Memaparkan catatan dengan label PEPIAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEPIAS. Papar semua catatan

Isnin, Februari 18, 2013

Bersederhanalah dalam Perbezaan

Tidak ramai orang yang akan sama pemikirannya dengan kita. Ada masa tertentu mungkin boleh bersetuju. Ada ketikanya pada masa yang lain kita akan berbeza dalam perkara yang tidak terjangka. Sekalipun terdedah dengan suasana pendidikan yang sama silibusnya, perbezaan itu tetap akan ada. Tidak juga mustahil, sekalipun berbeza latar belakang pendidikan, kesepakatan dalam pendapat boleh wujud tanpa dipaksa.

Maka, kita jangan hairan kalau hari ini kawan yang selalu bersama dengan kita akan bertukar menjadi lawan. Demikian juga bukan perkara ajaib jika lawan yang kita tentang habis-habisan akan segala perkara yang berkaitan dengan dirinya akan menjadi kawan sejati dalam perjuangan. Yang sama atau berbeza itulah dinamakan sebagai prinsip pegangan.

Lumrah inilah yang akan kita saksikan di mana-mana pentas sejarah kemanusiaan. Berbeza itu fitrah. Sepakat juga fitrah. Jika fitrah yang satu ini kita hendak nafikan, bagaimana manusia ingin meninggikan tamadun dan tahap pemikirannya?.

Perhatikanlah, hak berfikir itu tertakluk kepada setiap insan. Juga hak memutuskan sesuatu terletak kepada hasil fikirannya. Malah, tindakannya pula bergantung kepada apa yang telah diputuskannya. Bayangkan, jika berfikir, memutuskan dan bertindak itu dikawal oleh sistem yang wujud di luar lingkungan dirinya, apa faedahnya kurniaan ‘aql oleh Tuhan kepada manusia?

Satu campur satu bersamaan dengan dua. Ini adalah cara berfikir yang biasa.
Tetapi, enam tolak empat juga bersamaan dengan dua. Boleh jadi dua ditambah kosong juga menghasilkan jawapan yang sama. Ini adalah cara berfikir di luar kerangka pemikiran biasa. Hasilnya sama tetapi yang membezakannya ialah proses dalam menghasilkan jawapan.

‘Proses’ itu yang seringkali ditempuh secara sambil lewa. Proses itu juga kadangkala dipandang rendah oleh segelintir mereka yang berfikirnya hanya lurus bendul sahaja.

Walhal, ‘proses’ itulah yang mematangkan diri dan menjadikan kita mampu untuk berdikari. Proses itu jugalah yang menjadikan kita hormat kepada prinsip, pendirian dan pandangan orang lain. Hormat kita kepada orang lain, mengundang pula hormat orang lain kepada diri kita.

Demikian juga kita ingin bahagia dalam hidup. Bahagia itu letaknya di jiwa. Apa guna harta berkoyan-koyan jika tidur pun sudah tidak nyenyak?. Justeru, jiwa yang bahagia itu prosesnya pada merdeka dalam berfikir, membuat keputusan dan bertindak.

Sekalipun mempunyai ijazah yang professional, tetapi jiwa bahagianya ditemui ketika mengajarkan anak-anak kecil, tidak salah jika diteruskan langkahnya. Kerana jiwanya bahagia apabila dapat menyumbang dalam usaha memanusiakan manusia.

Oleh yang demikian, jiwa yang bahagia dalam kerjanya, hasilnya langsung memuaskan dan sudah pasti bukan sekadar biasa-biasa. Kerana pada kerjanya yang membuahkan bahagia itu, dilimpahkan usaha yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi supaya tidak mengundang sinis mereka yang lurus-lurus itu.

Lalu, jangan pernah kita meremehkan pendirian-pendirian orang. Tentu sekali kita boleh berbeza. Berbeza yang seharusnya diertikan dengan maksud yang betul. Dalam kerangka pemikiran yang tidak menafikan lunas-lunas agama dan prinsip ‘ilmu. Maka, yang tidak harus itu ialah memaksakan orang lain agar sependapat dengannya. Itu namanya menghina kemuliaan ‘aql kurniaan Ilahi. Juga dianggap memandang hina kepada prinsip karamah insaniyyah.

Penting sekali untuk kita ingat, bersederhanalah dalam sebarang perbezaan. Tolaklah kesalahan dengan baik dan sampaikanlah kebaikan dengan hikmah. Hal ini kerana kebenaran itu tidak selamanya akan berada di samping kita. Tidak salah untuk kita mengaku kalah tetapi harga diri tetap tinggi. Boleh jadi musuh kita pun terkadang ada juga benarnya. Mungkia kita tidak sedar, kita sebenarnya saling melengkapkan. Maka, hendaklah kita membuat pilihan yang terbaik dalam meneguhkan pendirian. Firman Allah ‘azzawajalla dalam surah Az-Zumar ayat 17 dan 18 yang bermaksud:

17.  Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira, sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku 18.  Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal (ulul-albab).

(Tulisan ini diambil daripada blog saudara Ukasyah iaitu http://soutulfaizin05.blogspot.com/)
 
MUHAMMAD UKASYAH AZHARI
Penolong Setiausaha 2
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Ahad, Julai 22, 2012

PrinsiP kejuruteraan insan


Kejuruteraan Insan adalah suatu pengoperasian yang bersistematik dalam membina dan mengkoordinasi suatu pembangunan insani, dan seterusnya akan melahirkan suatu generasi yang terarah dan tersusun dalam suatu sistem sosial yang kompleks dan pelbagai. Dengan erti kata lain, Kejuruteraan Insan adalah proses membina manusia menjadi Khalifah yang berfungsi.

Berikut adalah prinsip-prinsip dalam merangka produk Kejuruteraan Insan.
Program membina manusia menjadi khalifah yang berfungsi perlu mencapai objektif berikut:
  1. Membina generasi bertamadun dan berukun
  2. Melahirkan masyarakat Rabbani dan Madani, iaitu masyarakat yang hidup dalam amal Islami dan relevan setiap zaman.
  3. Menjana potensi dalam kepelbagaian kecerdasan.
  4. Mengawal selia sistem dan operasi pengurusan insan secara bersistematik dan terancang.
  5. Menggarap sumber keinsanan bagi menerap semangat kesukarelaan dalam melakukan amalan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  6. Mencetus dan meraikan budaya penambah-baikan dalam membina dan meneguhkan prinsip-prinsip kesejagatan ummat.
  7. Meraikan keunikan dalam kesamaan serta keindahan dalam kepelbagaian; berpaksikan dan berpandukan Akidah Tauhidiq.
  8. Menerapkan amal jama'iy, dalam setiap perlakuan dengan mengiktiraf kepimpinan dalam kepersatuanan.
  9. Memandang dan meletakkan visi masa depan dengan positif dan optimis, serta penuh beriltizam dengan meletakkan cabaran dan halangan adalah ujian dari Tuhan.


Prinsip yang ditulis di atas juga boleh dijadikan sebagai standard atau kayu-ukur atau benchmarking apabila mengkritik program motivasi yang dianjurkan oleh   kita atau mana-mana pihak.

Sekurang-kurangnya, kaedah ini yang saya gunakan untuk merangka modul dan program yang saya anjurkan!


Isnin, Disember 05, 2011

Ucapan Dasar Presiden PEPIAS 2011 (MATP-20)

Ucapan Dasar Presiden PEPIAS 2011 (MATP20)

Jumaat, September 16, 2011

wakaf Prof Khalijah untuk Kompleks ABIM Selangor


Tanda simbolik Waqaf prof. Khalijah
Bergambar kenangan bersama (wakil Kuala Langat yang hadir adalah YDP abim kuala langat (Radin), Abg Jak dan Kak Nisa)
Jambangan bunga untuk Prof. Khalijah <diterima oleh wakilnya, iaitu anak bongsunya, Saudara Aizad>
Penyerahan cenderamata tanda penghargaan
Prof Madya Dr. Shaharudin sedang memberikan ucapan
Antara yang hadir bersama
Haji Razif sedang memberikan penerangan mengenai perkembangan pembinaan sambil diperhatikan Abang Jak (Hj Salehuddin), AJK Dana.
Sedang asyik mendengar penjelasan dari ahli jawatankuasa kompleks yang hadir
Wakil keluarga Prof Khalijah bersama Kak Dib
Tanah wakaf cadangan pembinaan Kompleks Pendidikan ABIM Selangor sebesar 5 ekar (Jalan Batu 8, Sijangjang)



16 September 2011, Sijangkang, Kuala Langat - Jam 9.00 pagi, jawatankuasa kerja ABIM Selangor bersama jawatankuasa pembangunan Kompleks Pendidikan ABIM Selangor yang diketuai oleh Ustaz Zawawi selaku Timbalan Pengerusi jawatankuasa pembangunan kompleks telah berkumpul di tapak kompleks bersama menanti kehadiran wakil keluarga Profesor Dr. Khalijah Salleh untuk majlis penyerahan waqaf Profesor Dr. Khalijah Salleh untuk pembinaan satu komponen kompleks iaitu Rumah Kebajikan Dan Perlindungan Wanita Darul Wardah.

Beliau diwakili oleh anak bongsunya, Saudara Aizad menerima sedikit penerangan ringkas yang disampaikan oleh Haji Razif selaku jawatankuasa teknikal dan Us Zawawi sendiri. Kehadiran wakil Prof. Khalijah dalam jam 9.30 pagi diiringi oleh Profesor Madya Dr. Shaharuddin dan isteri. Ketibaan mereka disambut oleh Ustaz Hasri Harun selaku TYDP ABIM Selangor serta mewakili ABIM Pusat selaku Exco Tarbiyah.

Majlis penerangan dijalankan secara kecil-kecilan dan diikuti dengan beberapa ucapan dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan penyerahan cenderamata tanda penghargaan kepada Prof. Khalijah serta jambangan bunga tanda hadiah dan kasih sayang daripada penghuni Darul Wardah.

Majlis diakhiri dengan penanaman tunas buah kelapa sebagai simbolik penyerahan waqaf Prof Khalijah yang dilakukan sendiri oleh anak bongsu beliau. Kami di ABIM Selangor berasa amat terharu dengan majlis ini dan mendoakan agar Allah s.w.t. sentiasa memberikan yang terbaik buat Prof Khalijah sekeluarga.

Majlis ini juga memberikan suntikan semangat untuk jawatankuasa pembangunan kompleks dan ABIM Selangor sendiri untuk terus gigih berusaha mengetuai usaha untuk membangunkan kompleks ini serta menjadi contoh di dalam mendepani isu-isu kebajikan, pendidikan serta sosial masyarakat hari ini. Semoga Majlis ini diberkati.

Isnin, September 12, 2011

Idealisme, aktivisme dan intelektualisme gerakan mahasiswa

Idealisme, aktivisme, dan intelektualisme gerakan mahasiswa
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin




Dalam kesibukan memenuhi undangan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai bersempena bulan Syawal dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, golongan pelajar merupakan golongan yang sibuk dalam menghadapi persediaan sama ada persiapan menduduki peperiksaan UPSR bagi pelajar sekolah rendah dan peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar sekolah menengah. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada adik-adik yang sedang berjuang menghadapi musim peperiksaan ini.

