sebaliknya membawa kerosakan kepada masyarakat.
MENOLAK AMALAN POLITIK LUCAH
Kami menggesa umat Islam untuk menolak sama sekali amalan politik lucah yang cuba dijadikan sebagai alat untuk mendulang populariti siyasiy dalam jangka pendek. Kami memandang berat amalan mencipta video, mempertontonkan bahan-bahan tersebut serta melakukan pertuduhan zina (ke atas seseorang) sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Kami mengajak umat Islam untuk merenung pengajaran yang dikemukakan menerusi rangkaian ayat-ayat Al-Qur’an seperti:
Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu’minah , Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat . Untuk mereka disediakan azab yang sangat besar.
(An- Nur: 23)
dan
Orang-orang yang menyakiti mu’min lelaki dan mu’minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata
(Surah Al Ahzab : 58)
Sesungguhnya fitnah zina adalah perbuatan yang sangat keji di sisi syariat Islam. Para pelaku serta pendukung amalan politik lucah ini akan mengundang laknat berpanjangan selaku golongan Fasiq yang ditolak kesaksian mereka selama-lamanya. Umat Islam perlu mengelakkan implikasi ini dengan menolak amalan politik keji ini serta tidak bersubahat mengembangkan mana-mana dakyah berkaitan dalam mana-mana saluran media.
Adalah amat mendukacitakan dalam esak tangis kita meratapi keruntuhan moral di kalangan anak muda Islam (terutama sekali amalan zina yang berleluasa), amalan tersebut dijadikan sebagai modal rujukan untuk mencapai sesuatu perkara atau maksud!
MENOLAK AMALAN POLITIK SAMSENG
Kami menyeru umat Islam untuk menyatakan penentangan mereka secara jelas terhadap amalan politik ganas yang sering mewarnai politik negara semenjak kebelakangan ini. Pilihanraya seharusnya diraikan sebagai hari kebesaran rakyat. Seharusnya rakyat dibiarkan untuk menentukan pilihan yang terbaik untuk diri mereka tanpa sebarang ancaman fizikal dan mental.
Demokrasi membolehkan persaingan dan perbezaan politik dilangsungkan secara aman. Amalan politik ganas merupakan bentuk kezaliman dan penindasan yang perlu ditolak samasekali berasaskan kepada firman Allah s.w.t menerusi Surah Al-Maidah ayat ke-8:
Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
MENOLAK AMALAN RASUAH DAN PERAS UGUT
Kami menyeru umat Islam untuk menolak serta menafikan sekeras-kerasnya amalan rasuah serta peras ugut daripada dikenakan ke atas mereka. Sesungguhnya amalan itu bertentangan sekali dengan fitrah illahi yang telah menetapkan kebebasan mutlak manusia ke atas segala apa yang dikurniakan menerusi firman-Nya berbunyi:
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Isra: 70)
Amalan rasuah serta peras ugut yang diterjemahkan menerusi pendekatan stick & carrot adalah amalan politik tidak berperikemanusiaan. Allah s.w.t telah mengurniakan ruang sebebas-bebasnya terhadap segala ciptaan-Nya di dunia ini. Manusia hanyalah pemegang amanah serta tidak menzalimi serta menafikan hak yang lain untuk menikmatinya.
Kami khuatir amalan rasuah dan peras ugut ini akan terus membelenggu umat Islam dalam ikatan kemiskinan sekiranya ia terus berleluasa. Amalan-amalan tersebut adalah bentuk penjajahan baru yang menafikan hak para pengundi untuk mendapatkan apa yang terbaik ke atas diri mereka.
Adalah menjadi harapan agar umat Islam dapat menyuarakan dengan tegas dan jelas akan pendirian ini. Sesungguhnya terbentuknya "baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” bergantung kepada persekitaran serta masyarakat sesebuah negara.
Justeru kami menganjurkan agar umat Islam di seluruh negara sempena dengan PRU 13 ini untuk sama-sama menunaikan solat hajat secara individu serta berjamaah khususnya di sepertiga malam. Partisipasi pada penggerak masjid serta surau amat dihargai untuk mempermudahkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan tersebut.
Kurnia rahmat serta keberkatan Illahi dalam amalan berpolitik hanya akan terjelma sekiraya umat Islam menolak sebarang amalan politik yang melangkaui batas yang dilandaskan syariah. Semoga PRU 13 ini akan menjelmakan amalan politik murni yang tiada celanya terhadap pemikiran serta sosio budaya umat Islam serta rakyat di negara ini.
http://www.ustream.tv/recorded/31327137

Istiqamah,
pengajaran,
perjuangan,
politik,
realiti,
tarbiyah,
usaha
Sabtu, Mac 30, 2013
LEARN TO MAKE A SIMPLE TRAP MOSQUITOES
LEARN TO MAKE A SIMPLE TRAP MOSQUITOES AND AGAINST DENGUE MOSQUITOES.
Items needed:
What we need is basically:
200 ml water
50 grams of brown sugar,
1 gram of yeast (yeast bread, found in any supermarket) and a 2-liter plastic bottle. [...]
How to:
One. Cut the plastic bottle (PET type) in half. Storing the neck portion:
2nd. Mix brown sugar with hot water. Let cool. When cold, pour in the bottom half of the bottle.
3rd. Add the yeast. No need to mix. It creates carbon dioxide.
4th. Place the funnel part, upside down, into the other half of the bottle.
5th. Wrap the bottle with something black, minus the top, and put in some corner of your house.
In two weeks you will see the amount of mosquitoes and mosquitoes who died inside the bottle.
In addition to cleaning their homes, breeding sites of mosquitoes and mosquitoes, we can use this method very useful in: Schools, Nurseries, Hospitals, homes, ranches, farms, ranches, nurseries. etc.
Do not forget Dengue in the coming months: this mosquito can kill a person!
Rabu, Mac 27, 2013
Learn political science via story of 2 cows
SOCIALISM
You have 2 cows.
You give one to your neighbour
COMMUNISM
You have 2 cows.
The State takes both and gives you some milk
FASCISM
You have 2 cows.
The State takes both and sells you some milk
NAZISM
You have 2 cows.
The State takes both and shoots you
BUREAUCRATISM
You have 2 cows.
The State takes both, shoots one, milks the other, and then
throws the milk away
TRADITIONAL CAPITALISM
You have two cows.
You sell one and buy a bull.
Your herd multiplies, and the economy
grows.
You sell them and retire on the income
ROYAL BANK OF SCOTLAND (VENTURE) CAPITALISM
You have two cows.
You sell three of them to your publicly listed company, using letters of credit opened by
your brother-in-law at the bank, then execute a debt/equity swap with an associated general offer so that you get all four cows back, with a tax exemption
for five cows.
The milk rights of the six cows are transferred via an intermediary to a Cayman Island Company secretly owned by the majority shareholder who sells the rights to all seven cows back to your listed company.
The annual report says the company owns eight cows, with an option on one more. You sell one cow to buy a new president of the United States , leaving you with nine cows. No balance sheet provided with the release.
The public then buys your bull.
SURREALISM
You have two giraffes.
The government requires you to take harmonica lessons.
AN AMERICAN CORPORATION
You have two cows.
You sell one, and force the other to
produce the milk of four cows.
Later, you hire a consultant to analyse why
the cow has dropped dead.
A GREEK CORPORATION
You have two cows. You borrow lots of euros to build barns, milking sheds, hay stores, feed sheds,
dairies, cold stores, abattoir, cheese unit and packing sheds.
You still only have two cows.
A FRENCH CORPORATION
You have two cows.
You go on strike, organise a riot, and block the roads, because you want three
cows.
A JAPANESE CORPORATION
You have two cows.
You redesign them so they are one-tenth the size of an ordinary cow and produce
twenty times the milk.
You then create a clever cow cartoon image called a Cowkimona and
market it worldwide.
AN ITALIAN CORPORATION
You have two cows,
but you don't know where they are.
You decide to have lunch.
A SWISS CORPORATION
You have 5000 cows. None of them belong to you.
You charge the owners for storing them.
A CHINESE CORPORATION
You have two cows.
You have 300 people milking them.
You claim that you have full employment, and high bovine productivity.
You arrest the newsman who reported the real situation.
AN INDIAN CORPORATION
You have two cows.
You worship them.
A BRITISH CORPORATION
You have two cows.
Both are mad.
AN IRAQI CORPORATION
Everyone thinks you have lots of cows.
You tell them that you have none.
No-one believes you, so they bomb the ** out of you and invade your country.
You still have no cows, but at least you are now a Democracy.
AN AUSTRALIAN CORPORATION
You have two cows.
Business seems pretty good.
You close the office and go for a few beers to celebrate.
A NEW ZEALAND CORPORATION
You have two cows.
The one on the left looks very attractive...
Selasa, Februari 19, 2013
Did you know: Japan
Read this beautiful Information about Japan
1 - Did you know that Japanese children clean their schools every day for a quarter of an hour with teachers, which led to the emergence of a Japanese generation who is modest and keen on cleanliness.
2 - Did you know that any Japanese citizen who has a dog must carry bag and special bags to pick up dog droppings. Hygiene and their eagerness to address cleanliness is part of Japanese ethics.
3 - Did you know that hygiene worker in Japan is called "health engineer" and can command salary of USD 5000 to 8000 per month, and a cleaner is subjected to written and oral tests!!
4 - Did you know that Japan does not have any natural resources, and they are exposed to hundreds of earthquakes a year but do not prevent her from becoming the second largest economy in the world? -
5 - Did you know that Hiroshima returned to what it was economically vibrant before the fall of the atomic bomb in just ten years?
6 - Did you know that Japan prevents the use of mobile in trains, restaurants and indoor
7 - Did you know that in Japan students from the first to sixth primary year must learn ethics in dealing with people -
8 - Did you know that the Japanese even though one of the richest people in the world but they do not have servants. The parents are responsible for the house and children -
9 - Did you know that there is no examination from the first to the third primary level; because the goal of education is to instill concepts and character building, not just examination and indoctrination. -
10 - Did you know that if you go to a buffet restaurant in Japan you will notice people only eat as much as they need without any waste. No wasteful food.
11 - Did you know that the rate of delayed trains in Japan is about 7 seconds per year!! They appreciate the value of time, very punctual to minutes and seconds
12 -. Did you know that children in schools brush their teeth (sterile) and clean their teeth after a meal at school; They maintain their health from an early age -
13 - Did you know that students take half an hour to finish their meals to ensure right digestion When asked about this concern, they said: These students are the future of Japan

Isnin, Februari 18, 2013
Bersederhanalah dalam Perbezaan
Tidak ramai orang yang akan sama
pemikirannya dengan kita. Ada masa tertentu mungkin boleh bersetuju. Ada
ketikanya pada masa yang lain kita akan berbeza dalam perkara yang
tidak terjangka. Sekalipun terdedah dengan suasana pendidikan yang sama
silibusnya, perbezaan itu tetap akan ada. Tidak juga mustahil, sekalipun
berbeza latar belakang pendidikan, kesepakatan dalam pendapat boleh
wujud tanpa dipaksa.
(Tulisan ini diambil daripada blog saudara Ukasyah iaitu http://soutulfaizin05.blogspot.com/)
Maka, kita jangan hairan kalau hari ini
kawan yang selalu bersama dengan kita akan bertukar menjadi lawan.
Demikian juga bukan perkara ajaib jika lawan yang kita tentang
habis-habisan akan segala perkara yang berkaitan dengan dirinya akan
menjadi kawan sejati dalam perjuangan. Yang sama atau berbeza itulah
dinamakan sebagai prinsip pegangan.
Lumrah inilah yang akan kita saksikan di
mana-mana pentas sejarah kemanusiaan. Berbeza itu fitrah. Sepakat juga
fitrah. Jika fitrah yang satu ini kita hendak nafikan, bagaimana manusia
ingin meninggikan tamadun dan tahap pemikirannya?.
Perhatikanlah, hak berfikir itu
tertakluk kepada setiap insan. Juga hak memutuskan sesuatu terletak
kepada hasil fikirannya. Malah, tindakannya pula bergantung kepada apa
yang telah diputuskannya. Bayangkan, jika berfikir, memutuskan dan
bertindak itu dikawal oleh sistem yang wujud di luar lingkungan dirinya,
apa faedahnya kurniaan ‘aql oleh Tuhan kepada manusia?
Satu campur satu bersamaan dengan dua. Ini adalah cara berfikir yang biasa.
Tetapi, enam tolak empat juga bersamaan
dengan dua. Boleh jadi dua ditambah kosong juga menghasilkan jawapan
yang sama. Ini adalah cara berfikir di luar kerangka pemikiran biasa.
Hasilnya sama tetapi yang membezakannya ialah proses dalam menghasilkan
jawapan.
‘Proses’ itu yang seringkali ditempuh
secara sambil lewa. Proses itu juga kadangkala dipandang rendah oleh
segelintir mereka yang berfikirnya hanya lurus bendul sahaja.
Walhal, ‘proses’ itulah yang mematangkan
diri dan menjadikan kita mampu untuk berdikari. Proses itu jugalah yang
menjadikan kita hormat kepada prinsip, pendirian dan pandangan orang
lain. Hormat kita kepada orang lain, mengundang pula hormat orang lain
kepada diri kita.
Demikian juga kita ingin bahagia dalam
hidup. Bahagia itu letaknya di jiwa. Apa guna harta berkoyan-koyan jika
tidur pun sudah tidak nyenyak?. Justeru, jiwa yang bahagia itu prosesnya
pada merdeka dalam berfikir, membuat keputusan dan bertindak.
Sekalipun mempunyai ijazah yang
professional, tetapi jiwa bahagianya ditemui ketika mengajarkan
anak-anak kecil, tidak salah jika diteruskan langkahnya. Kerana jiwanya
bahagia apabila dapat menyumbang dalam usaha memanusiakan manusia.
Oleh yang demikian, jiwa yang bahagia
dalam kerjanya, hasilnya langsung memuaskan dan sudah pasti bukan
sekadar biasa-biasa. Kerana pada kerjanya yang membuahkan bahagia itu,
dilimpahkan usaha yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi
supaya tidak mengundang sinis mereka yang lurus-lurus itu.
