Rabu, April 27, 2011

kisah debat bahasa isyarat

Kejadian berlaku di sebuah negara Antah-Berantah. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Maka, tiada siapalah yang berani menyahut pertandingan itu walaupun bijak-pandai istana. Sehinggalah sebelum raja mengumumkan kemenangan percuma cendekiawan kristian itu, ada suara daripada barisan paling belakang daripada keriuhan masyarakat.. "saya tuanku... biarkan saya berdebat dengan dia tuanku.." seorang pengembala kambing Islam ingin mencuba nasibnya. Manalah tahu, kalau ada rezeki, dia boleh menang dan mendapat kekayaan daripada raja pula.

Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Dari kaca mata cendekiawan kristian itu, sungguh hebat dan berani orang Islam, apabila menghantar seorang daripada barisan paling belakang untuk berdebat dengannya. Sudah tentu, bijak pandai negara yang berada di barisan depan pastinya lebih hebat...

Kemudian, gembala kambing itu didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Maka, bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengambil sebatang kayu panjang dan ditunjukkan ke langit. Gembala kambing lantas merampas kayu itu dan mematah-matahkan kayu itu sehingga lumat lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengangkat kayu ke langit, gembala kambing merampas kayu tersebut, mematah-matah dan melumat-lumatkan dan menjunamkan ke bumi. Hamba bertanya kalau kami musuh Islam dari seluruh dunia menyerang, apa yg akan dilakukan oleh orang Islam? Dia menjawab, umat Islam akan bersatu dan akan menumpaskan musuh apabila musuh Islam menyerang sehingga syahid di bumi. itu sangat menggemparkan kami.."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia kata nak lima pulak? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.

Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Ini sudah melampau... Hamba pun tunjuklah penumbuk. Lepas tu dia nak pukul hamba pulak kalau tak nak bagi, hamba pun ambillah kayu tu, patah-patahkan sampai lumat.

Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Eh, dia nak ayam pulak. Hamba kata, hamba tak ada ayam. kalau nak ayam, ternak la sendiri daripada telur ayam.. lama-lama ada lah ayam. tak payah la mintak2 daripada orang..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.




Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Tiada ulasan: