Pendakwah: Tuntutan Amanah
Oleh: Dato’ Shakir Husein
Khalid (Bendahari MRA)
- Sebagai pendakwah, tahu satu, sampaikan satu. Tahu dua, sampaikan dua. Jadilah orang yang sentiasa menyeru orang lain ke jalan Allah.
- Dalam hidup, kita bawa 3 perkara atau modal iaitulah nyawa, akal dan iman. Inilah amanah yang Allah berikan kepada kita. Jangan sesekali kita mempersia-siakannya.
- Kenapa Allah beri amanah itu? Maknanya Allah SWT memberi peluang untuk kita membesarkan syurga kita di akhirat kelak.
- Adakah pilihan untuk tidak membuat dakwah? Kita tiada pilihan untuk terkecuali daripada melaksanakan kerja-kerja dakwah.
- Amanah bermaksud dari segi bahasa ialah aman, tenteram dan bahagia.
- Kepercayaan yang diberi oleh seseorang kepada seseorang yang lain atas perkara yang baik.
- Pikullah amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
- Maksud hadith, “Rezeki ini akan mencari kamu di mana sahaja kamu berada, sama seperti ajal mencari kamu walau di mana kamu berada.
- Kenapa perlu dakwah? Dakwah perlu sebab ianya sebagai usaha untuk menyelamatkan diri daripada azab Allah SWT. Konsepnya, hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.
- Antara tujuan utama berdakwah adalah bagi menyelamatkan diri kita dan ummah daripada azab Allah SWT. Kisah bagaimana orang yang berada di dasar kapal, sekiranya mahu air, mudah sahaja, tebok kapal tersebut tanpa perlu meminta orang di bahagian atas kapal untuk mengambil air. Maka dapatlah air tetapi sesungguhnya akhirnya semuanya dalam kapal itu akan tenggelam kerana kapal akan karam.
- Perhatikan “bahasa” yang digunakan oleh Allah SWT iaitu bahasa alam, bahasa manusia dan bahasa makhluk seluruhnya.
- Sebagai dai, kita mesti faham bahasa masyarakat yang ingin kita dakwahkan.
- Kerja dakwah adalah wajib kerana bagi memenuhi sifat mukmin yang sejati.
- Bergembiralah dengan nikmat iman yang kita kecapi.
- Perlu berdakwah untuk membezakan diri kita daripada orang munafik.
- Kecapi nikmat-nikmat lain seperti nikmat muda sebelum tua dan lain-lain.
- Mustafa Masyur ada menyebut bahawa kecapilah nikmat dan nilai hidup sebelum mati.
- Maksud hadith, “Semua perkara akan ditinggalkan di dunia bila kita mati kecuali doa daripada anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat yang diajarkan.”
- Tunaikan amanah walau di mana sahaja kita berada. Amanah Allah SWT kepada kita ialah untuk kita uruskan dunia ini dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan amanah sebagai khalifah Allah SWT di bumi.
- Seseorang yang komited mengamalkan sunnah Nabi SAW, maka Allah menyelamatkan kehidupannya di dunia dan akhirat.
- The more you give, the more you get. Pindahkan daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal, antaranya ialah dengan melaksanakan infaq.
- Masa hidup inilah buat sebanyak mungkin amal buat bekalan di hari kemudian kelak.
- Pelaksanaan kerja-kerja dakwah juga adalah sebagai mewarisi cara kehidupan Rasulullah SAW. Malangnya, ketika ini, sebagai contoh, mereka yang terus menerus membuat mungkar seperti dalam dunia hiburan “diangkat” dan dipopularkan dengan diberikan liputan yang luas seolah-olah inilah pejuang umat.
- Rezeki walau sedikit tetapi sekiranya berkat, itulah yang lebih baik.
- Dakwah: Memastikan keutuhan ummah.
- Islam itu dikembangkan dengan akhlak Rasulullah SAW, bukannya dengan pedang
Respon:
- Apa beza antara baraqah dan rezeki?
- Rezeki: Allah mudahkan sesuatu.
- Kalau kita tidak mengecapinya sekarang, generasi akan datang akan mengecapinya. Itu dinamakan baraqah.
- Laksanakanlah sunnah-sunnah kecil apatah lagi sunnah-sunnah besar.
- Mari kita kejarkan baraqah ini sepenuhnya
- Bagaimana untuk dapatkan baraqah?
- Caranya mesti ada perasaan zuhud dan cintakan kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan