Ahad, Januari 09, 2011

Pengkisahan Kurikulum dalam KSSR

Fikrah:

1) Realitinya, dalam perkembangan pendidikan yang memberi respon kepada keperluan masyarakat, kurikulum yang baru ini (KSSR) nanti, akan memberi penekanan kepada aspek bahasa dan komunikasi. Aspek pembinaan kognitif adalah lebih jelas dalam matematik dan sains tidak pula diberi penekanan. Ini ditunjukkan dengan pengurangan waktu pembelajaran kedua-dua subjek ini dalam seminggu, berbanding dalam pelaksanaan KBSR. Pelaksanaan ini telahpun diwartakan untuk tahap 1, bermula 2011.

2) Alasan yang diberikan adalah untuk membaiki aspek komunikasi murid (kecerdasan sosial) yang selama ini diabaikan  diberi penekanan yang terlalu sedikit. Ketidakbolehan murid dalam menguasai 2M, (membaca dan menulis) adalah suatu yang tidak boleh diterima terutama setelah melalui 11 tahun sistem persekolahan. Bagaimanapun, adakah dengan meringankan dan mengorbankan atau memangsakan dua subjek pembinaan kognitif utama ini? 

3) Mata pelajaran lain juga berperanan dalam membina kognitif (daya pemikiran minda) murid, namun tidak sesaintifik, dan tidak sesistematik bidang pembelajaran matematik dan sains; keteraturan pemikiran yang hanya diperolehi dalam disiplin dua ilmu ini! Kemahiran Mengira, M yang ketiga dalam kurikulum KBSR secara praktikalnya tidak ditambah  baik; suatu keputusan yang ironi apabila dalam KSSR, ditulis secara tersurat untuk menguatkan unsur 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan tambahan M yang keempat, iaitu Menaakul.

4) Menaakul adalah kemahiran pemikiran aras tinggi dalam memahami sebab-akibat. Dalam Taxonomy Bloom sekalipun, ia berada dalam aras kesusahan sederhana. Kemahiran menaakul juga dikategorikan dalam kebolehan menganalisis. Murid seharusnya mampu memahami proses mendapat suatu ilmu itu, daripada menerima suatu ilmu itu seadanya. Kemahiran ini juga penting dalam kehidupan seharian untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita agar tidak mudah tertipu, dan bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan dalam masyarakat.


(rajah di atas menunjukan perkembangan kognitif daripada taxonomy bloom yang dikaji semula versi baru, 2005.) 
(Sumber : http://www.odu.edu/educ/llschult/blooms_taxonomy.htm)

5) Asas dalam pembelajaran (learning) adalah untuk mengisi aspek What (pengetahuan), How (kemahiran), and Why (penaakulan). Pembinaan ilmu semestinya perlu mengisi kekuatan kognitif (minda), dan juga kekuatan jiwa (qalb). Dan itulah yang harus kita kerjakan dari sekarang bersama-sama. 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks for a great article to help me on the way, I am happy for all your labour in studying along with writing this blog

Tanpa Nama berkata...

An incredibly outstanding as well as helpful article available. My partner and i seen it and looked over everything twice

Tanpa Nama berkata...

Great submit. Many thanks for posting about it

azniza berkata...

Terima kasih di atas artikel yg sangat berguna dan bermakna