Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia bagi tempoh 2013 hingga 2025 telah dilancarkan oleh
YAB Perdana Menteri dua hari yang lepas. Ia disambut dengan pelbagai
reaksi oleh pelbagai golongan samada yang terlibat lansung dengan
pendidikan mahu pun secara tidak langsung.
Terkandung di dalamnya laporan maklum balas yang diterima dari sesi-sesi dialog pendidikan, persidangan, seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh pihak yang berminat mengenai pendidikan negara. Pendidikan bagi sesebuah negara adalah satu perkara yang amat penting. Di sinilah proses mencanai perkembangan dan potensi serta menakrif ciri dan identiti warga negara pada masa hadapan.

Bagi pendidikan di Malaysia ia
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah
mendefinisi matlamat dan fungsi pendidikan di negara kita ini. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan hala tuju
pendidikan negara bagi tempoh 22 tahun akan datang. Ia satu tempoh yang
penting dan amat getir kerana dalam tempoh tersebut kita akan melalui
tahun 2020 yang menakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Penulis tidak berhasrat untuk membincangkan PPPM secara keseluruhan dalam ruang yang terhad dan terbatas ini, tetapi sekadar berkongsi pandangan kerana PPPM masih pada peringkat draf dan ruang masih terbuka bagi maklum balas diajukan kepada Kementerian Pelajaran.
Dalam PPPM, perkara yang paling menonjol adalah hasrat untuk melonjakkan pendidikan di Malaysia ke satu tahap yang setara dengan tahap antarabangsa. Baik dari sudut guru, kemudahan pendidikan, pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar mahupun kemahiran berfikir. Semuanya diletakkan kayu ukur yang menepati piawaian antarabangsa. TIMS dan PISA yang merupakan satu rujukan yang penting bagi menilai kedudukan negara dalam pembelajaran sains dan matematik turut menjadi perhatian dalam PPPM ini.
Ia sekali lagi merupakan satu ujian terhadap kemampuan kognitif pelajar. Sudah sampai masanya kita mencirikan pembelajaran sains dan matematik berakar umbi kepada masyarakat kita. Sains umpamanya perlu diajar seiring dengan nilai-nilai kehidupan dan kemanusiaan. Ia adalah satu bidang ilmu yang meliputi cakupan pancaindera dan bermatlamatkan untuk mengenali Allah sebagai Pencipta. Ia sarat dengan nilai-nilai yang mengukuhkan keyakinan kepada Allah. Menerusi nilai ini ia akan melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.
Sains dalam dimensi ini tidak mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah tamadun Barat yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam satu krisis kemanusiaan yang parah. Ramai pakar-pakar pendidikan mereka telah mula mengkritik sistem pendidikan mereka sendiri yang gagal memanusiakan manusia. Seperkara yang menarik dalam PPPM ini adalah mengenai pelaku-pelaku pendidikan iaitu golongan guru. Secara jelas dan spesifik martabat guru akan diangkat bermula dari calon guru sehinggalah kepada latihan dan skim perkhidmatan.
Sememangnya ia disambut baik oleh kita semua memandangkan guru merupakan kelompok terpenting dalam mecorakkan masa depan negara menerusi pendidikan. Namun seharusnya hasrat ini melimpah kepada guru-guru di sekolah-sekolah agama yang bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran seperti sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri dan sekolah-sekolah agama persendirian.
Kesan perlaksanaan KSSR dan KSSM terhadap sekolah-sekolah ini amat dirasai. Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membuatkan sekolah-sekolah ini ketinggalan jauh dari sudut profesionalismenya. Kekurangan guru yang terlatih dalam bidang-bidang seperti pendidikan jasmani, seni, kemahiran hidup dan sebagainya amat ketara sekali. Jika diteliti pula dari aspek kokurikulum juga masih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Seharusnya wujud satu kaedah untuk membantu sekolah jenis ini bagi menghadapi perubahan sistem pendidikan yang semakin kompleks.
Persoalan-persoalan yang timbul semenjak Laporan Razak perlu diselesaikan segera. Jika dahulu kita berhadapan dengan sekolah-sekolah vernekular, kini kita berhadapan pula dengan sekolah antarabangsa yang semakin subur dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Ia secara terang memberikan pilihan untuk rakyat keluar dari sistem pendidikan arus perdana jika tidak ditangani dengan berhati-hati.
Persoalan pendidikan menggamit perhatian banyak pihak. Ia melibatkan masa depan kita, masa depan negara dan yang lebih penting adalah masa depan kita di hadapan-Nya nanti.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)