Isnin, September 22, 2008
Dasar bahasa Inggeris dalam Matematik
Menolak usaha meneruskan perlaksanaan dasar PPSMI di peringkat sekolah hingga IPT pada 12 September 2008 yang lalu.
Sebenarnya, memang jelas fakta yang dikeluarkan dalam kenyataan ini. Saya, sebagai cikgu MAtematik, bersetuju sekali dengan fakta yang dinyatakan ini. Kesian rasanya mengajar anak-anak muda ini - lebih banyak tak faham daripada fahamnya... Tu pakai bahasa Melayu. Belum Bahasa Inggeris lagi...
Kelas yang depan, macam 5Sc1, atau 5Sc2, ok lagi... diorang ni, ajar pakai bahasa German pun, rasanya takder masalah. TEringat masa kursus latihan perguruan di Maktab dulu, Pensyarah kami, Dr Lam Kah Key menunjukkan satu eksperimen bagaimana sekumpulan pelajar yang tidak pernah belajar bahasa Jepun, mampu mempelajari subjek Matematik dengan baik walaupun diajar dalam bahasa Jepun. Syaratnya, cikgu itu menggunakan banyak multimedia seperti Video dan gerak badan yang menarik. LAgipun, simbol matematik adalah sama (common symbol) di serata dunia. Budaknya pun kelas atas.
Sudah tentu berbeza dengan kumpulan pelajar sederhana dan lemah. Menggunakan bahasa ibunda mereka pun, belum tentu lagi mereka faham. Tahu pun tidak, agaknya... Akhirnya, bukan sahaja gagal menguasai Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu semakin hilang penggunaannya, Sains dan Matematik pula semakin ketinggalan jauh kebelakang.
INGAT, tak ada siapa yang menolak kepentingan Bahasa Inggeris. Cuma, apa lah kena mengena Matematik dalam bahasa Inggeris pulak? Sakit kaki, balut tangannya. Mana nak sihat? Kesian negaraku ini.... kesian generasi ku ini... kesian....
Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan, buatlah kursus khusus di IPT sebelum bergraduan. Bukannya menyusahkan kaedah untuk mendapat ilmu Matematik itu sendiri. Berikut adalah cadangan saya untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris para graduan:
1) ADakan kursus B-Inggeris di IPT. Mantapkan lagi kursus sedia ada. MAcam di UIAM, kami kena melepasi ujian EPT English Placement Test (Reading-writing-Speaking-Listening) selama 3 bulan ke 6 bulan. Tak lepas ni, tak boleh ambil subjek Core. hasilnya, saya yang bengap B.Inggeris di sekolah, Alhamdulillah, kira ok la jugak speaking selepas itu. (Actually, far better than before. Compare to my colleage at other IPT) - ini secara langsung, tidak mengganggu kemahiran matematik, dan sains saya di sekolah dulu-dulu. JAdi, di IPT, ambil masa sedikit sahaja untuk tukar medium of language masa belajar Engineering in english.
2) Menambah waktu pembelajaran B.Inggeris di sekolah. Subjek teras dikurangkan, dan secara langsung, dapat memberi fokus kepada mana-mana kemahiran yang mana kerajaan perlukan. Ini boleh dilakukan secara berkala. Contohnya, macam 5 tahun punya batch, ada kemahiran Matematik, BM, BI, Agama, Sains. 5 tahun seterusnya punya batch, batch yang ada kemahiran Matematik, BM, BI, Sejarah, Agama. Macam tu laa.... Agak EKSTRIM juga cadangan ini. Tapi, kan lebih berfokus. Nanti, kat habis sekoalh menengah, masuk Universiti, pandai la diorang pilih kursus yang sesuai dengan minat diorang.
Ini sahaja cadangan brains storm untuk kali ini... nanti tambah lagi... pointnya, masyarakat kena sedar, apa kemahiran teras yang harus ada... Paling penting, mesti FOKUS!!!!! sekarang? tadak fokus!!!
Ahad, September 21, 2008
Mencari ilham penulisan
Maka, saya melayari segala blog dan web yang ada dalam dunia cyber itu yang jumlahnya arakian banyaknya. Yes, memang ada terjumpa serba sedikit tajuk yang mungkin sesuai untuk persadapepias, dan mungkin juga sesuai untuk imayu05... tapi, masih tidak mencukupi... Masih tidak memuaskan hati saya. Seperti ada sesuatu batasan yang menjadi sempadan gaya penulisan saya. Mujurlah, setiap hari sememangnya saya akan melayari internet untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan semasa.
Kaedah paling mudah untuk masukkan entry, adalah dengan copy (salin) daripada mana-mana artikel yang menarik, dan paste (tampal) pada blog kita, dengan syarat meletakkan sumber artikel tersebut sebagai pemilik artikel. Itu adalah etika dalam penulisan jurnal dan kewartawanan dan juga mana-mana bidang keilmuan. Kalau tak, dipanggil plagiat. Masalahnya, kalau dijadikan tabiat, bimbang nanti akan kehilangan daya kreativiti menulis sendiri. Sekali-sekala, ok la... sebagai artikel jemputan.
Entry tidak semestinya bersifat artikel, memadai dengan sekeping gambar, audio, atau video yang juga tidak kurang hebat tarikannya. Yang ini, memerlukan bandwith yang agak tinggi dan itu adalah yang saya tidak ada. (di kawasan sekolah, kena berkongsi line yang sama. Jadi, traffik jadi sibuk). Saya ada koleksi video yang menarik, tapi tidak pula mampu untuk diupload. Jadi, kaedah ini tidak boleh digunakan. Kapush...
Satu hari, bila balik dari satu program yang memenatkan, (Kem Remaja Raikan Ramadhan, SUrau RAudhatul Muttaqin) saya online komputer, akhirnya, saya sedar satu perkara penting dalam blogging. Hey! apa asas kepada blogging? Kenapa wujudnya blog ini? DAn atas pemahaman kepada persoalan asas itu, maka, saya meneruskan sahaja agenda penting itu.
Dalam tidak sedar, saya sudah menulis lebih daripada 5 perenggan. Dan ini adalah cara saya mencari dan mencatit ilham dalam penulisan.
Khamis, September 18, 2008
Seven Common Signs of Lying
2. Change in voice. A change in the pitch of a person's tone, or a lot of stammering (umm, ah), or throat clearing could indicate a lie.
3. Unusual body language. If a person taps their foot a lot, fidgets with their hands, raises their shoulders, turns away from you or brings their hand to their face (to touch their chin or nose, etc.) -- in other words, if they act nervous or uncomfortable -- it could mean they're telling a lie. Also watch out for blushing (or becoming pale) and increased blinking.
4. Something sounds fishy. Making statements that contradict each other, are inconsistent or don't sound quite right are usually part of a lie.
5. Overly defensive. Sometimes when a person is lying they will become extremely defensive, refusing to answer any questions and even accusing you of lying. This may mean they have something to hide.
6. Changes subject easily. If someone is lying and you change the subject, chances are high that they'll go right along with it. A person telling the truth, however, will likely ask why you changed the subject and want to go back to it.
7. Humor or sarcasm. A guilty person will often try to change the subject using humor or sarcasm.
well, now you know how i know u r lying?
try me!
Bangkit itu...
(Deddy Mizwar)
Bangkit itu… susah...
Susah melihat orang lain susah
Senang melihat orang lain senang
Bangkit itu... takut...
Takut korupsi
Takut makan yang bukan haknya
Bangkit itu... mencuri...
Mencuri perhatian dunia dengan prestasi
Bangkit itu... marah...
Marah bila martabat agama dilecetkan
Bangkit itu... malu...
