Fikrah:
Apakah yang dikatakan sebagai 'integrasi pengetahuan' (integration of knowledge)?
a) belajar ilmu fardhu kifayah pada waktu persekolahan rasmi, kemudian belajar ilmu fardhu ain pada waktu petang?
b) belajar ilmu fardhu kifayah dan ilmu fardhu ain pada waktu persekolahan rasmi?
c) belajar ilmu fardhu kifayah diserapkan ilmu fardhu ain pada waktu yang sama?
Dalam sistem pendidikan KBSM hari ini, pelajaran agama Islam disisipkan dalam satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid beragama Islam iaitu subjek 'Pendidikan Agama Islam' (PI). Subjek ini diletak dalam linear yang sama dengan subjek lain, seperti Matematik, sains, Bahasa dan lain-lain. Ini termasuk masa pengajaran dan pembelajaran (P&P yang telah ditentukan dalam sistem, iaitu 5 waktu seminggu.
Sekiranya P&P PI telah dijalankan di sekolah, maka apa perlunya lagi murid untuk hadir ke sekolah agama petang (KAFA) untuk mempelajari lagi tentang ilmu fardhu ain? Antara sebab yang sering diterima adalah masa pembelajaran di sekolah pagi (SK) tidak mencukupi bagi membina kualiti murid dalam pengisian rohani mereka. Tidak salah sepenuhnya. (Ada betulnya juga). Yang betulnya, masa diperuntukkan untuk fardhu ain seharusnya melebihi keseluruhan ilmu fardhu kifayah atau sekurang-kurangnya menyamai keseluruhan waktu p&p tersebut. Yang salahnya, pembelajaran sebegini tidak menepati konsep integrasi pengetahuan.
Pada hari ini, umat Islam terperangkap dalam sistem sekular, iaitu sistem yang memecah-mecahkan sistem pengetahuan dan pengamalan. Harus ditegaskan, semua Ilmu adalah dari Allah. Sama ada ilmu fardhu kifayah, mahupun ilmu fardhu ain. (Ilmu tadbir alam, dan ilmu tadbir insan) Dalam ilmu tadbir alam, perlu diserapkan aplikasi Islami untuk melihat dan mengenal Tuhan, dan begitu juga dalam ilmu tadbir insan, perlu diserapkan aplikasi Islami untuk melihat dan mentadbir alam. Perhubungan antara kedua-duanya perlu seiring dan tidak harus dipisah-pisahkan. Ini konsep sebenar pengintegrasian pengetahuan dalam kerangka Islamisasi pengetahuan (Islamization of knowledge)
Seorang kanak-kanak perlu melalui alam kanak-kanak, dan kurikulum untuk mereka perlu memahami fitrah manusia (nature of human being). Ini adalah sangat penting dan perlu diperbetulkan. Model kurikulum sebegini perlu dibentuk. Sememangnya perlu digali diceruk mana kurikulum yang menepati ciri ini?
model alternatif:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan