Memaparkan catatan dengan label ABIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABIM. Papar semua catatan

Rabu, Mei 08, 2013

Tazkirah: Model Politik Yusuf as

1. Yusuf as telah melalui kesusahan smjk berumur 12thn. Dikhianati oleh saudara kandungnya.. Justeru, apa sangat kalau dibandingkan dgn pengkhianatan sahabat...

2. Yusuf as lebih rela berada di penjara bagi mengelak fitnah imran aziz, dan memohon namanya dibersihkan.. Bukan sekadar jasadnya dibebaskan. Justeru, kebebasan sebenar adalah apabila maruah karamah insaniah terpelihara.

3. Penjara boleh ditransformasikan menjadi school of Yusuf, usaha dakwah walau di mana. Sehingga dirinya menjadi naqib dan kaunselor, disayangi oleh seluruh penduduk penjara, dan diluar penjara.

4. Yusuf as mempamerkan dan mempromosikan kekuatan dirinya sebagai hafizun alim.. Bagi meyakinkan pemerintah agar memilihnya sebagai perdana menteri / menteri kewangan / penguasa di negeri kafir, presiden kafir... Maka, dlm ideal politik, menerangkan kelebihan calon adalah penting bg mendaptkn keyakinan pengundi / penguasa.

5. Mendapatkan kerjasama rakyat walaupun negara kafir penting bagi membina negara. Dlm konteks dunia Islam, mendapatkan sokongan kafir juga penting bg menjana politik yg diilhamkan dan ingin dibawa oleh Yusuf as.

6. Model ekonomi Yusuf dengan ilham Illahi menunjukkan betapa kemakmuran ekonomi penting dan seiring dengan kemakmuran politik, dan kemakmuran politik sangat bekait rapat dgn kemakmuran ekonomi. Justeru, pemimpin yg mahir dlm ekonomi punya integriti dan kepercayaan kredit lebih sbg pentadbir negara.

7. Manifesto Yusuf, resepi Yusuf as dlm menjana ekonomi walau nampak sukar dilaksanakan dlm budaya ekonomi sedia ada yg sangat membudayakan pemborosan, boleh dilaksanakan dgn komitmen politik dan sokongan pemerintah.

Wallahualam..

NOTA:
Di atas adalah catatan tazkirah oleh Ustaz Siddiq Fadhil pada 2 Mei 2013 di KDH.

Jumaat, April 12, 2013

Umat Islam Perlu Tolak Amalan Politik Lucah, Fitnah, Ganas Dan Rasuah!

Umat Islam Perlu Tolak Amalan Politik Lucah, Fitnah, Ganas Dan Rasuah!

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan parti-parti politik utama di negara ini. Keadaan in berlaku berasaskan kepada tanggapan bahawa pilihanraya ini bakal mencatatkan hitam putih ataupun jatuh bangun negara pada masa akan datang. Signifikasi sedemikian telah mengundang minat dan perhatian yang meluas dari pelbagai lapangan serta golongan masyarakat.

Justeru,kami secara serius menanggapi PRU 13 ini tidak sahaja dianggap semata-mata sebagai pertembungan untuk mengundang populariti dan kejayaan Siyasiy. Sebaliknya pilihanraya ini memberi makna sangat mendalam ke arah membentuk budaya politik serta sosio budaya rakyat di negara ini.

Kami menegaskan perlunya kita bersama: parti politik, pemimpin masyarakat, ‘alim ulama’, intelektual, pengamal media dan rakyat seluruhnya, berusaha mendaulatkan demokrasi yang bersih dan beretika. Dari itu, kami selaku wakil Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam utama di negara ini ingin mengetengahkan empat saranan utama untuk umat Islam sempena PRU 13 ini:

MENOLAK BUDAYA POLITIK FITNAH

Dalam era di mana “Politic With Brain” mula menjadi sebutan dan dambaan ramai, kami ingin menggesa agar umat Islam di negara ini menolak sama sekali amalan politik fitnah. Gesaan ini bersandarkan pada ayat ke-58 Surah Al-Ahzab yang berbunyi:

"Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata."

Kami ingin melahirkan keprihatinan kami terhadap berleluasanya budaya politik fitnah dalam amalan demokrasi di negara ini. Walaupun ia membuka ruang seluas-luasnya untuk semua warga mengekspresikan pandangan serta kritikan, demokrasi tidak seharusnya dicemari dengan amalan fitnah yang keji serta akan hanya mencemarkan kehormatan dan kesucian akal fikiran manusiawi.

Seharusnya rakyat ditampilkan dengan pilihan politik secara sihat berupa manifesto serta hujah-hujah politik yang rasional serta memenuhi tuntutan asasi rakyat. Umat Islam perlu mengetengahkan pendirian ini agar hak mereka selaku rakyat tidak dikesampingkan dengan pembodohan berupa fitnah yang tidak mempunyai apa-apa signifikasi terhadap kehidupan mereka, sebaliknya membawa kerosakan kepada masyarakat.

MENOLAK AMALAN POLITIK LUCAH

Kami menggesa umat Islam untuk menolak sama sekali amalan politik lucah yang cuba dijadikan sebagai alat untuk mendulang populariti siyasiy dalam jangka pendek. Kami memandang berat amalan mencipta video, mempertontonkan bahan-bahan tersebut serta melakukan pertuduhan zina (ke atas seseorang) sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Kami mengajak umat Islam untuk merenung pengajaran yang dikemukakan menerusi rangkaian ayat-ayat Al-Qur’an seperti:

Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu’minah , Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat . Untuk mereka disediakan azab yang sangat besar.
(An- Nur: 23)

dan

Orang-orang yang menyakiti mu’min lelaki dan mu’minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata
(Surah Al Ahzab : 58)

Sesungguhnya fitnah zina adalah perbuatan yang sangat keji di sisi syariat Islam. Para pelaku serta pendukung amalan politik lucah ini akan mengundang laknat berpanjangan selaku golongan Fasiq yang ditolak kesaksian mereka selama-lamanya. Umat Islam perlu mengelakkan implikasi ini dengan menolak amalan politik keji ini serta tidak bersubahat mengembangkan mana-mana dakyah berkaitan dalam mana-mana saluran media.

Adalah amat mendukacitakan dalam esak tangis kita meratapi keruntuhan moral di kalangan anak muda Islam (terutama sekali amalan zina yang berleluasa), amalan tersebut dijadikan sebagai modal rujukan untuk mencapai sesuatu perkara atau maksud!

MENOLAK AMALAN POLITIK SAMSENG

Kami menyeru umat Islam untuk menyatakan penentangan mereka secara jelas terhadap amalan politik ganas yang sering mewarnai politik negara semenjak kebelakangan ini. Pilihanraya seharusnya diraikan sebagai hari kebesaran rakyat. Seharusnya rakyat dibiarkan untuk menentukan pilihan yang terbaik untuk diri mereka tanpa sebarang ancaman fizikal dan mental.

Demokrasi membolehkan persaingan dan perbezaan politik dilangsungkan secara aman. Amalan politik ganas merupakan bentuk kezaliman dan penindasan yang perlu ditolak samasekali berasaskan kepada firman Allah s.w.t menerusi Surah Al-Maidah ayat ke-8:

Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

MENOLAK AMALAN RASUAH DAN PERAS UGUT

Kami menyeru umat Islam untuk menolak serta menafikan sekeras-kerasnya amalan rasuah serta peras ugut daripada dikenakan ke atas mereka. Sesungguhnya amalan itu bertentangan sekali dengan fitrah illahi yang telah menetapkan kebebasan mutlak manusia ke atas segala apa yang dikurniakan menerusi firman-Nya berbunyi:

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Isra: 70)

Amalan rasuah serta peras ugut yang diterjemahkan menerusi pendekatan stick & carrot adalah amalan politik tidak berperikemanusiaan. Allah s.w.t telah mengurniakan ruang sebebas-bebasnya terhadap segala ciptaan-Nya di dunia ini. Manusia hanyalah pemegang amanah serta tidak menzalimi serta menafikan hak yang lain untuk menikmatinya.

Kami khuatir amalan rasuah dan peras ugut ini akan terus membelenggu umat Islam dalam ikatan kemiskinan sekiranya ia terus berleluasa. Amalan-amalan tersebut adalah bentuk penjajahan baru yang menafikan hak para pengundi untuk mendapatkan apa yang terbaik ke atas diri mereka.

Adalah menjadi harapan agar umat Islam dapat menyuarakan dengan tegas dan jelas akan pendirian ini. Sesungguhnya terbentuknya "baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” bergantung kepada persekitaran serta masyarakat sesebuah negara.

Justeru kami menganjurkan agar umat Islam di seluruh negara sempena dengan PRU 13 ini untuk sama-sama menunaikan solat hajat secara individu serta berjamaah khususnya di sepertiga malam. Partisipasi pada penggerak masjid serta surau amat dihargai untuk mempermudahkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan tersebut.

Kurnia rahmat serta keberkatan Illahi dalam amalan berpolitik hanya akan terjelma sekiraya umat Islam menolak sebarang amalan politik yang melangkaui batas yang dilandaskan syariah. Semoga PRU 13 ini akan menjelmakan amalan politik murni yang tiada celanya terhadap pemikiran serta sosio budaya umat Islam serta rakyat di negara ini.

http://www.ustream.tv/recorded/31327137

Isnin, Februari 18, 2013

Bersederhanalah dalam Perbezaan

Tidak ramai orang yang akan sama pemikirannya dengan kita. Ada masa tertentu mungkin boleh bersetuju. Ada ketikanya pada masa yang lain kita akan berbeza dalam perkara yang tidak terjangka. Sekalipun terdedah dengan suasana pendidikan yang sama silibusnya, perbezaan itu tetap akan ada. Tidak juga mustahil, sekalipun berbeza latar belakang pendidikan, kesepakatan dalam pendapat boleh wujud tanpa dipaksa.

Maka, kita jangan hairan kalau hari ini kawan yang selalu bersama dengan kita akan bertukar menjadi lawan. Demikian juga bukan perkara ajaib jika lawan yang kita tentang habis-habisan akan segala perkara yang berkaitan dengan dirinya akan menjadi kawan sejati dalam perjuangan. Yang sama atau berbeza itulah dinamakan sebagai prinsip pegangan.

Lumrah inilah yang akan kita saksikan di mana-mana pentas sejarah kemanusiaan. Berbeza itu fitrah. Sepakat juga fitrah. Jika fitrah yang satu ini kita hendak nafikan, bagaimana manusia ingin meninggikan tamadun dan tahap pemikirannya?.

Perhatikanlah, hak berfikir itu tertakluk kepada setiap insan. Juga hak memutuskan sesuatu terletak kepada hasil fikirannya. Malah, tindakannya pula bergantung kepada apa yang telah diputuskannya. Bayangkan, jika berfikir, memutuskan dan bertindak itu dikawal oleh sistem yang wujud di luar lingkungan dirinya, apa faedahnya kurniaan ‘aql oleh Tuhan kepada manusia?

Satu campur satu bersamaan dengan dua. Ini adalah cara berfikir yang biasa.
Tetapi, enam tolak empat juga bersamaan dengan dua. Boleh jadi dua ditambah kosong juga menghasilkan jawapan yang sama. Ini adalah cara berfikir di luar kerangka pemikiran biasa. Hasilnya sama tetapi yang membezakannya ialah proses dalam menghasilkan jawapan.

‘Proses’ itu yang seringkali ditempuh secara sambil lewa. Proses itu juga kadangkala dipandang rendah oleh segelintir mereka yang berfikirnya hanya lurus bendul sahaja.

Walhal, ‘proses’ itulah yang mematangkan diri dan menjadikan kita mampu untuk berdikari. Proses itu jugalah yang menjadikan kita hormat kepada prinsip, pendirian dan pandangan orang lain. Hormat kita kepada orang lain, mengundang pula hormat orang lain kepada diri kita.

Demikian juga kita ingin bahagia dalam hidup. Bahagia itu letaknya di jiwa. Apa guna harta berkoyan-koyan jika tidur pun sudah tidak nyenyak?. Justeru, jiwa yang bahagia itu prosesnya pada merdeka dalam berfikir, membuat keputusan dan bertindak.

Sekalipun mempunyai ijazah yang professional, tetapi jiwa bahagianya ditemui ketika mengajarkan anak-anak kecil, tidak salah jika diteruskan langkahnya. Kerana jiwanya bahagia apabila dapat menyumbang dalam usaha memanusiakan manusia.

Oleh yang demikian, jiwa yang bahagia dalam kerjanya, hasilnya langsung memuaskan dan sudah pasti bukan sekadar biasa-biasa. Kerana pada kerjanya yang membuahkan bahagia itu, dilimpahkan usaha yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi supaya tidak mengundang sinis mereka yang lurus-lurus itu.

Lalu, jangan pernah kita meremehkan pendirian-pendirian orang. Tentu sekali kita boleh berbeza. Berbeza yang seharusnya diertikan dengan maksud yang betul. Dalam kerangka pemikiran yang tidak menafikan lunas-lunas agama dan prinsip ‘ilmu. Maka, yang tidak harus itu ialah memaksakan orang lain agar sependapat dengannya. Itu namanya menghina kemuliaan ‘aql kurniaan Ilahi. Juga dianggap memandang hina kepada prinsip karamah insaniyyah.

Penting sekali untuk kita ingat, bersederhanalah dalam sebarang perbezaan. Tolaklah kesalahan dengan baik dan sampaikanlah kebaikan dengan hikmah. Hal ini kerana kebenaran itu tidak selamanya akan berada di samping kita. Tidak salah untuk kita mengaku kalah tetapi harga diri tetap tinggi. Boleh jadi musuh kita pun terkadang ada juga benarnya. Mungkia kita tidak sedar, kita sebenarnya saling melengkapkan. Maka, hendaklah kita membuat pilihan yang terbaik dalam meneguhkan pendirian. Firman Allah ‘azzawajalla dalam surah Az-Zumar ayat 17 dan 18 yang bermaksud:

17.  Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira, sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku 18.  Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal (ulul-albab).

(Tulisan ini diambil daripada blog saudara Ukasyah iaitu http://soutulfaizin05.blogspot.com/)
 
MUHAMMAD UKASYAH AZHARI
Penolong Setiausaha 2
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Catatan Usrah: Harta dunia; harta akhirat

Naqib: Dato’ Shakir Husein Khalid

Maksud Surah 23. Al-Mu’minun, Ayat 115:
Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
 
  1. Ayat ini memberikan satu mesej yang jelas bahawa matlamat kehidupan kita adalah sebagai menyambung misi Rasulullah SAW. 
  2. Seseorang itu dianggap lari dari kehidupan yang sebenarnya apabila: 
    1. Adanya perasaan tamak yang dilayan. 
    2. Kelalaian dan kerakusan yang diberikan usaha yang lebih. 
    3. Ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya yang ditinggalkan 
  3. Mengumpul harta sebagai satu-satunya matlamat hidup merupakan satu kerja yang sia-sia tetapi mengumpul harta adalah untuk dimanfaatkan. 
  4. Ramai yang membesarkan rumah mereka di dunia tetapi tidak ramai yang membesarkan rumah mereka di akhirat, sedangkan kehidupan ini merupakan kehidupan yang sementara. 
  5. Bayangkan, sebagai contoh, orang yang sedang bermusafir dan apabila berhenti di suatu tempat untuk bermalam sementara, maka dipasangkannya khemah buat berteduh.  Adakah orang tersebut akan berhabis-habisan dan bersungguh-sungguh untuk menghias khemahnya sedangkan dia tahu bahawa dia hanya singgah di situ untuk satu malam sahaja? 
  6. Tamak yang dilayan adalah seseorang yang meletakkan segala usahanya semata-mata untuk duniawinya.  Mereka lupa matlamat asal kehidupan. 
  7. Orang yang cuba meluaskan dunia ini untuk dirinya sahaja menyangka bahawa mereka sudah berbuat baik tetapi sebenarnya tidak banyak membantu mereka di akhirat kelak dan di sisi Allah tidak bernilai.  Namun, sekiranya ia meluaskan dunia ini untuk dimanfaatkan oleh orang lain demi hal-hal yang berbentuk kebaikan, maka sesungguhnya dia telah meluaskan penginapannya di akhirat. 
  8. Perkara yang menjadi kayu pengukur masuknya seseorang ke syurga adalah atas dasar ketaqwaannya dan kehambaan mutlak kepada Allah. 
  9. Kata-kata Saidina Umar al-Khattab, Taqwa adalah umpama kamu berjalan penuh hati-hati di dalam hutan yang penuh dengan duri dan onak, supaya tidak terpijak duri dan onak tersebut.  Sudah tentu kita akan berjaga-jaga ketika berjalan kerana khuatir duri tersebut akan mencederakan kaki kita. 
  10. Kekuatan yang ada hanyalah pada Allah dan jadilah hamba-hambaNya yang terbaik!
  Respon

  1. Dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.  Carilah seberapa banyak harta di dunia tetapi gunakanlah ia buat pelaburan di akhirat, carilah harta untuk Islam. 
  2. Hakikatnya, ketahuilah bahawa sesungguhnya “harta sendiri” adalah apa yang dibelanjakan kepada jalan Allah SWT di mana ianya membawa manfaat besar buat kita di akhirat kelak tetapi “harta yang ditinggalkan” apabila kita mati, merupakan “harta waris”.
 

