Rabu, April 04, 2012
Rabu, Februari 29, 2012
Selasa, Jun 14, 2011
IJTIMA’ HARAKIY KUALA LANGAT ; MERIAH DAN MENCERAH
IJTIMA’ HARAKIY KUALA LANGAT ; MERIAH DAN MENCERAH
Ustaz Zawawi sedang menyampaikan pencerahan
Sdr Dr Muhd Razak Idris , Presiden ABIM menyampaikan hadiah kepada guru TASKI
Pada pagi Sabtu , Hari Keluarga ABIM Daerah Kuala Langat yang melibatkan ahli, PEPIAS Daerah Kuala Langat serta guru TASKI di sambut meriah. Program seperti ini akan merapatkan ukhuwah antara ajk , ahli serta mengenali ahli keluarga besar ABIM Daearah Kuala Langat. “ Terima kasih kepada semua yang terlibat dan ABIM Kuala Langat berazam akan menumpukan program bersama ummat untuk mengembalikan fungsi ABIM dalam masyarakat seperti yang disarankan Presiden ABIM untuk ABIM menjadi nasihal Ummat (penasihat Umat )” kata Sdr Radin Muhd Imaduddin . Yang Dipertua ABIM Daerah Kuala Langat bagi sesi 2011/2012.
Tiup dik , Tiup , Jangan Tak Tiup
Juara Bola Tampar Plastik Sampah Kuala Langat 2011
YDP ABIM Kuala Langat yang baru ; Cikgu Radin menyampaikan hadiah
Selasa, November 16, 2010
kawan
- apabila melihat wajah mereka, membuat kita mengingati Allah dan RasulNya.
- Mendekati mereka mendekatkan hati kita kepada Allah.
- Berbicara dengan mereka menghalang lidah kita dari mengata.
- Bermusafir dengan mereka menambahkan ilmu dan iman.
- Mereka hadir di saat kita dalam kesulitan tanpa dipinta.
- Tiada syarat tiada imbuhan yang diletakkan semasa memberi.
- Tiada kata yang bergula2 dan tiada gerak-geri yang dipaksa2.
- Duka mereka sewaktu kita berduka dan senyum yang ikhlas terpancar diwajah mereka melihat kita gembira.
Isnin, September 27, 2010
Kehadiran Orang baru
Salam 30 Ramadhan...
Alhamdulillah, entri kali ni ingin memaklumkan ahli baru dalam keluarga saya...
dialah puteri kedua kami....
Diberi nama Radin Ilham Madihah bt Radin Muhd Imaduddin
Lahir pada 6 September bersamaan mlm 27 Ramadhan jam 12.03 mlm...
Lahir di Hospital Putrajaya...
seberat 3.0kg...
alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, puteri kedua ini dilahirkan secara normal...
meh kita tengok gambo dia...hehehe....
sayangnya kakak pada adik..
Ilal liqa'... :)
Rabu, Ogos 11, 2010
Salam Ramadhan
Mohon kemaafan kepada sekelian teman-teman, rakan taulan, sahabat handai, saudara-saudari, dan seluruh umat yang mengenali diriku, baik di alam nyata mahupun di alam maya ini. Aku mohonkan kalian dapat doakan semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan terbaik buat diriku, dan diri kalian juga. Aku juga akan mendoakan begitu. Bukankah saling mendoakan antara satu sama lain adalah yang terbaik dalam amalan berdoa? Namun, jika ada yang masih belum mampu dimaafi, ku pohon agar dilupakan kesilapanku yang lalu. Semoga ia tidak akan menjadi bebananmu kelak sehingga mengganggu amalan ibadatmu sepanjang hari.
Itu tidak pula bermakna, aku akan mengulangi semula dengan mengambil kesempatan mulia yang kau lakukan itu. Mungkin inilah berkat dan rahmatnya Ramadhan, yang membuka ruang pintu taubat seluas-luasnya, dengan dikurung para syaitan agar hati kita semua dapat mendengar sentuhan qalbu dari Yang Esa. Persis seorang Dai', yang menyeru kepada kebaikan, dan mencegah dari kemungkaran, kita sama-sama berjuang untuk mendapatkan kelebihan yang sangat-sangat bernilai tinggi pada bulan ini, disamping merapatkan semula saf-saf hati, yang kian longgar atas kesilapanku dan kenaifanku yang lalu. Apalah maknanya amalanku ini, sekiranya dosaku dengan mu tidak dapat dimaafkan.
Sampaikan juga salam Ramadhan Kareem kepada teman-teman lain yang tidak sempat membaca harapanku ini. Jawapan yg pasti, Allahu Akram. Sesungguhnya Allah lah yang mahu pemberi rahmat dan keampunan kepada hamba-hambaNya yang mengingatinya. Semoga Allah melimpahkan kepada kita semua, segala yang Dia telah limpahkan kepada hamba-hambaNya yang Soleh.
Amiin..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Sabar je la..
Isnin, Jun 28, 2010
Zina berleluasa
- Anak kita hanya mempunyai 25% saja kawan2 yang masih suci.
- Anak kita mempunyai peluang hanya 25% untuk mendapat pasangan hidup bukan penzina.
- Majoriti anak yang bakal dilahirkan beberapa tahun dari sekarang adalah anak2 yang mempunyai ibubapa yang pernah berzina.
- Anak penzina akan melahirkan zuriat penzina yang lebih tegar.
- Amalan zina akan diterima oleh masyarakat dan orang kan merasa pelik dengan orang yang tidak pernah berzina.
- Pengaruh ibubapa dalam membentuk peribadi anak hanya sekelumit kecil.
- Ibubapa akan menjadi hamba kepada anak2 dan anak adalah tuan mereka.
Masa itu adakah ruang lagi untuk kita meneruskan kehidupan beragama di bumi tercinta ini????
Khamis, Mei 27, 2010
Anak kecil dan kasih sayang Allah.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis.
Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
10 Perkataan Lazim Kaum Hawa
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.
BUAT LAH Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.
sumber: hawa
Fikrah:-
1) Indahnya makhluk wanita ni...
Rabu, Mac 17, 2010
kisah suri rumah
And further jealous of her, as she received lot of Women's Daywishes and compliments
He wanted her to see what he went through so he prayed:
he awoke and immediately knelt by the bed and said:
Selasa, Mac 09, 2010
finding the right attitude
The boy saw the bottle and playfully went to the bottle fascinated by its color and drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed, the mother hurried him to the hospital. He died.
The mother was stunned! She was terrified how she was going to face her husband. When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just five words.
QUESTIONS:
1. What were the five words?
2. What is the implication of this story?
If you were the father, what would your words be when you meet the wife?
If you were the mother, what would your words be when you meet the husband?
ANSWER:
The husband just said "I am with you Darling".
The husband's totally unexpected reaction is a proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life...
There is no point in finding fault with the mother. Besides, if only he had taken time to keep the bottle away, this would not have happened. No one is to be blamed. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her. If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world.
"A journey of a thousand miles begins with a single step."
Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears. And you will find things are actually not as difficult as you think.
MORAL OF THE STORY:
Very often we spend time in asking who is responsible or whom to be blamed, whether in a relationship, in a job, in school, in the family, or with the people we know when things go wrong. And, with this mental attitude, everything there after is bound to fail. Blame is the start of divide and discord. Blame never concord. But it is indeed very difficult to practice like in the story above because blame is anger or hate-based. And it blinds ! The mind justifies when it is clouded with blame.
“Attitude is a little thing that makes a big difference." – Winston Churchill
Sabtu, Disember 05, 2009
Papadom the movie
Kalau filem itu filem Melayu, memang saya tidak akan menontonnya di panggung. Malah dahulu saya pergi ke panggung hanya untuk menonton filem yang mempunyai efek CGI yang bagus. Jadi, filem Jin Notti memang tidak termasuk dalam senarai filem yang saya akan tonton di panggung (malah mungkin tidak akan ditonton langsung seperti filem Cicakman).
Tetapi Papadom adalah satu-satunya filem yang saya tonton dua kali di panggung wayang untuk tahun ini.
Sinopsis Papadom
Papadom memberikan satu cerita yang mudah iaitu kasih sayang seorang bapa kepada anak. Saadom merupakan seorang peniaga Nasi Kandar dalam tahun 1990-an. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Munirah.
Selepas Munirah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Miasara, Saadom bersama dua orang rakannya berusaha membesarkan perniagaan Nasi Kandar. Saadom menjadi begitu sibuk sehingga kekurangan masa bersama isteri dan anak beliau.
Suatu hari Munirah terlibat dalam kemalangan dan meninggal. Sejak dari saat itu Saadom berubah dan berusaha menjaga Miasara sebaik mungkin. Bukan setakat baik sahaja malah lebih dari itu.
Di sinilah terjadi pelbagai ragam dan komedi dalam membesarkan Miasara.
Kelainan Dalam Papadom
Sebelum ini kita asyik dihidangkan dengan kisah ibu tunggal atau kisah berkaitan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Papadom memberikan kita kisah bagaimana pula seorang lelaki ingin menunjukkan kasih sayangnya.
Kiranya Papadom menunjukkan kepada kita bagaimana kasih sayang kepada anak dari sudut pandang seorang lelaki. Ia berasaskan kepada pemikiran bahawa seorang lelaki tidak pandai meluahkan kasih sayang melalui kata-kata, jadi mereka menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan mereka.
Kebebasan Untuk Remaja
Papadom juga memberi persoalan tentang sampai ke tahap mana sepatutnya kebebasan diberikan kepada seseorang remaja itu. Adakah sampai ibu bapa perlu memperhatikan segala tindak tanduk anak mereka atau membiarkan sahaja anak mereka buat apa sahaja.
“Saya tak nak anak saya membuat sebarang kesilapan,” kata Saadom dalam satu babak.
Jadi, satu perkara yang saya dapat daripada filem ini adalah biarlah seorang remaja itu belajar daripada kesilapan. Kalau mereka tidak buat sebarang kesilapan, jadi mereka tidak akan tahu selama-lamanya yang perkara itu silap.
Antara belajar dari buku atau kata-kata nasihat dengan belajar daripada pengalaman, mana yang kita lebih senang faham?
Sindiran Terhadap Filem Tempatan
Saya melihat ada beberapa babak yang menyindir industri perfileman tempatan. Contohnya seorang watak iaitu Rahmat yang suka dirinya dipanggil ‘Wajib Tayang’. Rahmat merupakan seorang pelajar yang suka membuat filem-filem pendek. Dan kefahaman beliau tentang filem adalah sesuatu filem itu mestilah bersifat abstrak.
Watak tersebut memberi gambaran beberapa orang Pengarah yang membuat filem yang orang tidak faham. Semata-mata untuk kepuasan dirinya sendiri.
Satu lagi dialog yang diucapkan oleh Scha, “Bukankah kita buat filem untuk buat duit, prof?”
Ini satu lagi perkara yang membuatkan industri perfileman kita seakan mengisi keinginan orang ramai dengan nilai komersial semata-mata. Buat filem untuk buat duit. Jadi filem Malaysia dipenuhi dengan filem berkaitan cinta, tahyul dan bisnesman yang kaya melampau.
Jadi ada dua persoalan iaitu buat filem yang ada nilai moral tetapi kurang nilai komersial dengan filem yang semata-mata memuatkan nilai komersial sahaja. Mana satu yang baik?
Kesimpulan
Papadom boleh dikatakan filem yang baik untuk tahun ini. Mungkin inilah filem yang bakal diingati oleh penontonnya. Lama kita menunggu filem-filem yang menarik dan diingati zaman berzaman seperti filem-filem P. Ramlee.