Tidak dilupakan juga kepada golongan pelajar yang akan bergelar sebagai mahasiswa yang sedang mengikuti minggu orientasi atau minggu taaruf di universiti masing-masing. Ahlan wassahlan wa marhaban bikum dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru yang berdaftar pada kemasukan kali ini. PKPIM amat mengalu-alukan kedatangan para pelajar sebagai keluarga baru IPT. Tahniah kerana kalian sedang dalam proses melangkah ke arah fasa baru kehidupan yang akan mencorakkan hala tuju masa depan anda kelak. Sesungguhnya, kesyukuran kepada Ilahi perlu diperbanyakkan memandangkan anda merupakan insan yang terpilih berdasarkan kepada kejayaan menempatkan diri di menara gading.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun ini sebanyak 41,267 kekosongan yang boleh disii oleh calon yang memohon di seluruh Negara berbanding sebanyak 64,703 calon yang memohon tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada kali ini. Namun demikian, amanah ilmu yang bakal dipikul oleh mahasiswa perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Amanah ini tertakluk kepada mahasiswa baru mahupun mahasiswa lama yang baru menghabiskan percutian panjang akibat perubahan waktu sesi pembelajaran IPT pada tahun ini. Justeru, persediaan dan pembentukan ‘mind setting’ perlu digerakkan seoptimum mungkin memandangkan suasana pembelajaran di universiti sangat berbeza dengan keadaan sebelum ini di bangku sekolah.

Mahasiswa perlu cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya di dalam bidang akademik dan sahsiah. Mahasiswa perlu berdikari dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam menempuh proses pembelajaran di menara gading. Pergantungan mutlak mahasiswa kepada nota dan suapan maklumat para pensyarah semata-mata tidak lagi menjamin kejayaan cemerlang akademik mahasiswa. Justeru, perlunya ada perubahan pendekatan dalam tindak tanduk mahasiswa supaya tidak hanya berjumpa pensyarah untuk menghantar kerja dan tugasan malahan mengambil peluang berjumpa pensyarah untuk bertukar-tukar pandangan dalam membincangkan beberapa isu yang melibatkan soal dasar dan polisi atau melibatkan isu-isu semasa dalam dan luar negara.

Selain itu, bahan bacaan mahasiswa perlu menjangkaui ruang lingkup bidang yang dipelajari dan tidak hanya terikat kepada nota-nota kuliah tetapi mahasiswa perlu didedahkan dengan bahan bacaan yang bertemakan falsafah, pemikiran dan karya-karya utama dunia tokoh-tokoh terkenal dunia. Dalam mendepani realiti semasa yang semakin ruwet dan mencabar memerlukan persediaan dan ketahanan yang ampuh dalam kalangan mahasiswa memandangkan terdapat banyak cabaran dan permasalahan semasa yang menyelubungi dunia hari ini. Sebagai contoh, pertembungan aliran pemikiran, krisis identiti, kecelaruan budaya, dan budaya hedonisme yang membarah merupakan cabaran semasa yang perlu ditangani secara hikmah oleh mahasiswa.

Justeru, mahasiswa perlu untuk menyiapkan diri dengan mengadunkan elemen idealisme, aktivisme, dan Intelektualisme dalam diri masing-masing. Elemen-elemen ini harus diadun secara seimbang, komprehensif dan bersepadu dalam mendidik dan membangunkan generasi mahasiswa yang diharapkan mampu mewarnai corak kepimpinan negara akan datang.

 Idealisme (Ketinggian Pemikiran) merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang dihayati lagi diamali. Ia berasaskan kepada dua perkara pokok iaitu Al-Amru bil Makruf atau kecintaan terhadap prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian dan yang kedua ialah Wan Nahyu ‘anil Mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan.

Aktivisme (kesungguhan usaha) pula merujuk kepada keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Ia merupakan suatu proses yang harus berlandaskan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme tersebut dalam aturan hidup secara kemas tanpa menimbulkan riak-riak negatif yang lebih memudaratkan. Melalui aktivisme inilah, akan lahirnya mahasiswa yang berintikan semangat pengorbanan dan perjuangan serta mempunyai nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi. Melalui Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaaan) 2008, kerajaan telah membuka ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti persatuan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) pelajar seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bernaung di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM).

Dalam elemen Intelektualisme (Keluasan Ilmu), ianya tidak hanya merujuk mahupun tergantung kepada kehebatan mahasiswa dalam memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan atau mempunyai angka yang tinggi di dalam sistem CGPA. Elemen intelektualisme ini bukan juga terbangun di atas kecenderungan mahasiswa untuk menjadi ulat buku dengan mengasingkan diri daripada cuba memahami dan menelaah apa yang berlaku di sekelilingnya. Tetapi intelektualisme adalah satu proses penghayatan budaya ilmu melalui olahan idealisme yang dikembangkan dalam bentuk aktiviti-aktivitri yang mampu merangsang pemikiran kreatif dan kritis sehingga berupaya mencetuskan idea-idea baru sekaligus menterjemahkannya ke dalam bentuk tindakan yang praktis.

Akhirnya, sekiranya kesemua elemen idealisme, aktivisme, dan intelektualisme ini dibudayakan di peringkat mahasiswa, PKPIM yakin dan percaya bahawa masalah pengganguran dan ketidakboleh pasaran graduan tidak akan berlaku. Ini kerana, elemen yang dibudayakan ini turut mencakupi latihan kepimpinan, soft-skills dan ilmu-ilmu tambahan yang diperolehi di luar bilik kuliah. Mengambil kata-kata hikmah Almarhum Bapak Nasir mantan Perana Menteri Indonesia, beliau ada menyebutkan bahawa: “Tiada percetakan dalam kepimpinan. (lantaran) pemimpin tidak lahir di bilik kuliah (formal institution) tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.”


Penulis adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/5344-idealisme-aktivisme-dan-intelektualisme-gerakan-mahasiswa)

Selasa, Ogos 23, 2011

Kenyataan Rasmi WAP : Isu Gereja DUMC-HK



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berasa terpanggil untuk memberi penegasan pendirian terhadap polemik antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Harapan Komuniti (HK) dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC).

Sejak polemik pemeriksaan JAIS ke atas majlis ‘Thanksgiving’ pada 3 Ogos 2011, pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang berbeza. Dalam menanggapi kenyataan dan pendirian ini, WADAH-ABIM-PKPIM menilai ia lebih bersikap melulu dan tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.

Kami merujuk kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh seperti Reverend Thomas Philips, Ketua Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Pastor Daniel Ho, yang  membina persepsi  umum kononnya kekerasan telah digunakan oleh JAIS dalam pemeriksaan yang diadakan ke atas Harapan Komuniti (HK) serta Damansara Utama Methodist Church (DUMC). Kami juga ingin melahirkan rasa kesal dengan sikap membisu pihak penganjur iaitu HK serta ingin mempersoalkan motif HK untuk membiarkan pihak gereja menjawab segala persoalan dari awal. Sebagai organisasi yang mendakwa  dianggotai oleh ahli-ahli pelbagai agama dan lapisan masyarakat, HK seharusnya memahami konteks sosial masyarakat Malaysia di mana kita hidup saling hormat-menghormati.

Pihak kami ingin melahirkan rasa kesal apabila HK secara langsung tidak mengormati sensitiviti umat Islam dengan menyanyikan dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Melayu iaitu - “Allahu Akhbar” dan “Allhamdulillah” dan tentang sebuah kuiz yang mencetuskan persoalan-persoalan berikut; Adakah soalan-soalan dalam kuiz tersebut ditujukan untuk semua peserta? Atau ia khusus untuk 15 atau lebih peserta Islam yang hadir?

Sepanjang polemik ini berlaku, pihak JAIS telah memberikan kerjasama serta penjelasan yang sewajarnya berhubung dengan beberapa isu yang diketengahkan. Pihak kami telah mendapat penerangan dan penjelasan daripada pihak JAIS. Meskipun begitu, usaha kami untuk mengadakan dialog  dengan DUMC dan penganjur telah menemui jalan buntu sekaligus menghalang kami untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung dengan isu ini.

Ini selari dengan pendirian kami yang menggalakkan dialog secara sihat serta tertutup tanpa perlu digembar-gemburkan menerusi saluran media. Mengambi kesempatan ini, ABIM-WADAH-PKPIM ingin menzahirkan penghargaan kami terhadap keprihatinan sesetengah kelompok gereja serta sebahagian besar masyarakat Kristian yang menghormati sensitiviti umat Islam serta kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini. Bahkan, pihak kami juga sering berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka di samping bekerjasama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan  dan menggalakkan dialog antara agama.

Sebagai penegasan dan teguran, kami merasa amat kesal dengan keengganan  pihak DUMC dan HK untuk menggunakan saluran dialog menyelesaikan kemelut ini. Kami juga ingin mengetengahkan peringatan tegas agar sebarang aktiviti serupa yang meragukan sepertimana membabitkan HK dan DUMC tidak diulangi lagi.

Sepanjang pemerhatian kami ketika polemik ini, kami memandang berat terhadap tindakan segelintir ahli politik yang seakan menjadikan insiden ini sebagai batu loncatan mencetuskan polemik politik yang tidak menyenangkan . Pihak kami juga ingin melahirkan kekesalan terhadap tindakan NGO-NGO tertentu yang seakan merelakan diri mereka diperkudakan untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu, dengan memanipulasi keprihatinan serta kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini mengenai beberapa isu yang menyentuh secara langsung sensitiviti serta kepentingan mereka.

Berkenaan polemik JAIS-DUMC-HK, kami menyokong tindakan JAIS membuat pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa wujud usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak yang berkenaan. Mengambil iktibar dari kemelut ini, kami menyeru agar masyarakat tidak mudah tertipu dan sentiasa bersikap objektif dan mengambil pendekatan dialog dalam menyelesaikan isu berkaitan ini. Kami juga berharap agar pihak institusi agama di setiap negeri mempergiatkan aktviti dakwah dan mendekati golongan sasar yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Ahad, Ogos 07, 2011

KENYATAAN AKHBAR - ISU PEMERIKSAAN JAIS TERHADAP GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA


ISU PEMERIKSAAN JAIS TERHADAP GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA : ABIM SELANGOR MENGGESA SEMUA PIHAK BERTENANG.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Negeri Selangor memandang serius berita tentang pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama baru-baru ini.
Pemeriksaan tersebut dimaklumkan oleh pihak berkuasa hasil daripada laporan terdapatnya unsur-unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan dalam artikel 11 (4). Dalam laporan awal yang dikeluarkan pihak JAIS terdapat beberapa individu muslim menyertai majlis  tersebut dan ia melanggar Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. 
Justeru, Pihak ABIM Selangor menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan melulu dan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak. ABIM menggesa semua pihak sewajibnya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran di atas peristiwa yang telah berlaku.
ABIM Selangor merasakan bahawa inilah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warga Malaysia dalam mana-mana pertikaian yang wujud. Mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal-hal yang sangat rapuh seperti ini amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup dalam kepelbagaian masyarakat. 
Setiap institusi penguatkuasa yang wujud perlu dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukan berlandaskan undang-undang. ABIM Selangorjuga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang. Justeru, sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini. 
Pihak ABIM Selangor juga kesal laporan akhbar yang membangkitkan kembali isu-isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil Bahasa Melayu yang mana ianya seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang telah kita nikmati selama ini.
ABIM Selangor juga percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada maka sebarang masalah mampu diatasi  dan keharmonian hidup beragama yang dinikmati selama ini dipertahankan. 
KHAIRUDIN BIN ABAS
Yang Dipertua
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Cawangan Negeri Selangor Darul Ehsan

Selasa, Jun 14, 2011

IJTIMA’ HARAKIY KUALA LANGAT ; MERIAH DAN MENCERAH


IJTIMA’ HARAKIY KUALA LANGAT ; MERIAH DAN MENCERAH

Mengambil model jemaah di peringkat pusat, ABIM Daerah Kuala Langat berjaya mengumpulkan di semua peringkat umur. Bermula dengan Wacana ABIM bersama Umat tentang isu ; Qazaf , menjawab fitnah yang menampilkan pembicara Al-Fadhil Ustaz Muhd Zawawi Ahmad Mughni , Yang Dipertua ABIM Selangor yang menerangkan secara terperinci tentang isu semasa ini dan bagaimana masyarakat perlu menghadapinya. Ijtima’ ini diadakan di Surau Hj Marzuki , Warisan Kasih, Darul Maghfirah , Sungai Kelambu Banting pada 10 dan 11 Jun 2011.


Ustaz Zawawi sedang menyampaikan pencerahan













Kehadiran Sdr Dr Muhammad Razak Idris , Presiden ABIM Pusat bersama dalam majlis tersebut menyerlahkan lagi hasrat beliau untuk menjadikan ABIM kembali kepada masyarakat dan kembali berfungsi menyelesaikan msalah umat . Sdr Presiden juga merasmikan Muktamar ABIM Daerah Kuala Langat ke 29 (2011).


Sdr Dr Muhd Razak Idris , Presiden ABIM menyampaikan hadiah kepada guru TASKI











Pada pagi Sabtu , Hari Keluarga ABIM Daerah Kuala Langat yang melibatkan ahli, PEPIAS Daerah Kuala Langat serta guru TASKI di sambut meriah. Program seperti ini akan merapatkan ukhuwah antara ajk , ahli serta mengenali ahli keluarga besar ABIM Daearah Kuala Langat. “ Terima kasih kepada semua yang terlibat dan ABIM Kuala Langat berazam akan menumpukan program bersama ummat untuk mengembalikan fungsi ABIM dalam masyarakat seperti yang disarankan Presiden ABIM untuk ABIM menjadi nasihal Ummat (penasihat Umat )” kata Sdr Radin Muhd Imaduddin . Yang Dipertua ABIM Daerah Kuala Langat bagi sesi 2011/2012.



Tiup dik , Tiup , Jangan Tak Tiup

















Juara Bola Tampar Plastik Sampah Kuala Langat 2011













YDP ABIM Kuala Langat yang baru ; Cikgu Radin menyampaikan hadiah










Khamis, Jun 09, 2011

Perutusan ABIM 40 tahun


ABIM bukan nama asing di pentas dakwah negara ini. Tahun ini, ABIM akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-40. Menurut Prof John C Raines, seorang pengkaji Islam dari Amerika Syarikat dalam rencananya mengenai sejarah perjuangan ABIM, beliau membahagikan pertumbuhan ABIM sebagai pertubuhan dakwah kepada beberapa era utama. Era pertama ia mula ditubuhkan pada 1971, ABIM mendepani persekitaran masyarakat yang ‘rapuh’. Kerana pada sekitar tahun itu negara baru saja 12 tahun mencapai kemerdekaan.
ABIM muncul ketika usia negara terlalu muda serta tidak mempunyai sistem pemerintahan kukuh dalam segala aspek kehidupan. Banyak perkara diwarisi daripada sistem penjajahan terutama segi dasar dan sistemnya terus diguna pakai kepemimpinan awal negara. Keadaan ini menimbulkan rungutan dan kekecewaan masyarakat Melayu kerana sistem pemerintahan tidak berupaya memenuhi aspirasi kemerdekaan mereka khususnya dalam memajukan ekonomi mereka yang amat daif akibat dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan penjajah.
Keadaan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dicatat seorang penganalisis yang mana dari keseluruhan pemilikan ekuiti pada 1971, British memiliki 65 peratus, masyarakat Cina (27 peratus) manakala masyarakat Melayu hanya memiliki 2 peratus ekuiti. Realiti ini menggusarkan semua pihak dan mendorong penentangan masyarakat yang kecewa.
Dalam latar masyarakat yang sebeginilah ABIM sebagai sebuah pergerakan dakwah membentuk dirinya pada awal penubuhan. Kegiatan yang bersifat protes bagi menyuarakan isi hati dan menyampaikan realiti sebenar masyarakat umum yang ketinggalan pada arus pembangunan negara begitu sinonim dengan ABIM. Walaupun corak kegiatan dakwah ini dilihat terlalu lantang dan keras, namun ia dijayakan atas cita-cita perjuangan yang murni iaitu bagi memastikan semua pihak terutama masyarakat Melayu terbabit secara aktif dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara selepas kemerdekaan.
Selepas melalui era ini, dinamika pergerakan ABIM melalui fasa baru sekitar 1980–an dan 1990–an. Masyarakat dan melalui pengalaman baru pembangunan kesan dari beberapa dasar negara yang mula proaktif terhadap realiti sosio-ekonomi semasa. Selepas peristiwa 13 Mei 1969 di mana terjadi pertembungan kaum di negara ini, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tumpuan khusus dasar ini bagi membentuk keseimbangan ekonomi dan ia memberi manfaat kepada masyarakat Melayu.
Berdasarkan rekod, pemilikan ekuiti masyarakat Melayu meningkat daripada 2 peratus pada 1971 kepada 19 peratus pada 1994, walaupun dalam masa sama ekuiti masyarakat Cina meningkat daripada 27 peratus pada 1971 kepada 45 peratus pada 1994. Peningkatan keupayaan ekonomi Melayu memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Apa yang jelas pertambahan golongan kelas menengah dan elit. Sebahagian besar masyarakat memperoleh peluang pendidikan sama ada di dalam atau luar negara. Kesan lain ialah aspek kebudayaan. Masyarakat terdedah dengan kebudayaan global yang berkembang tanpa kawalan.
Pada era baru ini, ABIM bertukar corak. Dasar dan sikap pemerintah yang dinamik dalam memenuhi tuntutan dan keperluan masyarakat terutama dalam aspek ekonomi, pendidikan dan agama membuka ruang yang luas kepada usaha pengisiannya. ABIM menumpu usahanya sebagai rakan dalam pembangunan negara. Penyertaan ABIM dalam pelbagai bidang pembangunan masyarakat bagi memastikan perkembangan masyarakat dimanfaatkan dengan mewujudkan persekitaran yang mendorong penghayatan agama secara lebih menyeluruh.
Saya sering ditanya apakah agenda ABIM selepas ini? Pada saya, ABIM pada alaf baru harus mempersiapkan masyarakat terutama generasi muda mendepani era masyarakat terbuka. Realiti dunia bersifat global menuntut persediaan luar biasa terutama dari segi ketahanan ilmu dan budaya. Jika tidak, masyarakat kita berdepan krisis jatidiri yang parah. Kita tentu tidak menginginkan negara mencapai status maju namun asing di tanah air akibat jati diri yang larut dalam kebudayaan asing. Inilah agenda besar dakwah ABIM untuk beberapa dekad mendatang.
Sumber: ABIM Online

Isnin, Mei 30, 2011

the interview


email 1

Hi there,
Yes, i hubungi you. Nama pena saya Nithya Sidhhu - saya seorang penulis free lance untuk The Sunday Star (English) education - juga seorang bekas guru.  Juga penulis tamu untuk Mingguan Star (BM)   
 
Saya ingin menulis satu rencana tentang guru yang menulis blog. Saya harap anda sudi menjawab soalan berikut. 
 
1. Sejak bila mula blog?
2. Mengapa anda suka blog?
3. Anda blog tentang isu apa? 
4. Apa plus minus nya? Baik buruknya?   
5. Alamat blog
6. Pengalaman menarik sejak mula blog?




reply:

Hi again,

wah.. ni, macam interview lah ni.. ok je..
well, i also read some of ur articles in thestar online. in fact, ada juga articles yg included dalam my blog ni..

 
1. Sejak bila mula blog?

sejak hujung tahun 2004. last time, kami, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) berhubungan dan ber'usrah' secara maya melalui circles. Ada banyak perbincangan yg bermanfaat tidak disusun dengan baik. So, I initiate a blog untuk kumpulkan intipati perbincangan usrah kami. tapi, tu la.. suram sejuk sekali-sekala... atas kesibukan sendiri; terutama 2007; sunyi sesunyinye, masa ni, tengah belajar KPLI dan first posting ke Sarawak, kawasan luar bandar pulak tu.. susah nak online. 

re-active sangat tahun 2008; apabila transfered back to semenanjung; apabila anak murid berkongsi blog mereka. As teacher, kita pun nak cakap jugak yg kita pun dah ada lama dah blog... then, she helps me (teach me) to do the 'cosmetic'  part of my blog.. kalau tak, dulu, so skema! haha..  in a way, saya juga dapat mempromosi blog di kalangan guru di sekolah; in fact, kami (with my colleague) buat kursus dalaman pmbngunan profesional untuk bina blog... 

Sebab lain mula aktif, sebab banyak isu yang macam perlu diketengahkan! sekolah kami sangat tradisional, in a way, banyak guru yg average 10-20 tahun mengajar di situ. So, tempat yg paling mudah untuk saya menulis idealisme saya adalah pada blog. Ya, ia menjadi isu juga! tapi, perubahan harus dilakukan! dunia semakin berubah, maka budaya sekolah juga perlu berubah. Mungkin, guru muda ni, semangatnya lain sikit kot. Dengan harapan semoga idealisme tidak hangat2 tahi ayam, ditulis secara hitam putih melalui blog  agar menjadi bukti / journal selagi blog ini ada; Malah, sehingga sekarang, walaupun saya bertugas di KPM, putrajaya, idealisme perubahan dibawa bersama. 
 
2. Mengapa anda suka blog?
- Blog adalah percuma! haha...
- Blog boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, dan bersifat personal! 'ini adalah ruang saya'
- Sifatnya yang ibarat web based; tapi jauh lebih mudah untuk direka, dikosmetikkan, dan pengisian yang sangat fleksibel memudahkan.
- Mula2, ada juga idea nak buat duit, tapi, rasanya tak pentinglah.. yg penting, media yang menceritakan idealisme tidak banyak dalam bahasa melayu, dan penceritaan dari 'guru', jarang yang casual dan rapat dengan remaja. Saya terlibat dalam PEPIAS sejak tamat ting5 tahun 1997, sehingga sekarang, dalam ABIM selangor.. merasakan remaja perlu didekati dan dididik secara mentoring... Rasional mereka harus ditawan; dan mungkin blog adalah media untuk mereka merujuk apa-apa isu berkaitan. 
(untuk pengetahuan, saya sentiasa mengikuti perkembangan sosial anak2 remaja saya (murid2 ting 4-5) melalui myspace  dan facebook mereka. Medan untuk menasihati mereka, saya minta mereka rujuk blog saya untuk isu2 tertentu yg mungkin mereka ada potensi untuk terjebak! atau mungkin sudah terjebak)


3. Anda blog tentang isu apa? 
- isu pendidikan, perubahan, motivasi, inspirasi, perjuangan, pentarbiyahan, dan isu real politik. 

4. Apa plus minus nya? Baik buruknya?   
- baiknya:::
a) remaja yang saya dekati, dapat pandangan dunia (worldview) yang berbeza dan lebih jelas tentang isu2 tertentu untuk membina minda mereka, jiwa mereka, dan asas kerohanian mereka. Ini sangat penting dalam proses pentarbiyahan mereka. Mereka harus didedahkan dengan pandangan yg lain dari media arus perdana!! (haha..jangan marah aaa..)

b) isu kontemporari dan perubahan penting dapat disematkan.. Surprisingly, ramai cikgu tak ada email aktif, malah tak ada email, apa lagi sosial network account. Ini semua adalah the world trend!! but it happens here in Malaysia. Jadi, boleh bayangkan isu2 lain yg contemp macam isu transformasi dalam RMK10, isu KSSR, isu Tunisia-Mesir dan dunia, isu real-politics, isu plurism-liberalism agama, dan macam2 lagi, termasuk pendekatan pendidikan yg lebih konstruktif, literasi numerasi, pembudayaan sekolah, dan lain2 isu asas macam pekeliling2 perkhidmatan tertentu... perkongsian boleh lah sikit2 mana yg boleh dikongsikan. kalau ada yg menjenguk lah. I guess, cikgu are too busy in doing the 'teaching' for exam, and other school stuffs.