Malu jadi benalu
Malu kerana minta melulu
Bangkit itu.. tidak ada...
Tidak ada kata menyerah
Tidak ada kata putus asa
Bangkit itu... Aku
Untuk Malaysiaku...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah Imayu :
Sajak ini cukup baik untuk diamati oleh semua. Cuma, saya menukar beberapa perkataan yang saya rasa lebih utama untuk ditegaskan dan kesesuaian setempat. Semua maklum, Indonesia punya pembudayaan bahasa nusantara yang cukup kaya dan penuh kesenian (berbanding Malaysia). Alangkah indah jika anak muda hari ini mampu menilai yang mana seni, yang mana sampah. Yang paling penting, mengambil iktibar dan bangkitlah!
(Masih menunggu iklan Merdeka / Malaysia yang menyentuh hati sebegini... Untuk rekod, Sajak A Samad Said pernah sekali ditayangkan... Cuma, kesan pada saya tidak seperti ini...)
(sepatutnya ada video yang boleh diuploadkan.. but, it seems ada problem sikit... Well, just google Deddy Mizwar...)
Deddy Mizwar! This is masterpiece.
Selasa, September 16, 2008
Perubahan
1)Mungkin mereka sudah merasa tidak perlu lagi peningkatan. Sekarang ni pun sudah boleh survive. Mereka lupa bahawa survive adalah tidak mencukupi. YAng penting, adalah kehidupan (live) - (tengok wayang kartun Wall-E)
2)Mungkin juga mereka merasakan susah untuk berubah dan melakukan peningkatan itu. Mereka akan berhadapan dengan segala kemungkinan. Silap-silap, perubahan itu akan menjadikan keadaan mereka lebih teruk. Ini suatu risiko yang amat merbahaya dan tidak sanggup dilepaskan. Harganya terlalu tinggi - Kalau begini kisahnya, mereka lupa bahawa manusia memang harus berhadapan dengan risiko sehari-hari dengan membuat keputusan dalam kehidupan harian. Ini adalah rutin hari-hari. Tambahan pula, bukan kah khalifah yang dilantik Allah taala dan memerlukan kita mentadbir dengan bijaksana dan mengambil keputusan dalam hidup? Malah dari dalam rahim ibu pun kita telah bersaing untuk menjadi yang terbaik. Dah besar panjang macam ni, dah lupakan semua tu.
3)Mungkin mereka merasakan ada masa lagi - yang ini, kategori yang sedar tentang perubahan yang dimaksudkan, tetapi tidak pula meletakkannya dalam senarai kepentingan yang tertinggi. Penting? "penting.... tapi nombor 18. Eh tak...nombor 80.. Ada perkara lain yang belum selesai" kata mereka ini... Dengan kata lain, kita tangguhkan dulu proses perubahan yang ada, sehingga ke tarikh yang belum pasti... "tengok dulu lah, ye" kata mereka ini lagi. Kadang-kadang, kalau berdepan dengan keadaan ini, entah apa yang hendak ditengok-tengokkan... RAsanya, ini akan menjadi alasan manis-manis mulut sahaja.
4) Mengharapkan orang lain yang berubah dulu – Kategori ini, mungkin menyokong ketegori yang di atas tadi. Kan lebih mudah melihat testimoni atau resume orang lain, baru percaya. Kepercayaan untuk melakukan sesuatu yang baru memerlukan bukti kukuh yang boleh dilihat, dirasa, dipegang, dibau, dibuat dan lain-lain lagi untuk mendapatkan keyakinan. Mungkin ada benarnya juga... mungkin juga tidak... Eleh... ni pun kata-kata orang yang tidak punya keyakinan. Biasanya, kalau dah tengok pun, dan terbukti pun testimoni orang lain, alasan lain adalah kita tengok orang lain pulak. “Dia boleh lah... dia tu... bla...bla...bla....”Ini mungkin kita akan dengar.
Kata Dr Tuah Iskandar... soalnya Nak Ke Tak Nak?
Tepuk dada, tanya Ilmu, Iman dan TaqwA. yANG ni, saya kata.
Isnin, September 15, 2008
Salam Ramadhan
DAlam ayat dalil yang menyuruh kita berpuasa, ' wahai orang beriman, berpuasalah kamu sebagaimana yang diturunkan kepada orang yang terdahulu. MOGA-MOGA kamu akan beroleh taqwa' Ayat ini seringkali diulang-ulang baca oleh penceramah2, ustaz2, untuk mengingatkan kita untuk berpuasa. Yang penting dalam ayat di atas, adalah yang hujung tuu... Perkataan atau terma 'MOGA-MOGA' membawa implikasi yang berbentuk ujian daripada Allah taala kepada kita semua, hambaNya.
Sejauh mana puasa kita mendapat ganjaran Taqwa? Ulamak memecahkan puasa ini kepada 3 jenis. 1)puasa umum, 2)Puasa Khusus, 3)Puasa Khusus Al-Khusus.
Puasa umum - kategori puasa kanak-kanak. Maknanya, sekadar menahan dari makan dan minum. DAh... tu jer.. ni ramai sangat umat sekarang amalkan. bukansahaja budak-budak sekolah, mak-bapak budak pun ramai macam ni.. Puasa ok. Tapi, solat tinggal, amalan harian sama jer macam bulan2 lain. ibadah umum pun sama jer. Ibadah Sunnah pun, macam tak der penambahan pun... Macam kanak-kanak la.. (Tengok Upin dan Ipin).
Puasa Khusus - Kategori sekolah menengah. Kira macam higher level la ni.. Lain ustaz, lain pulak penerangannya. tapi, pokoknya, dalam kategori ni, amalan sunnah bertambah... amalan wajib tak payah cerita la.. memang tak der masalah... untuk katergori ni, bukan sahaja perut berpuasa (tahan daripada makan dan minum), semua anggota juga berpuasa... mata, kaki, telinga, tangan, dan lain-lain... Nampak perbezaan yang ketara dalam amalan harian. Menjadi dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. ADa ulamak menyatakan bahawa ni yang sepatutnya pada semua Muslim.
Puasa Khusus Al-Khusu - Puasa tahap ijazah PHD. Kira macam the most highest level of all.. sesetengah ulamak manyatakan bahawa golongan puasa ini adalah puasa para nabi, sahabat dan tabi'in.Kira macam tak tercapai akal kita la.. susah jugak ni... taraf tertinggi, kita, manusia kebanyakkan ni.. kene kerja extra-extra-extra hard untuk sampai tahap ni.. Ada ulamak pula kata, boleh sebenarnya.. atas level dan kapasiti seorang yang bertaubat nasuha...
................................................................................
KEsimpulannya, untuk mendapat Taqwa Allah, amalan puasa haruslah diiringi dengan kerja keras untuk tarbiyah diri dengan kebijaksanaan dan kesungguhan serta ikhlas kepada Allah sebagai hambaNya. MOGA-MOGA, kita semua mendapat taqwa Allah. InsyaAllah..
Selamat menambah amalan RAmadhan...
Jumaat, September 12, 2008
Projek blog Panitia-panitia SMKTPG bermula
ok... takder masalah pun sebenarnya... cuma, ini first time juga untuk buat projek rasmi. kalau nak main-main, sekadar nak cuba-cuba, paling kurang, tahu perkembangan semasa... ni dah biasa...
so, saya mulakan dengan perancangan dan draft kerja untuk pelaksanaan nanti. Okey... ni jalan kerja / check list yang kena ada:-
1) Senaraikan apa links yang nak dibuat.
2) Dapatkan soft copy segala details isi.
3) dapatkan domain yang sesuai n layout untuk main page panitia. (matematiksmktpg.blogspot.com)
4) siapkan site link yang boleh : macam mana kaedah untuk susun layout keseluruhan.
5) unsure blog -user friendly -knowledge based and -got attachment factor
6) Let others review and retreat (especially students) -for improvements
7) report back to Standing Commitee..
rasanya, nak buat yang ni dulu.... step terbesar, adalah pada 3-4 step yang pertama. Contoh yang pada suluhpenghidupan.blogspot.com, rasanya bukan contoh yang terbaik yang boleh direfer... ada banyak lagi yang boleh ditambah baik... (I personally think).. contoh lain-lain sekolah yang power, diorang pakai web domain... that's goin to cost a lot and new a lot of skills. Well, nanti, kene google lagi laa ni... cari great examples... Rupanya, takder laa bagus sangat sekolah2 lain kat malaysia ni... Well, this is our chances to be the best and beat the rest.... hehehe...
ok... teruskan usaha... sememangnya, perjalanan 1000 batu itu, akan bermula dengan langkah pertama ini!
Selamat berjuang...
Khamis, September 11, 2008
Pembestarian Sekolah
Tanggal 10/9/2008, SMKTPG – Mesyuarat gerak kerja pembestarian sekolah diadakan bagi memenuhi hasrat ke arah sekolah bestari. Cikgu Ruzi (mohdruzi.blogspot.com), selaku setiausaha jawatankuasa ini telah memberi ulasan tentang projek ini. Diringkaskan, terdapat beberapa aktiviti dan projek yang perlu dilaksanakan seperti:
1. Penyediaan blog bagi setiap panitia untuk di ‘link’ kan pada web sekolah. Contoh yang diberikan adalah seperti SMKTelok Datok, Banting yang telah mempunyai blog sekolah dan segala blog berkenaan sekolah tersebut.
2. Kursus dalaman harus diadakan bagi meningkatkan tahap kualiti pengetahuan cikgu-cikgu tentang penjagaan (maintainance) dan kepenggunaan (application) TMK dalam PnP di sekolah. Kursus yang dicadangkan adalah:
a. Penyediaan Blog (Web Log)
b. Video editing, untuk diintegrasikan dalam persembahan Power point.
c. Penyediaan ‘Teaching Courseware’
Selain itu, cadangan-cadangan ini juga SAYA rasakan, harus dipanjangkan kepada pihak pentadbir memandangkan internet juga adalah satu medium yang sangat penting dalam melestarikan sistem bestari di sekolah. Maka, pelan jangka panjang haru diukur dan rencanakan untuk tujuan itu. Antaranya:
- Menyediakan pelan untuk memberi akses WiFi ‘wireless internet’ , ke seluruh kawasan sekolah. Ini boleh dilakukan secara berperingkat berdasarkan pada bajet yang ada dan kepentingan.
- Menyediakan dan memberi ruang yang lebih luas dari yang ada sekarang kepada pelajar dalam menggunakan kemudahan printer, scanner, dan copier di Pusat sumber sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah.
- Menyediakan ruang bilik multimedia yang khusus untuk tujuan tayangan atau pembentangan sesuatu projek seperti bilik kuliyah di universiti-universiti. Keadaan bilik pula haruslah ‘kondusif’ dan bersifat ekslusif.
- Menggalakkan guru dan pelajar untuk mempunyai laman blog peribadi, serta alamat e-mail sendiri untuk tujuan mengenali dan mendekati jiwa para pelajar, dan seterusnya berkongsi pengalaman kehidupan.
- Menjadikan blog guru atau blog panitia sebagai ruangan untuk memberikan kerja rumah kepada pelajar di sekolah, seterusnya menggalakkan pelajar menggunakan internet dengan berguna dan bijaksana. Setakat hari ini, hanya 3-4 orang sahaja yang ada daripada 130 orang guru. (3/130 = fail)
- Menggalakkan pelajar membawa dan menggunakan ‘lap top’ peribadi, untuk menulis dan mencatat nota, melakukan kerja rumah serta mencari bahan pembelajaran secara online.
- Memperbanyakkan plug point di kawasan kawasan sekolah yang terpilih untuk menggalakkan pelajar dan guru menggunakan komputer peribadi atau lap top.
Fikrah Imayu –
- Memangla nampak macam tak praktikal nak buat semua ni... sekolah berasrama penuh (SBP) pun tak macam ni... Sebab itu, rancangan jangka panjang perlu diletak dan disusun. Kita berjalan kena ke depan...baru maju... Kalau tak bergerak, memang la tak maju-maju! (Kata nak jadi power macam SBP). Dalam kes kita ni, rasanya kena berlari!
- Banyak perkara sisipan perlu diselesaikan dan diteliti terlebih dahulu. Kalau perkara-perkara ini tidak jelas, susah juga nak bergerak. Antaranya adalah:
- tahap pengetahuan cikgu
- tahap keselamatan dalam kawasan sekolah, dan
- tahap keterbukaan dalam penggunaan TMK, terutamanya internet.
- Terdapat juga perkara yang bukan dalam bidang kuasa pengetua, sebagai ketua pentadbir sekolah. Kalau difikirkan rasional dan penting, panjang-panjangkan lah kepada yang lebih di atas!
- .... And.... tulis (cakap) memang mudah dan boleh nampak ideal... cuba buat, tengok! – nobody says it easy. Tak da sapa cakap mudah... nak berjaya, memang la keja kerja keras. NI Plan jangka panjang ni... paling kurang 5 tahun!
- Apa Yang Penting? Kerjasama.... (Wonder Pets)
Selasa, September 09, 2008
Peperiksaan Percubaan SPM 2008
Hari SPM adalah pada November 12, 2008. Maknanya, dalam lebih kurang 60 hari. Anak-anak ini pada hari ini memulakan peperiksaan Percubaannya. Nampak macam yakin jer sorang-sorang. iyer laa tu... "nak bagi konfiden je cikgu..." jawab diorang...
Bila diberi kertas soalan, perghh... nampak tekun jer masing-masing... Sebagai bapak mereka ni, terasa jugak terharunya bila masing-masing fokus untuk jawab soalan tu. Kalau tak, sebelum ni, dalam kelas, hmm... main-main jer... bising jer tak habis-habis.... Bila snap kamera, (padahal mana boleh snap gambar dalam dewan peperiksaan), buat surprise kat diorang ni.
"Nanti, awak semua boleh tengok muka masing-masing dalam blog saya" kata cikgu ni...
Yang dah mula perasan, sengih-sengih tengok kamera... Cikgu ni ambil gambar laa pulak.. segan laa.. Yang tak segan-segan, layan laa.... soalan dah la susah.. "ape la jadah soalan ni..." merungut dalam hati jer laa ye... Kertas B.Inggeris yang kamu ambil ni, penting... Semalam, kertas B.Malaysia.. Dua-dua kertas inilah yang akan dilihat dulu oleh mana-mana agensi atau institut pengajian tinggi masa nak apply nanti. Score dua kertas ini dahulu, then ditambah dengan mana-mana 3 lagi kertas yang lain. Cikgu cadangkan- MAtematik + lain2 + lain2.
Cuba pakej ni :
1) Matematik + Pendidikan Agama Islam + P.Perakaunan
2) Matematik + B.Cina / B.Tamil + Sejarah
3) MAtematik + B.Cina /B.TAmil + P.Perakaunan
4) Matematik + Mate Tambahan + P.PErakauanan (kalau berani laa-Confirm pegi jauh!!)
5 A's dah power dah.... ni, kategori luar bandar laa... thank God juga, walau kita di Telok Panglima Garang, pembangunan macam dah bandar, masih diletak dalam kategori Luar bandar... Maknanya, 5 A's untuk budak-budak luar bandar macam kamu ni, kira bagus sangat. Kalau lebih, lagi la bagus. Kata orang, bagus giller!
Teruskan perjuangan. cikgu doakan trial paper ni akan menjadikan kamu semua lebih bersemangat untuk terus score pada peperiksaan SPM yang sebenar. Perjuangan kita harus diteruskan walau apa cabaran dan dugaan dihadapan. Asalkan kita berusaha, berusaha, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.... selebihnya, kita serahkan kembali kepada Yang Maha Kuasa.
Selamat menjawab!
Isnin, September 08, 2008
Kisah masa dulu, kini dan akan datang
kisah hidup setiap orang adalah suatu yang sangat berharga, kerana setiap waktu itu adalah dicatat Malaikat kiri dan kanan. Maka, dosa pahala akan terus berjalan setiap detik, selagi nyawa dikandung badan. Sebenarnya, ini termasuklah apa yang difikirkan (akal), dan dirasakan (emosi / jiwa). Pengalaman bukan berdasarkan faktor usia, tetapi adalah sejauh mana kita berjumpa dan berhadapan dengan manusia yang lain. BArangkali, benar kata orang-orang tua, kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak.
Saya yang berkerjaya cikgu sekolah menengah juga sering kali membawa kata-kata ini sebagai bekalan. Cikgu harus punya ilmu yang jauh lebih tinggi daripada anak-anak muridnya. Dan, sering kali berlaku juga, terdapat anak-anak murid yang mahir dalam banyak perkara, lebih dari cikgu. Perasaan apakah yang timbul, apabila murid bertanya kepada cikgu, dan cikgu menganga tidak mampu menjawabnya? Biasanya, cikgu akan melakukan 'escapisme' dengan menangguhkan soalan tersebut. Jarang juga melihat cikgu bertanyakan kepada seorang-dua anak murid yang memang mahir dalam subjek-subjek tertentu, apa lagi kalau itu subjek yang cikgu tersebut ajar. Si murid, biasanya, segan alah untuk tunjuk power... Bimbang cikgu malu.. barangkali...
Bersikap terbuka dan sentiasa memajukan diri adalah kata kuncinya di sini. Kita semua mahukan penyelesaian masalah segera. Buat apa ditangguh-tangguh. Kalau boleh sesiapa sahaja dapat membantu, ini akan menjadikan kepala tidak kusut masai, ditambah lagi dengan kerja cikgu yang berlambak dengan kerja-kerja keranian yang tidak sudah-sudah selesai. Lupakan soal maruah seketika... Rasanya, anak murid lebih memandang tinggi dengan guru yang boleh menerima dan terbuka sifatnya.
Saya mengkategorikan diri dalam cikgu muda... dengan berlatar-belakang kepersatuanan yang cukup panjang dari zaman persekolahan dahulu sehinggalah hari ini, dan barangkali sampai akhir hayat; biasanya mempunyai pandangan yang agak sedikit mencapah dalam konteks guru dan keguruan. Biasanya, kalau diajak berbincang dengan guru-guru lain yang agak dalam kategori cikgu lama... hujahnya berbeza. Biasanya panas, dan tidak sealiran... seperti 'school of thought' yang jauh berbeza. (Mungkin perasaan saya sahaja)
Nah, blog ini sebagai satu contoh lagi, betapa masih tidak ramai cikgu yang punya blog sendiri. Malah, saya sendiri belajar daripada seorang anak murid saya. Benar kata orang bijak pandai.. Ini masa mereka. Masa muda mereka berbeza dengan masa muda kita dahulu... Masa muda saya, sudah tentu berbeza dengan masa muda cikgu saya dahulu... 10 tahun akan datang, agaknya, anak murid saya sudah berjaya menjadi cikgu, dan ditakdirkan mengajar sama dalam satu sekolah, bagaimana agaknya aliran saya dengan beliau nanti? (aahh... mungkin perasaan saya sahaja)