Jumaat, November 18, 2005

Satu lawan satu

Bulan lepas, masa bulan Ramadhan aka bulan puasa, rasanya, banyak perkara kebaikan yang kita lakukan.. jauh lebih banyak daripada perkara kejahatan atau kemungkaran. Rasanya, masa tu, semua orang macam jadi baik...takder banyak masalah.. agaknya, polis pun boleh lepak sama... siap boleh beribadat lama2 kat surau kot.. eheh.. ntah la... al maklumla... para syaitan sudah kena tangkap... kiranya, macam diri kita, akan lawan dengan nafsu kita sahaja, tanpa ada bantuan syaitan... eheh... satu lawan satu...

Bila dah habis bulan puasa, masyaAllah, nak buat puasa 6 pun, punya laa susah... 6 hari jer... tak sampai seminggu pun... lagi pun, nak baca Quran, kan sepatutnya sudah menjadi rutin... tak perlu untuk set upkan bila masa nak baca Quran... baca jer laa bila-bila masa.. Tapi, sekarang, sudah jadi kelam kabut... Apa nak jadi ni... ooo, lupa.... sekarang, satu lawan ramai... (Ceh.. ada pulak alasan)

Akhirnya, betul lah ustaz-ustaz kata, Tepuk dada, tanya iman...

Khamis, November 10, 2005

Wanita & Khidmat Masyarakat

Kalaulah wanita tahu bahawa bersamanya terdapat kepentingan- kepentingan sektor dalam dirinya, perasaan, keluhuran budi, ketulusan sifat dan peribadi, kesediaan, kelembutan jiwa yang tentunya berbeza dari kaum lelaki, tentunya wanita akan lebih memahami keperluan dirinya terhadap masyarakat.Ciri- ciri yang lahir samada berbentuk batiniah mahupun lahiriah inilah yang nyatanya mampu mengundang wanita tuk lebih mendekati dan peka dengan alir perubahan sosial masyarakat.

Dalam apa jua situasi sekalipun, wanita menerima refleksi peristiwa yang berbeza dari lelaki, yang dalam proses penerimaan impak, atau dalam proses membuat keputusan, otak akan berganding dengan perasaan, malah itu jualah yang dititip dalam al Qur'an sebagai peringatan kepada kita semua "............dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan..." al Imran: 36

Wanita nyata lebih mudah berinteraksi dengan suasana berbaur kebajikan, berbekal kasihan belas dan rahmat yang difitrahkan dalam diri setiap dari wanita.

Kalaulah wanita sedar, wanita jua punya peranan yang cukup istimewa dalam melaksanakan tanggungjawab dan bertindak selaku penyempurna tingkah amal dan peranan lelaki. Bukankah wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki dan bukankah penyatuan dua hati dan jiwa sebahagian dari iman....

Kalaulah wanita jua sedar, dengan kelebihan dan keistimewaan yang didokong oleh wanita inilah melahirkan elemen dan perasaan halus dalam diri, menyonsong dan mencondongkan wanita dengan persekitaran jauh lebih baik dari lelaki.

Bersedialah tuk berkhidmat dengan masyarakat, yang sekurang- kurangnya kita jua terlibat dengan satu sudut amal sholeh, moga- moga apa jua yang kita niatkan dan perbuatkan keranaNya akan menjadi saham kita yang paling besar kelak, insya Allah.

Ini mungkin cuma peringatan tuk diri sendiri, tapi boleh jadi pesanan tuk semua, sedikit yang diambil dari rasa hati dan pembacaan.., Bagaimana Wanita dan Khidmat Masyarakat boleh disebatikan, merujuk pada zaman Rasulullah saw, adalah suatu yang kita boleh kongsikan bersama, insya Allah kemudian