- buruknya::::
a) ada isu yg disentuh; seperti isu sekolah, ada yg terasa dan mengganggap seperti menceritakan aib sekolah. (sama juga halnya kalau isu negara)... maka, jika anda dipulau oleh mereka yg marah, kena lah faham sendiri.. huhu... (orng makan cili, memang lah pedas, kan:) - but u know, perjuangan mana yg tak merasa keperitan?

b) Isu-isu yg diketenghkan, tidak ramai yg minat nak baca.. hanya yg serius nakkan suatu kelainan, mungkin akan carik. dengan kata lain, untuk motivasi dapat traffic, tak payah laa... (but still, kalau ada yg menjenguk consistently, i'd say, Alhamdulillah( Segala puji bagi Allah).


5. Alamat blog

6. Pengalaman menarik sejak mula blog?
- anak2 murid semakin rapat dengan cikgu. hmm.. they said, 'the coolest cikgu'..  ok lah kan..
- ada artikel atau entry yg dapat perhatian blogger terkenal; macamsaifulislam.com; dan blog guru cemerlang. 



Email 2:

Hello there again,
Just nak bagi tahu you bahawa saya bangga ada guru seperti you yang pentingkan komunikasi antara pelajar dan guru, ingin memahami mereka, membantu dan memajukan mereka dengan merapati mereka dahulu.
Boleh saya tahu - Cikgu ajar m/p apa dan dah berapa tahun pengalaman mengajar. Juga ingin tahu adakah Cikgu setuju dengan guru yang meukul atau mendera anak denagn rotan?
Bagaimana cara YOU disiplin pelajar?
 
Oh ya, by the way, saya jumpai blog you kerana you paparkan artikel saya. Kadang-kadang saya cari artikel lama saya dan terbit link dengan blog-blog yang memaparkan artikel lama saya.
 
Begitulah saya 'jumpa' you. But, it's good kerana dapat berkenalan dengan serang guru yang 'cool' dan minat membantu pelajar spt you.
 
Bye for now and thanks. Insyallah apabila artikel itu kelaur - akan saya e-mail dan beritahu you. Cuma mungkin not immediately sebab saya masih buat research.



Reply:

Salam,

1) thanks for the article. memang menambah bahan yg baik untuk perkongsian. tahniah juga sebab menjadi penulis yg baik, unik dan membina!

2) Saya ajar mp Matematik / matematik tambahan. Dalam perguruan secara rasmi, 5 tahun. Dalam pendidikan kemanusiaan melalui NGO as student activist, (PEPIAS, dan Student Rep. Council) 13 tahun secara aktif sehingga hari ini dalam ABIM. Mulai 2010, saya bertugas di KPM, putrajaya dalam Bahagian Pembangunan Kurikulum. So, kali ini bertugas dibalik tabir utk membina kurikulum kebangsaan pula. 

3) First thing first; kena betulkan istilah. Merotan = dengan erti kata menyebat menggunakan rotan ditempat tertentu yg dipersetujui / diwarta setelah melalui amaran tertentu yang jelas, dan aras libasan yg sederhana. 
Yang isitilah diatas, saya setuju; itu pun setelah melalui langkah undang2 tertentu sebelum tiba kepada hukuman rotan.
Istilah mendera tu, besar sangat lah... malah, merotan perlu dirasai dahului dari rumah! 
Cara saya? hmmm.... i'm not into sangat as cikgu disiplin style.. my method, since sebagai cikgu matematik n mate tamb, my problem adalah budak meniru untuk buat homework.. so, i told them, 'i don't need your book; it's yours to keep. i just need to know what you can do, and can't do, so i can help. but if you cheat, then, actually, who's cheating whom?' ::so, i did some controversial stand; which is, tak perlu hantar buku latihan. surprisingly, ramai yg melakukan kerja rumah sendiri.. dan melakukan perbincangan di kelas. only applicable kalau kelas tu, ok-ok lah... kelas yg aras rendah, never do this method! haha..

thanks




Email 3:

Thanks you so much. I hv one more question. What do you regret doing or not doing in your life as a teacher? (Apakah perkara yang you kesal buat atau tak buat sebagai seorang guru?)
Contohnya, ada guru kesal pukul atau memarahi pelajar tanpa memahami masalah pelajar itu dulu.



Reply:

Hi again,

maaf lambat reply.. busy sikit... 
hmm... 

1) Ada juga peristiwa yg membuatkan saya keliru (tak pasti suatu penyesalan atau rasa bersalah, atau sebgai tanggungjawab) as a teacher. Pernah satu ketika, saya melihat gurauan antara murid lelaki dan perempuan yang melibatkan sentuhan dan si perempuan hanya membiarkannya dan mengganggapnya sebagai tidak ada apa-apa masalah. Saya yg melihat dari luar kelas, terus menengking kedua-dua mereka atas perbuatan tersebut dihadapan murid yg lain; sebab:
a) murid lain pun anggap tak ada apa-apa
b) si lelaki melakukan sesuka hati
c) si perempuan merelakan pula

tapi, guru tiada dalam kelas! saya pula memberi  fokus tengkingan kepada mereka berdua sahaja; tanpa mengambil kira latar belakang mereka yang memang dikira 'star' di sekolah. Bermula saat itu, hampir seluruh murid kelas itu seolah-olah tidak menerima saya seperti sebelumnya. Mungkin penjelasan saya tidak jelas, dan saya bukan 'as cool as' yg mereka harapkan, kot... Akhirnya, pencapaian mereka jatuh, dan saya rasa, mereka sudah menyalah-anggap teguran/tengkingan saya... dan mereka salahkan saya kerana pencapaian mereka.

Dengan kata lain, peristiwa ini memberi kesan kepada saya kerana mungkin saya telah memberikan 'harapan' yang salah dengan hubungan yg rapat antara kami. Mungkin mereka mengganggap, cikgu Radin boleh lebih memahami mereka (ala-ala kaunselor atau kawan-kawan, dan bukan bertindak seperti cikgu disiplin!) 

