email 1
Hi there,
Yes, i hubungi you. Nama pena saya Nithya Sidhhu - saya seorang penulis free lance untuk The Sunday Star (English) education - juga seorang bekas guru. Juga penulis tamu untuk Mingguan Star (BM)
Saya ingin menulis satu rencana tentang guru yang menulis blog. Saya harap anda sudi menjawab soalan berikut.
1. Sejak bila mula blog?
2. Mengapa anda suka blog?
3. Anda blog tentang isu apa?
4. Apa plus minus nya? Baik buruknya?
5. Alamat blog
6. Pengalaman menarik sejak mula blog?
reply:
Hi again,
wah.. ni, macam interview lah ni.. ok je..
well, i also read some of ur articles in thestar online. in fact, ada juga articles yg included dalam my blog ni..
1. Sejak bila mula blog?
sejak hujung tahun 2004. last time, kami, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) berhubungan dan ber'usrah' secara maya melalui circles. Ada banyak perbincangan yg bermanfaat tidak disusun dengan baik. So, I initiate a blog untuk kumpulkan intipati perbincangan usrah kami. tapi, tu la.. suram sejuk sekali-sekala... atas kesibukan sendiri; terutama 2007; sunyi sesunyinye, masa ni, tengah belajar KPLI dan first posting ke Sarawak, kawasan luar bandar pulak tu.. susah nak online.
re-active sangat tahun 2008; apabila transfered back to semenanjung; apabila anak murid berkongsi blog mereka. As teacher, kita pun nak cakap jugak yg kita pun dah ada lama dah blog... then, she helps me (teach me) to do the 'cosmetic' part of my blog.. kalau tak, dulu, so skema! haha.. in a way, saya juga dapat mempromosi blog di kalangan guru di sekolah; in fact, kami (with my colleague) buat kursus dalaman pmbngunan profesional untuk bina blog...
Sebab lain mula aktif, sebab banyak isu yang macam perlu diketengahkan! sekolah kami sangat tradisional, in a way, banyak guru yg average 10-20 tahun mengajar di situ. So, tempat yg paling mudah untuk saya menulis idealisme saya adalah pada blog. Ya, ia menjadi isu juga! tapi, perubahan harus dilakukan! dunia semakin berubah, maka budaya sekolah juga perlu berubah. Mungkin, guru muda ni, semangatnya lain sikit kot. Dengan harapan semoga idealisme tidak hangat2 tahi ayam, ditulis secara hitam putih melalui blog agar menjadi bukti / journal selagi blog ini ada; Malah, sehingga sekarang, walaupun saya bertugas di KPM, putrajaya, idealisme perubahan dibawa bersama.
2. Mengapa anda suka blog?
- Blog adalah percuma! haha...
- Blog boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, dan bersifat personal! 'ini adalah ruang saya'
- Sifatnya yang ibarat web based; tapi jauh lebih mudah untuk direka, dikosmetikkan, dan pengisian yang sangat fleksibel memudahkan.
- Mula2, ada juga idea nak buat duit, tapi, rasanya tak pentinglah.. yg penting, media yang menceritakan idealisme tidak banyak dalam bahasa melayu, dan penceritaan dari 'guru', jarang yang casual dan rapat dengan remaja. Saya terlibat dalam PEPIAS sejak tamat ting5 tahun 1997, sehingga sekarang, dalam ABIM selangor.. merasakan remaja perlu didekati dan dididik secara mentoring... Rasional mereka harus ditawan; dan mungkin blog adalah media untuk mereka merujuk apa-apa isu berkaitan.
(untuk pengetahuan, saya sentiasa mengikuti perkembangan sosial anak2 remaja saya (murid2 ting 4-5) melalui myspace dan facebook mereka. Medan untuk menasihati mereka, saya minta mereka rujuk blog saya untuk isu2 tertentu yg mungkin mereka ada potensi untuk terjebak! atau mungkin sudah terjebak)
3. Anda blog tentang isu apa?
- isu pendidikan, perubahan, motivasi, inspirasi, perjuangan, pentarbiyahan, dan isu real politik.
4. Apa plus minus nya? Baik buruknya?
- baiknya:::
a) remaja yang saya dekati, dapat pandangan dunia (worldview) yang berbeza dan lebih jelas tentang isu2 tertentu untuk membina minda mereka, jiwa mereka, dan asas kerohanian mereka. Ini sangat penting dalam proses pentarbiyahan mereka. Mereka harus didedahkan dengan pandangan yg lain dari media arus perdana!! (haha..jangan marah aaa..)
b) isu kontemporari dan perubahan penting dapat disematkan.. Surprisingly, ramai cikgu tak ada email aktif, malah tak ada email, apa lagi sosial network account. Ini semua adalah the world trend!! but it happens here in Malaysia. Jadi, boleh bayangkan isu2 lain yg contemp macam isu transformasi dalam RMK10, isu KSSR, isu Tunisia-Mesir dan dunia, isu real-politics, isu plurism-liberalism agama, dan macam2 lagi, termasuk pendekatan pendidikan yg lebih konstruktif, literasi numerasi, pembudayaan sekolah, dan lain2 isu asas macam pekeliling2 perkhidmatan tertentu... perkongsian boleh lah sikit2 mana yg boleh dikongsikan. kalau ada yg menjenguk lah. I guess, cikgu are too busy in doing the 'teaching' for exam, and other school stuffs.
- buruknya::::
a) ada isu yg disentuh; seperti isu sekolah, ada yg terasa dan mengganggap seperti menceritakan aib sekolah. (sama juga halnya kalau isu negara)... maka, jika anda dipulau oleh mereka yg marah, kena lah faham sendiri.. huhu... (orng makan cili, memang lah pedas, kan:) - but u know, perjuangan mana yg tak merasa keperitan?
b) Isu-isu yg diketenghkan, tidak ramai yg minat nak baca.. hanya yg serius nakkan suatu kelainan, mungkin akan carik. dengan kata lain, untuk motivasi dapat traffic, tak payah laa... (but still, kalau ada yg menjenguk consistently, i'd say, Alhamdulillah( Segala puji bagi Allah).
5. Alamat blog
6. Pengalaman menarik sejak mula blog?
- ada artikel atau entry yg dapat perhatian blogger terkenal; macamsaifulislam.com; dan blog guru cemerlang.
Email 2:
Hello there again,
Just nak bagi tahu you bahawa saya bangga ada guru seperti you yang pentingkan komunikasi antara pelajar dan guru, ingin memahami mereka, membantu dan memajukan mereka dengan merapati mereka dahulu.
Boleh saya tahu - Cikgu ajar m/p apa dan dah berapa tahun pengalaman mengajar. Juga ingin tahu adakah Cikgu setuju dengan guru yang meukul atau mendera anak denagn rotan?
Bagaimana cara YOU disiplin pelajar?
Oh ya, by the way, saya jumpai blog you kerana you paparkan artikel saya. Kadang-kadang saya cari artikel lama saya dan terbit link dengan blog-blog yang memaparkan artikel lama saya.
Begitulah saya 'jumpa' you. But, it's good kerana dapat berkenalan dengan serang guru yang 'cool' dan minat membantu pelajar spt you.
Bye for now and thanks. Insyallah apabila artikel itu kelaur - akan saya e-mail dan beritahu you. Cuma mungkin not immediately sebab saya masih buat research.
Reply:
Salam,
Just so you know, the article on teachers who blog will be out this sunday (teacher talk by nithya siddhu - star education) on 29th may. please be aware that the article should also be available online (www.thestar,online.education)
1) thanks for the article. memang menambah bahan yg baik untuk perkongsian. tahniah juga sebab menjadi penulis yg baik, unik dan membina!
2) Saya ajar mp Matematik / matematik tambahan. Dalam perguruan secara rasmi, 5 tahun. Dalam pendidikan kemanusiaan melalui NGO as student activist, (PEPIAS, dan Student Rep. Council) 13 tahun secara aktif sehingga hari ini dalam ABIM. Mulai 2010, saya bertugas di KPM, putrajaya dalam Bahagian Pembangunan Kurikulum. So, kali ini bertugas dibalik tabir utk membina kurikulum kebangsaan pula.
3) First thing first; kena betulkan istilah. Merotan = dengan erti kata menyebat menggunakan rotan ditempat tertentu yg dipersetujui / diwarta setelah melalui amaran tertentu yang jelas, dan aras libasan yg sederhana.
