Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Isnin, Februari 18, 2013

Catatan Usrah: Harta dunia; harta akhirat

Naqib: Dato’ Shakir Husein Khalid

Maksud Surah 23. Al-Mu’minun, Ayat 115:
Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
 
  1. Ayat ini memberikan satu mesej yang jelas bahawa matlamat kehidupan kita adalah sebagai menyambung misi Rasulullah SAW. 
  2. Seseorang itu dianggap lari dari kehidupan yang sebenarnya apabila: 
    1. Adanya perasaan tamak yang dilayan. 
    2. Kelalaian dan kerakusan yang diberikan usaha yang lebih. 
    3. Ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya yang ditinggalkan 
  3. Mengumpul harta sebagai satu-satunya matlamat hidup merupakan satu kerja yang sia-sia tetapi mengumpul harta adalah untuk dimanfaatkan. 
  4. Ramai yang membesarkan rumah mereka di dunia tetapi tidak ramai yang membesarkan rumah mereka di akhirat, sedangkan kehidupan ini merupakan kehidupan yang sementara. 
  5. Bayangkan, sebagai contoh, orang yang sedang bermusafir dan apabila berhenti di suatu tempat untuk bermalam sementara, maka dipasangkannya khemah buat berteduh.  Adakah orang tersebut akan berhabis-habisan dan bersungguh-sungguh untuk menghias khemahnya sedangkan dia tahu bahawa dia hanya singgah di situ untuk satu malam sahaja? 
  6. Tamak yang dilayan adalah seseorang yang meletakkan segala usahanya semata-mata untuk duniawinya.  Mereka lupa matlamat asal kehidupan. 
  7. Orang yang cuba meluaskan dunia ini untuk dirinya sahaja menyangka bahawa mereka sudah berbuat baik tetapi sebenarnya tidak banyak membantu mereka di akhirat kelak dan di sisi Allah tidak bernilai.  Namun, sekiranya ia meluaskan dunia ini untuk dimanfaatkan oleh orang lain demi hal-hal yang berbentuk kebaikan, maka sesungguhnya dia telah meluaskan penginapannya di akhirat. 
  8. Perkara yang menjadi kayu pengukur masuknya seseorang ke syurga adalah atas dasar ketaqwaannya dan kehambaan mutlak kepada Allah. 
  9. Kata-kata Saidina Umar al-Khattab, Taqwa adalah umpama kamu berjalan penuh hati-hati di dalam hutan yang penuh dengan duri dan onak, supaya tidak terpijak duri dan onak tersebut.  Sudah tentu kita akan berjaga-jaga ketika berjalan kerana khuatir duri tersebut akan mencederakan kaki kita. 
  10. Kekuatan yang ada hanyalah pada Allah dan jadilah hamba-hambaNya yang terbaik!
  Respon

  1. Dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.  Carilah seberapa banyak harta di dunia tetapi gunakanlah ia buat pelaburan di akhirat, carilah harta untuk Islam. 
  2. Hakikatnya, ketahuilah bahawa sesungguhnya “harta sendiri” adalah apa yang dibelanjakan kepada jalan Allah SWT di mana ianya membawa manfaat besar buat kita di akhirat kelak tetapi “harta yang ditinggalkan” apabila kita mati, merupakan “harta waris”.
 

Selasa, Januari 31, 2012

Hayati Keunggulan Konsep Wassatiyyah

Kesederhanaan atau wasatiyyah adalah identiti agama Islam. Islam mengajar penganutnya agar mengamalkan segala suruhan dan menjauhi segala larangan tanpa sebarang tokok tambah yang menyusahkan. Dalam Islam sesuatu yang menyusahkan bukanlah sesuatu yang terbaik. Maka sebab itulah kita dianjurkan untuk segera berbuka puasa dan melewatkan pula sahurnya. Begitu juga dalam ibadah yang lain. Ini dapat kita perhatikan apabila teguran yang Nabi Muhammad s.a.w berikan kepada sekumpulan sahabat yang mahu mengekang nafsu dari berkahwin, tidak mahu berbuka apabila berpuasa dan mengharamkan diri dari memakan daging yang halal.

Baginda mengingatkan, kepada mereka, sedangkan Baginda sendiri seorang Nabi, Baginda berkahwin, berbuka apabila berpuasa dan memakan daging yang dihalalkan. Lantas Baginda memberikan penegasan bahawa sesiapa yang tidak menyukai sunnah Baginda dia bukanlah terdiri dari umat Nabi Muhammad. Wasatiyyah dalam Islam bukan terhenti sekadar pada ibadah semata-mata, tetapi juga dari sudut pemikiran, akidah dan akhlak. Kesederhanaan menjadikan Islam itu indah dan mampu menarik manusia untuk mendekatinya. Menakrifkan kesederhanaan atau wasatiyyah bukanlah mudah. Ini diakui sendiri oleh Ibnu Maskaweh yang menyatakan: “Sesungguhnya sukar menentukan pertengahan itu dan berpegang kepadanya setelah ,menetapkannya”

Wasatiyyah juga bukanlah bererti menghindari segala bentuk tindakan yang agresif. Baik bersifat persendirian mahupun berkumpulan. Peperangan bagi menuntut hak dan mengembalikan kebenaran ditempatnya adalah satu tindakan yang masih lagi dalam ruang lingkup wasatiyyah. Golongan yang tertindas apabila bangkit menentang kezaliman tidaklah dianggap sebagai golongan pelampau dalam Islam.

Menentang segala ketidakadilan dan penindasan adalah suatu tugas yang wajib dilaksanakan oleh setiap kaum muslimin. Malah membebaskan puak yang tertindas dan dizalimi amat dituntut oleh Islam. Wasatiyyah juga bukan bermaksud menerima kedua-dua pandangan yang berada pada dua hujung yang saling bertentangan. Menerima segala-galanya demi menjaga hati dan menjauhi kemarahan mana-mana pihak. 

Mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan bukanlah ciri wasatiyyah Islam yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam perlu memelihara prinsip dengan tegas dan jangan sesekali membenarkan prinsip ajaran Islam diperkotak- katikkan dengan mudah. Inilah yang sering disalah tafsir oleh masyarakat Barat. Mereka mahukan konsep wasatiyyah selari dengan pandangan hidup yang moderat.

Mereka melabelkan sesiapa sahaja yang berpegang teguh dengan ajaran agama sebagai fundamentalis yang ekstrem. Pada mereka muslim yang moderat adalah muslim yang mengamalkan agama Islam seperti kacamata mereka terhadap agama Kristian. Kristian hanya pada nama, bukan amalan dan kepercayaan. Mereka dengan bangga menyatakan I’m a Christian, but I’m not going to the church every Sunday. Pada mereka cukuplah sekadar ada agama tapi untuk mengamalkannya jauh sekali.

Mereka dengan segera dan rakus melabelkan pejuang jihad sebagai ekstremis. Walau apa pun alasannya, jihad adalah satu keganasan. Mereka dengan penuh rasa benci menyatakan bahawa Islam adalah agama peperangan. Kalimah jihad mesti dihapuskan dari kamus ajaran Islam. Bagi mereka moderat adalah kelompok yang berfikiran terbuka dan menerima apa saja dari siapa sahaja tanpa kayu ukur kebenaran. 

Kebenaran bagi mereka bersifat relatif bukan sesuatu yang muktamad. Kebenaran diukur menerusi citarasa dan sokongan majoriti. Pada mereka pula segala pandangan yang bersumberkan kitab suci agama yang mengenepikan pilihan atau kecenderungan manusia adalah tidak moderat dan tertutup. Justeru apabila kita berbicara mengenai wasatiyyah ia adalah satu konsep yang jauh dengan terjemahan moderat dalam masyarakat barat.

Kita mesti berpegang dengan keutuhan konsep wasatiyyah yang dianjurkan oleh Islam. Konsep wasatiyyah adalah konsep yang murni bagi memelihara karamah insaniyah yang tinggi. Bagi memastikan konsep wasatiyyah ini dapat dipelihara dan diamalkan oleh masyarakat, maka satu agenda diperlukan bagi menghapuskan sebarang bentuk belenggu yang bercirikan pembodohan dan pembebalan. Ini kerana sifat bodoh dan bebal akan menjerumuskan kita ke lembah ketaksuban dan kehancuran. Ia mengingkari konsep wasatiyyah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Amidi Abd Manan
(Sumber: http://www.abim.org.my/component/content/article/6-laporan-aktiviti/342-pertahankan-keunggulan-konsep-wassatiyyah.html)

Isnin, Disember 05, 2011

Ucapan Dasar Presiden PEPIAS 2011 (MATP-20)

Ucapan Dasar Presiden PEPIAS 2011 (MATP20)

Khamis, November 17, 2011

PPSMI lagi - Q&A with DPM (2009)


Q&A with Tan Sri Muhyidin Yassin on PPSMI issues 

July 9, 2009


2012 deadline on Science and Maths to cushion impact


Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin answers questions related to the reversal in the Teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) policy during a press conference Wednesday.
Question: You were saying that it will come into effect in 2012 and the implementation will be conducted in stages. However, you say that changes would not involve Form 6 and matriculation. Does this mean the extension of English learning hours will come into effect immediately for Form 6 and matriculation?
Muhyiddin: We want to have a soft landing. When we announced today this new decision, that soft landing only means we will only begin at 2012. At the same time it allow us to make all the necessary preparations. As I have announced just now, the number of teachers to be recruited and then the new sort of co-curriculum books we need to introduce to support. This all takes time. I do believe within the time frame we should be able to fufill the requirement. Regards to matriculation and the STPM, the ministry and of course the Cabinet endorsed that they should remain as it is. As you move that way, there is already a lot of English that has been taught at that level. At the same time, we believe that at the stage they reached Form 5, there is very basic strength in terms of command of Bahasa Malaysia. So when you reach that stage of Form 6 or matriculation, you have a strong command of both. But of course we propose to strengthen it further by adding the number of hours at the matriculation and STPM level. That means more time would be given to increase their proficiency and command of the English language.
Q: Tan Sri, with the new decision made by the Education Ministry, is this not in conflict with the aspirations of former Prime Minister Tun Dr Mahathir (Mohamad) who introduced the PPSMI?
A: Yes, I had the opportunity to give a briefing at Tun’s residence along with the director-general and my senior officers. (We) respect that Tun is the initiator of PPSMI and we had a long briefing which stretched more than three hours. Everything was explained. My officers and I had shown what is the success or problems faced by the involved parties in making his vision a success if Science and Maths could be taught in English. So we presented everything and it was then we could inform (him) of the shortcomings our people faced that made it difficult for us to continue with the PPSMI that he proposed. And especially, we have informed (him) of the primary and secondary school standards - which had quite a huge gap and the achievement of students in national schools compared to vernacular schools ie Chinese and Tamil schools. Secondly, the capabilities of the teachers in carrying this out and as I have said earlier, we face a problem because a huge portion of our teachers are not fluent in English....if we continue with it, we are worried of the consequences towards learning. The reasoning is quite clear. It is not that good. Tun has accepted our view. In addition, Tun has also stressed why he proposed the PPSMI. Among (the reasons) is to ensure that Malaysians would really master English as one of the main languages in the world and we want all Malaysians to have the ability to master dual languages which is our national language and English. I explained to him that this is also our aspiration and this is why it is time for me to make the decision today. The Cabinet has approved - we have explained - not only why we are not continuing with PPSMI but more importantly, what are the steps taken to ensure that the status of Bahasa Malaysia is strengthened. The example that we gave Tun was that the periods for teaching English would be increased in time and we would also increase the number of experienced English teachers. Just now, I mentioned 13,000 teachers that we have to recruit. It is a Government commitment towards that. On top of that, Tun also gave his point of view on where we should apply ICT, simple interactive computers that can be used by the students to help them master English. He gave a few suggestions. Those are suggestions which we accept. As I have said earlier, one of the supports we would create is language labs and in addition, with Tun’s suggestions, we would also use technology aid during lessons. The suggestion to use computers to aid the teaching of English we would also take into consideration. And Tun has personally told us that whoever he meets (on that matter), he would bring the relevant parties to us and we are prepared to accept them. Basically, after I have informed that, as it was witnessed by my officers Tun listened and accepted reality eventhough there were a few other suggestions that he aired and that is not a problem to us. We accept. Especially on the matter of mastering English. He gave a lot of examples. So we accept. In China, nearly 200 million of its people are making the effort to learn English. They want to be experts (in English). China’s education system is still based on Mandarin. Because they want to be experts, they have added and increased the learning time for English. And this is what we want to implement in Malaysia and I have mentioned several additional initiatives that we would do such as a fixed English language day which we would have in national schools. During school holidays we could organise summer camps for mastering English... maybe for a week or so. What is important is the syllabus and time table that I have said earlier which can be said not only strengthens but increases the time to nearly 100%. It is the increase of time on top of the current time table that made him see my explanation and made Tun accept the status.
Q: Was the PPSMI a complete failure? A: Well, I wouldn’t say that it is a complete failure. It has not achieved the desired objective. The thing is that the students that got through this system acquired knowledge. It is not a total failure but it is a slow process to achieve even what this PPSMI was supposed to originally achieve. We can continue with it as an option for example but it would take you another 10 to 15 years. By that time I think many things have happened which might not help the student but as far as the education system is concerned - it is not good for us.
Q: PPSMI wasn’t given enough time to come to fruition. A: Well, there were some proposals that it (today's decision) should be made earlier. Some three years ago there was a move to remove it but I think that was a bit premature. So now we have gone through one complete cycle - one cycle. So one exercise to review is correct because we have seen and been able to evaluate the one cycle. What is the position? We have been able to find out this position. So when we saw we cannot allow it for another six more years or five more years? Yes we can but what will be the reprecussion to the students concerned? Will they improve. We are not sure because there are a lot of things we believe are not in that position. Not in the position to deal with the situation of the sort. So the option is to look at what we need. I think parents in Malaysia, I am a parent and would like to see my child or boys and girls have a strong command of English. That is the thinking of all Malaysians. If that is the case, what will be the best modus operandi, the approach we do it? Is it through learning of Maths and Science through English or strengthening the learning of English itself? So we believe this is the better way. Strengthening by way of teaching and learning in English. Getting the right staff and support system. Right technology. Good teachers. Added incentive, added hours. So as you can see from what we have announced, I would believe it put us, our children in a much better position and I did also mentioned that we need to make sure that at the early formative years from Standard One to Standard Six, the six years, the early part when they go to school we must send the best teachers especially in English. They should have within one or two years better command of English. They don’t have to wait for 15 years. If you can see how families that go to kindergarden that has English as the means of instruction, we can see how they fare better within a shorter period of time. So the time that we make this sort of decision to reinforce the learning of English I think it is an appropriate time.
Q: Does this mean that English would become a compulsory subject in SPM? A: That is something which we have to look at because I don’t think it is a right time today to say that we’re moving, enforcing. But as you know when I mooted this idea the response from Malaysians from many vested groups and NGOs, is tremendous. They want to see this implemented as soon as possible, a pass in English or something compulsory before you get a certificate but... I think it will come to a correct time when we all have to make a decision on that later on. If we believe that this system that we are putting into place beginning 2012 will put us in a better state then maybe it is also the right time to make that sort of pass in English as compulsory, that will be the next thing we have to look at. The question is a lot of people think and agree but they say I want you to make sure there are enough teachers, make sure the system is good before enforcing. So we have to look into it.
Q: Six years have gone, do you think the students involved in this circle of time have become guinea pigs because of this decision? A: They are not. They are still humans (laughter from reporters). One, my son is in school and I don’t see him change. I’m talking about improving the command of English that is basically what the reason PPSMI is all about. It’s about learning Maths and Science through English and as far as knowledge is concerned I don’t think we compromise too much. In terms of proficiency of English it hasn’t seen any marked improvement. It is very nominal in nature.
Q: Six years for the government to realise? It’s a very long time. A: Yes, yes we realised it earlier. You must understand the system. We realised it earlier. But at that stage if we start changing, it is too premature. We haven’t got a full cycle, half way through. Today we learn in English and next instant Bahasa Malaysia. If you are in that state you become confused. So the Government is reasonable. To make sure you complete the whole thing. And then we have got a much fairer picture of what decision to make. It must be a correct decision. We cannot make another decision which might lead to people saying, you review it again. I don’t think that is fair. So that’s why we need to take a bit of time. Even when I came to the ministry, people say tomorrow you have to change it. No, I said I’ll take two or three months and I am not making a decision to just stop PPSMI. I am making an option on what I call a new deal for the Malaysian education system. I’m basically reinforcing, strengthening of English and at the same time keep Bahasa Malaysia’s prestige.
Q: What about those who are involved in the creating/printing of text books, especially the English ones? A: I think that maybe a portion of it can still be used because we have the dual language state. Secondly, when we introduced this, we also need to print new books in English. For example, additional books on Bahasa Malaysia tatabahasa or grammar for English, the literature component and maybe we would need novels. We might need to print (more books) for literature to supply to the schools. Whatever it may be, whatever we need to use, we would use.
Q: Will the announcement boost (Barisan Nasional) in the Manek Urai by-election? A: This decision is not political (laughter). I must say that. I do not take this opportunity to gain political mileage. I want to say that it is not a consideration made based on Manek Urai. What is Manek Urai to the question of the people and the country’s future. (laughter from the crowd). What is important is that Barisan Nasional will win in Manek Urai, Insya-Allah. But this is about our children’s future, so our decision is made based on the objective and not political consideration. I want to explain this although the opposition will make their own judgement. The root of the issue is that this was made based on an objective consideration based on the empirical and scientific results gathered from specific studies. Based on this principle, this is what we are doing, not political consideration although people say you need political will to make a decision but that is not the main criteria, it is being view from the context of necessity.
Q: Billions of ringgit has been spent? A: Yes, if we have to continue, we will spend another billion ringgit. Correct, Whatever it is in our expenditure system, nothing is free. But in terms of expenditure, we do not want a system that is not effective to continue. It is not effective and did not give the impact. Spending is one issue, but if our goal is not achieved, this is double jeopardy. It is better we take one brave step and make the decision. What we have spent has been spent, but not all are burnt because the computers can still be used. We will modify and instal new software to further strength our support system that we used through ICT. So the question of spending, but whatever decision we make and by making the changes, we also spent money. It is not that no cost is involved in the changes.
Q: The rational in the use of vernacular languages in SJKC and SJKT over Bahasa Malaysia. Can you tell why these schools are allowed to use the vernacular languages and not BM? A: BM is for the students who understand at national schools. According to a Unesco research, children pick up knowledge easier via the mother-tougue and that is why we have the advantage although BM is our national language but we did not restrict the use of Chinese and Tamil. For these students, to use English in Maths and Science, they understand but not as well as when both the subjects are taught in their mother-tongue. A majority of the rural students are Malays and they would understand better when the two subjects are taught in Malay. That is why we made such a decision because it is proven in studies done all over the world. So I think Malaysia is not excluded from this fact.
Q: By taking the stand to teach Tamil and Chinese in the primary schools, does it help Malaysians to master English? A: This can be debated lah (laughter) but this system has been in existence. We are not discussing this matter today. Eventhough we have stated officialy that Bahasa Malaysia is our unity language, the system that we use is national schools and vernacular schools. So I do not want to turn it into a polemic matter but the root of the issue is that we have made a decision on matters of learning.
Q: Does this mean that Science and Maths in IPTA reverts to Bahasa Malaysia? A: I do not think so. They will remain. We are not talking about the higher education system.
Q: There was a change in the system following PPSMI in 2003. A: Form 6 still maintains whatever medium it uses now, which is English. And when Form 6 students enter university, they will continue to use whatever language they used in Form 6 and matriculation. So we do not need to do any changes or amendments. It means, when they reached that level, I believe the students have already possessed 11 years of Bahasa Malaysia and in addition to programmes to maintain the prestige of Bahasa Malaysia, their command of language would even be stronger. That student then has a choice to pick whichever language he wants. If he wants to use English, he would then continue using English. So when our children reach university level with basic Bahasa Malaysia, he still can use English in university.
Q: (Is it) up to the IPTA to decide? A: I think the IPTA would not make any changes in whatever policy they have. It will remain.
Q: Will you have a shortage of teachers just like in PPSMI? A: Well, for this purpose we have mentioned more than 13,000 that needs to be recruited. That’s why we need time and we have mentioned the four sources that the teachers will be recruited. They must be fully qualified. So I hope with the decision we made today, endorsed by the Cabinet, and of course whwere the Ministry of Finance is concerned, to fund the increased manpower. Then we should have the numbers we require.

Isnin, September 12, 2011

Idealisme, aktivisme dan intelektualisme gerakan mahasiswa

Idealisme, aktivisme, dan intelektualisme gerakan mahasiswa
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin




Dalam kesibukan memenuhi undangan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai bersempena bulan Syawal dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, golongan pelajar merupakan golongan yang sibuk dalam menghadapi persediaan sama ada persiapan menduduki peperiksaan UPSR bagi pelajar sekolah rendah dan peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar sekolah menengah. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada adik-adik yang sedang berjuang menghadapi musim peperiksaan ini.

Tidak dilupakan juga kepada golongan pelajar yang akan bergelar sebagai mahasiswa yang sedang mengikuti minggu orientasi atau minggu taaruf di universiti masing-masing. Ahlan wassahlan wa marhaban bikum dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru yang berdaftar pada kemasukan kali ini. PKPIM amat mengalu-alukan kedatangan para pelajar sebagai keluarga baru IPT. Tahniah kerana kalian sedang dalam proses melangkah ke arah fasa baru kehidupan yang akan mencorakkan hala tuju masa depan anda kelak. Sesungguhnya, kesyukuran kepada Ilahi perlu diperbanyakkan memandangkan anda merupakan insan yang terpilih berdasarkan kepada kejayaan menempatkan diri di menara gading.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun ini sebanyak 41,267 kekosongan yang boleh disii oleh calon yang memohon di seluruh Negara berbanding sebanyak 64,703 calon yang memohon tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada kali ini. Namun demikian, amanah ilmu yang bakal dipikul oleh mahasiswa perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Amanah ini tertakluk kepada mahasiswa baru mahupun mahasiswa lama yang baru menghabiskan percutian panjang akibat perubahan waktu sesi pembelajaran IPT pada tahun ini. Justeru, persediaan dan pembentukan ‘mind setting’ perlu digerakkan seoptimum mungkin memandangkan suasana pembelajaran di universiti sangat berbeza dengan keadaan sebelum ini di bangku sekolah.

Mahasiswa perlu cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya di dalam bidang akademik dan sahsiah. Mahasiswa perlu berdikari dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam menempuh proses pembelajaran di menara gading. Pergantungan mutlak mahasiswa kepada nota dan suapan maklumat para pensyarah semata-mata tidak lagi menjamin kejayaan cemerlang akademik mahasiswa. Justeru, perlunya ada perubahan pendekatan dalam tindak tanduk mahasiswa supaya tidak hanya berjumpa pensyarah untuk menghantar kerja dan tugasan malahan mengambil peluang berjumpa pensyarah untuk bertukar-tukar pandangan dalam membincangkan beberapa isu yang melibatkan soal dasar dan polisi atau melibatkan isu-isu semasa dalam dan luar negara.

Selain itu, bahan bacaan mahasiswa perlu menjangkaui ruang lingkup bidang yang dipelajari dan tidak hanya terikat kepada nota-nota kuliah tetapi mahasiswa perlu didedahkan dengan bahan bacaan yang bertemakan falsafah, pemikiran dan karya-karya utama dunia tokoh-tokoh terkenal dunia. Dalam mendepani realiti semasa yang semakin ruwet dan mencabar memerlukan persediaan dan ketahanan yang ampuh dalam kalangan mahasiswa memandangkan terdapat banyak cabaran dan permasalahan semasa yang menyelubungi dunia hari ini. Sebagai contoh, pertembungan aliran pemikiran, krisis identiti, kecelaruan budaya, dan budaya hedonisme yang membarah merupakan cabaran semasa yang perlu ditangani secara hikmah oleh mahasiswa.

Justeru, mahasiswa perlu untuk menyiapkan diri dengan mengadunkan elemen idealisme, aktivisme, dan Intelektualisme dalam diri masing-masing. Elemen-elemen ini harus diadun secara seimbang, komprehensif dan bersepadu dalam mendidik dan membangunkan generasi mahasiswa yang diharapkan mampu mewarnai corak kepimpinan negara akan datang.

 Idealisme (Ketinggian Pemikiran) merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang dihayati lagi diamali. Ia berasaskan kepada dua perkara pokok iaitu Al-Amru bil Makruf atau kecintaan terhadap prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian dan yang kedua ialah Wan Nahyu ‘anil Mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan.

Aktivisme (kesungguhan usaha) pula merujuk kepada keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Ia merupakan suatu proses yang harus berlandaskan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme tersebut dalam aturan hidup secara kemas tanpa menimbulkan riak-riak negatif yang lebih memudaratkan. Melalui aktivisme inilah, akan lahirnya mahasiswa yang berintikan semangat pengorbanan dan perjuangan serta mempunyai nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi. Melalui Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaaan) 2008, kerajaan telah membuka ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti persatuan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) pelajar seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bernaung di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM).

Dalam elemen Intelektualisme (Keluasan Ilmu), ianya tidak hanya merujuk mahupun tergantung kepada kehebatan mahasiswa dalam memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan atau mempunyai angka yang tinggi di dalam sistem CGPA. Elemen intelektualisme ini bukan juga terbangun di atas kecenderungan mahasiswa untuk menjadi ulat buku dengan mengasingkan diri daripada cuba memahami dan menelaah apa yang berlaku di sekelilingnya. Tetapi intelektualisme adalah satu proses penghayatan budaya ilmu melalui olahan idealisme yang dikembangkan dalam bentuk aktiviti-aktivitri yang mampu merangsang pemikiran kreatif dan kritis sehingga berupaya mencetuskan idea-idea baru sekaligus menterjemahkannya ke dalam bentuk tindakan yang praktis.

Akhirnya, sekiranya kesemua elemen idealisme, aktivisme, dan intelektualisme ini dibudayakan di peringkat mahasiswa, PKPIM yakin dan percaya bahawa masalah pengganguran dan ketidakboleh pasaran graduan tidak akan berlaku. Ini kerana, elemen yang dibudayakan ini turut mencakupi latihan kepimpinan, soft-skills dan ilmu-ilmu tambahan yang diperolehi di luar bilik kuliah. Mengambil kata-kata hikmah Almarhum Bapak Nasir mantan Perana Menteri Indonesia, beliau ada menyebutkan bahawa: “Tiada percetakan dalam kepimpinan. (lantaran) pemimpin tidak lahir di bilik kuliah (formal institution) tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.”


Penulis adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/5344-idealisme-aktivisme-dan-intelektualisme-gerakan-mahasiswa)

Rabu, Disember 01, 2010

Jangan Berhenti Tangan Mendayung

Sebuah artikel berjudul “Jangan Berhenti Tangan Mendayung, Nanti Arus Membawa Hanyut.”, nukilan fikrah dari Pak Natsir ini sangat penting untuk kita renungkan bersama. Ditulis pada 17 Ogos 1951, 6 tahun selepas Indonesia mencapai kemerdekaan. :



Hari ini, kita memperingati hari ulang tahun negara kita. Tanggal 17 Agustus adalah hari yang kita hormati. Pada tanggal itulah, pada 6 tahun yang lalu, terjadi suatu peristiwa besar di tanah air kita. Suatu peristiwa yang mengubah keadaan seluruhnya bagi sejarah bangsa kita. Sebagai bangsa, pada saat itu, kita 
melepaskan diri dari suasana penjajahan berpindah ke suasana kemerdekaan…Kini! Telah 6 tahun masa berlalu. Telah hampir 2 tahun negara kita memiliki kedaulatan yang tak terganggu gugat. Musuh yang merupakan kolonialisme, sudah berlalu dari alam kita. Kedudukan bangsa kita telah merupakan kedudukan bangsa yang merdeka. Telah belajar dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Telah menjadi anggota keluarga bangsa-bangsa. Penarikan tentara Belanda, sudah selesai dari tanah air kita. Rasanya sudahlah boleh bangsa kita lebih bergembira dari masa-masa yang lalu. Dan memang begitulah semestinya! 

Akan tetapi, apakah yang kita lihat sebenarnya? Masyarakat, apabila dilihat wajah mukanya, tidaklah terlalu berseri-seri. Seolah-olah nikmat kemerdekaan yang telah dimilikinya ini, sedikit sekali faedahnya. Tidak seimbang tampaknya laba yang diperoleh dengan sambutan yang memperoleh! Mendapat, seperti kehilangan! Kebalikan dari saat permulaan revolusi. Bermacam keluhan terdengar waktu itu. Orang kecewa dan kehilangan pegangan. Perasaan tidak puas, perasaan jengkel, dan perasaan putus asa, menampakkan diri. Inilah yang tampak pada saat akhir-akhir ini, justru sesudah hampir 2 tahun mempunyai negara merdeka berdaulat. 

Dahulu, mereka girang gembira, sekalipun hartanya habis, rumahnya terbakar, dan anaknya tewas di medan pertempuran, kini mereka muram dan kecewa sekalipun telah hidup dalam satu negara yang merdeka, yang mereka inginkan dan cita-citakan sejak berpuluh dan beratus tahun yang lampau. Mengapa keadaan berubah demikian? Kita takkan dapat memberikan jawab atas pertanyaan itu dengan satu atau dua perkataan saja. Semuanya harus ditinjau kepada perkembangan dalam masyarakat itu sendiri. Yang dapat kita saksikan ialah beberapa anasir dalam masyarakat sekarang ini, di antaranya: Semua orang menghitung pengorbanannya, dan minta dihargai. Sengaja ditonjol-tonjolkan kemuka apa yang telah dikorbankannya itu, dan menuntut supaya dihargai oleh masyarakat. Dahulu, mereka berikan pengorbanan untuk masyarakat dan sekarang dari masyarakat itu pula mereka mengharapkan pembalasannya yang setimpal… Sekarang timbul penyakit bakhil. Bakhil keringat, bakhil waktu, dan merajalela sifat serakah. 

Orang bekerja tidak sepenuh hati lagi. Orang sudah keberatan memberikan keringatnya sekalipun untuk tugasnya sendiri. Segala kekurangan dan yang dipandang tidak sempurna, dibiarkan begitu saja. Tak ada semangat dan keinginan untuk memperbaikinya. Orang sudah mencari untuk dirinya sendiri, bukan mencari cita-cita yang di luar dirinya. Lampu cita-citanya sudah padam kehabisan minyak, programnya sudah tamat, tak tahu lagi apa yang akan dibuat!… ”

”Saudara baru berada di tengah arus, tetapi sudah berasa sampai di tepi pantai. Dan lantaran itu tangan saudara berhenti berkayuh, arus yang deras akan membawa saudara hanyut kembali, walaupun saudara menggerutu dan mencari kesalahan di luar saudara. Arus akan membawa saudara hanyut, kepada suatu tempat yang tidak saudara ingini… Untuk ini perlu saudara berdayung. Untuk ini saudara harus berani mencucurkan keringat. Untuk ini saudara harus berani menghadapi lapangan perjuangan yang terbentang di hadapan saudara, yang masih terbengkelai… Perjuangan ini hanya dapat dilakukan dengan enthousiasme yang berkobar-kobar dan dengan keberanian meniadakan diri serta kemampuan untuk merintiskan jalan dengan cara yang berencana.”


Nota: Bacaan selengkapnya ada pada buku Capita Selecta 2, (Jakarta: PT Abadi, 2008).

Isnin, Julai 19, 2010

Komen Ust Mohd Aizam mengenai isu ESQ

KOMEN PERIBADI TENTANG FATWA ESQ MUFTI WILAYAHOleh Ustaz Mohd Aizam bin Mas'od

Beberapa hari kebelakangan ini penulis dihujani banyak pertanyaan berkenaan kedudukan fatwa pengharaman ESQ yang telah diwartakan oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan (SSDMWP) pada 17 Jun 2010. Sebagai seorang yang pernah beberapa kali mengikuti kursus ESQ (sebelum ia dibawa ke JK Fatwa Kebangsaan dan mempunyai Panel Syariah sendiri), menonton video-video dan membaca buku-buku ESQ, penulis merasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh SSDMWP tersebut. Lebih-lebih lagi penulis teramat sedih apabila timbul fitnah-fitnah lain berikutan pewartaan fatwa berkenaan. Komentar penulis berkenaan isu ini adalah seperti berikut:-

Pertama: SSDMWP telah melaksanakan tugasnya di bawah kuasa yang telah diberikan oleh Yg Di Pertuan Agong (YDPA) kepadanya. Oleh itu, mempertikaikan mana-mana fatwa yang telah diwartakan bermakna mempertikaikan YDPA. Bagi penulis sekurang-kurangnya bagi mereka yang tidak bersetuju pun,janganlah sampai lupa bahawa setiap wilayah @ negeri di Malaysia ini ada pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kesucian agama Islam. Logiknya, jika seorang ahli agama @ ustaz yang telahpun memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam sendiri pun perlu menghadiri temuduga utk memperoleh tauliah mengajar, apatah lagi 'orang luar' yang bukan dlm bidang agama ingin menyampaikan ajaran agama (walaupun berkonsepkan motivasi) di negara ini.

Kedua: Setakat pengetahuan penulis, tiada lagi fatwa yang dikeluarkan secara semberono oleh mana-mana institusi fatwa di Malaysia. Semuanya sudah tentu berasaskan satu kajian yang konkrit dan menyeluruh serta diputuskan melalui musyawarah oleh golongan yang berkeahlian. Hujjah-hujjah mengapa fatwa itu dikeluarkan jelas disebutkan di dalam kertas pewartaan. Sama ada ia dipersetujui atau tidak, itulah penemuan dan dapatan yang terhasil daripada kajian dan ijtihad yang dilakukan.

Ketiga: Fatwa pengharaman sesuatu perkara tidak semestinya merujuk kepada haramnya sesuatu perkara itu pada zatnya. Kadang-kadang ia lebih bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang mungkin akan membawa kerosakan pada masa-masa akan datang atau disebut sadd al-zara'i'. ESQ tidak boleh menafikan bahawa kini mereka mempunyai dua versi yang berbeza. Versi pertama iaitu sebelum ditegur dan belum mempunyai panel syariah sendiri. Versi kedua iaitu selepas ditegur dan telah melantik Panel syariah. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui adakah ESQ benar-benar telah menerima 'perubahan versi' itu atas dasar ia menyalahi aqidah dan syariah..atau. .ESQ hanya mengubahnya kerana itu kehendak 'client' di Malaysia. Wallahu a'lam.

Keempat: Alasan yang mengatakan bahawa "tiada apa-apa keraguan pada ESQ kerana saya sendiri telah mengikuti kursus tersebut" tidak boleh diterima bulat-bulat untuk menjustifikasikan bahawa ESQ itu 100 persen halal. Orang yang mengkaji ESQ hanya dengan mengikuti kursus-kursus ESQ tidak akan menemui 'apa sebenarnya sumber ilmu' ESQ. Apa yang ada di dalam kursus tersebut hanyalah metodologi penyampaian ESQ berserta aspek teknikalnya sahaja. Tetapi ideologi pengasasnya bagaimana? Apa alirannya? Siapa gurunya? Apa sumber ilmu dan rujukannya? Oleh itu, penulis berpandangan SSDMWP bukan hanya menilai ESQ melalui kursus-kursus yang dijalankan tetapi yang lebih penting 'sumber ilmunya' iaitu melalui buku-buku karangannya dan tuan gurunya.

Kelima: ESQ bukan lahir sebagai satu kursus motivasi biasa seperti tanggapan sesetengah pihak. Ia bermula dengan satu teori yang dikarang oleh Ary Ginanjar melalui bukunya 'Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Iman dan 6 Rukun Islam' pada 2001, diikuti dengan buku 'ESQ Power' dan 'ESQ: Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual'. Buku-buku ini sepatutnya menjadi kajian utama para pengkaji ESQ kerana di sinilah bermulanya ESQ dan ESQ  tidak akan wujud jika tiada 'ideologi' yang terkandung di dalam buku-buku ini. Ideologi bukan sesuatu yang mudah untuk dikompromi, walaupun isi kandungan ini telah dibincangkan oleh Panel Kajian Aqidah JAKIM & Panel Pemantau JK Fatwa dengan Ary Ginanjar, tetapi ESQ tidak pernah membuat perakuan bahawa ideologi yang wujud dalam buku tersebut adalah menyalahi aqidah sebaliknya hanya bersetuju untuk menukarkannya dengan versi baru yang 'Malaysia compliance'. Penulis tidak pasti adakah modul ESQ di Indonesia atau di tempat-tempat lain telah diubah seperti apa yang wujud di Malaysia? Jika yang diubah hanya ESQ versi Malaysia bermakna ESQ hanya menurut 'Malaysia compliance' bukan 'Syariah compliance'! 

Keenam: Orang yang 'bukan ahli' janganlah terlalu cepat melatah dalam isu agama sehingga ke peringkat memperlekehkan institusi fatwa atau mufti. Alasannya hanya mufti wilayah yang mengeluarkan fatwa tetapi mufti lain tidak. Bagi penulis, tindakan SSDMWP sememangnya tidak popular di kala ESQ diterima baik oleh ramai tokoh agamawan dan pelbagai pihak. Tetapi sejarah telah membuktikan, apabila ia melibatkan isu 'ideologi' yang sukar dilihat oleh zahir mata kecuali oleh mereka 'yang ahli', maka tidak hairan jika ada fatwa yang menongkah arus. Ia tidak berbeza dengan tindakan Imam al-Ghazali yang mengkafirkan al-Farabi dan Ibn Sina ketika masyarakat memuji kedua-dua mereka sebagai tokoh matematik, politik dan perubatan. Al-Ghazali mengkafirkan mereka kerana pengaruh pemikiran falsafah yang meresap ke dalam ideologi mereka dalam bab ketuhanan yang menyeleweng daripada aqidah Islam yang sebenar (Rujuk kitab al-Munqiz min al-Dhalal atau Tahafut al-Falasifah) . Bagi Imam al-Ghazali kesalahan kedua-dua tokoh itu adalah muktamad, bagaimanapun Ibn Rusy menolak pandangan al-Ghazali dalam kitabnya 'Tahafut al-Tahafut' dengan menghujjahkan bahawa kesalahan kedua-dua tokoh itu bukan perkara yang muktamad (qat'iy). Adakah dengan pengkafiran al-Ghazali terhadap al-Farabi dan Ibn Sina boleh menjatuhkan martabat keilmuan al-Ghazali? Penulis tidak fikir mana-mana 'orang berilmu' yang memahami tradisi keilmuan akan mengatakan begitu.

Ketujuh: Bidang perbahasan ESQ bukanlah berfokus kepada isu syariah semata-mata, ia lebih kepada perbahasan ilmu falsafah, usuluddin dan pemikiran Islam. Para ulama yang pakar dalam bidang ini sepatutnya diberi ruang yang seluas-luasnya untuk membongkar segala-galanya tentang ESQ. Mereka lebih berhak untuk memperkatakan tentang ESQ kerana mereka adalah ahli dalam bidang tersebut. Selain memahaminya dari konteks agama Islam, penguasaan terhadap teori dan falsafah Barat juga amat penting bagi memastikan kita tidak tertipu di sebalik pelbagai istilah dan teori yang diketengahkan. Sebagai contoh, penulis tidak fikir semua orang memahami apa itu perrenial philosophy dalam perbahasan Barat. Satu falsafah ketuhanan yang amat halus dan licik dan boleh meresap dengan mudah tanpa disedari oleh penganut agama itu sendiri.     

Kelapan: Seorang ahli ilmu tidak sewajarnya menilai ESQ hanya pada zahirnya. Ia seperti mengatakan, "adakah kita mahu mengharamkan ESQ sedangkan ESQ telah banyak mengubah orang yang tidak solat kepada bersolat, tidak bertudung kepada bertudung... dll". Bagi penulis, kalau ini hujjahnya maka apa salahnya 'Syiah' dan 'al-Arqam', bukankah kumpulan-kumpulan ini amat indah pada zahirnya. Tetapi apabila ideologinya dibongkar, di sana jelas terlihat kedangkalan pegangan mereka. Mungkin ini yang menjadi keutamaan SSDMWP ketika memutuskan fatwa tersebut.

Kesembilan: Bila dibuat perbandingan antara ESQ versi asal dan versi yang diubah, penulis dapati tiada lagi keistimewaan ESQ. Dulunya konsep pencarian, suara hati, asimilasi sifat tuhan, God Spot dan rumus Zero Mind Process menjadi hardcore subject dalam kursus ESQ. Tetapi kini fokus ESQ lebih kepada monolog-monolog yang meruntun hati para peserta untuk menangis. Kelebihan teknikal seperti penggunaan layar besar, kesan bunyi, pencahayaan dan kepakaran berpidato digunakan oleh para trainer untuk mengujudkan suasana sedih hingga menyentuh hati para peserta. Bagi penulis, jika ini yang menjadi kelebihan ESQ, ia bukanlah isu besar yang perlu dipertahankan sangat. Ia tiada beza dengan para pakar motivasi di Malaysia, cuma bezanya hanyalah 'persoalan teknikal dan metodologi penyampaian' .

Kesepuluh: Bagi individu yang was-was sama ada mahu menyertai ESQ atau tidak. Nasihat penulis adalah seperti sabda Baginda SAW: "Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan". Insya-Allah kita akan selamat dan keluar daripada segala bentuk syubuhat, khilaf atau segala keraguan. 




Sebagai rujukan semua, di sini adalah beberapa keraguan yang pernah ditimbulkan terhadap ESQ berdasarkan kitab rujukan utama mereka (yang akan dibekalkan secara percuma kpd setiap peserta kursus-versi lama):-


Mengiyaskan kurniaan kenabian para Nabi dengan pencarian manusia (Ary Ginanjar)

Mentafsirkan nama-nama Allah sesuai dengan sifat manusia sebagai 'barometer'
Nabi SAW memimpin manusia dengan suara hati (di mana letaknya wahyu?)

Nabi SAW pemimpin yang paling banyak menggunakan logik & suara hati akal bukan mukjizat2

Mengapa berhujjah dengan pejuang 'Global Ethic' yang jelas membawa faham pluralisme agama?

Mengapa berhujjah dengan aliran sesat kod 19 tajaan Rashad Khalifah?

Rumus ZMP boleh menghasilkan 'kekuatan luar bisa' termasuk mukjizat & karamah (spt kisah Kapt Razak)
   
Wallahu a'lam.

Selasa, Julai 13, 2010

Melatih belia Islam

1) Muktamar Sanawi ABIM Selangor telah berlangsung dengan jayanya di dewan utama, Kolej Darul Hkmah (KDH), Sungai Ramal, Bangi. Program tahunan yang dilaksanakan pada 26 - 27 Jun 2010 yang lalu, diserikan dengan wacana pemikiran 'Badiuzzaman said Nursi', seorang tokoh reformis dan pemikir Turki. Menariknya, pada kali ini, 99% kehadiran adalah dari kalangan belia yang dengan erti kata 'di bawah umur 40 tahun'. Mungkin sejumlah besar abang-abang ABIM negeri Selangor harus ke Mesyuarat Koperasi Belia Islam (KBI) yang berlangsung pada hari yang sama.

2) Kehadiran adalah di tahap sederhana, namun masih boleh dibanggakan (sebagai langkah awal). Ini menunjukkan ABIM negeri Selangor harus memulakan langkah untuk menjana generasi penerus dengan lebih aktif dan progresif. Dasar ROY yang mendesak keahlian belia untuk terhad pada umur 40 tahun merupakan satu titik tolak untuk ABIM melakukan perubahan. Walaupun pencapaian kehadiran perwakilan dan pemerhati dilihat sederhana, jumlah ini sebenarnya amat memuaskan berbanding dengan persatuan-persatuan belia tertentu yang kononnya dilihat terkehadapan dalam isu ini. Pokok pangkalnya, usaha harus digiatkan dari sekarang untuk memantapkan lagi keberkesanan kepimpinan belia dalam ABIM. Kalau tidak tersangguk, kita mungkin tidak akan mengadah.

3) Usul yang dihantar oleh setiap daerah tidak menunjukkan ke'bitara'an belia yang seharusnya kritis dan kreatif dalam melihat permasalahan belia secara amnya. 2 daerah sahaja yang menghantar usul; mujur meliputi segala aspek aktivisme dan idealisme dalam hala tuju perjuangan ABIM. 8 Daerah lain? Harus lebih serius dalam menjanakan penggerak dalam masyarakat sedaya mungkin. Alasan ROY, mungkin boleh diterima pada tahun ini. Namun, adalah tidak relevan untuk tahun hadapan! Secara jujurnya, belia Islam harus lebih baik daripada ini.

4) Dalam tangga untuk meningkatkan rasa ukhuwah fillah, dalam rangka gerakan rantaian PEPIAS-ABIM-WADAH, kita bergerak dalam 1 jalan yang sama; 3 gerabak dalam 1 landasan. Potensi, darah panas, daya agresif yang ada pada anak muda PEPIAS, harus terus diletakkan dalam acuan yang telah ABIM bina; namun harus diingat, untuk tidak sesekali menyejukkan darah panas, darah muda itu hingga hilang sifat dan watak yang seharusnya ada pada anak muda. Biarkan mereka lakukan apa yang mereka seharusnya lakukan; Laju, Gelojoh, Terumbang-ambing, Beremosi tidak Stabil, dan lain-lain kebobrokan yang seangkatan dengannya adalah apa yang perlu dilalui untuk belajar menjadi Pemimpin. Peranan ABIM adalah Mentor; asalkan mereka tahu rujukan mereka dan segera kembali kepada landasan acuan ABIM.

5) Risiko membina adalah sebesar risiko memusnah. Hanya mereka yang kembali pada landasan acuan yang disediakan, akan membesar sebagai Pemimpin yang sebenar. Mereka berkata tentang kualiti. Seorang pemimpin, merangkap SU, merangkap Bendahari, merangkap AJK!. Ini bukan kualiti. Ini zero produktiviti. (bercakap tentang diri sendiri.. yang lain terkena, sama la kita) Pandangan dunia tentang melatih pemimpin, adalah bersifat jangka panjang. Mana adilnya; dalam sekelip mata, mahu dilahirkan pemimpin dalam kuantiti yang besar. Jika dalam setahun, 10 orang muda dilahirkan sebagai pemimpin, sudah lebih dari cukup untuk menggegarkan dunia bertahun-tahun. Itu kata Sukarno. Dan beliau telah membuktikannya. Mungkin modul Rasulullah SAW, boleh dijadikan model gerakan. Memadai dengan 2 orang sahabat rapat; 1 receptif (Abu Bakr), 1 agresif (Umar),  beserta 2 orang anak muda; 1 aktivis / ekstrovert (Ali), 1 idealis / introvert (Uthman) dalam satu pentarbiyahan yang berterusan. Lihat kesannya dalam menjadikan umat terus-terusan hebat dan melahirkan lebih ramai pejuang Islam sejati.

6) Melatih orang muda, tak kira belia-remaja (15-25), atau belia-dewasa (25-40), harus menjanakan suatu potensi dan risiko yang terlalu besar. Namun, hasil akhirnya nanti, adalah sangat berbaloi. Tidak mudah berasa serik, dan bersedia untuk tidak bersedia. Itu petua asas dalam berhadapan dengan orang muda. Satu lagi yang menjadi taruhan, adalah jiwa muda yang sentiasa harus segar dan bersaiz besar. Ini amat penting dalam mendalami hati-nurani orang muda. Impian dan harapan orang muda sifatnya dinamik, dan sangat kreatif, jauh dari jangkaan dan jangkauan kebanyakkan orang dewasa, terutama generasi yang beza umurnya melebihi 20 tahun dengan satu-satu susuk orang muda. Motivasi untuk meninggalkan generasi pewaris yang mampu meneroka dan membangunkan fungsi maksimum khalifah dengan berkesan perlu disegerakan tanpa rasa kecewa dan putus asa. Usah dibiarkan kelompongan dalam satu-satu generasi. Usah ditangisi kegagalan hari ini. Usah juga menuding pada sesiapa.

Yang tidur, kita kejutkan; Yang terperangkap dalam musim sejuk, barangkali mereka selesa di sana, tegur-tegurlah, mungkin sapaan kecil kita dapat mengetuk pintu hati mereka untuk bersama.Yang penting, adalah untuk terus bergerak kehadapan tanpa ragu dan gusar. Kita berada pada jalan yang benar. Yakin dan percayalah, di depan sana, ada cahaya yang akan mengakhiri terowong kegelapan ini. Teruskan perjalanan, dan teruskanlah melatih belia Islam.

Selasa, Jun 15, 2010

hadiah 50 sen untuk guru

“Tak payahlah bagi hadiah untuk cikgu kali ini.” Kata ayah apabila saya memberitahunya bahawa kawan2 semua sudah ada hadiah untuk diberikan kepada cikgu kami pada hari terakhir sekolah. Ayah terus melukis tanpa memandang muka saya. Saya tidak menjawab. Saya faham, ayah tidak ada duit pada waktu itu.
Saya  memandang duit 50 sen dalam genggaman. Itulah saja yang ada dalam simpan saya. Apalah yang boleh dibeli dengan duit sebanyak itu. Rasa sedih, malu, rendah diri, semua menyelubungi perasaan. Kalaulah saya kaya, saya akan belikan hadiah besar untuk cikgu. Tinggal 3 hari lagi jamuan perpisahan. Semua rakan2 dalamkelas sibuk bercerita tentang hadiah untuk cikgu. Ada yang  membeli sendiri, ada yang berkongsi.
Semasa berjalan pulang dari sekolah dengan 2 orang  rakan sekelas, tiba2 kedua2 rakan itu masuk ke sebuah kedai di Pasar Minggu Kg. Baru. Saya menunggu saja di luar. Mereka membelek2 kerongsang dalam kedai itu.  Mereka berbisik2 berdua. Tiba2 salah seorang berkata, “Neli, awak nak kongsi beli hadiah, tak, utk cikgu?”
“Nak juga, tapi duit kita cuma ada 50sen.” Jawab saya dengan lurus.
“Harga kerongsang ni 12 ringgit. Kita orang tak cukup duit. Kalau awak bagi duit 50 sen tu nanti kita tulislah nama awak juga pada hadiah tu.” Katanya2 membuat saya gembira.
Saya menyeluk kocek baju sekolah dan memberikan duit 50 sen kepada kawan itu.
Saya pulang ke rumah dengan rasa lega. Besok saya bukanlah satunya2 anak murid yang tidak memberi hadiah kepada cikgu kelas. Biarlah cikgu tahu saya juga sayang dan menghargai jasanya. Hari itu semasa kawan2 rancak  bercerita tentang hadiah untuk cikgu, saya pun tidak rasa terasing lagi kerana sudah sama dengan mereka…..”Kita pun dah ada hadiah untuk cikgu. ”
Masa untuk murid2 menyampaikan hadiah masing2 sudah tiba. Cikgu menerima hadiah dari murid2 sambil membacakan nama pemberinya. Apabila menerima hadiah kerongsang, cikgu hanya menyebut nama 2 orang rakan saya. Kedua2 rakan itu menoleh kepada saya dan salah seorang berkata, “Awak cuma bagi 50sen, kami bagi 6 ringgit. Tak acilah nak tulis nama awak sama.”
Sedih bukan kepalang. Benarlah seperti yang saya jangkakan,  hari itu memang benar sayalah satunya2 anak murid yang tidak memberi hadiah kepada cikgu. Duit 50 sen yang berikan untuk membeli hadiah cikgu rupanya tidak ada harga. Saya hanya menundukkan muka kerana malu dan sedih.
Semasa menghulur tangan untuk salam perpisahan dengan cikgu, airmata saya berlinang tetapi masih mampu berkata,
“Maafkan saya cikgu. Saya tak beri apa2 pada cikgu. Saya janji akan belajar bersungguh sampai berjaya masuk universiti.” Cikgu cuma senyum.
Rupanya itu memang benar2 salam terakhir kami dan saya tidak pernah bertemu dengannya lagi. Cikgu tidak pernah tahu duit 50 sen untuk membeli kerongsang itu. Cikgu pun mungkin tidak pernah tahu apa yang saya capai selepas itu. Semuanya hasil rentetan pengalaman hidup sebagai pelajar miskin.  Biarlah ia menjadi kenangan dan pengajaran yang bermakna.
Apabila saya menjadi guru, saya berpesan kepada anak2 murid, “Jangan beli apa2 untuk cikgu. Cukuplah hadiahkan cikgu dengan doa dan usaha gigih kalian. Usaha gigih untuk cikgu, kejayaan untuk  kalian, puji-pujian untuk ibubapa. ”
Tetapi mereka masih memberi juga sehinggalah sekarang. Sudah berkotak2 hadiah kenangan2 dari murid2 yang tidak ada tempat sempurna untuk diletakkan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Cikgu doakan anak-anak didik cikgu semua berada dalam keadaan terbaik dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah dan Khalifah terbaik di atas muka bumi ini.
2) Perubahan ke arah kebaikan; niatkan setiap amalan ibadah perubahan baik itu untuk disedekahkan kepada guru kita, sebagai bekalan mereka di akhirat sana... 
3) 3 perkara yang akan dibawa sehingga ke alam kubur, iaitu doa anak soleh kepada kedua ibu bapanya, sedekah jariah, amalan ibadah yang bermakna dalam hidup. 

Isnin, Jun 07, 2010

Time to train youngsters to think

Sunday June 6, 2010

Time to train youngsters to think

EMPLOYERS and those involved in recruiting graduates lament that many of our local graduates have resumes that boast of Cumulative Grade Point Averages (CGPAs) of between 3.5 to 4.0, but tend to underperform and fail miserably when it comes to real work.
When businessmen lament that our graduates are not creative at work, it really means that they are not thinking persons.
Therefore, we have to create environments to produce thinking individuals who use their grey matter to understand and analyse.
Such traits can be acquired if they are instilled from a young age.
To create thinking individuals, we have to take into consideration one’s culture, parental habits, the mindset of teachers and professors, and the type of stimuli in the classroom.
Only by looking into these factors, can we hope to produce graduates who can think, instead of graduates who learn by rote.
First, the environment or setting must be right to raise thinking individuals.
We, as parents, also need to change the way we bring up our children.
We cannot limit our children by allowing them to be completely influenced by other people’s opinions; not allowing them to question adults; expecting them to blindly obey adults; and subscribing to the adage that “children should be seen, not heard”.
Lacking in confidence
Such a culture has unknowingly brought about a lack of self-esteem in our children.
They also lack the confidence to experiment with new ideas and concepts, and are unable to think out of the box.
We should not be bound by what others say in coming up with bold measures and ideas, and should instead, be strong enough to put forth our own ideas and stick by them.
For example, we should not be afraid to ride a bicycle, instead of driving a car to work, if the intention is to save energy.
While others may think it is a crazy idea and criticise or ridicule us, we should be bold enough to stick by our decisions without being disrespectful or offensive to them.
We must also bear in mind that we have to be sensitive to others when it comes to issues concerning morality, discipline, respect and decency.
This country is made of people of different races, and we should capitalise on our multi-cultural and multi-religious backgrounds to hone our creative skills and thoughts.
Look at the United States — its success is due to its “thinking people’’ of diverse backgrounds.
We, too, can emulate the global power in this area.
The second effective change is for parents to drill the importance of reading into their children.
This can be attained if parents themselves pick up the reading habit, as their children will naturally follow them.
Try to have libraries at home, not collections of toys. Your children will soon become voracious readers.
Thinking is best done in silence. Parents should control the noise level at home by not switching on the TV, music and other forms of entertainment all day long.
There are studies saying that our brains work best at its lower waves.
Good decisions are made and creativity works best during the alpha brainwave, which can be attained only when we have quiet surroundings. Great religions preach about the power and strength of silence. There is science involved in such teachings.
Activating the mind
Thirdly, the education system should offer a curriculum that promotes thinking instead of rote-learning.
Thinking helps an individual to develop the habits of inquiry.
It will also cultivate skills of expression and effective communication. All these in turn will produce active citizens.
Similarly, we can add other methods of academic engagement to our traditional methods of teaching, such as lectures, seminars, distance learning, field trips and computer-assisted activities.
Also, it is about time that professors and lecturers learn to accept and respect queries raised by students.
They should not intimidate their students, but instead, treat them as equals and encourage them to have intellectual discourse.
The fourth element is providing the stimuli in class to make students think.
This can be done through activities that, among others, involve the metaphorical power of language, logical thinking, the centrality of thinking, misthinking, the role of expectation, and sharpening our senses.
After all, education means developing one’s mind from emptiness. We rely on education to develop thinking and appreciate wisdom.
Educators should also emphasise and instil in students an attitude that the best-educated man is the one whose mind never ceases thinking.
Make them see education as a process of constant and perpetual self-improvement.
Develop a stance that education is to educate, not train, as training involves rote-learning, which does not promote thinking.
DR MEGAWATI OMAR and DR ABU BAKAR ABDUL MAJEED
RESEARCH MANAGEMENT INSTITUTE
UiTM, SHAH ALAM

Isnin, April 26, 2010

Salam Perkhabaran

Untuk adik-adik SYABAB Nurul Iman yang dikasihi dan diingati;
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Salam perkhabaran,

Semoga semua sekali berada dalam keadaan sihat walafiat.

Apa pun, perkhabaran ini menandakan sudah 1 tahun berlalu, sejak kita bersama-sama mengadakan program SMART INSAN 2009, di SK Kebun Baru. Ya, 1 tahun lamanya, kali terakhir kita berusrah di Masjid Nurul Iman… pejam-celik, anda masing-masing berada di pelbagai lapangan dalam meniti kehidupan yang sedang belajar dan bersedia untuk masuk ke masyarakat semula sebagai apa sahaja insan yang kalian pilih, dalam sedikit masa lagi. Pada waktu itu, mungkin 3-4 tahun dari sekarang, kalian akan berhasil menjadi seperti yang kalian idamkan. Mungkin akan bergelar Doktor, jurutera, guru, ahli farmasi, juru rawat, technician, akauntan, ahli ekonomi, bisnesman, dan bermacam-macam lagi kemungkinan. Maka, selamat meneruskan usaha dalam menjadi mukmin profesional terbaik satu hari nanti. Biar apa pun lapangan kita, yang penting, khidmat kita akan diperlukan kelak oleh setiap umat Islam di seluruh pelusuk dunia, khususnya di daerah Kuala Langat ini.

Masih ingatkah kalian, makna SMART Insan? akronimnya, Solat, Motivasi, Adab, Rakan, dan Tekun; Ingat? Saya doakan kalian perkukuhkan asas dalam menjadi insan terbaik dengan memperkukuhkan tiang Agama dengan bersolat 5 waktu sehari semalam, seterusnya terus bermotivasi dalam mengejar cita-cita dan impian; Dr HM Tuah kata, soalnya ‘Nak ke Tak Nak’.  Seterusnya, menjadi yang terbaik dengan menjaga Adab, dan akhlak sebagai seorang muslim. Asasnya, matlamat harus kena dengan caranya.  Seharusnya, punya rakan sebaya, rakan mentor, mahupun rakan protege, dan juga rakan sparring, yang mampu memberikan refleksi cerminan kepada pencapaian kita, dan akhir sekali, konsisten; istiqamah atau Ketekunan dalam mengejar kejayaan; bukan asal berjaya; kita mahukan kejayaan yang gemilang.

Tidak dilupakan juga, kawan-kawan dan adik-adik kita yang masih menuntut di sekolah, dan sudah tentu, yang berada di perkarangan rumah di Kebun Baru ini, juga perlukan kasih sayang dan belaian dari kalian, untuk menjadi contoh, role model, dan teladan kepada mereka. Percayalah, ramai daripada kalian, boleh, mampu dan sedang dijadikan inspirasi oleh adik-adik kita ini, malahan, ada juga kalangan rakan-rakan kita yang dalam diam, admire pada pencapaian kita. Nasihat saya, usah berkecil jiwa, usah malu, dan inilah masanya, kalian menyusun semula langkah untuk kembali berbakti pada tempat kita, asal ada masa yang boleh kalian luangkan; kalau segan secara berseorangan, pilih lah secara berjamaah. Kalau tidak di alam fana, boleh juga di alam maya. Bagi saya, saya akan pilih jalan berjemaah; kerana saya juga seorang yang pemalu! Kata orang, Mahu, tapi malu. Mahu untuk menabur budi, tapi malu untuk memulakannya. Saya bimbang, takut-takut, nanti tidak sempat untuk berbuat bakti, dipanggil pula oleh Illahi... kan sayang... Kalian bagaimana? Mana mungkin berbudi di alam Barzakh?

Untuk pengetahuan kalian, PEPIAS Kuala Langat, dan ABIM Kuala Langat, 2 beradik ini, masih beroperasi secara kecil-kecilan. Nak kata ada, macam tak ada. Nak kata tidak ada, masih ada yang bernyawa. Hidup segan, mati tak mahu; Ngeri pula bunyinya. Kami di sini, perlukan tenaga muda dan berjiwa besar. Ingin melatih kembali generasi Rabbani, generasi Penerus yang akan turut sama punya idealisme perjuangan, dan pada masa yang sama, punya semangat aktivisme dalam mencorakkan masa depan negara. Idealisme harus dipraktiskan secara aktivisme; disisipi dengan spiritualisme yang kukuh melalui tarbiyah usrah, tamrin, dan lain-lain lagi, yang seharusnya membutuhkan suatu tempoh masa yang lama untuk membentuk fikrah yang terbaik dalam suatu kerangka Tauhid, MengEsakan Allah, mengangkat Sunnah Rasulullah, dan menegakkan Syiar Fisabilillah. Rumusan saya setakat ini, masih jauh perjalanan kita. Kayu ukurnya, adakah masyarakat sekitar, sedar akan kehadiran kita?

Saya Muhasabah diri; masih banyak lagi yang tidak dapat dilakukan. Kerdil rasanya bila menginsafi sendiri...

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak kembali, rakan-rakan, adik-adik SYABAB NURUL IMAN sekelian, terutama diri saya sendiri, untuk menguatkan kembali asas gerakan kita, pulang ke Pengkalan, perkukuhkan Pengkalan kita apabila keletihan di Lapangan. Sesungguhnya, kita tidak berseorangan, dan percayalah, jalan ini adalah jalan para nubuwah, jalan para sahabat, jalan tabi’ tabiin, jalan orang-orang soleh terdahulu dari kita. Jalan Dakwah, tidak pernah senang; tidak pernah tanpa mehnah, tribulasi, dan cobaan. Kalau pada hari ini, kita sudah leka, dan lupa, maka, benarlah, iman kita sedang keletihan dan kelesuan. Jalan Dakwah perlukan pengorbanan. Ia adalah satu perjuangan hingga akhir nyawa kita. Mungkin sepanjang kalian bekenalan dengan SYABAB, dan mengikuti usrah kecil dan ringkas bersama saya, saya tidak mampu memberikan Motivasi, Iltizam dan Idealisme yang mampu menyerap ke dalam jiwa kalian, Ampun Maaf dipinta atas kelemahan saya. InsyaAllah, kita sama-sama belajar dalam menjadi Khalifah terbaik di atas muka bumi ini.

Aturkan perjalanan fisabilillah kita dengan kemas dan teratur. Hubungi mana-mana rakan-rakan usrah, dan seterusnya bertanyakan “Apa yang saya boleh bantu?” atau “Apa yang boleh saya sumbangkan?” Teringat pesan guru saya dahulu; Jika saki baki masa kita, kita serahkan untuk perjuangan Islam, maka, hasilnya juga adalah saki baki sahaja. Terkesan atas amanat itu, hingga hari ini, saya masih cuba untuk menambah baik Masa Kualiti (Quality Time) bersama dalam Gerakan Dakwah. Kualiti perbincangan usrah akan ditambah baik dengan persediaan tafsir Hadis dan Tafsir Ayat Quran, serta perkembangan isu semasa yang akan dikupas dengan lebih baik, dan bukan berbincang secara sembrono dan sewenang-wenangnya. Isu-isu picisan boleh juga dibincangkan bergantung kepada mad’u yang memerlukan keringanan dalam tasawwur yang berbeza. Prinsipnya, mudahkan mana yang susah, kerana yang utama dalam Usrah adalah kebersamaan, kemudian, baru keilmuan. Soalnya, bilakah kali terakhir anda berusrah? Kesian dengan jiwa rohani kita, kelaparan apabila kita tidak hidangkan santapan rohani untuk jiwa kita.

Semoga warkah Salam yang telah lama tersimpan dalam rasa kerinduan yang amat dalam, melihat dan berjumpa semula dengan adik-adik dan rakan-rakan SYABAB, terasa masih banyak lagi yang mahu dicoretkan. Mujur juga kita berada dalam zaman siber yang segalanya hanya dihujung jari. Yang jauh, kita dekatkan, Yang dekat, kita Serasi-serasikan. Kita serasikan dalam selimut Ukhuwah Fi Llah.

Salam perkhabaran dari Putrajaya.
Salam Ukhuwah,
Salam sayang,
Salam kasih,

Radin Muhd Imaduddin b Radin Abdul Halim