Catatan Usrah; Pendakwah: Tuntutan Amanah

Pendakwah: Tuntutan Amanah
Oleh: Dato’ Shakir Husein Khalid (Bendahari MRA)
 
  1. Sebagai pendakwah, tahu satu, sampaikan satu. Tahu dua, sampaikan dua. Jadilah orang yang sentiasa menyeru orang lain ke jalan Allah.
  2. Dalam hidup, kita bawa 3 perkara atau modal iaitulah nyawa, akal dan iman.  Inilah amanah yang Allah berikan kepada kita.  Jangan sesekali kita mempersia-siakannya.
  3. Kenapa Allah beri amanah itu?  Maknanya Allah SWT memberi peluang untuk kita membesarkan syurga kita di akhirat kelak.
  4. Adakah pilihan untuk tidak membuat dakwah? Kita tiada pilihan untuk terkecuali daripada melaksanakan kerja-kerja dakwah.
  5. Amanah bermaksud dari segi bahasa ialah aman, tenteram dan bahagia.
    1. Kepercayaan yang diberi oleh seseorang kepada seseorang yang lain atas perkara yang baik.
    2. Pikullah amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
  6. Maksud hadith, “Rezeki ini akan mencari kamu di mana sahaja kamu berada, sama seperti ajal mencari kamu walau di mana kamu berada.
  7. Kenapa perlu dakwah? Dakwah perlu sebab ianya sebagai usaha untuk menyelamatkan diri daripada azab Allah SWT.  Konsepnya, hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. 
  8. Antara tujuan utama berdakwah adalah bagi menyelamatkan diri kita dan ummah daripada azab Allah SWT.  Kisah bagaimana orang yang berada di dasar kapal, sekiranya mahu air, mudah sahaja, tebok kapal tersebut tanpa perlu meminta orang di bahagian atas kapal untuk mengambil air.  Maka dapatlah air tetapi sesungguhnya akhirnya semuanya dalam kapal itu akan tenggelam kerana kapal akan karam. 
  9. Perhatikan “bahasa” yang digunakan oleh Allah SWT iaitu bahasa alam, bahasa manusia dan bahasa makhluk seluruhnya. 
  10. Sebagai dai, kita mesti faham bahasa masyarakat yang ingin kita dakwahkan. 
  11. Kerja dakwah adalah wajib kerana bagi memenuhi sifat mukmin yang sejati.  
  12. Bergembiralah dengan nikmat iman yang kita kecapi. 
  13. Perlu berdakwah untuk membezakan diri kita daripada orang munafik. 
  14. Kecapi nikmat-nikmat lain seperti nikmat muda sebelum tua dan lain-lain. 
  15. Mustafa Masyur ada menyebut bahawa kecapilah nikmat dan nilai hidup sebelum mati. 
  16. Maksud hadith, “Semua perkara akan ditinggalkan di dunia bila kita mati kecuali doa daripada anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat yang diajarkan.” 
  17. Tunaikan amanah walau di mana sahaja kita berada.  Amanah Allah SWT kepada kita ialah untuk kita uruskan dunia ini dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan amanah sebagai khalifah Allah SWT di bumi. 
  18. Seseorang yang komited mengamalkan sunnah Nabi SAW, maka Allah menyelamatkan kehidupannya di dunia dan akhirat. 
  19. The more you give, the more you get.  Pindahkan daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal, antaranya ialah dengan melaksanakan infaq. 
  20. Masa hidup inilah buat sebanyak mungkin amal buat bekalan di hari kemudian kelak.  
  21. Pelaksanaan kerja-kerja dakwah juga adalah sebagai mewarisi cara kehidupan Rasulullah SAW.  Malangnya, ketika ini, sebagai contoh, mereka yang terus menerus membuat mungkar seperti dalam dunia hiburan “diangkat” dan dipopularkan dengan diberikan liputan yang luas seolah-olah inilah pejuang umat. 
  22. Rezeki walau sedikit tetapi sekiranya berkat, itulah yang lebih baik. 
  23. Dakwah: Memastikan keutuhan ummah. 
  24. Islam itu dikembangkan dengan akhlak Rasulullah SAW, bukannya dengan pedang
Respon:
  1. Apa beza antara baraqah dan rezeki?
    1. Rezeki: Allah mudahkan sesuatu.
    2. Kalau kita tidak mengecapinya sekarang, generasi akan datang akan mengecapinya. Itu dinamakan baraqah.
    3. Laksanakanlah sunnah-sunnah kecil apatah lagi sunnah-sunnah besar.
    4. Mari kita kejarkan baraqah ini sepenuhnya
  2. Bagaimana untuk dapatkan baraqah?
    1. Caranya mesti ada perasaan zuhud dan cintakan kepada Allah SWT.

Rabu, Januari 09, 2013

Catatan Usrah: Pendidikan, manusia dan melayu

Catatan Usrah
  1. Konsep usrah adalah belajar secara bersama. 
  2. Kita mesti mendidik semula diri kita 
  3. Ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Ada perkara yang dirasakan tidak cukup. Sebagai contoh, kita dilatih sebagai seorang doktor perubatan, tetapi kita tidak betul-betul dilatih sebagai seorang manusia. 
  4. Sistem kita tidak mementingkan watak manusia tetapi mementingkan otak manusia. 
  5. Maka jadilah atau lahirnya manusia yang berotak tetapi tidak berwatak dan berakhlak. 
  6. Apa yang dipentingkan oleh kebanyakan orang sekarang ialah kecemerlangan akademik. 
  7. Subjek pengajian Islam sendiri telah terheret kepada exam oriented bukannya penghayatan, pengamalan dan pengabdian diri kepada Allah. 
  8. Kita mesti cinta kepada ilmu dengan memahami konsep menuntut ilmu itu sebenarnya. 
  9. Kalau sekadar mahu mengisi otak sahaja, maka kita akan lupa. Sebagai contoh, mereka yang sudah lama berkerjaya, cuba ambil peperiksaan SPM sekarang, maka pastinya tidak boleh lulus semuanya dengan cemerlang. 
  10. Usahakan cinta kepada ilmu. 
  11. Dimensi kemanusiaan yang ada pada diri kita dilihat seolah-olah telah hilang. 
  12. Konsep keinsanan dalam watak manusia tidak sama dengan penemuan sains manusia. 
  13. Manusia dalam Al-Qur`an adalah makhuk yang dimuliakan oleh Allah dalam hembusan roh Ilahi. 
  14. Manusia dalam ilmu moden tidak ada konsep ini. 
  15. Sesungguhnya yang menjadikan manusia makhluk yang terbaik kerana adanya hembusan roh Ilahi di dalamnya. Inilah ciri keinsanan yang asasi. 
  16. Apabila Adam dicipta atau dibentuk daripada tanah, ianya tidak dibiarkan oleh Allah sebagai tanah sahaja tetapi dihembuskan dengan roh kemudiannya. 
  17. Kejadian ini difahami oleh para malaikat tetapi diingkari oleh para iblis. 
  18. Ketika disuruh sujud kepada Adam, malaikat sujud tanda hormat tetapi diingkari oleh iblis kerana merasakan dirinya yang dijadikan dari api lebih mulia daripada manusia yang dijadikan daripada tanah. 
  19. Jangan ditanya bagaimana caranya roh tersebut dihembus masuk ke dalam diri manusia. 
  20. Juga, jangan sesekali menghina anak manusia kerana dalam dirinya ada roh hembusan Ilahi. 
  21. Makhluk-makhluk lain tidak menjalani proses hembusan roh Ilahi sepertimana yang dialami oleh manusia, sebab itu manusia layak menjadi khalifah di dunia ini. 
  22. Profesor Syed Husein Nasr menyebut bahawa sains moden menganggap manusia sebagai earthly bound man - manusia yang sudah tertambat atau terikat atau terlekat di bumi.  Kalau begitu, apa bezanya manusia dengan iblis. 
  23. Maka kerana itulah kita kena reeducate atau mendidik semula manusia untuk membina jadi diri kemanusiaan pada diri manusia itu sendiri. 
  24. Sebab itu, yang berhak mendapat human right adalah human. 
  25. Akhirnya, ada sesuatu yang asas dalam sistem pendidikan kita yang tak kena. 
  26. Krisis kelemahan kemanusiaan ini sedang berlaku secara berleluasa. 
  27. Masalah ketamadunan manusia sekarang yang dilihat sebagai makhluk mulia yang tidak dikenali lagi yang adanya roh hembusan Ilahi. 
  28. Manusia kini dilihat sebagai kehilangan ciri-ciri kemanusiaannya. 
  29. Seorang budayawan atau seniman di Indonesia, Emha Ainun Najib mengatakan bahawa iblis kelihatan senyum-senyum sahaja kerana seolah-olah permohonannya untuk merosakkan manusia sehingga kiamat dianggap telah berjaya lebih awal dari jangkaannya. 
  30. Tempoh yang diminta sehingga kiamat cuba dibuktikan bahawa manusia ini tidak layak menerima sujud ketika mula-mula dijadikan.  Itu sekadar imaginasi seorang seniman. Beliau senyum-senyum kerana tidak perlu tunggu sehingga kiamat pun, manusia telah berjaya dirosakkan. 
  31. Mengapa Melayu menerima Islam? Kerana Islam menjanjikan sesuatu yang lebih baik. 
  32. Sebelum Melayu menganut Islam, dalam sistem feudal Melayu, ianya menganut fahaman Hindu. Rakyat tiada hak menuntut keadilan ketika itu. 
  33. Prinsipnya “you don't have right to have right” - tiada hak untuk menuntut apa-apa hak. Sebagai contoh, tidak boleh menuntut hak kepada Raja, tetapi ianya sekadar dipanggil kurnia Raja, contohnya tanah kurnia! 
  34.  Setelah Islam datang, Islam memuliakan manusia. Semua manusia asal usulnya dari Adam yang dijadikan daripada tanah, maka tidak timbul isu Raja berasal dari kayangan. 
  35. Ketika Islam datang ke Tanah Melayu, para ulama berusaha untuk memanusiakan Raja. Namun, bukannya mudah untuk memanusiakan Raja. 
  36. Selepas itu, barulah rakyat boleh terangkat setaraf dengan golongan Raja dari segi kamanusiaannya. 
  37. Ungkapan Melayu: Raja adil Raja disembah. Raja zalim Raja disanggah. 
  38. Melayu setia kepada Raja bersyarat dan derhaka kepada Raja kerana bersebab.  Adil vs zalim.
  39. Satu ketika dahulu, orang dalam bidang agama merasa sangat “inferiority complex” atau rendah diri berbanding dengan golongan sains. 
  40. Rasa rendah diri ini berada pada jangka waktu yang agak lama. 
  41. Penyanjungan yang melampau kepada golongan tertentu tidak sewajarnya berlaku. 
  42. Rasululah s.a.w. meraikan golongan badwi yang berada dalam rendah diri ketika itu dengan ungkapan, "Aku bukan siapa-siapa. Aku anak seorang wanita Quraish yang biasa makan daging kering." 
  43. Rasulullah s.a.w. secara sengaja “silent” atau diamkan perkataan atau asal usul bapanya kerana bapanya dari keturunan orang ternama sedangkan ibunya dari orang awam. 
  44. Makanannya juga biasa-biasa sahaja kerana kebiasaannya makanan yang kita biasa ambil dilihat sebagai indikasi status sosial. 
  45. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berkata baginda berasal daripada manusia biasa. 
  46. Dalam Islam tidak boleh merendahkan orang dan merasa bangga diri. 
  47. Kesedaran tentang maruah diri perlu dititikberatkan. Jangan sesekali menghina atau menjatuhkan maruah atau “dignity” seseorang. 
  48. Orang yang bermaruah ada sifat tahu malu. Sebagai contoh, bukan sahaja tidak sanggup masuk ke kedai nombor ekor, malah lalu di hadapannya sahaja sudah merasa malu. Sebagai contoh lain, satu ketika dahulu, sekitar tahun 80-an, kebiasaannya, bagi mendapatkan “Certificate of Fitness” (CF) bagi membina rumah, perlu 'hulur'.  
  49. Namun, orang yang ada maruah, dia lebih rela membayar denda kerana tidak ada CF pada rumah yang dibina daripada 'hulur' untuk mendapatkan CF.  Itulah namanya orang yang bermaruah! 
  50. Yang DiPertuan adalah yang dijadikan tuan oleh rakyat. Maka rakyat sebenarnya yang mengangkat Raja.   
  51. Melayu kalau melakukan kesalahan dari segi syarak, boleh menerima  hukuman tetapi Melayu jangan sesekali diaibkan. Inilah kontrak sosial Melayu. 
  52. Sekiranya seseorang diaibkan secara berleluasa, maka kita perlu ada maruah untuk membelanya.
  53. Gabungkan bangsa yang bermaruah, kuat dan punya keberanian. Kekuatan tiada ertinya kalau tiada keberanian. 
  54. Gurauan: Badan sahaja bertubuh sasa dan fizikalnya kuat tetapi tengah malam apabila mahu ke dapur pun maka dikejutkan isterinya untuk temankan kerana tidak berani. 
  55. Peribahasa Melayu: "Apa guna pergi ke bendang kalau tidak menanam padi, apa guna keris disandang kalau tidak berani mati. Sebab itu, demi menjaga maruah, manusia wajar berani mati. 
  56. “Apakah tandanya anak jantan?  Matinya di gelanggang (iaitu mati berjuang). 
  57. Keris pada suatu ketika dahulu menjadi pembela tetapi keris ketika ini sekadar menjadi simbol. 
  58. Gurauan: "Apa guna pergi ke bendang kalau tidak bertanam padi. Apa guna kering bersilang kalau takut sama bini.”

Rabu, Januari 02, 2013

Idealisme Perjuangan


Idealisme Perjuangan

Intipati Perjuangan - Ucapan Penutup Muzakarah Qiyadah ke 5 – Dr Siddiq Fadil

Kita berada untuk membina kekuatan rijal melalui kaedah tarbiyyah dan perkaderan. Kekuatan itu datang daripada pertolongan Allah s.w.t. dan kualiti umat Islam – kualiti mu’minin. Dia (Allah) memperkuatkan engkau dengan pertolongan-Nya (pertolongan Allah) dan dengan orang yang beriman. (surah :8, ayat: 62) Inilah dua factor kejayaan… bi nasrihi wa bil mu’minin.

Golongan al mu’minin seperti mereka yang berada di sekeliling Rasulullah s.a.w. Gelaran seperti al qawiyul amin (merujuk kepada Nabi Musa a.s.) dan hafizun alim (merujuk kepada Nabi Yusuf a.s.) serta banyak lagi. Perjuangan kita bertitik tolak daripada satu idealisme. Dalam keadaan mana pun idealism ini tidak boleh mati. Komitmen kepada idealisme itu menjadi sebab kita ingin membawa perubahan – menjadi agen perubahan. Kita ingin berubah bagi melaksana idealisme perjuangan.

Sejauh mana kita guna idealisme ini untuk didokongi orang-orang muda dan para pelajar kerana pada usia inilah mereka mempunyai idealisme yang cukup tinggi. Kerana idealisme itulah kita membuat perubahan. Tanpa idealisme buat apa kita inginkan perubahan? Ada kematian idealism pada sebuah pertubuhan. Mereka ini menjadi alat bagi mempertahankan kebobrokan. Persatuan itu melakukan kesilapan strategi besar kerana menyokong regim yang korup. Mereka mengkompromi idealisme dan mengkhianati perjuangan.

Kesempatan ini harus diambil supaya gerakan Islam yang tulen memenangi persaingan. Kesempatan ini perlu diambil demi menyelamatkan generasi muda bagi mengekalkan idealism perjuangan. Kenapa dikatakan mereka mengkhianati perjuangan? Sebabnya adalah mereka bukan saja menyokong parti korup tetapi parti itu merupakan budaya yang merosakkan umat – budaya kezaliman, budaya fitnah, budaya rasuah, budaya diskriminasi… Nama parti itupun telah dijadikan dan dimomokan sebagai sesuatu yang jelek. Mana mungkin gerakan muda Islam mendokong budaya buruk seperti ini. Apa telah jadi kepada idealism perjuangan mereka? Sebenarnya, persatuan ini telah melakukan satu kesalahan yang fatal.

Gerakan Massa 

Ada pergerakan Islam yang mempunyai dilema di antara sama ada menjadi gerakan eksklusif atau gerakan massa ( lebih terbuka dan inklusif). Kita tidak pernah ada dilema seperti ini. Kita mesti bersifat massa – jamahiriyyah. Pergerakan massa terbuka, inklusif dan mempunyai golongan teras – safwatul mukhtarah. Perkaderan itu penting. Dana juga cukup penting. Tetapi kekuatan kita adalah komitmen kepada perjuangan – ikhlas dalam perjuangan – itu yang membawa keberkatan.

Harus diingat babak bersejarah dan terpenting pada abad ke 20 adalah kebangkitan Islam dan perubahan yang dibawa. Siapa yang mendanainya, siapa yang membiayainya? Tidak ada kekuatan dana atau tokoh korporat. Kerana yang bangkit dan berjuang hanyalah anak-anak muda yang tidak ada apa-apa – namun itulah yang mencipta sejarah. Betapa banyak badan-badan yang kaya raya tetapi tidak ada usaha dan tidak ada pencapaiannya. Oleh itu, jangan tunggu dana semata-mata, buat sebaik mungkin kerana yang ikhlas itulah yang membawa keberkatan. Berpuluhan tahun gerakan ini disaingi, disabotaj, dihijack dan menghadapi pelbagai karenah serta gangguan.

Kita masih mempunyai keyakinan bahawa sesiapa yang ikhlas dalam perjuangan, itulah yang diterima oleh Allah swt sebagai amal yang ikhlas – mujahidin dan mukhlasin. Ada sekolah-sekolah kita didiskriminasi sedangkan lain-lain memperolehi bantuan. Gerakan ini pun sudah didiskriminasi. Namun dengan semangat juang, ini tidak akan memberikan kesan apa-apa pun. Bantuan kewangan kalau ada bagus, kalau tidak ada pun tidak mengapa. Gerakan kita berjaya bukan dari bantuan penguasa. Kita ingin katakan begini:- Andai yang ditahan itu memang hak kita, maka itu satu kezaliman. Andainya kita tidak berhak ke atas pemberian itu, kita ridha, kerana itu memang bukan hak kita. Tetapi kalau itu hak kita dan ia disekat, diselewengkan, maka setiap sen akan melaknat mereka yang menghalangnya daripada sampai kepada yang berhak.

Intipati Gerakan Substance kita adalah ilmu, fikrah dan komitmen perjuangan. Dengan pertolongan Allah swt, kita akan survive selama mana kita mempunyai substance – keilmuwan, pemikiran dan komitmen – keazaman perjuangan. Sunnatullah……Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. (Surah : 13, Ayat : 17) Jika bangkit semata-mata berdasarkan emosi, ia akan lekas lenyap. Inshallah, gerakan ini akan survive – mempunyai kelangsungan selagi mana memberikan manfaat kepada manusia…wa amma ma yan fa unnas.

Di tengah-tengah gelanggang ini mampukah kita terus memberikan manfaat kepada manusia, manfaat kepada Islam dan umat? Kita selamat selagi kita menjadi aset dan bukan liabiliti kepada umat. Namun, Islam mengajarkan kita bahawa bukan sahaja kita harus mempunyai substance tetapi perlu tampil dengan meyakinkan. Bekas atau packaging yang tidak menarik akan tidak terjual. Oleh itu bukan cuma substance tetapi juga penampilan – presentation.

Pencitraan wadah kita – imej – harus meyakinkan, memikat dan memukau. Lihat hadith kedua dari matan arba’in karya Imam al Nawawi. Selama ini kita menangkap tiga mesej utama iaitu Islam, Iman dan Ihsan tetapi mukadimah hadith ini pun perlu kita perhatikan iaitu penampilan Jibril a.s. - ….tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya…. Inilah yang dinamakan penampilan iaitu bukan semata-mata penyampaian mesej tetapi penampilan penyampaian yang impresif. Tidak wajar lagi penampilan yang lekeh dan tidak bermaya.

Kualiti Kepimpinan 

Pada akhirnya, kita ingin membina kepimpinan yang berkualiti. Adakah kita telah meletakkan set standard yang tinggi yang tidak mampu untuk dicapai, dipertahankan dan menyusahkan orang yang terkemudian? Standard ini adalah boleh dicapai – achievable – dengan melebarkan dan memperluaskan ilmu supaya tidak berkisar dan berbicara disiplin khusus masing-masing sahaja tetapi meliputi syariah dan pemikiran Islam bagi aliran yang bukan berasal pendidikan agama. Musalahah Kita menyokong usaha-usaha konsolidasi dalaman gerakan tetapi di samping konsolidasi itu harus ada musalahah – reconciliation.

Musalahah dengan kawan-kawan dan rakan-rakan yang terpisah akibat sesuatu yang telah berlalu pada masa dahulu. Masa telah berlalu dan harapannya telah timbul ketenangan dan kedamaian. Kita harus berusaha supaya gerakan kita terus membesar bukan mengecil. Carilah jalan kemungkinan untuk musalahah – perpaduan – setelah berlalunya masa kecuali mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah syariah yang tidak terampun seperti qazaf.

Sejarah 

Adalah sangat perlu supaya sama ada ahli, kader dan pimpinan mengetahui dan memahami sejarah perjuangan gerakan. Sejarah dianggap sebagai alat penting oleh tokoh-tokoh pengurusan – history as a leadership tool – bagaimana mengetahui sejarah dan mengetahui bagaimana untuk memanfaatkan sejarah. Sejarah bukan remeh atau mudah dipandang enteng oleh setengah orang – apa erti sejarah – nostalgia of irrelevant details – mengingati peperangan yang telah berlalu. Apabila timbul isu pertikaian dan ada yang tidak menghormati pandangan syura, maka kita tidak hairan dan tidak terkesan kerana kita mempunyai sejarah dan pengalaman dalam perkara yang sama sebelum ini.

Kita mampu menghadapinya. Sejarah kita penting dan kita perlu hasilkan karya atau memoir yang dapat merekodkan catatan perjalanan perjuangan gerakan. Baru-baru ini ada kuliah seorang professor Barat tentang sejarah tanah air yang terperinci tetapi bab kebangkitan Islam hanya sekadar kisah Kaum Muda sahaja. Babak terpenting kebangkitan Islam dan pemuda serta pelajar sekitar 60’an-80’an tidak dinyatakan olehnya dan ini menimbulkan reaksi hangat audien termasuk pengerusi forum tersebut

Khamis, Disember 27, 2012

Kalimah Allah: Sedalam Mana Sensitiviti & Keprihatinan Politik Kita?


Kalimah Allah: Sedalam Mana Sensitiviti & Keprihatinan Politik Kita?

Oleh Amidi Abd Manan (Presiden ABIM)

Pernyataan kedatangan agama Kristian beraliran Nestorian ke rantau ini di blog 1Malaysia Datuk Seri Najib, mengundang beberapa persoalan. Apakah tujuan pernyataan tersebut? Adakah ia bertujuan ingin menyatakan bahawa kehadiran agama Kristian adalah seusia dengan kedatangan Islam atau lebih awal lagi?

Adakah pernyataan ini ingin mengangkat fungsi dan watak agama Kristian yang mewarnai rantau ini dalam merubah masyarakat? Atau adakah ia sekadar pernyataan politik yang bertujuan menyantuni pengundi Kristian?

Pernyataan sumbangan Kristian terhadap pembangunan rantau ini perlu dibuat dengan berhati-hati apatah lagi apabila merujuk ke abad yang ke-7. Ia boleh mendatangkan kekeliruan tehadap latar belakang pembentukan budaya dan peradaban di rantau ini.

Menurut Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam telah memainkan peranan yang jauh lebih signifikan dalam pembentukan budaya dan peradaban di rantau ini. Ia telah membebaskan dan membentuk weltanschauung atau pandangan sarwa masyarakat di sini.

Pengaruh Islam telah jauh meresap ke dalam urat nadi umat manusia di sini yang terpancar dalam pemikiran, budaya, kesusasteraan dan peraturan hidup.

Kedatangan Islam telah merungkai pengaruh Hindu-Buddha dalam peradaban masyarakat di Nusantara. Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas menegaskan bahawa kehadiran Hindu-Buddha gagal merubah pandangan hidup masyarakat dan seterusnya tidak mampu menghasilkan satu kelainan yang memerdekakan masyarakat daripada fahaman animisme yang telah bertapak terlebih dahulu.

Dari pernyataan ini juga ia turut menatijahkan bahawa kedatangan Kristian juga gagal membentuk dan memberikan pengaruh yang bermakna terhadap kebudayaan dan peradaban masyarakat di sini. Tambahan pula Kristian aliran Nestorian yang merupakan aliran minoriti yang bermula di sekitar abad yang ke lima di Parsi.

Aliran ini mempercayai bahawa Isa (Jesus) merupakan anak angkat tuhan yang bertentangan dengan kepercayaan majoriti penganut Kristian yang menyatakan bahawa Jesus adalah anak tuhan dan bersatu dalam satu jasad. Ajaran Nestorian ini akhirnya terpencil dan semakin mengecil walau pun ada usaha untuk mengembangkannya sehingga ke tanah besar China.

Penyebaran Islam di rantau ini telah dilaksanakan dengan begitu teliti dan berhati-hati oleh para pendakwah Islam. Warna Hindu-Buddha yang begitu pekat perlu dicairkan dan diganti dengan warna Islam yang indah. Ketelitian itu turut melibat persoalan bahasa.

Bahasa memberikan makna dan seterusnya membentuk persepsi yang dikehendaki dan menanam keyakinan yang hakiki. Justeru itu menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, penyebaran agama Islam di rantau ini menggunakan bahasa Melayu dan bukan bahasa Jawa. Ini kerana bahasa Jawa telah diresapi oleh pengaruh Hindu-Buddha yang begitu pekat.

Para pendakwah ketika itu tidak menggunakan perkataan 'brahma' bagi merujuk tuhan yang esa sebagaimana yang digunakan oleh agama Hindu. Ini kerana konsep ketuhanan yang berbeza yang hendak disampaikan kepada mad'u. Tidak menyamakan 'dewa/deva' dengan malaikat juga kerana sebab yang sama.

Justeru kalimah 'Allah' yang digunakan oleh masyarakat di sini adalah unik dan khusus kepada konsep ketuhanan yang diperakui oleh Islam sahaja. Maka perkongsian perkataan adalah satu usaha yang berlawanan dengan budaya masyarakat di sini. Tambahan pula tiada hujah ilmiah yang menunjukkan perkongsian itu perlu diwajarkan. Hanya dakwaan ia telah digunakan berabad lamanya di tanah Arab bukan satu hujah yang kukuh.

Ini kerana kalimah Allah tidak digunakan dalam Bible versi asli yang diturunkan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (bahasa kaum Yahudi). Perkataan 'helluvah' atau Elohim digunakan bagi merujuk tuhan dalam bahasa tersebut. Apatah lagi versi bahasa Inggeris yang menggunakan 'god' bagi rujukan yang serupa.

Jadi apakah hujah yang wajar bagi perkataan Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu melainkan hujah penyebaran agama Kristian kepada masyarakat Melayu?

Jika alasan ia telah digunakan selama lebih 50 tahun di Sabah dan Sarawak ia adalah alasan yang terbit dari satu kesalahan situasi yang lahir dari kefahaman yang salah. Adakah kesalahan ini mahu dibiarkan atau perlu kepada pembetulan?

Bukan kerana takut berkongsi istilah yang sama. Jika kita lihat perkembangan agama Islam di Sabah dan Sarawak dalam masa 50 tahun ini, ia telah menunjukkan pertambahan yang ketara. Islam telah berkembang sehingga ke pedalaman dan terus berkembang dari semasa ke semasa.

Penghayatan Islam sudah semakin baik dengan pertambahan institusi pendidikan Islam dan disambut baik oleh masyarakat. Mereka yang berhujah kekhuatiran ini memberikan gambaran bahawa Islam ini kerdil juga telah tersilap.

Penegasan Allah dalam surah al-Ikhlas, yang dengan jelas menekankan 'Allah' adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan memberikan isyarat bahawa istilah 'Allah' jangan dipermudahkan.

Oleh itu gesaan Setiausaha Agung DAP, Yb Lim Guan Eng yang mahukan agar perkataan 'Allah' boleh digunakan oleh masyarakat Kristian dalam Bible versi Melayu jelas menunjukkan kejahilan beliau dalam persoalan ini. Ia hanya satu isu politik yang cuba ditonjolkan.

Polemik kalimah 'Allah' antara penganut Islam dan Kristian di Malaysia mesti dihentikan segera dengan menghormati waq'iy atau latar sejarah dan budaya masyarakat setempat.

Penegasan perasaan kesal yang mendalam terhadap ahli politik negara ini apabila isu kalimah 'Allah' ini digunakan untuk meraih sokongan sehingga menggadaikan maruah agama Islam dan memperjudikan keharmonian hubungan antara agama.

Pertubuhan dakwah di negara ini mahukan ketegasan yang ikhlas dalam memelihara agama khususnya agama Islam.

Ahad, Oktober 28, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tingkat Peranan Golongan Guru

Oleh: Amidi Abdul Manan

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi tempoh 2013 hingga 2025 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dua hari yang lepas. Ia disambut dengan pelbagai reaksi oleh pelbagai golongan samada yang terlibat lansung dengan pendidikan mahu pun secara tidak langsung.

Terkandung di dalamnya laporan maklum balas yang diterima dari sesi-sesi dialog pendidikan, persidangan, seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh pihak yang berminat mengenai pendidikan negara. Pendidikan bagi sesebuah negara adalah satu perkara yang amat penting. Di sinilah proses mencanai perkembangan dan potensi serta menakrif ciri dan identiti warga negara pada masa hadapan.
Bagi pendidikan di Malaysia ia terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah mendefinisi matlamat dan fungsi pendidikan di negara kita ini. Pelan  Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 22 tahun akan datang. Ia satu tempoh yang penting dan amat getir kerana dalam tempoh tersebut kita akan melalui tahun 2020 yang menakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Penulis tidak berhasrat untuk membincangkan PPPM secara keseluruhan dalam ruang yang terhad dan terbatas ini, tetapi sekadar berkongsi pandangan kerana PPPM masih pada peringkat draf dan ruang masih terbuka bagi maklum balas diajukan kepada Kementerian Pelajaran.

Dalam  PPPM, perkara yang paling menonjol adalah hasrat untuk melonjakkan pendidikan di Malaysia ke satu tahap yang setara dengan tahap antarabangsa. Baik dari sudut guru, kemudahan pendidikan, pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar mahupun kemahiran berfikir. Semuanya diletakkan kayu ukur yang menepati piawaian antarabangsa. TIMS dan PISA yang merupakan satu rujukan yang penting bagi menilai kedudukan negara dalam pembelajaran sains dan matematik turut menjadi perhatian dalam PPPM ini.

Ia sekali lagi merupakan satu ujian terhadap kemampuan kognitif pelajar. Sudah sampai masanya kita mencirikan pembelajaran sains dan matematik berakar umbi kepada masyarakat kita. Sains umpamanya perlu diajar seiring dengan nilai-nilai kehidupan dan kemanusiaan. Ia adalah satu bidang ilmu yang meliputi cakupan pancaindera dan bermatlamatkan untuk mengenali Allah sebagai Pencipta. Ia sarat dengan nilai-nilai yang mengukuhkan keyakinan kepada Allah. Menerusi nilai ini ia akan melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.

Sains dalam dimensi ini tidak mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah tamadun Barat yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam satu krisis kemanusiaan yang parah. Ramai pakar-pakar pendidikan mereka telah mula mengkritik sistem pendidikan mereka sendiri yang gagal memanusiakan manusia. Seperkara  yang menarik dalam PPPM ini adalah mengenai pelaku-pelaku pendidikan iaitu golongan guru. Secara jelas dan spesifik martabat guru akan diangkat bermula dari calon guru sehinggalah kepada latihan dan skim perkhidmatan.

Sememangnya ia disambut baik oleh kita semua memandangkan guru merupakan kelompok terpenting dalam mecorakkan masa depan negara menerusi pendidikan. Namun seharusnya hasrat ini melimpah kepada guru-guru di sekolah-sekolah agama yang bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran seperti sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri dan sekolah-sekolah agama persendirian.

Kesan perlaksanaan KSSR dan KSSM terhadap sekolah-sekolah ini amat dirasai. Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membuatkan sekolah-sekolah ini ketinggalan jauh dari sudut profesionalismenya. Kekurangan guru yang terlatih dalam bidang-bidang seperti pendidikan jasmani, seni, kemahiran hidup dan sebagainya amat ketara sekali. Jika diteliti pula dari aspek kokurikulum juga masih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Seharusnya wujud satu kaedah untuk membantu sekolah jenis ini bagi menghadapi perubahan sistem pendidikan yang semakin kompleks.

Persoalan-persoalan  yang timbul semenjak Laporan Razak perlu diselesaikan segera. Jika dahulu kita berhadapan dengan sekolah-sekolah vernekular, kini kita berhadapan pula dengan sekolah antarabangsa yang semakin subur dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Ia secara terang memberikan pilihan untuk rakyat keluar dari sistem pendidikan arus perdana jika tidak ditangani dengan berhati-hati.

Persoalan pendidikan menggamit perhatian banyak pihak. Ia melibatkan masa depan kita, masa depan negara dan yang lebih penting adalah masa depan kita di hadapan-Nya nanti.


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Khamis, September 27, 2012

Our condolences: The Muslim Brotherhood

A letter of condolences
(As appear in The New York Times; The Opinion Pages)

Today’s world is a global village; nations are closer than ever before. In such a world, respect for values and figures — religious or otherwise — that nations hold dear is a necessary requirement to build sustainable, mutually beneficial relationships.

Despite our resentment of the continued appearance of productions like the anti-Muslim film that led to the current violence, we do not hold the American government or its citizens responsible for acts of the few that abuse the laws protecting freedom of expression.

In a new democratic Egypt, Egyptians earned the right to voice their anger over such issues, and they expect their government to uphold and protect their right to do so. However, they should do so peacefully and within the bounds of the law.

The breach of the United States Embassy premises by Egyptian protesters is illegal under international law. The failure of the protecting police force has to be investigated.

We are relieved that no embassy staff in Cairo were harmed. Egypt is going through a state of revolutionary fluidity, and public anger needs to be dealt with responsibly and with caution. Our condolences to the American people for the loss of their ambassador and three members of the embassy staff in Libya.
We hope that the relationships that both Americans and Egyptians worked to build in the past couple of months can sustain the turbulence of this week’s events. Our nations have much to learn from each other as we embark on building the new Egypt. 

KHAIRAT EL-SHATER
Deputy President, Muslim Brotherhood
Cairo, Sept. 13, 2012 


(Source: 
http://www.nytimes.com/2012/09/14/opinion/our-condolences-the-muslim-brotherhood-says.html?_r=1)

Jumaat, Ogos 31, 2012

Fitrah & Huriyyah (Kebebasan) Asas Kebangkitan Umat

Fitrah & Huriyyah (Kebebasan) Asas Kebangkitan Umat
Oleh: Amidi Abd Manan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Aidilfitri secara harfiahnya boleh difahami sebagai hari meraikan fitrah. Fitrah yang dimaksudkan ialah fitrah keinsanan yang sudah disucikan daripada pencemaran selepas tewasnya hawa nafsu selama sebulan akibat daripada kekangan kelaparan. Hawa nafsu yang keterlaluan perlu ditewaskan jika kita inginkan pengembalian potensi kemanusiaan dalam diri kita.

Fitrah adalah satu perkataan yang mempunyai kaitan dengan perubahan. Malik Ben Nabi dalam mengemukakan teori ketamadunannya, menggelarkan kelompok yang berupaya menggerakkan sebuah kebangkitan semula sejarah sesuatu bangsa dengan gelaran Rajul al-Fitrah. Rajul al-Fitrah dicirikan dengan daya ubah yang tinggi selain semangat berdikari yang kental.

Generasi ini tidak mudah berpuas hati dengan keadaan dimiliki hari ini. Mereka sentiasa berusaha memperbaiki diri, baik dari sudut ilmu dan kemahiran. Mereka lebih bersikap reseptif dalam mempelajari sesuatu, mahupun menerima idea perubahan.

Generasi ini juga amat dekat dengan persekitaran. Menggunakan segala manfaat yang boleh diambil daripada persekitarannya dan mampu menggunakan kreativiti bagi menghasil produk baru.


Generasi Rajul al-Hadarah

Lawan kepada generasi ini digelar oleh Malik Ben Nabi sebagai Rajul al-Hadarah. Generasi ini adalah generasi yang selesa dan senang dengan kenikmatan hidup hari ini. 

Generasi ini dicirikan dengan kemalasan untuk berusaha dalam memperbaiki diri. Malah untuk keselamatan dirinya pun diletakkan kepada pihak berkuasa atau pun pihak lain yang dirasakan patut bertanggungjawab.

Generasi ini tidak mahu bersusah payah mempelajari ilmu dan kemahiran baru dan menolak segala bentuk idea baru yang dirasakan boleh menggugat keselesaan kehidupan seharian mereka.

Golongan inilah yang akhirnya akan menjerumuskan sesebuah tamadun ke dalam fasa kemerosotan yang dicirikan dengan kematian idea. 

Generasi ini juga mempunyai sifat materialistik yang keterlaluan terhasil akibat kegagalan memahami situasi atau keadaan yang melampaui batasan fizikal.

Inilah maksud yang lebih mendalam apabila dilihat dalam konteks ketamadunan manusia daripada kalimah fitrah itu sendiri. Fitrah mestilah berupaya menghasilkan perubahan diri ke arah kebaikan; Mampu melahirkan manusia tulus mengakui kelemahan dirinya dan terlindung daripada pencemaran keangkuhan. 

Fitrah juga mestilah mampu menyucikan segala bentuk kemalasan dan mampu menghijrahkan diri ke martabat lebih tinggi lagi.

Gandingan fitrah dan huriyyah

Apabila gandingan perayaan antara fitrah dan huriyyah (kemerdekaan), ia menjadi lebih besar maknanya. Ia sepatutnya menjadi suatu perayaan yang mengangkat karamah insaniah (kemuliaan insan) ke tahap sepatutnya.

Manusia yang kembali kepada fitrahnya adalah manusia yang berjaya memerdekakan dirinya daripada sebarang kekangan yang boleh merendahkan martabat keinsanannya. Justeru, hari kemerdekaan yang bakal menjelma ini wajar kita jadikan satu hari untuk melakukan muhasabah. Merenung masa depan sebuah negara dan tamadun.

Jika kita ingin menjadi generasi pencetus kebangkitan sebuah tamadun, kita perlu menghilangkan rasa selesa dengan keadaan hari ini dan bangun bergerak ke arah lebih baik. Generasi muda mesti keluar daripada zon selesa dan mula mengubah diri dengan potensi fitrah yang terbina sepanjang Ramadan lalu.

Peringatan kepada kita

Jangan kita alpa dan lalai kerana masa tidak pernah menunggu kita. Rasa selesa dengan keadaan hari ini secara keterlaluan akan membuatkan kita lambat untuk berubah. Guna suasana selesa ini untuk melakukan perubahan ke arah lebih baik. Bukankah semangat Ramadan menuntut kita agar terus menambah dan memperbanyakkan amalan apabila menuju ke penghujungnya?

Jangan kita leka dengan kemerdekaan negara yang kita peroleh hari ini. Kita hanya merdeka dari segi pemerintahan dan pentadbiran tetapi kita masih terjajah dari sudut ekonomi apabila kita hanya sebagai penumpang bukan pemain global dari sudut ekonomi dunia. K

Kita juga masih perlu membina pelbagai kemahiran dan kepakaran jika kita benar-benar ingin bebas dari sebarang penguasaan asing.

Begitu juga dengan penjajahan pemikiran yang secara keseluruhannya menguasai dunia Islam hari ini. Inilah perjuangan kemerdekaan generasi muda hari ini. 

Lengkapkan diri kita dengan ciri Rajul al-Fitrah jika kita benar-benar cintakan sebuah kemerdekaan.

Rabu, Julai 25, 2012

Program Wakaf Al Quran dan Daie


Bagi menyahut video save Maryam, saya mengajak sahabat dan seluruh kenalan saya untuk sama-sama menyumbang bersama kami, melalui abim. Mohon sampaikan kepada mana-mana hartawan dan dermawan yang mahu bersama-sama. Ini sumbangan kecil saya untuk umat. Saya doakan sahabat sekelian Kemudahan untuk menyumbang sama.

Selasa, Julai 24, 2012

Save Maryam




Approximately 2 million people in Indonesia leave Islam for Christianity every year.

Why is this the case? Why are people not satisfied with Islam? Why are they willing to abandon Allah?

Join us in our mission to save a generation of Indonesians and help us bring Islam back into their lives. Spread the word. Save Maryam.

Website: http://savemaryam.com
Donate: http://savemaryam.com/donate.php
Like us: http://facebook.com/whoismaryam
Follow us: http://twitter.com/savemaryam

Ahad, Julai 22, 2012

PrinsiP kejuruteraan insan


Kejuruteraan Insan adalah suatu pengoperasian yang bersistematik dalam membina dan mengkoordinasi suatu pembangunan insani, dan seterusnya akan melahirkan suatu generasi yang terarah dan tersusun dalam suatu sistem sosial yang kompleks dan pelbagai. Dengan erti kata lain, Kejuruteraan Insan adalah proses membina manusia menjadi Khalifah yang berfungsi.

Berikut adalah prinsip-prinsip dalam merangka produk Kejuruteraan Insan.
Program membina manusia menjadi khalifah yang berfungsi perlu mencapai objektif berikut:
  1. Membina generasi bertamadun dan berukun
  2. Melahirkan masyarakat Rabbani dan Madani, iaitu masyarakat yang hidup dalam amal Islami dan relevan setiap zaman.
  3. Menjana potensi dalam kepelbagaian kecerdasan.
  4. Mengawal selia sistem dan operasi pengurusan insan secara bersistematik dan terancang.
  5. Menggarap sumber keinsanan bagi menerap semangat kesukarelaan dalam melakukan amalan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  6. Mencetus dan meraikan budaya penambah-baikan dalam membina dan meneguhkan prinsip-prinsip kesejagatan ummat.
  7. Meraikan keunikan dalam kesamaan serta keindahan dalam kepelbagaian; berpaksikan dan berpandukan Akidah Tauhidiq.
  8. Menerapkan amal jama'iy, dalam setiap perlakuan dengan mengiktiraf kepimpinan dalam kepersatuanan.
  9. Memandang dan meletakkan visi masa depan dengan positif dan optimis, serta penuh beriltizam dengan meletakkan cabaran dan halangan adalah ujian dari Tuhan.


Prinsip yang ditulis di atas juga boleh dijadikan sebagai standard atau kayu-ukur atau benchmarking apabila mengkritik program motivasi yang dianjurkan oleh   kita atau mana-mana pihak.

Sekurang-kurangnya, kaedah ini yang saya gunakan untuk merangka modul dan program yang saya anjurkan!


Sabtu, Julai 21, 2012

Lebih baik tidak sekolah

Lebih baik Tidak Sekolah!

Begitulah tajuk sebuah buku kecil nukilan Bapak Sujono Samba yang memperkatakan tentang tragedi dan masa depan pendidikan di Indonesia. Dalam perkembangannya, sekolah ternyata tidak menjadi media pembebasan dan penanaman nilai-nilai kemanusiaan. Sekolah sudah menjadi penjara yang memisahkan anak didik dari dinamika persoalan masyarakatnya. Semakin lama seseorang bersekolah semakin besar jarak antara dirinya dan realiti kehidupan yang sebenarnya. 

Sekolah bukan lagi tempat untuk belajar melainkan tempat siswa diarahkan dan di”design” menurut pola yg sudah baku. Dengan demikian, lembaga pendidikan gagal menjalankan tugasnya yang paling dasar iaitu membantu seorang menjadi manusia yang bebas dan merdeka. Sekolah sudah sepertinya “factory” atau kilang yang tugasnya hanya mencetak watak-watak manusia A+ dan menolak manusia lain yang hanya mendapat B dan C. Malah yang berstatus D dan F akan terus tersingkir dengan sendirinya.


Di Malaysia tidak kurang keresahannya. Dalam keributan kita menentukan sistem yang terbaik kita mula meminggirkan aspek teras bangsa dan budaya apabila berterusan meminggirkan Bahasa Melayu dan tulisan jawi. Keranda Bahasa Melayu diusung secara simbolik tanda protes bahawa watak bangsa akan terhapus dengan peminggiran Bahasa Melayu.


Sudah nampak riak akan berlaku kebobrokan dalam aspek nilai serta produk manusia dalam masyarakat dengan meningkatnya gejala sosial di kalangan anak muda saban hari. Dari memaknai soal mendidik asalnya ia sudah menjadi mencetak, di kala sekolah diperjuangkan untuk rakyat dan pendidikan percuma adalah hak asasi rakyat, aspirasi itu dimatikan dengan pembinaan institusi pendidikan swasta yang terus mematikan hasrat rakyat kononnya ia dibina demi kualiti pendidikan.


Begitulah seterusnya episod -episod menyayat hati dalam isu pendidikan Negara yang kemudiannya menjadikan anak-anak kita sebagai eksperimen dan tikus makmal bagi menguji keberkesanan setiap kali dasar pendidikan baru dirombak.


Semua menjadi kalut dan cemas! Ibu bapa sudah tidak ketahuan jadual peperiksaan anak-anak. Guru-guru menggalas beban dengan kelas tambahan dan tuisyen. Anak-anak sudah terobses dengan kecemerlangan akademik atas permintaan pasaran dan prosedur dunia. 


Ivan Illich pernah mengejutkan masyarakat dengan gagasan kontroversinya tentang “deshcooling society” (masyarakat tanpa sekolah).Illich meramalkan bahawa jika pengetahuan dan tingkat kedewasaan masyarakat sudah berkembang dengan wajar maka institusi-institusi pendidikan formal tidak lagi diperlukan.


Masyarakat akan mampu menjalankan fungsi pendidikan lewat elemen sosial dan budaya yang luas tanpa harus terikat dengan autoriti kelembagaan seperti sekolah. Ertinya dalam masyarakat ini sekolah sudah tidak diperlukan lagi. Gagasan ini sampai sekarang masih belum terbukti dalam kehidupan konkrit. Tetapi jika dilihat dengan mendalam,maka betapa tepatnya Illich dalam menilai dan mendiskripsi kewujudan lembaga pendidikan.


Dalam serba ketidaktentuan arah pendidikan ini, terbitnya buku “Excellence Wihout Soul “ karya Harry. R. Lewis yang membicarakan tentang Universiti Harvard yang sudah kehilangan ruh dan menghadapi bencana kehilangan arah tujuan. Ketika Harvard memikul jenama Universiti tertua, ternama dan terunggul di dunia, mereka telah melupakan “the fundamental job of undergraduate education”~tanggungjawab dasar terhadap anak didik termasuk “to help them grow up, to learn who they are, to search for a larger purpose for their lives and to leave college as better human beings”.


Oleh yang demikian, sistem pendidikan Negara sewajarnya menjaja pendidikan keinsanan yang mana seharusnya ia memaknai sabda nabawi” kharu ‘n-nas anfa’uhum li n-nas (orang yang terbaik adalah yang paling berguna kepada orang lain). Anak bangsa ini harus didik untuk terus menjadi warga yang baik, anak yang meletakkan sifat keinsanan serta mengangkat darjat Karamah Insaniyyah serta menjadi manusia yang terus memanfaatkan manusia lain.Ini juga nyata bertepatan dengan kata pujangga Melayu dalam menggambarkan erti manusia yang baik dan bermanfaat itu adalah;

Bagaikan kayu besar di tengah padang;
Rimbun daunnya tempat berteduh;
Kuat dahannya tempat bergantung;
Kukuh batangnya tempat bersandar;
Besar akarnya tempat bersila.


Fadhlina Siddiq
Naib Presiden (HELWA)
Angkatan Belia Islam Malaysia