Yang baiknya, saya lebih berhati-hati untuk lebih banyakkan 'slow-talk' dan 'belanja makan' mana-mana murid yang saya lihat ada masalah world-view seperti di atas! haha... 
(yup.. problem is, mereka dibesarkan pada persekitaran yg tidak mengganggap gurauan seperti itu ada masalah. World-view mereka mengatakan it's ok.. (paham ke ni...)

(wah.. panjang pulak cerita... )

ok..

thanks.



Email 4:

dear muhd radin.

Just so you know, the article on teachers who blog will be out this sunday (teacher talk by nithya siddhu - star education) on 29th may. please be aware that the article should also be available online (www.thestar,online.education)
It's a simple article but i hope you like it. moga-moga cikgu suka dan tidak ada banyak editing yg dilakukan oleh pihak the star (kadang-kadang mereka edit isi utk muat ruang yang ada.
Main point is you are featured in it and hopefully more people will view your blog after that!
Oh ya, happy belated teachers' day.
All the best



Reply:

ok.. thanks...



Artikel tersebut boleh dilayari di sini


Jumaat, Februari 04, 2011

kenyataan LKY


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew baru-baru ini yang memohon agar rakyat Islam di Singapura melonggarkan pegangan keagamaan mereka. Ia jelas menyinggung sensitiviti umat Islam, bukan sahaja di Singapura tetapi juga di seluruh rantau ini secara keseluruhannya dan di Malaysia khususnya.

ABIM menilai kenyataan ini dibuat dari perspektif yang cetek serta tidak didasari dengan kefahaman yang menyeluruh mengenai konsep asas dalam ajaran Islam. Sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di rantau ini telah membuktikan bahawa Islam agama yang berasimilasi dengan sosio-budaya masyarakatnya dan disebarkan dengan aman dan saksama.

Kenyataan beliau dilihat bermotifkan politik dan didasari oleh sifat Islamophobia, yang mengaitkan Islam sebagai agama yang tertutup serta tidak progresif. Dalam konteks inilah, perspektif mengenai Islam perlu diluaskan dengan merujuk fenomena positif yang dijelmakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Muslim di negara barat misalnya bukan sahaja hidup harmoni dalam suasana masyarakat majmuk di sana bahkan menyumbang secara produktif sebagai warganegara yang taat.


Justeru, ABIM menggesa satu permohonan maaf terbuka serta penjelasan dibuat oleh Lee Kuan Yew kepada umat Islam di Singapura khususnya dan di seluruh dunia umumnya. Kami juga menggesa agar Singapura bersifat lebih terbuka dan demokratik dengan membuka ruang-ruang dialog antara agama dan kebudayaan yang lebih luas melibatkan hak-hak umat Islam dalam mengamalkan agama mereka di negara tersebut.



Mohamad Raimi Ab.Rahim

Setiausaha Agung

Angkatan Belia Islam Malaysia

Jumaat, Disember 17, 2010

Muktamar PEPIAS 2010

Sekitar Muktamar PEPIAS tahun 2010

Tanggal 5 disember 2010 yang lalu, PEPIAS telah berjaya menyelesaikan Muktamar Agung Tahunan kali ke - 19. Sepanjang tempoh sebelum itu, kesemua cawangan telah mengadakan Mini muktamar masing - masing. Hampir kesemua cawangan melihatkan perubahan pimpinan termasuk pimpinan PEPIAS pusat. Alhamdulillah ini merupakan petanda sistem kaderisasi PEPIAS terus berjalan dengan baik.

Persoalannya ialah bagaimana PEPIAS mengembeling tenaga untuk mengisi barisan pelapis baru ini? Bersama hayati dan beriltizam dengan tema PEPIAS sesi 2010/2011;

MENGISI PEMUDA PERUBAH UMMAT, MEMBANGUN INSAN DIRUNTUHAN ADAB.

Untuk itu disertakan koleksi suasana muktamar cawangan untuk tatapan bersama moga terimbau semula semangat untuk terus memperbaiki diri dan berbakti.


Muktamar PEPIAS Kuala Langat


Muktamar PEPIAS Kuala Langat


Muktamar PEPIAS Petaling Jaya


Muktamar PEPIAS Petaling Jaya


Muktamar PEPIAS Pandan


Muktamar PEPIAS Pandan


Muktamar PEPIAS Bangi


Muktamar PEPIAS Bangi


Muktamar PEPIAS Gombak


Muktamar PEPIAS Pusat

Selasa, November 23, 2010

GEMPAQ 2010



GERAKAN MEMBANGUN GENERASI PENCINTA AL-QURAN
(GEMPAQ 2010)

ABIM Selangor akan bertanggungjawab dalam melaksana modul LDK bagi perjalanan program di atas yang dijangka berlangsung selama 1 bulan sepanjang cuti sekolah. Modul LDK yang dipertanggungjawabkan bermula dari jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang. Fasilitator didatangkan daripada ABIM Selangor dan dibantu oleh adik-adik sayap pelajar ABIM iaitu PEPIAS. Butiran penganjuran adalah seperti berikut:


Penganjur:
PEJABAT ADUN KOTA ANGGERIK

Pelaksana Bersama:
YAYASAN AL-IJABAH (KEM HAFAZAN) - 8.00pg hingga 2.00ptg
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM SELANGOR) - 2.00ptg hingga 5.00ptg
MANTOP TRAINING AND CONSULTANCY - Program Hujung Minggu
PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR (PEPIAS)

Tarikh Perlaksanaan
26 November hingga 27 Disember 2010

Tempat Perlaksanaan
Masjid Raja Uda, Seksyen 16 Shah Alam
Sekolah Rendah Agama Seksyen 16 Shah Alam

Untuk Pendaftaran hubungi 03-5511 7781 atau 03-5880 4586 atau sms ke 017-29 288 29