P/s: Dan ini kali pertama saya menulis reviu untuk filem Melayu.
* Gambar diambil daripada blog Afdlin Shauki.
http://studiomuslim.com/ulasan-filem/reviu-papadom/
Azree Hanifiah
Johor Bahru
31 Oktober 2009
Ahad, Oktober 25, 2009
Qunut
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) sinisnya... sinikal untuk umat...
2) lawak lama... tapi, still relevan...
Rabu, September 16, 2009
Rasul Melayu
MA: Adakah ini bermakna ayah saudara tidak berani bersemuka dan menegakkan pendirian dan perjuangannya secara terbuka di mahkamah, apatah lagi ini boleh dijadikan platform terbaik buat perjuangannya berikutan kes ini turut mendapat liputan media?
ZH: Nabi Musa sebelum ini juga antara orang yang benar di sisi Tuhan dan juga Nabi Muhammad. Mereka juga lari menyelamatkan diri daripada orang kafir itu yang berniat jahat terhadap rasul dan orang yang beriman dan ahli keluarganya. Rasul dan orang beriman tidak memerlukan kepada manusia. Namun manusia memerlukan Rasul dan orang beriman bagi menyelamatkan diri mereka daripada azab pedih serta yang menghinakan atau membinasakan yang datang daripada Tuhan atau untuk masuk ke syurga.
MA: Sampai bila ayah saudara akan menghilangkan diri?
Di dalam wawancara itu, Zul Helmi mengakui menjadi pengikut ajaran ayahnya kerana baginya, sesiapa yang tidak mengikuti ajaran Abdul Kahar adalah kafir. Bagaimanapun, dia menafikan bakal menjadi pengganti ayahnya untuk menyebarkan ajaran itu.
MA: Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia pada perjuangan bapa saudara?
ZH: Hanya segelintir yang beriman dan kebanyakan daripada mereka kafir.
MA: Maksud anda, sesiapa yang tidak menerima ajaran ayah saudara adalah kafir?
ZH: Benar. Oleh kerana ajaran bapa saya adalah ajaran Tuhan yang termaktub di dalam kitab suci al-Quran.
MA: Adakah ajaran ayah saudara dijamin akan diteruskan? Siapa akan meneruskan ajaran ini dan apakah kelayakan untuk meneruskan ajaran ini?
ZH: Apabila ayah saya diwafatkan Tuhan, manusia kena mencari jalan dan cahayanya sendiri untuk selamat daripada azab api neraka dan untuk masuk ke syurga. Terpulang kepada pihak berkuasa dan berwajib sama ada ajaran bapa saya diteruskan atau tidak. Hanya rasul dan orang beriman layak menyampaikan ajaran Tuhan kepada manusia.
MA: Saudara tidak mewarisi ayah saudara?
ZH: Saya hanya mengamalkan ajaran Tuhan yang disampaikan oleh bapa kepada saya.
MA: Saudara bukan pewaris Rasul atau Rasul seterusnya selepas ayah saudara?
ZH: Saya hanya mengamalkan ajaran Tuhan yang disampaikan oleh bapa kepada saya dan ahli keluarga.
Di akhir wawancara, Zul Helmi juga mengesahkan dia diminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk membantu siasatan kes bapanya, namun memberitahu dia masih mengkaji permintaan itu dan belum memberi persetujuan.
MA: Adakah Jais juga menyiasat saudara?
ZH: Itu di luar pengetahuan saya, tetapi saya diberi surat untuk membantu siasatan ke atas bapa oleh Jais. Termasuk juga dua adik perempuan saya. Mereka (Jais) juga mengugut kami adik-beradik jika (kami) tidak hadir dalam sesi soal-siasat, mereka akan mengeluarkan perintah mahkamah waran tangkap kepada kami adik-beradik.
Zul juga tidak berpuas hati dengan usaha bekas isterinya menggunakan nama samaran terhadap anaknya yang tidak meletakkan bin Mohd Zul Helmi, sebaliknya hanya menggunakan nama Helmi.