Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada desakan PAGE dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar mempertimbangkan semula perlaksanaan dasar PPSMI secara pilihan di sekolah-sekolah meskipun telah dimansuhkan sejak akhir 2009 yang lalu. Gesaan PAGE dan JMM agar diberikan "autonomi" kepada sekolah untuk memilih PPSMI adalah berdasarkan kajian mereka yang mendakwa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar PPSMI dilaksanakan semula.
Walaupun menghargai keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh PAGE dan JMM dalam usaha mereka mengendalikan kajian tersebut, akan tetapi ABIM mendapati terdapat keraguan pada cara perlaksanaan dan hasil dapatan kajian tersebut yang boleh dipertikaikan kesahan dan kebolehpercayaannya.
Dalam hal ini, ABIM menyambut baik ketegasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zakarshi yang menolak kajian yang dikemukakan oleh JMM atas faktor yang sama. Selain itu, hujah PAGE untuk menyokong cadangan mereka pada kali ini adalah ulangan kepada hujah-hujah mereka sebelum ini yang telah dibahaskan dalam siri persidangan meja bulat yang lalu dan dimuktamadkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan pengenalan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada 25 November 2009.
Perkara seperti kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris, kecemerlangan subjek Sains dan Matematik, diskriminasi kepada golongan yang “beribundakan” Bahasa Inggeris dan ketidakkesanan kepada Perkara 152, Akta Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara telah dibidas dalam buku “Mengapa Kami Bantah” serta diambil pertimbangan sewajarnya dalam mempersiapkan dasar MBMMBI.
Dalam perkembangan yang berkaitan, ABIM berpandangan bahawa cadangan pemberian kuasa "autonomi" memilih dasar kepada sekolah adalah kecelaruan terbesar dalam sistem pendidikan negara. Tidak ada autonomi bagi perkara dasar melainkan hanya dalam soal pentadbiran dan pengurusan sekolah seperti yang diamalkan di Sekolah Kluster.
Komuniti sekolah hanya sebagai pelaksana dan bersama memberi sumbang saran dalam penggubalan sesuatau dasar tetapi tidak untuk memilihnya bagi kecenderungan tertentu. Hal ini mencabar kredibiliti Kerajaan khususnya Menteri Pelajaran dalam menentukan masa depan negara kerana ia tercorak dari dasar yang diperkenalkannya.
Di samping itu, cadangan PAGE dan JMM tersebut akan menimbulkan konflik dan ketegangan sosial serta kesenjangan di kalangan rakyat apabila dua arus perdana ini bertembung dalam masyarakat. Ini akan menggagalkan usaha penyatupaduan rakyat seperti mana yang terkandung dalam matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Cadangan tersebut juga dilihat tidak munasabah kerana akan menimbulkan kesulitan di peringkat perlaksanaan, penilaian dan pemantauannya. Ia akan menimbulkan masalah dalam proses latihan dan penempatan guru, penyediaan bahan mengajar, penerbitan dan pengagihan buku teks, penggubalan dan pencetakan kertas soalan, dan yang lebih utama penilaian berpusat bagi para pelajar yang menduduki peperiksaan awam.
Oleh itu, ABIM menyeru agar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran tegas menolak kajian dan cadangan yang dikemukakan oleh PAGE dan JMM berdasarkan hujah yang dikemukakan.
ABIM juga berharap agar Kerajaan memberikan fokus kepada perlaksanaan dasar MBMMBI seperti mana yang telah diputuskan sebelum ini. ABIM percaya polemik ini tidak akan timbul sekiranya proses penggubalan dan perlaksanaan sesuatu dasar baru menuruti semua peringkat tapisan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM tanpa sebarang kompromi.
Abu Qassim Nor Azmi
Ketua Biro Penerangan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan