Jumaat, Ogos 28, 2009

Sajak Hari Merdeka

Songsang(buat Tok Awang)

maafkan aku, jika aku sering saja berlaku songsang

terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

apabila orang bangun berdiri; aku duduk

apabila orang bertepuk tangan; aku diam

apabila orang ghairah berbincang; aku tidur

apabila orang lepaskan merpati; aku taburkan padi

orang lain telah merdeka; aku belum

maafkan aku, jika aku sering saja berlaku songsang

aku sekadar ingin mengingatkan...

(A.Latiff Mohidin)


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.



Melayu vs Melayu

Ma'afkan aku, jika aku sering saja berlaku songsang,

terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

Apabila orang telah sedia duduk; aku bangun berdiri

Apabila orang bertepuk; aku diam

Apabila orang orang ghairah berbincang; aku tidur

Apabila orang membaca zikir; Aku takut mati

Ma'afkan aku, jika aku sering saja berlaku songsang

terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

Orang lain sudah merdeka; aku belum


Aku bahagia kerana aku masih Melayu,

walaupun Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu kecot!" Melayu kata "Melayu takot!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingong!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerong!"
biarkan, biarkan...

Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murong!"
biarkan, biarkan...

Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya...

(Pyan Habib a.k.a Osman Tikus dalam Kembara Seniman Jalanan)
*Sajak di atas adalah sajak A.Latiff Mohidin (songsang) dan sajak Pyan Habib (melayu vs melayu) yang telah dicampur aduk dan tersebar dalam internet dari satu blog ke satu blog. dua sajak tersebut telah disalah kutip dan hilang versi asalnya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Ini adalah sajak klasik yang menyentuh sikap dan perangai orang melayu yang hilang punca dan arah walaupun telah menyambut kemerdekaan sekian lamanya. Sajak ini harus difikir-fikirkan oleh setiap anggota dalam masyarakat untuk bertindak? atau biarkan sahaja... seperti membiarkan Luncai terjun dengan labu-labunya....

1 ulasan:

dariana berkata...

Sajak Tarikh Merdeka

Sebagaimana aku tidak tahu tarikh lahir lupa pembesaran
yang mana satu tarikh merdeka tanah airku dan terbahagi peta
sebagaimana aku sering nyanyi lagu negaraku di perhimpunan pagi
yang mana satu momula moon, terang bulan atau irama lebih asli
sebagaimana kukibarkan jalur gemilan setiap menyambut hari merdeka
yang mana satu union jack atau amerika
sebagaimana aku belajar sejarah srp hingga universiti
yang mana satu benar penjajahan negara atau dijajah teori
sebagaimana pernah ku guna ringgit dan syiling george dan elizabeth
yang mana satu penakluk politik dan perampas kekayaan bumi
sebagaimana diberitahu professor dijajah tidak sekali
yang mana satu residen, govenor dan pegawai inggeris memugar negeri
sebagaimana dituduh anak-negeri penderhaka kepada penjajah barat
yang mana satu benar pahlawan tanah air dan pejuang negara
sebagaimana sia-sianya menyambut MERDEKA di padang pahlawan,dataran merdeka, stadium merdeka hingga kini lebih setengah abad
yang mana satu pengacau: pihak komunis, pemimimpin berkepentingan, pejuang-pejuang marhein, ulama watan atau professor bercermin mata hitam
sebagaimana selalu para pemimpin dan rakyat beraya merdeka meriahkan negara
yang mana satu meninggalkan negara melawat luar negeri
sebagaimana almarhum sudirman menyanyi tanggal 31 ogosnya
yang mana satu teori logika atau teknikalnya Malaysia tidak dijajah siapa-siapa
sebagaimana di negara lain para pemimpin hipokrit mahu mengekal kuasa
yang mana satu lama kekal melainkan jatuh mengeletak dilupa jasanya.

Tapanji.