Ahad, April 30, 2006

Penempatan


Ada juga ayahanda tanya-tanyakan… nak ke keluar dari sini? Hmm… mula-mula dulu, memang terasa sangat nak keluar… tapi, bila lama-lama, terasa sayang pulak… Dalam sektor kerajaan, apabila ditempatkan pada satu-satu tempat, biasanya perlu mengambil masa dalam 3-5 tahun, baru boleh bertukar ke mana-mana… dan begitulah juga bila ditempatkan di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Tapi, kalau pakai ‘kabel-kabel’ ghaib, mungkin boleh keluar ‘anytime’…… Bila ayahanda dah tanya, maknanya, ada lah tu…
soalnya, nak ke tak nak???

Kalau sekali sudah bertukar ke semenanjung, sebenarnya, sudah tidak ada peluang untuk datang atau dihantar ke sini lagi, melainkan datang untuk melawat tu bolehla kot… maknanya, pengalaman unik ini akan hilang dan dilepaskan macam tu sahaja… hmmm….

Penempatan oh penempatan

Dah lama tak menulis untuk blog ni… padahal, aku dah tulis pun sebelum ni tentang komitmen… ntahlah… agaknya, makin lama, makin jauh dengan internet, agaknya makin hilang minat untuk menulis dalam blog ni… maka, akan jadilah seperti meludah ke langit, jatuh atas muka sendiri.

Sebenarnya, dari segi fizikalnya, bila dah berada di kawasan ‘luar bandar’ di negeri Sarawak adalah sama seperti ‘pedalaman’ di semenanjung. Istilah yang sama di semenanjung, tapi memberikan fizikal yang cukup berbeza. Mujurlah semasa latihan praktikum dulu, aku dah didedahkan dengan pelajar yang ‘asli’ baik panggilannya, mahupun sifatnya.

Pengalaman

Ada yang mengatakan pengalaman di sini berbeza dan ‘menyeronokkan’, dalam konteks yang unik dan tersendiri. Macammana hendak digambarkan pun, tak tertulis di sini. ‘Seronok’… hmm… kan berbeza dan subjektif; Lain orang, lain seronoknya. Apa pun, itulah yang akan menjadi pengalaman hidup yang seterusnya akan mendewasakan diri. Ia juga boleh dijadikan panduan dan cerita bila balik ke semenanjung nanti. Masakan tidak, bukan semua orang ada pengalaman mengajar dan bersama masyarakat Iban di sini. Sebab yang sama juga akan menjadikan seseorang guru tidak mahu pulang ke semenanjung.

Pengalaman sebegini adalah unik dan sudah tentu, hanya boleh didapati di sini. Ya lah…kan… mana ada Iban kat semenanjung? Jawa tu, belambak laa…. Orang yang nak pada pengalaman, aku percaya dia akan dapat di sini. (sekali lagi ditegaskan; pengalaman dengan masyarakat bumiputera yang berbeza budaya, agama, taraf sosioekonomi, dan lain-lain lagi.. walaupun rupa hampir sama; kat semenanjung ada ka??).