Yang isitilah diatas, saya setuju; itu pun setelah melalui langkah undang2 tertentu sebelum tiba kepada hukuman rotan.
Istilah mendera tu, besar sangat lah... malah, merotan perlu dirasai dahului dari rumah!
Cara saya? hmmm.... i'm not into sangat as cikgu disiplin style.. my method, since sebagai cikgu matematik n mate tamb, my problem adalah budak meniru untuk buat homework.. so, i told them, 'i don't need your book; it's yours to keep. i just need to know what you can do, and can't do, so i can help. but if you cheat, then, actually, who's cheating whom?' ::so, i did some controversial stand; which is, tak perlu hantar buku latihan. surprisingly, ramai yg melakukan kerja rumah sendiri.. dan melakukan perbincangan di kelas. only applicable kalau kelas tu, ok-ok lah... kelas yg aras rendah, never do this method! haha..
thanks
Email 3:
Thanks you so much. I hv one more question. What do you regret doing or not doing in your life as a teacher? (Apakah perkara yang you kesal buat atau tak buat sebagai seorang guru?)
Contohnya, ada guru kesal pukul atau memarahi pelajar tanpa memahami masalah pelajar itu dulu.
Reply:
Hi again,
maaf lambat reply.. busy sikit...
hmm...
1) Ada juga peristiwa yg membuatkan saya keliru (tak pasti suatu penyesalan atau rasa bersalah, atau sebgai tanggungjawab) as a teacher. Pernah satu ketika, saya melihat gurauan antara murid lelaki dan perempuan yang melibatkan sentuhan dan si perempuan hanya membiarkannya dan mengganggapnya sebagai tidak ada apa-apa masalah. Saya yg melihat dari luar kelas, terus menengking kedua-dua mereka atas perbuatan tersebut dihadapan murid yg lain; sebab:
a) murid lain pun anggap tak ada apa-apa
b) si lelaki melakukan sesuka hati
c) si perempuan merelakan pula
tapi, guru tiada dalam kelas! saya pula memberi fokus tengkingan kepada mereka berdua sahaja; tanpa mengambil kira latar belakang mereka yang memang dikira 'star' di sekolah. Bermula saat itu, hampir seluruh murid kelas itu seolah-olah tidak menerima saya seperti sebelumnya. Mungkin penjelasan saya tidak jelas, dan saya bukan 'as cool as' yg mereka harapkan, kot... Akhirnya, pencapaian mereka jatuh, dan saya rasa, mereka sudah menyalah-anggap teguran/tengkingan saya... dan mereka salahkan saya kerana pencapaian mereka.
Dengan kata lain, peristiwa ini memberi kesan kepada saya kerana mungkin saya telah memberikan 'harapan' yang salah dengan hubungan yg rapat antara kami. Mungkin mereka mengganggap, cikgu Radin boleh lebih memahami mereka (ala-ala kaunselor atau kawan-kawan, dan bukan bertindak seperti cikgu disiplin!)
Yang baiknya, saya lebih berhati-hati untuk lebih banyakkan 'slow-talk' dan 'belanja makan' mana-mana murid yang saya lihat ada masalah world-view seperti di atas! haha...
(yup.. problem is, mereka dibesarkan pada persekitaran yg tidak mengganggap gurauan seperti itu ada masalah. World-view mereka mengatakan it's ok.. (paham ke ni...)
(wah.. panjang pulak cerita... )
ok..
thanks.
Email 4:
dear muhd radin.
Just so you know, the article on teachers who blog will be out this sunday (teacher talk by nithya siddhu - star education) on 29th may. please be aware that the article should also be available online (www.thestar,online.education)
It's a simple article but i hope you like it. moga-moga cikgu suka dan tidak ada banyak editing yg dilakukan oleh pihak the star (kadang-kadang mereka edit isi utk muat ruang yang ada.
Main point is you are featured in it and hopefully more people will view your blog after that!
Main point is you are featured in it and hopefully more people will view your blog after that!
Oh ya, happy belated teachers' day.
All the best
All the best
Reply:
ok.. thanks...
Artikel tersebut boleh dilayari di sini