Isnin, Oktober 13, 2008

hartanah

DAlam 10 hari raya aidilfitri tahun ini, antara topik yang paling sering kali dibicarakan oleh rakan-rakan dan saudara-mara adalah topik belian hartanah. Masing-masing, menyatakan pentingnya bertindak sekarang untuk membeli hartanah terutama rumah sebelum terlambat. Yang menariknya, dalam 5 kali orang yang sembang pasal beli rumah ini, 2 orang menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, lagi 3 orang, guna pinjaman bank.

Masing-masing memberikan hujahan masing-masing... Memang la rasa ketinggalan pulak bila tidak punya hartanah sendiri. Saya sering tertanya-tanya, boleh kah mereka mengekalkan 'over head' bulanan? Ini yang menjadikan saya belum bertindak membeli sebarang hartanah. Umur; sebaya... kerja; lebih kurang... Maknanya, komitmen bulanan juga adalah lebih kurang ... Kenapa mereka mampu, saya tidak mampu? ataupun, mereka bersedia dengan risiko, dan saya masih berkira-kira...

Nak kata tak mampu, sebenarnya, tak logik juga... Soalnya, ini adalah komitmen jangka panjang dan pelaburan terbesar setakat ini. Saya ada juga melakukan sedikit survey dalam web yang berikut:-

1) i-property; kira housing loan
2) tanah-tanah di Malaysia
3) Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan
4) Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan - Anggaran bayar balik
5) Borang permohonan BPP online

Banyak rupanya kaedah untuk mendapatkan hartanah di MAlaysia ni. Saya banyak juga membincangkan dengan isteri perihal ini, dan beliau juga bersetuju. Sekarang, masa untuk bertindak. RAsanya, apa-apahal pun, kena bangunkan rumah abah dan mak di Kebun Baru dulu. Lagipun, tanahnya juga sudah dinamakan kepada Isteri. Belanjanya pun lebih rendah berbanding membeli rumah baru. Maka, pinjaman akan berkurangan- (beban jangka panjang ni), dan untuk itu, pinjaman (peminjam 1) adalah daripada beliau, dan kami akan membuat pinjaman bersama. Maka, kami harus menunggu lebih kurang dalam 1 tahun lagi, untuk membolehkan beliau sah dalam jawatan; dan layak untuk membuat pinjaman.

Risiko kami;
1) perbelanjaan keluarga akan bertambah - lagi-lagi sudah beranak-pinak
2) Baki kewangan bulanan akan terjejas serba sedikit. (high over head)
3) Risiko pembelian hartanah yang tidak berbaloi dan bermasalah.
4) Harga tanah yang semakin tidak mampu milik.

Namun, kalau tidak berani mengambil risiko, mana mungkin akan capai suatu kejayaan. Semua orang mahukan harta yang selamat untuk masa depan. Semoga tidak terlewat dalam melakukan tindakan. BIarlah, pada hari persaraan nanti, sudah tiada hutang-hutang dan bebas dari bebanan kewangan yang lain. Maka, rancanglah sekarang.

Tiada ulasan: