Sabtu, Julai 01, 2006

Usrah

Nak kenal orang ni, satu kerja yang sangat susah dan mengambil masa yang cukup panjang... Wajah di muka boleh menipu... Perbuatan pun boleh menipu... Yang paling hebat menipu adalah lidah... pergh.. kalau lidah, tak payah cerita... tak bertulang, tapi, paling kuat menipu... sebab tu, kena berhati-hati dengan lidah. Wajah dengan perbuatan ni, sebagai pelakon pembantu jer...

Lagi satu, ni dalam hadis pun tak silap, ada disebut jugak... satu bahagian yang mana kalau baik, baiklah seluruh anggota tubuh badan, kalau buruk, buruklah seluruh anggota tubuh badan... Tak lain tak bukan... hati! Kalau wajah, perbuatan dan lidah boleh dan sentiasa ditampilkan dengan imej, hati amatlah berbeza... Tidak akan kelihatan pada peringkat awal... kalau dah nampak, maknanya, sudah terlewat... nasi sudah jadi bubur... Pada waktu ini, sudah terhantuk, dah terlambat untuk dingadah... Tak sempat nak sediakan payung, dah basah dah pun...

Teringat satu ilmu dulu-dulu pernah belajar.. bolehlah berkongsi bersama-sama... untuk mencapai tahap yang boleh diibaratkan seperti keluarga dah, bukan satu kerja yang mudah dan sekejap... Dalam bahasa arabnya, dipanggil Usrah.. Keluarga lah tu... ada rukun-rukun yang harus dipatuhi dan langkah-langkah yang teliti... Rukun Usrah diringkaskan sebagai 4T. Taaruf, taawun, tafahhum, dan takaful. Dalam kata mudahnya, taaruf (berkenal-kenalan), taawun (lupa lah pulak..), tafahhum (memahami) dan takaful (tolong-menolong)... Dan proses ini perlulah diiringi dengan iman, dan taqwa untuk mendapat redha Illahi... Asasnya pulak, sudah tentu niat yang ikhlas... atas konsep bertemu dan berpisah kerana Allah taala. Panjang lagi huraian ni... Nanti-nantilah, kalau ada peluang, boleh kita bincang pasal rukun usrah ni.... Dah dapat asas, kira ok la kan...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tenn, ada gak yang tak bertulang ni tapi ganas gak lebih2 lagi bila dah air naik kpala...bila dah mengamuk, fuhh mau orang tak berdosa atau berdosa naik gunung kat badan....keh..keh ...kehhh...kalu bijak teka la amendanya tu..