Selasa, Ogos 23, 2011

Socotra Island

Socotra Island
Socotra is a small Yemeni archipelago of four islands and islets in the Indian Ocean off the coast of the Horn of Africa, about 350 kilometers south of the Arabian peninsula.
Socotra is one of the most isolated landforms on Earth of continental origin.
The archipelago features narrow coastal plains, a limestone plateau with caves, and mountains which rise to 1,525 meters above sea level.
Like the Galapagos Islands, this island is teeming with 700 extremely rare species of flora and fauna, a full 1/3 of which are endemic, i.e. found nowhere else on Earth.




Socotra is home to more than 800 species of plants, some 240 of which are endemic to the island, and there are certainly many more plant species that have yet to be discovered. The climate is harsh, hot and dry, and yet - the most amazing plant life thrives there.



A Dragon’s Blood Tree (Dracaena cinnabari) is seen in front of the Skund mountains on the island of Socotra, Yemen. The tree is so named because any injury to the bark results in a deep red liquid excreting from the scar – compared in the past to the “Blood of Dragons”.



The branches spread out into the sky and from below appear to hover over the landscape like so many flying saucers… and from above they have a distinct mushroom look.


There is also the Desert Rose (adenium obesium) which looks like nothing so much as a blooming elephant leg.
A Socotran Fig Tree (Dorstenia gigas) with a bizare swollen trunk that almost has human proportions grows against a limestone rock face on the island of Socotra. The plants are one of over 300 plant species endemic to the island.

Kenyataan Rasmi WAP : Isu Gereja DUMC-HK



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berasa terpanggil untuk memberi penegasan pendirian terhadap polemik antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Harapan Komuniti (HK) dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC).

Sejak polemik pemeriksaan JAIS ke atas majlis ‘Thanksgiving’ pada 3 Ogos 2011, pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang berbeza. Dalam menanggapi kenyataan dan pendirian ini, WADAH-ABIM-PKPIM menilai ia lebih bersikap melulu dan tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.

Kami merujuk kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh seperti Reverend Thomas Philips, Ketua Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Pastor Daniel Ho, yang  membina persepsi  umum kononnya kekerasan telah digunakan oleh JAIS dalam pemeriksaan yang diadakan ke atas Harapan Komuniti (HK) serta Damansara Utama Methodist Church (DUMC). Kami juga ingin melahirkan rasa kesal dengan sikap membisu pihak penganjur iaitu HK serta ingin mempersoalkan motif HK untuk membiarkan pihak gereja menjawab segala persoalan dari awal. Sebagai organisasi yang mendakwa  dianggotai oleh ahli-ahli pelbagai agama dan lapisan masyarakat, HK seharusnya memahami konteks sosial masyarakat Malaysia di mana kita hidup saling hormat-menghormati.

Pihak kami ingin melahirkan rasa kesal apabila HK secara langsung tidak mengormati sensitiviti umat Islam dengan menyanyikan dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Melayu iaitu - “Allahu Akhbar” dan “Allhamdulillah” dan tentang sebuah kuiz yang mencetuskan persoalan-persoalan berikut; Adakah soalan-soalan dalam kuiz tersebut ditujukan untuk semua peserta? Atau ia khusus untuk 15 atau lebih peserta Islam yang hadir?

Sepanjang polemik ini berlaku, pihak JAIS telah memberikan kerjasama serta penjelasan yang sewajarnya berhubung dengan beberapa isu yang diketengahkan. Pihak kami telah mendapat penerangan dan penjelasan daripada pihak JAIS. Meskipun begitu, usaha kami untuk mengadakan dialog  dengan DUMC dan penganjur telah menemui jalan buntu sekaligus menghalang kami untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung dengan isu ini.

Ini selari dengan pendirian kami yang menggalakkan dialog secara sihat serta tertutup tanpa perlu digembar-gemburkan menerusi saluran media. Mengambi kesempatan ini, ABIM-WADAH-PKPIM ingin menzahirkan penghargaan kami terhadap keprihatinan sesetengah kelompok gereja serta sebahagian besar masyarakat Kristian yang menghormati sensitiviti umat Islam serta kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini. Bahkan, pihak kami juga sering berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka di samping bekerjasama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan  dan menggalakkan dialog antara agama.

Sebagai penegasan dan teguran, kami merasa amat kesal dengan keengganan  pihak DUMC dan HK untuk menggunakan saluran dialog menyelesaikan kemelut ini. Kami juga ingin mengetengahkan peringatan tegas agar sebarang aktiviti serupa yang meragukan sepertimana membabitkan HK dan DUMC tidak diulangi lagi.

Sepanjang pemerhatian kami ketika polemik ini, kami memandang berat terhadap tindakan segelintir ahli politik yang seakan menjadikan insiden ini sebagai batu loncatan mencetuskan polemik politik yang tidak menyenangkan . Pihak kami juga ingin melahirkan kekesalan terhadap tindakan NGO-NGO tertentu yang seakan merelakan diri mereka diperkudakan untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu, dengan memanipulasi keprihatinan serta kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini mengenai beberapa isu yang menyentuh secara langsung sensitiviti serta kepentingan mereka.

Berkenaan polemik JAIS-DUMC-HK, kami menyokong tindakan JAIS membuat pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa wujud usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak yang berkenaan. Mengambil iktibar dari kemelut ini, kami menyeru agar masyarakat tidak mudah tertipu dan sentiasa bersikap objektif dan mengambil pendekatan dialog dalam menyelesaikan isu berkaitan ini. Kami juga berharap agar pihak institusi agama di setiap negeri mempergiatkan aktviti dakwah dan mendekati golongan sasar yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Selasa, Ogos 09, 2011

Selamat berpuasa


Selamat berpuasa.

Puasa itu menahan lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya fajar berserta niat. Sementara kategori puasa terbahagi kepada puasa awam, puasa khusus, dan puasa khusus yg khusus. Hamba Allah terbaik adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk mencapai kategori puasa pada tahap yang terbaik, dan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. dan yang penting, tugas-tugas kekhalifahan diteruskan. Jika tidak, dalam bulan puasa ini juga kita akan tergolong dalam orang yang membuang masa. Bukankah syarat bagi orang yang memelihara masa mereka adalah orang beriman, beramal soleh, dan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Inilah tugas khalifah Allah yang tidak kunjung sudah sehingga akhir hayat kita. 



Ahad, Ogos 07, 2011

KENYATAAN AKHBAR - ISU PEMERIKSAAN JAIS TERHADAP GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA


ISU PEMERIKSAAN JAIS TERHADAP GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA : ABIM SELANGOR MENGGESA SEMUA PIHAK BERTENANG.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Negeri Selangor memandang serius berita tentang pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama baru-baru ini.
Pemeriksaan tersebut dimaklumkan oleh pihak berkuasa hasil daripada laporan terdapatnya unsur-unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan dalam artikel 11 (4). Dalam laporan awal yang dikeluarkan pihak JAIS terdapat beberapa individu muslim menyertai majlis  tersebut dan ia melanggar Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. 
Justeru, Pihak ABIM Selangor menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan melulu dan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak. ABIM menggesa semua pihak sewajibnya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran di atas peristiwa yang telah berlaku.
ABIM Selangor merasakan bahawa inilah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warga Malaysia dalam mana-mana pertikaian yang wujud. Mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal-hal yang sangat rapuh seperti ini amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup dalam kepelbagaian masyarakat. 
Setiap institusi penguatkuasa yang wujud perlu dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukan berlandaskan undang-undang. ABIM Selangorjuga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang. Justeru, sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini. 
Pihak ABIM Selangor juga kesal laporan akhbar yang membangkitkan kembali isu-isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil Bahasa Melayu yang mana ianya seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang telah kita nikmati selama ini.
ABIM Selangor juga percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada maka sebarang masalah mampu diatasi  dan keharmonian hidup beragama yang dinikmati selama ini dipertahankan. 
KHAIRUDIN BIN ABAS
Yang Dipertua
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Cawangan Negeri Selangor Darul Ehsan

Selasa, Ogos 02, 2011

Menetapkan contoh






1) Apa yang berlaku disekeliling anak-anak, murid-murid adalah daripada sekeliling mereka. Apa yang mereka lihat, apa yang mereka dengar, dan apa yang mereka rasakan dan simpulkan daripada itu semua, akan menjadikan mereka siapa pada masa hadapan.

2) Pendidik bukan sahaja pada guru di sekolah, ibu-bapa juga adalah pendidik pertama di rumah, dan pada seluruh kehidupan kanak-kanak. Apabila mereka membesar, persekitaran mereka juga akan menambah dengan rakan sebaya yang berpengaruh akan memberi contoh popular kepada mereka. Biasanya, yang popular itu, sering tidak yang sepatutnya. itu yang menjadi masalah!

Selasa, Julai 26, 2011

Isnin, Julai 25, 2011

Kisah Syaitan dan sahabat manusia

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang sangat layak menjadi sahabatku..! "

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, "Hampir pasti, inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya tanpa mempedulikan waktu solat, tiba-tiba, syaitan mulai terdiam...... .

Kemudian ketika datang waktu maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan menjadi sangat panik.

Ia rupanya tidak mampu untuk menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya,"Kenapa engkau memungkiri janji. Bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".
"Aku takut! Aku sangat takut!", jawab syaitan dengan suara gementar.

"Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintahNya, iaitu ketika menolak apabila disuruh sujud kepada Adam, maka Allah telah melaknatinya sehingga akhir zaman; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil pergi.








(Sumber : facebook kawan-kawan)




------------------------------::::::::::::::::::::::::::::::::::::------------------------------

Fikrah:

Ada berani?



Sabtu, Julai 02, 2011

We can make a Difference





Just brilliant!


"All that's necessary for the forces of evil to win in the world is for enough good men to do nothing." Edmund Burke.

Khamis, Jun 23, 2011

BPK Teras Pendidikan


BPK teras pendidikan
Putra-putri negara
Tegak megah berdiri indah
Di persada putrajaya

Padamu harapan bangsa
Mencapai cita-cita
Gemblengkan tenaga
Tugas diutama
Itu bakti mulia

Dalam bidang sukan dan kebajikan
Kami berpadu tenaga
Hidup berbakti pada agama, bangsa dan negara

Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Marilah bersama kita berusaha
Bina negara jaya

Rabu, Jun 22, 2011

jiwa orang muda

Jiwa orang muda sentiasa membawa kepada tindakan yang diluar dugaan. Tindakan yang belum tentu membawa kepada kebaikan, dan begitu juga belum tentu membawa kepada kemusnahan. Tindakan luar duga ini mungkin kerana kenaifan, atau sebenarnya mereka tahu lalu bersedia untuk menerima risiko. Agresifnya orang muda adalah penting untuk kematangan dan kemajuan. Saya menggunakan istilah kematangan, bukan kerosakan kerana suatu tindakan akan memungkinkan sebarang hasil sama ada baik atau buruk; kedua-duanya akan membawa kepada kematangan. Berbeza dengan langsung dengan tiada tindakan; pasti akan menghasilkan kejumudan. Mungkin atas dasar ini, suatu tindakan perlu didasari dengan ilmu pengetahuan untuk meminimumkan risiko kerosakan.

Jiwa orang muda walau didasari dengan ilmu pengetahuan, sifatnya yang buas perlu merasai sendiri pengalaman tertentu, memungkinkan kota keilmuan seseorang sering tewas dengan langkah pencak hati dan semangat yang mencakari kota ilmu yang biasanya hebat pada teorinya namun tidak lekat di kepala. Selagi anggota tangan, badan dan kaki tidak merasa pahit-jerih dan keringat menitis ke bumi, maka jiwa itu tidak akan tenang. Maka, lontaran emosi perlu disambut! Benak minda jelas dan segar, menyatakan ‘ikut hati, mati; ikut rasa, binasa’; namun, itulah peperangan dalaman yang sukar digambarkan jika tidak pernah merasai jadi orang muda. Ya, semua orang walaupun sudah melalui usia senja, belum tentu merasai jadi orang muda.

Ertinya, jiwa kecil pada jasad yang senja! Hanya mereka yang melalui pengalaman orang muda akan bisa mematangkan jiwa untuk terus menjadi dewasa. Lantaran, jasad akan menjadi dewasa seiring dengan jiwa.
Inilah masalah umat yang enggan dimatangkan dengan pengalaman yang dijana dan dibina secara sukarela. Kita ini, umat yang mahu dimatangkan oleh keadaan. Maknanya, berubah apabila dipaksa untuk berubah. Tidak mahu berubah apabila dalam keadaan selesa. Walhal, tidaklah selesa manapun.. tertipu dengan keselesaan yang tidak selesa. Kata pepatah, ‘alah bisa tegal biasa’. Kemudian, ditanya mana inovasi kita? Semak semula bila kali terakhir kita berubah?

Tidak pula bermakna ilmu itu tidak perlu. Ilmu itu maha penting untuk membezakan antara orang alim dengan yang jahil. Tidaklah sama kedua-duanya. Kemuliaan seorang manusia ditentukan dengan ilmu yang ada padanya. Ilmu Tuhan sangat luas. Bukan sekadar ilmu akademik semata-mata. Ilmu yang lebih penting, adalah ilmu untuk menambah dekat seseorang dengan Tuhan sebagai hambaNya yang soleh, serta menambah dekat seseorang dengan makhluk Tuhan sebagai khalifah mentadbir bumi dengan adil dan bijaksana. Lantaran itu, memiliki ilmu adalah suatu yang wajib bagi setiap insan, tidak kira agama apa sekalipun. Semakin kita memiliki ilmu, semakin dekat kita dengan kerelaan untuk berubah dan merobah diri dan sekeliling kita menjadi lebih baik dan menghampiri kesempurnaan.

Pra-syarat untuk mempunyai jiwa yang besar adalah jiwa muda yang rela belajar dan diajar, mengikut sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, berlandaskan tradisi yang disanadkan turun temurun melalui ulama yang muktabar. Malahan, segala prinsip kehidupan seharusnya diteladani daripada baginda. Siapa lagi yang mampu menterjemahkan cara hidup Islam yang serba sederhana selain daripada Rasulullah SAW? Maka, jiwa muda Rasulullah SAW perlu diteladani sepenuhnya untuk menjadi matang, berilmu, dan seterusnya menjadi umat yang terbaik di kalangan manusia. Kalau kita percaya di syurga adalah yang terbaik, maka percayalah bahawa jiwa muda adalah jiwa yang terbaik. Bukankah di syurga, semua orang adalah muda-muda belaka? Pasti ada perkara yang maha penting untuk dicari dan digali yang sangat berharga pada jiwa orang muda.

Marilah kita membina, membangunkan dan membesarkan jiwa kita dengan jiwa muda. Selagi jasad masih muda, selagi jiwa masih suci dari noda dan dosa. Raikan sunnah, penuhi semangat hijrah. Depani umat pada barisan paling hadapan. Jihad masa muda sebelum tiba masa tua. InsyaAllah, umat masa depan akan terbina dengan jasad-jasad yang matang yang punya jiwa yang besar. Jiwa orang muda! Mulakan dengan lakukan perubahan. Mulakan sekarang!