Selasa, Mac 06, 2012

KUIZ MATEMATIK MUDAH

KUIZ MATEMATIK MUDAH 

  • Sebatang pensel dan getah pemadam berharga RM1.20. Pensel tersebut adalah RM1 lebih mahal daripada harga getah pemadam tersebut. Berapakah harga getah pemadam tersebut? 


Sekiranya anda menjawab harga getah pemadam RM0.20, sila baca soalan semula! 



  • Sekiranya 1 buah mesin basuh mencuci 10 helai baju dalam masa 10 minit, berapakah masa yang diambil untuk 10 buah mesin basuh untuk mencuci 100 helai baju? 


Sekiranya anda menjawab , masa yang diperlukan adalah 10 kali ganda, iaitu 100 minit, sila baca soalan semula! 





  • Di atas permukaan sebuah tasik, terdapat daun-daun bunga teratai. Setiap hari, daun itu berkembang sekali ganda saiznya. Sekiranya daun-daun teratai itu mengambil masa 60 hari untuk melitupi keseluruhan permukaan tasik, berapakah masa yang diperlukan oleh daun-daun itu untuk melitupi separuh daripada keseluruhan permukaan tasik itu? 


Sekiranya anda menjawab 30 hari adalah masa yang diperlukan, sila baca soalan semula!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya suka soalan ini.memang baik untuk disoal balik kepada anak saya