Jawapan A
1. PPSMI ialah pelajari pelajaran sains dan mathematik dalam bahasa inggeris - maklamatnya ialah untuk mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris dan bukan mempelajari bahasa inggeris dengan mata pelajaran sains dan matematik.
2. Kenapa belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris? Jawabannya ialah kerana ilmu dalam bidang bidang sains, kejuruteraan, perubatan, teklogi maklumat - yang terkandung dalam buku, journal, dan kandungan digital, kebanyakan nya berada dalam bahasa inggeris. Jadi tujuan PPSMI ialah supaya kita dapat akses kandungan ilmu.
3. Ada lah tidak benar bila kita kata bahawa prestasi pelajaran m&s merosot dengan PPSMI. Sekiranya saudara semak kembali statistik dalam tahun tahun lepas - kesemua peperiksaan USPR, PMR dan SPM menunjuk prestasi yang cermelang.
4. Kajian yang di buat keatas korelasasi antara PPSMI dengan Bahasa Inggeris telah menunjuk bahawa PPSMI telah meningkat penguasaan inggeris walaupun korelasasi nya tidak siknifikan.
Pertama, kita perlu ingat bahawa kajian tersebut dibuat setelah PPSMI di perkenalkan selama 6 tahun sahaja. Kajian akan memberi gambaran yang lebih tepat sekiranya ia di buat ke atas pelajar yang berada di peringkat SPM - iaitu selepas 11 tahun berpelajaran.
Kedua kita juga perlu tahu bahawa kajian tersebut tidak mengambil kira apa kah korelasasi yang mungkin sekiranya m&s di pelajari dengan BM. Ada kemungkinan besar, pelajaran BI akan merosot dengan ketara setelah PPSMI di mansuhkan.
rujukan :
http://pagemalaysia.org/news.php?readmore=925
Lain-lain Jawapan:
- One thing in common , those who oppose ppsmi post their comment in bm , if they want m & s in bm , go ahead , less competition in private sector , we want ppsmi.
- signifikan tu bm ke ?
- Why implemented PPSMI in the first place? It was supported by all when Tun M launched it. But, after Tun exit then the ministry softlanding it. Was it political or pure education of future malaysians?
- We are all sounding like a spoiled record telling everyone the 2 most important aspect of PPSMI. 1) PPSMI does not teach you English. It enhances the usage of the language.2) PPSMI is the way forward in terms of technology and competing on an equal footing with the world today. PPSMI does not sideline the National Language or any race for that matter. Every child regardless of what school you attend- National , vernacular, private or International will learn Maths and Science in English.No discrimination and there should be no discrimination in acquiring knowledge.
Jawapan saya:
1) Perkataan ‘signifikan’ memang sudah ada dalam daftar istilah Dewan Bahasa. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk pengayaan kosa kata Bahasa Melayu. Saya kira, ini bukan isu pokoknya.
2) Kalau status ditulis dalam Bahasa Melayu, sepatutnya juga tidak menjadi isu. Gunakanlah bahasa apapun asalkan dapat difahami untuk bersosial di media sosial ini.
3) Pekeliling Ikhtisas (SPI) 11/2002, dasar PPSMI (boleh google untuk baca pekeliling penuh) menyatakan terdapat 3 objektif yang tertulis, iaitu bahawa dengan dasar PPSMI, murid diharap dapat menguasai ilmu sains dan matematik melalui akses dari pelbagai media (buku, internet, majalah, tv, dll) SERTA dengan dasar ini juga, murid dapat menguasai Bahasa Inggeris. Jadi, untuk menyatakan bahawa dasar ini bukan untuk belajar BI dengan mp Sains dan Matematik adalah suatu yg separuh benar ‘half-true’ atau separuh salah.
4) Benar lah kandungan ilmu kejuruteraan, teknologi maklumat, perubatan banyak dalam bahasa inggeris. Persoalannya, murid tidak mungkin masuk ke bidang berkenaan di peringkat tinggi, apabila asas ilmu kandungan sains dan matematik tidak dikuasai dengan baik, malah penyertaan murid (atas kelayakkan) dalam aliran sains (tingkatan 4) semakin menurun sehingga kan hanya kurang lebih, 20% sahaja dalam aliran sains. Justeru, faedah PPSMI hanya dalam kelompok itu sahaja.
5) Dalam mana-mana kajian ilmiah, salah satu analisis statistik yg penting adalah statistik inferensi (inferential statistics) dan salah satu adalah hubungan korelasi yg menunjukkan hubungan langsung antara pemboleh ubah. Istilah ‘signifikan secara statistik’ atau ‘statistically significant’ pula merujuk kepada keberkesanan suatu pemboleh ubah pengubah (moderator). Dalam kata mudah, sekiranya dikaji suatu ‘ubat’ bagi suatu ‘penyakit’, sekiranya ‘ubat’ tiada hubungan korelasi yang signifikan secara statistik, maka, ‘ubat’ tersebut tidak wajar dipasarkan! (Sila rujuk buku berkaitan statistik atau yang berkaitan dengan penyelidikan)
6) Hubungan selama 6 tahun pembelajaran sudah mencukupi, secara statistik (kajian saintifik) untuk memberi gambaran sebenar. Sudah tentu lebih lama, lebih baik. Justeru, kenyataan untuk menidakkan kajian tersebut adalah suatu yang tidak ilmiah dan tidak saintifik.
7) Korelasi dengan pencapaian BI adalah tidak signifikan, seperti yang ditulis di atas. Dan, kenyataan seperti ‘kemungkinan’ adalah suatu yang tidak saintifik. KBSR telah dilaksanakan sejak tahun 1980an dalam BM. Dan tiada laporan menyatakan pencapaian BI merosot! Walau bagaimanapun, (kalau tak silap) memang terdapat laporan tentang kemerosotan murid dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
8) Dan sebagai makluman lagi, dasar PPSMI dilaksanakan tanpa kajian ilmiah dan dibuat secara serentak kepada murid tahun 1 dan tingkatan 1 pada tahun 2002 (Rujuk pekeliling di atas). Ironi, apabila untuk memansuhkan dasar ini, perlu pendekatan ‘soft-landing’. Secara ilmiah, kaedah ‘soft-landing’ boleh diterima akal, berbanding kaedah ‘vertical-departure’ semasa pelaksanaannya dahulu.
A jawab semula:
“... In conclusion, the policy decision to implement PPSMI was made to
ensure students’ mastery in science and mathematics in view of the fact that most
of the sources are available in the English language. Indirectly, it is also
hoped that the implementation of PPSMI would contribute to the enhancing of
students’ command of the language.”
“... penguasaan pelajaran BI pelajar pelajar dalam era itu merosot dengan
ketara. Graduan graduan yang tidak boleh dapat perkerjaan kerana mereka tidak
tahu bertutur dalam bahasa inggeris adalah satu satu tanda pertunjuk.
Kedua, lebih dari 2/3 dari 70000 guru bahasa inggeris yang tidak mencapai tahap
penguasaan inggeris yang di perlukan ada lah tanda pentunjuk yang kedua.”
“...20% sahaja yang masuk aliran sains - murid yang masuk aliran sains
semakin menurun, walaupun m&s di ajar dalam bahasa Malaysia dari dahulu
lagi. Pelajar2 PPSMI cohort yang pertama dari tahun 2003 kini berada di
tingkatan 4, mungkin statistik boleh di kaji sekarang.”
“... Sudah tentu lebih lama lebih baik, lepas itu buat kesimpulan bahawa
menidakkan kajian tersebut adalah suatu yang tidak ilmiah dan tidak saintifik.
Ehh.... apa punya lojik ini. ????!!!!!!!”
Ehh.... apa punya lojik ini. ????!!!!!!!”
“see how may "English" terms Radin
had to use in his Malay language denunciation of PPSMI above:
'statistically significant', 'soft-landing', 'vertical-departure', etc”
'statistically significant', 'soft-landing', 'vertical-departure', etc”
Jawapan saya:
1. Berkaitan kajian ilmiah, menerima satu dapatan statistik, dan menolak dapatan yang
lain adalah suatu yang tidak saintifik. Logik yang diterangkan sebelum ini
adalah tempoh 6 tahun adalah tempoh yang feasible untuk melaksanakan kajian
keberkesanan suatu moderator. Maknanya, kalau lebih dari 6 tahun, sudah tentu
tiada masalah. Tapi, janganlah menidakkan kajian yang tidak pro kepada hipotesis
kita. Cuma, dalam konteks suatu dasar negara, kegagalan suatu eksperimen atau
null-hipotesis akan menjejaskan banyak nyawa. Lebih lama dasar itu dijalankan,
maka lebih banyak nyawa akan terkorban.
2. Istilah yang ditulis di atas adalah bagi penerangan ilmiah. (Sila rujuk
buku yang berkaitan dengan penulisan ilmiah) bagi memahami bagaimana Bahasa
berkembang.
3. Kesimpulan pertama untuk memastikan murid masteri dalam kandungan sains dan
matematik berdasarkan fakta kebanyakkan sumber adalah dalam bahasa inggeris
adalah suatu andaian. (assumption). MP sains dan matematik telah lama
diperkenalkan sejak KBSR, dan murid tidak mengalami masalah dalam masteri
kedua-dua mata pelajaran ini. Ia tiada kena mengena dengan sumber bacaan dari
bahasa inggeris mahupun bahasa malaysia. (Ingat, korelasi pencapaian murid
sebelum dan selepas PPSMI tidak menunjukkan signifikan secara statistik).
4. Kuncinya adalah kerana guru sains dan matematik mahir dalam mengajar
kedua-dua kandungan mata pelajaran ini. Dengan kata lain, sumber asas untuk
mempelajari kedua-dua kandungan ini sudah mencukupi bagi murid menguasai sains
dan matematik. Seterusnya, dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan
teknologi pada masa depan. (Mungkin perlu dijelaskan pre-requisite untuk
menceburi bidang kejuruteraan atau kedoktoran dalam IPT adalah
sekurang-kurangnya C ke atas, tapi, sekarang ini, A adalah jaminan).
5. Memang ada kebimbangan kemerosotan murid dalam berkomunikasi dalam bahasa
inggeris pada waktu itu, walaupun pencapaian dalam peperiksaan tidak
menunjukkan kebimbangan. Dalam domain pembelajaran B.Inggeris, secara asasnya,
terdapat domain Membaca, menulis, bertutur dan mendengar (Reading, writing,
speaking, and listening) Kesimpulan yang sepatutnya adalah pentaksiran yang
dibuat menunjukkan murid mahir dalam menulis dan membaca dalam BI, tetapi
merosot dalam bertutur dan mendengar dalam BI.
6. Justeru, apabila jelas tentang ‘penyakit’,
maka perlulah sediakan ‘ubat’ yang betul. Bukan dengan menarik sekali mata
pelajaran yang ‘tidak sakit’. Jelas bahawa penyakitnya adalah ‘berkomunikasi’ dan akhirnya membawa kepada rantaian masalah
yang lain seperti dalam bidang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk
pekerjaan sebagai guru B.Inggeris!
7. Peratusan berkenaan murid yg mengambil jurusan sains semakin menurun
sehingga 20% sahaja adalah dapatan terbaru! Sama ada terdapat korelasi adakah
berkaitan dengan dasar PPSMI, saya tidak pasti. Sebelum itu (Pra-PPSMI), dasar
60-40 hampir dicapai. Yang pasti, trend menurun ini bermula sejak tahun 2003 ke
atas. Mungkin hanya kebetulan?