Lalu, jangan pernah kita meremehkan
pendirian-pendirian orang. Tentu sekali kita boleh berbeza. Berbeza yang
seharusnya diertikan dengan maksud yang betul. Dalam kerangka pemikiran
yang tidak menafikan lunas-lunas agama dan prinsip ‘ilmu. Maka, yang
tidak harus itu ialah memaksakan orang lain agar sependapat dengannya.
Itu namanya menghina kemuliaan ‘aql kurniaan Ilahi. Juga dianggap
memandang hina kepada prinsip karamah insaniyyah.
Penting sekali untuk kita ingat,
bersederhanalah dalam sebarang perbezaan. Tolaklah kesalahan dengan baik
dan sampaikanlah kebaikan dengan hikmah. Hal ini kerana kebenaran itu
tidak selamanya akan berada di samping kita. Tidak salah untuk kita
mengaku kalah tetapi harga diri tetap tinggi. Boleh jadi musuh kita pun
terkadang ada juga benarnya. Mungkia kita tidak sedar, kita sebenarnya
saling melengkapkan. Maka, hendaklah kita membuat pilihan yang terbaik
dalam meneguhkan pendirian. Firman Allah ‘azzawajalla dalam surah Az-Zumar ayat 17 dan 18 yang bermaksud:
17. Dan orang-orang yang menjauhi
thaghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka
berita gembira, sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-
hamba-Ku 18. Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling
baik di antaranya. Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah
petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal (ulul-albab).
MUHAMMAD UKASYAH AZHARI
Penolong Setiausaha 2
Penolong Setiausaha 2
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Catatan Usrah: Harta dunia; harta akhirat
Naqib: Dato’ Shakir Husein Khalid
Maksud Surah 23. Al-Mu’minun, Ayat 115:
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada
sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan
dikembalikan kepada Kami?”
- Ayat ini memberikan satu mesej yang jelas bahawa matlamat kehidupan kita adalah sebagai menyambung misi Rasulullah SAW.
- Seseorang itu dianggap lari dari kehidupan yang sebenarnya apabila:
- Adanya perasaan tamak yang dilayan.
- Kelalaian dan kerakusan yang diberikan usaha yang lebih.
- Ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya yang ditinggalkan
- Mengumpul harta sebagai satu-satunya matlamat hidup merupakan satu kerja yang sia-sia tetapi mengumpul harta adalah untuk dimanfaatkan.
- Ramai yang membesarkan rumah mereka di dunia tetapi tidak ramai yang membesarkan rumah mereka di akhirat, sedangkan kehidupan ini merupakan kehidupan yang sementara.
- Bayangkan, sebagai contoh, orang yang sedang bermusafir dan apabila berhenti di suatu tempat untuk bermalam sementara, maka dipasangkannya khemah buat berteduh. Adakah orang tersebut akan berhabis-habisan dan bersungguh-sungguh untuk menghias khemahnya sedangkan dia tahu bahawa dia hanya singgah di situ untuk satu malam sahaja?
- Tamak yang dilayan adalah seseorang yang meletakkan segala usahanya semata-mata untuk duniawinya. Mereka lupa matlamat asal kehidupan.
- Orang yang cuba meluaskan dunia ini untuk dirinya sahaja menyangka bahawa mereka sudah berbuat baik tetapi sebenarnya tidak banyak membantu mereka di akhirat kelak dan di sisi Allah tidak bernilai. Namun, sekiranya ia meluaskan dunia ini untuk dimanfaatkan oleh orang lain demi hal-hal yang berbentuk kebaikan, maka sesungguhnya dia telah meluaskan penginapannya di akhirat.
- Perkara yang menjadi kayu pengukur masuknya seseorang ke syurga adalah atas dasar ketaqwaannya dan kehambaan mutlak kepada Allah.
- Kata-kata Saidina Umar al-Khattab, “Taqwa adalah umpama kamu berjalan penuh hati-hati di dalam hutan yang penuh dengan duri dan onak, supaya tidak terpijak duri dan onak tersebut.” Sudah tentu kita akan berjaga-jaga ketika berjalan kerana khuatir duri tersebut akan mencederakan kaki kita.
- Kekuatan yang ada hanyalah pada Allah dan jadilah hamba-hambaNya yang terbaik!
Respon
- Dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat. Carilah seberapa banyak harta di dunia tetapi gunakanlah ia buat pelaburan di akhirat, carilah harta untuk Islam.
- Hakikatnya, ketahuilah bahawa sesungguhnya “harta sendiri” adalah apa yang dibelanjakan kepada jalan Allah SWT di mana ianya membawa manfaat besar buat kita di akhirat kelak tetapi “harta yang ditinggalkan” apabila kita mati, merupakan “harta waris”.
Langgan:
Catatan (Atom)