Justeru, satu mekanisme yang lebih luwes (fleksible) namun efisien perlu difikirkan; Mengambil model pembelajaran di peringkat Kolej dan Universiti; yang mana pensyarah dan pihak universiti menyediakan senarai cadangan bahan/buku yang perlu dimiliki murid sebagai teks utama di dalam kelas; ini memungkinkan murid untuk lebih berdikari dalam mendekati gudang buku, pusat sumber, dan bahan internet yang pastinya lebih luas pengisian ilmunya di samping latihan terbaik dalam menggunakan teknologi terkini dalam pendidikan. Fungsi bahagian dalam kementerian boleh digabung dan dikecilkan sebagai Bahagian untuk membantu guru/sekolah menyediakan bahan tersebut secara hands-on atau lebih dekat dintegrasikan dengan badan seperti Perpustakaan Awam di setiap negeri. Secara tidak langsung, transformasi bahan sumber akan juga merancakkan kembali Perpustakaan sebagai tempat sumber ilmu yang disegani dan didekati golongan murid sekolah.
Lain-lain faedah sudah tentunya kepada kredibiliti guru sebagai pakar sumber pembelajaran yang mampu menyediakan dan mencadangkan murid apa yang terbaik untuk bacaan mereka yang seterusnya dapat disesuaikan dengan kaedah dan strategi Pembelajaran dan Pengajaran guru di kelas masing-masing. Bukankah kali ini guru akan mentaksir sendiri pencapaian murid masing-masing? Maka, ini merupakan kaedah dan strategi yang baik yang boleh diguna pakai untuk aplikasi self-learning (Belajar sendiri), self-assess (Taksir sendiri) dan self-access (Capai sendiri). Sebagai makluman, salah satu unsur penting dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah penilaian terhadap proses pembelajaran murid, bukan sekadar terhadap hasil akhir pembelajaran.
Artikel ditulis untuk dihantar kepada myedureview.com
Dihantar pada 10:36 pagi, 9 Julai 2012
(https://groups.google.com/forum/?hl=en&fromgroups#!topic/myedureview/IJixS3W5o00)
Artikel ditulis untuk dihantar kepada myedureview.com
Dihantar pada 10:36 pagi, 9 Julai 2012
(https://groups.google.com/forum/?hl=en&fromgroups#!topic/myedureview/IJixS3W5o00)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan