Selasa, Oktober 25, 2005

Nak ke tak nak

ni adalah tajuk buku yang dikeluarkan dan ditulis oleh Dr HM Tuah Iskandar. Bila teringat buku ni, banyak yang DrTuah cerita dan bagai nasihat.. Lain sikit celotehnya, berbanding dengan celoteh motivator-motivator lain kat Malaysia. Dalam buku ni, DrTuah cakap, kita ni, sebagai manusia, banyak keinginan untuk buat apa sahaja.. sebab, manusia ada banyak pilihan dan ada kuasa untuk memilih apa yang nak dibuat. tak kisah la, dari bidang apa sekalipun, namun akhirnya, yang akan menjadikannya jadi atau tidak, nak ke taknak...

Kalau nak, buat cara nak, kalau tak nak pulak, tak payah nak cakap, tak payah nak buat... dah kalau dah tak buat, maknanya tak nak la tu... senang jer sebenarnya. apa yang peliknya bila ada orang tu, tak berjaya dalam dalam peperiksaan? kecewa dalam pilih pasangan? retak dalam hubungan kekeluargaan? rugi dalam perniagaan? kantol dalam isu kemasyarakatan? dan yang paling teruk, gagal dalam kehidupan? dah tu, takkan nak salahkan orang lain... kita sendiri yang buat keputusan tentang hidup kita, buat lah betul-betul.

hmmm... tapi, orang kata, ada beberapa faktor yang mempengaruhi selain nak ke tak nak...

Yang pertama, hangat-hangat taik ayam , yang ini faktor yang sangat kuat. Jiwa tak kental, jati diri lemah, nah... akhirnya, daripada nak, dah jadi tak nak!! mulut tak menyatakan, tapi, amalan tu sendiri telah menyatakannya. ni, saya dah cakap dah sebelum ni...

Yang kedua, berpijak dibumi nyata, bukan diawang2an... ini, faktor angan-angan Jenin. Orang tua-tua kata, hendak memeluk gunung, tangan tak sampai. Ada kalanya, ia menjadi faktor kegagalan, terutama bagi yang pemalas. Kan ke berangan jauh lebih mudah daripada menghadapi realiti. yer la kan... masa mula2, tak rasa lagi. bila dah buat, baru pening kepala. Yang positifnya, ia akan menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif dalam kehidupan. Juga menjadikan manusia mempunyai matlamat impian yang mungkin menjadi faktor penggerak yang lebih hebat daripada mereka yang langsung tidak bermimpi atau berimpian. Pilih la wei, hang nak mana satu....

Yang ketiga, circle of influence, atau dalam bahasa kebangsaan, pengaruh persekitaran. Bila cakap mengenai circle atau bulatan, ada dua pandangan di sini.. titik bulatan, dan keliling bulatan. Kalau menjadi titik, dia lah yang akan mempengaruhi sekelilingnya, tapi, kalau menjadi keliling bulatan, dia lah yang akan mengikut titik yang akan membawanya. kalau ke arah kebaikan, elok lah, kalau ke arah sebaliknya, maka, 'selamat' lah! Masalahnya, ramai nya manusia yang tidak mampu menjadi titik, atau penarik, 'initiator' atau pemula, faktor pemimpin... yang mana perlukan karisma yang tinggi.. maka, sekali lagi... jadilah yang tepi-tepi... yang sipi-sipi... yang dekat sempadan jer... hmmm... lantak pi la...

Walau apa kesimpulan atas faktor kejayaan itu, saya masih berpendapat yang kesemua faktor yang di tulis di atas, pada dasarnya, masih dapat di patahkan dengan hujah asal!!! nak ke tak nak... yang lain akan menjadi alasan.... alasan semata-semata...

Jumaat, Oktober 07, 2005

WoRDs Of A HeaRT AnD SoUL

BLOG anak buah masa program kat sekolah dulu.... dah jadik student MMU yang berjaya dah...

tak sia2...

Rabu, Oktober 05, 2005

orientasi waktu

Setiap orang mempunyai apa yang disebut ‘orientasi waktu’. Ada tiga jenis orientasi waktu, iaitu orientasi masa depan, masa sekarang dan masa lalu. Orang yang berjaya mempunyai orientasi waktu berbeza daripada mereka yang gagal. Mereka mempunyai orinetasi waktu masa depan, manakala orang yang gagal mempunyai orientasi waktu masa sekarang ataupun masa lalu.

Orientasi waktu mempunyai perkaitan rapat dengan pendapatan dan kejayaan hidup. Golongan kelas menengah, yakni mereka yang mempunyai pendapatan melebihi RM5 ribu sebulan mempunyai orientasi waktu masa depan yang sangat jelas, manakala orang-orang yang berpendapatan rendah mempunyai orientasi waktu masa kini. Sebahagian kecil orang mempunyai orientasi waktu masa lalu. Individu yang memiliki orientasi waktu masa depan sangat menghargai waktu. Mereka menganggap masa depan sangat penting, lebih penting daripada masa lalu dan masa sekarang. Mereka yakin apa yang mereka buat sekarang menimbulkan kesan ke atas masa depan mereka. Oleh itu perkara yang mereka anggap penting adalah perkara yang berfaedah bagi masa depan mereka.

Dengan sikap yang demikian mereka mementingkan perkara seperti belajar, berlatih, berjimat cermat, menabung dan melabur. Mereka sanggup berkorban dan bersusah payah sekarang kerana mereka tahu perbuatan itu penting bagi masa depan mereka. Mereka sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi mendapatkan kepuasan yang lebih besar pada masa depan. Sebaliknya, orang yang gagal mempunyai anggapan bahawa hari ini adalah lebih penting daripada masa depan. Orientasi waktu mereka adalah orientasi masa kini.

Orang yang memiliki orientasi ini menganggap menikmati hari ini adalah perkara yang penting. Mereka tidak nampak kaitan antara apa yang mereka buat hari ini dengan apa yang akan mereka alami pada masa depan. Bagi mereka, masa depan adalah tidak pasti, oleh itu tidak patut dirancang, kerana apa saja boleh terjadi. Mereka juga menganggap kepuasan dan keseronokan sekarang adalah lebih penting. Oleh yang demikian mereka tidak menganggap perbuatan belajar, menabung dan melabur sebagai perkara yang penting dibuat pada hari ini. Sebaliknya, bergembira dan berseronok adalah lebih penting. Akibatnya mereka tiada simpanan dan pelaburan.

Individu yang mempunyai orientasi masa depan berbeza. Umpamanya, sebelum berehat, dia menyiapkan dulu kerja yang mesti siap hari itu serta kerja lain yang penting. Dia menepati janji-janjinya, dan dia mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada individu yang penting dalam hidupnya, seperti ketuanya, pelanggannya dan pada para sahabatnya. Dia juga menyiapkan apa kerja ikut seperti yang dijadualkan dan mereka melaksanakan kerja itu secara bertahap-tahap. Mereka mengutamakan kerja daripada perkara lain. Mereka sanggup menyiapkan kerja yang susah dan membosankan apabila kerja itu penting bagi kemajuan dirinya. Mereka mementingkan matlamat dan suka merancang. Mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti membuat perancangan, dan suka melaksanakan rancangan yang dibuatnya sendiri. Mereka suka membuat pelbagai rancangan masa depan oleh itu mereka mempunyai rancangan masa depan yang kemas dan jelas. Apabila hendak mencapai sesuatu, mereka merancang cara bagi mencapainya dan mereka pecahkan matlamat besar itu kepada matlamat-matlamat kecil. Mereka mempunyai motivasi kerja yang tinggi dan dia tekun.

Ciri peribadi mereka yang amat menonjol adalah etika kerja yang tinggi, oleh itu mereka sanggup melaksanakan apa kerja walaupun ia susah. Golongan ini mempunyai kekuatan jiwa bagi menolak godaan. Bagi mereka yang mempunyai orientasi masa depan yang kuat, masa depan adalah sangat berharga dan mereka sanggup melakukan apa sahaja jikalau perkara itu baik bagidirinya pada masa depan. Apa yang tidak penting bagi masa depannya tidak dianggap penting, walaupun perkara itu seronok, oleh itu dia dapat menolak godaan itu.


Bagi individu yang mempunyai orientasi masa kini mereka tidak risau apabila kerja yang sepatutnya sudah disiapkan, masih belum siap. Mereka tidak suka membuat pelbagai rancangan jangka masa panjang disebabkan mereka beranggapan mereka tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Golongan ini berasa hari ini adalah lebih penting daripada hari esok. Apa yang ada di depan matanya sekarang adalah lebih penting daripada memikirkan apa yang belum tentu berlaku. Mereka berasa tidak perlu terlalu memikirkan masa depan kerana segala-galanya sudah ditentukan oleh qada dan qadar. Mereka tidak suka risau dan mereka bersikap fatalistik, yakni cepat menyerah. Mereka mementingkan hidup hari demi hari, dan tidak suka merisaukan apa yang belum berlaku, oleh itu mereka tidak kuat merancang masa depan. Mereka percaya bahawa yang menentukan nasib mereka adalah takdir.

Pada pandangan mereka, seseorang itu boleh merancang dan berusaha, tetapi kalau nasib sudah menentukan, mereka tidak dapat melawan takdir. Bagi mereka, peluang dapat bercampur gaul dengan orang ramai, teman-teman dan sahabat, dan pergi ke majlis dan pesta adalah sangat menyeronokkan. Mereka suka bersuka ria. Mereka membuat keputusan ikut perasaan, gerak hati dan selalu gopoh. Mereka berani mengambil risiko, kalau tidak, hidup ini dirasakannya membosankan. Disebabkan mereka berani mengambil risiko, mereka berasa sekali-sekala apa salahnya melakukan perbuatan yang seronok walaupun berbahaya, seperti naik motosikal laju-laju, mencuba dadah, membeli tiket loteri dan lain-lain. Mereka tidak takut mengambil risiko dan mahu menikmati apa yang boleh pada hari ini juga