Oleh: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Seorang pejuang bernama Nasrudin Abduh yang terkenal dengan kejujuran
dan amanahnya telah berjumpa dengan Tok Gurunya Ustaz Nik Ibrahim.
“Mengapa ana masih berasa tidak tenteram dan memandang rendah pada diri
sendiri? Ana dah berjaya mengharungi pelbagai kegagalan, dan melakukan
kebajikan dan menyelamatkan mereka yang lemah dan tertindas. Tapi
apabila melihat Tok Guru, ana rasa masih tidak setanding Tok Guru,” kata
Nasrudin.
“Tunggu sekejap. Lepas ana jumpa semua yang datang melawat hari ini, ana bagikan jawapan,” jawab Ustaz Nik Ibrahim.
Nasrudin melihat bagaimana Tok Guru menyambut semua yang melawatnya
dengan senyuman dan penuh kesabaran sehinggalah matahari terbenam.
Selepas semua pelawat dah tiada, Nasrudin cepat-cepat bertanya, “Apa jawapannya Tok Guru?”
Tok Guru memimpin tangannya ke padang. Mereka berdua duduk melihat bulan yang penuh memancar dalam ketenangan.
“Nampak tak bulan itu? Cantik tak? Ia akan menjaga sepanjang malam
sehinggalah subuh menjelma, di mana matahari pula akan bersinar,” kata
Ustaz Nik Ibrahim.
“Tapi cahaya matahari lebih cerah, dan boleh
menunjukkan segalanya dengan terang untuk ditatapi mata kita – pokok,
gunung mahupun awan. Ana pun dah berfikir lama: Mengapa tidak pernah
kedengaran bulan berkata: Mengapa saya tidak boleh seterang matahari?”
tambah Ustaz Nik Ibrahim lagi.
“Sudah tentu tidak,” jawab
Nasrudin. “Matahari dan bulan adalah dua benda berbeza – kedua-duanya
mempunyai kecantikan sendiri. Tak boleh banding antara dua.”
“Anta sudah jumpa jawapannya. Ana dan anta adalah dua orang berlainan,
kita sama-sama membantu orang ramai dalam cara yang kita tahu supaya
dunia ini menjadi tempat lain lebih baik dan Islam didaulatkan. Yang
lain adalah sampingan sahaja termasuklah jawatan,” jawab Ustaz Nik
Ibrahim.
“Putus asa adalah kegagalan sebenar. Ingat itu,” tambah Ustaz Nik Ibrahim.
Nasrudin tersenyum. Mulai hari itu, beliau tidak lagi cuba
membandingkan dirinya dengan Tok Guru – sebaliknya membuat segala
perkara dan melawan segala kemungkaran dengan caranya tersendiri.
Fikrah:
1. Walaupun tanpa jawatan, kerja-kerja kebajikan dan lawan kemungkaran
harus diteruskan. Jangan putus asa. Kerana itu titik noktah suatu
perjuangan.
2. Setiap kita punya cara kita atas kapasiti kita sebagai individu yang penuh kepelbagaian antara kita dan orang lain. Justeru, penuhi hikmah kepelbagaian sesama kita untuk melengkapi ruang yang diberi oleh Allah taala untuk terus berbakti dan mengabdi cara kita untukNya.
Apa yang penting, adalah terus berbakti dan berbudi!
1 ulasan:
If some one wants to be updated with hottest technologies after that he must be pay a
quick visit this site and be up to date every day.
Here is my site Pirater Un Compte Facebook
Catat Ulasan