Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 31, 2012

Fitrah & Huriyyah (Kebebasan) Asas Kebangkitan Umat

Fitrah & Huriyyah (Kebebasan) Asas Kebangkitan Umat
Oleh: Amidi Abd Manan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Aidilfitri secara harfiahnya boleh difahami sebagai hari meraikan fitrah. Fitrah yang dimaksudkan ialah fitrah keinsanan yang sudah disucikan daripada pencemaran selepas tewasnya hawa nafsu selama sebulan akibat daripada kekangan kelaparan. Hawa nafsu yang keterlaluan perlu ditewaskan jika kita inginkan pengembalian potensi kemanusiaan dalam diri kita.

Fitrah adalah satu perkataan yang mempunyai kaitan dengan perubahan. Malik Ben Nabi dalam mengemukakan teori ketamadunannya, menggelarkan kelompok yang berupaya menggerakkan sebuah kebangkitan semula sejarah sesuatu bangsa dengan gelaran Rajul al-Fitrah. Rajul al-Fitrah dicirikan dengan daya ubah yang tinggi selain semangat berdikari yang kental.

Generasi ini tidak mudah berpuas hati dengan keadaan dimiliki hari ini. Mereka sentiasa berusaha memperbaiki diri, baik dari sudut ilmu dan kemahiran. Mereka lebih bersikap reseptif dalam mempelajari sesuatu, mahupun menerima idea perubahan.

Generasi ini juga amat dekat dengan persekitaran. Menggunakan segala manfaat yang boleh diambil daripada persekitarannya dan mampu menggunakan kreativiti bagi menghasil produk baru.


Generasi Rajul al-Hadarah

Lawan kepada generasi ini digelar oleh Malik Ben Nabi sebagai Rajul al-Hadarah. Generasi ini adalah generasi yang selesa dan senang dengan kenikmatan hidup hari ini. 

Generasi ini dicirikan dengan kemalasan untuk berusaha dalam memperbaiki diri. Malah untuk keselamatan dirinya pun diletakkan kepada pihak berkuasa atau pun pihak lain yang dirasakan patut bertanggungjawab.

Generasi ini tidak mahu bersusah payah mempelajari ilmu dan kemahiran baru dan menolak segala bentuk idea baru yang dirasakan boleh menggugat keselesaan kehidupan seharian mereka.

Golongan inilah yang akhirnya akan menjerumuskan sesebuah tamadun ke dalam fasa kemerosotan yang dicirikan dengan kematian idea. 

Generasi ini juga mempunyai sifat materialistik yang keterlaluan terhasil akibat kegagalan memahami situasi atau keadaan yang melampaui batasan fizikal.

Inilah maksud yang lebih mendalam apabila dilihat dalam konteks ketamadunan manusia daripada kalimah fitrah itu sendiri. Fitrah mestilah berupaya menghasilkan perubahan diri ke arah kebaikan; Mampu melahirkan manusia tulus mengakui kelemahan dirinya dan terlindung daripada pencemaran keangkuhan. 

Fitrah juga mestilah mampu menyucikan segala bentuk kemalasan dan mampu menghijrahkan diri ke martabat lebih tinggi lagi.

Gandingan fitrah dan huriyyah

Apabila gandingan perayaan antara fitrah dan huriyyah (kemerdekaan), ia menjadi lebih besar maknanya. Ia sepatutnya menjadi suatu perayaan yang mengangkat karamah insaniah (kemuliaan insan) ke tahap sepatutnya.

Manusia yang kembali kepada fitrahnya adalah manusia yang berjaya memerdekakan dirinya daripada sebarang kekangan yang boleh merendahkan martabat keinsanannya. Justeru, hari kemerdekaan yang bakal menjelma ini wajar kita jadikan satu hari untuk melakukan muhasabah. Merenung masa depan sebuah negara dan tamadun.

Jika kita ingin menjadi generasi pencetus kebangkitan sebuah tamadun, kita perlu menghilangkan rasa selesa dengan keadaan hari ini dan bangun bergerak ke arah lebih baik. Generasi muda mesti keluar daripada zon selesa dan mula mengubah diri dengan potensi fitrah yang terbina sepanjang Ramadan lalu.

Peringatan kepada kita

Jangan kita alpa dan lalai kerana masa tidak pernah menunggu kita. Rasa selesa dengan keadaan hari ini secara keterlaluan akan membuatkan kita lambat untuk berubah. Guna suasana selesa ini untuk melakukan perubahan ke arah lebih baik. Bukankah semangat Ramadan menuntut kita agar terus menambah dan memperbanyakkan amalan apabila menuju ke penghujungnya?

Jangan kita leka dengan kemerdekaan negara yang kita peroleh hari ini. Kita hanya merdeka dari segi pemerintahan dan pentadbiran tetapi kita masih terjajah dari sudut ekonomi apabila kita hanya sebagai penumpang bukan pemain global dari sudut ekonomi dunia. K

Kita juga masih perlu membina pelbagai kemahiran dan kepakaran jika kita benar-benar ingin bebas dari sebarang penguasaan asing.

Begitu juga dengan penjajahan pemikiran yang secara keseluruhannya menguasai dunia Islam hari ini. Inilah perjuangan kemerdekaan generasi muda hari ini. 

Lengkapkan diri kita dengan ciri Rajul al-Fitrah jika kita benar-benar cintakan sebuah kemerdekaan.

Ahad, Disember 07, 2008

JOM PUASA HARI AHAD SEHARI SEBELUM HARI RAYA HAJI

Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah dan berdo'a, dan kita yang di Malaysia berada di rumah-rumah mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda

" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" -
[Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].


Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya"
- [Hadith riwayat Tirmudzi].

Selamat Berpuasa!

Sabtu, November 01, 2008

Kongsi Gambar Konvoi Raya SMKTPG ke Banting

Mungkin masih belum terlewat untuk berkongsi gambar hari raya lalu. Guru-guru SMKTPG konvoi raya ramai-ramai ke kawasan Banting....

Isnin, Oktober 06, 2008

Lepas RAya

Cuti Raya dah habis...
maka, bermulalah semula hari persekolahan... Cikgu pun, kira sama-sama bersekolah lah.. walaupun ,mengajar.. sama jer...
PAda minggu ini, rupa-rupanya, saya kene bertugas lah pulak... PAdahal, saya hanya tahu dan maklum perkara ini pada pagi Isnin, semasa hendak memulakan perhimpunan. Mujur juga, datang awal ke sekolah hari ni. (Akibat tak baca buku Takwim sekolah)

TErus, Cikgu FAtimah datang tanya, "boleh tak jadi Pengacara majlis perhimpunan pagi ni?" (SEorang Guru bertugas kena naik pentas) "Emmm... boleh la.." Saya jawab perlahan... DAlam hati, dah tak pernah mengendalikan mejlis perhimpunan rasmi Hari Isnin, memang ada rasa gubra jugak... TApi, Ustaz Kadis tak ada... Maknanya, i'm the man... bila lagi nak belajar, kan... Bismillah...belasah jer laa..

Mula-mula, terasa juga terketar suara bercakap...Bagi masa sikit, then, dalam 2-3 minit dah mulakan pendahuluan, boleh la sikit-sikit.. Terus selesa... Siap boleh goreng apa-apa lagi... Yang menariknya, pelajar-pelajar macam dengar jer.. tengok diorang... diam jer.. memang in my favour... baru buka sekolah, kan... mood masing-masing blur jer... so, it helps me a lot untuk gain the strength bercakap di atas pentas.... Thanks all! Thanks God!

Masa bercakap, kena kawal suara... pastikan tone suara jelas.. Cakap sepatah-sepatah. KAwal suasana dengan permainan intonasi yang tegas dan jelas. Ini, tips yang saya pegang bila bercakap menggunakan mikrofon. Kan dah biasa jadi penceramah, fasilitator, jadi, senang untuk diaplikasikan dalam suasana yang baru. YAng penting, langkah pertama harus diambil. BIla orang dah panggil dan memberikan tanggungjawab, maknanya, ia datang sekali dengan kepercayaan. MAsa ini, kredibiliti saya dilihat oleh orang lain. TErdengar suara sinis gurau di barisan guru lelaki "Mana punya calon Keadilan pulak bercakap ni?"... Laa... macam ahli politik rupanya...

DAh berani pegang jawatan, kena berani mengambil tugas jurubicara, dan akhirnya kena berani menanggung risiko yang bakal dihadapi atas segala keputusan yang diambil. Belajar dari kesilapan, dan teruskan bergerak kehadapan. Sekolah; tempat yang paling sesuai untuk belajar dan saling belajar. PErcaya dan saling mempercayai. Lepas raya, kita akan sibuk dengan musim peperiksaan pula. Mulakan dengan periksa jiwa kita, mungkinkah akan terus bermotivasi dan terus cemerlang dengan proses pentarbiyahan Ramadhan? Teruskan iltizammu.. wahai graduan-graduan Universiti Ramadhan.

Sabtu, Oktober 04, 2008

Selamat Hari Raya

Salam lebaran untuk semua,

sesudah sebulan berpuasa, pada 1 Syawal, maka, seluruh umat Islam di seluruh dunia meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Di Malaysia, budaya kunjung-mengunjung adalah suatu yang sangat disenangi, dan diturunkan turun temurun. Ini adalah waktu terbaik bagi berjumpa orang lain, terutamanya sanak saudara terdekat. Bukan mudah hendak berjumpa dan mengumpulkan kembali ahli keluarga apabila masing-masing sudah berumah tangga.

YAng paling indah adalah budaya maaf-bermaafan. Ucapan yang paling klise- Maaf Zahir dan Batin. Ucapan ini seharusnya datang dari hati yang ikhlas, dan disusuli dengan keinsafan dan taubat tidak akan melakukan lagi kesalahan yang lalu, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sebenarnya, adalah lebih sukar, namun sangat mulia hasrat apabila memohon maaf kepada insan yang dosanya tidak dapat kita lupakan, apa lagi memaafkannya. Klise, tapi sangat terkesan di hati.

Istilah 'forgive but not forget' adalah sangat relevan untuk dirungkaikan sehabisnya pada bulan Syawal ini. Sesudah kita momohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain kepada kita, walaupun insan itu tidak berjumpa dan memohon maaf! perasaannya adalah sangat lapang... Terasa suatu beban yang terpikul di bahu sudah terlepas dan terasa ringan.

'Maafkanlah apa yang kita tidak dapat lupakan' dan 'Lupakanlah apa yang tidak dapat kita maafkan'... Bukan suatu yang mudah, namun, ia tidak kompleks. Ia adalah jelas. Yang menyukarkan adalah perasaan dan emosi sahaja. Dan apabila bersabit dengan emosi, ia adalah nafsu. Bukankah Nabi Junjungan sudah berpesan bahawa setelah tamat perang Badar, perang yang lebih besar dari itu adalah perang menentang hawa nafsu. Maka, benarlah bahawa memaafkan itu memang suatu perjuangan yang mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri- Maaf Zahir dan Batin.