Selasa, Oktober 25, 2005

Nak ke tak nak

ni adalah tajuk buku yang dikeluarkan dan ditulis oleh Dr HM Tuah Iskandar. Bila teringat buku ni, banyak yang DrTuah cerita dan bagai nasihat.. Lain sikit celotehnya, berbanding dengan celoteh motivator-motivator lain kat Malaysia. Dalam buku ni, DrTuah cakap, kita ni, sebagai manusia, banyak keinginan untuk buat apa sahaja.. sebab, manusia ada banyak pilihan dan ada kuasa untuk memilih apa yang nak dibuat. tak kisah la, dari bidang apa sekalipun, namun akhirnya, yang akan menjadikannya jadi atau tidak, nak ke taknak...

Kalau nak, buat cara nak, kalau tak nak pulak, tak payah nak cakap, tak payah nak buat... dah kalau dah tak buat, maknanya tak nak la tu... senang jer sebenarnya. apa yang peliknya bila ada orang tu, tak berjaya dalam dalam peperiksaan? kecewa dalam pilih pasangan? retak dalam hubungan kekeluargaan? rugi dalam perniagaan? kantol dalam isu kemasyarakatan? dan yang paling teruk, gagal dalam kehidupan? dah tu, takkan nak salahkan orang lain... kita sendiri yang buat keputusan tentang hidup kita, buat lah betul-betul.

hmmm... tapi, orang kata, ada beberapa faktor yang mempengaruhi selain nak ke tak nak...

Yang pertama, hangat-hangat taik ayam , yang ini faktor yang sangat kuat. Jiwa tak kental, jati diri lemah, nah... akhirnya, daripada nak, dah jadi tak nak!! mulut tak menyatakan, tapi, amalan tu sendiri telah menyatakannya. ni, saya dah cakap dah sebelum ni...

Yang kedua, berpijak dibumi nyata, bukan diawang2an... ini, faktor angan-angan Jenin. Orang tua-tua kata, hendak memeluk gunung, tangan tak sampai. Ada kalanya, ia menjadi faktor kegagalan, terutama bagi yang pemalas. Kan ke berangan jauh lebih mudah daripada menghadapi realiti. yer la kan... masa mula2, tak rasa lagi. bila dah buat, baru pening kepala. Yang positifnya, ia akan menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif dalam kehidupan. Juga menjadikan manusia mempunyai matlamat impian yang mungkin menjadi faktor penggerak yang lebih hebat daripada mereka yang langsung tidak bermimpi atau berimpian. Pilih la wei, hang nak mana satu....

Yang ketiga, circle of influence, atau dalam bahasa kebangsaan, pengaruh persekitaran. Bila cakap mengenai circle atau bulatan, ada dua pandangan di sini.. titik bulatan, dan keliling bulatan. Kalau menjadi titik, dia lah yang akan mempengaruhi sekelilingnya, tapi, kalau menjadi keliling bulatan, dia lah yang akan mengikut titik yang akan membawanya. kalau ke arah kebaikan, elok lah, kalau ke arah sebaliknya, maka, 'selamat' lah! Masalahnya, ramai nya manusia yang tidak mampu menjadi titik, atau penarik, 'initiator' atau pemula, faktor pemimpin... yang mana perlukan karisma yang tinggi.. maka, sekali lagi... jadilah yang tepi-tepi... yang sipi-sipi... yang dekat sempadan jer... hmmm... lantak pi la...

Walau apa kesimpulan atas faktor kejayaan itu, saya masih berpendapat yang kesemua faktor yang di tulis di atas, pada dasarnya, masih dapat di patahkan dengan hujah asal!!! nak ke tak nak... yang lain akan menjadi alasan.... alasan semata-semata...

Tiada ulasan: