Khamis, April 22, 2010

Pendikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKReSo)



1.     Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah.   Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar khususnya melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan amnya melalui kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.  Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. 
Kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar dalam pelbagai aspek melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan tidak hanya tertumpu kepada isu seksual semata-mata. Kurikulum pendidikan ini disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat melahirkan murid yang bertanggungjawab, membuat keputusan yang bijak dan berakhlak ke arah amalan gaya hidup sihat serta menghindari tingkah laku berisiko.
 
2.      Kepentingan penglibatan ibu bapa
Peranan dan penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting dalam membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang dijalankan oleh guru. Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan mereka kepada guru secara tidak langsung akan dapat membantu keberkesanan kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah. Kesediaan ibu bapa boleh mengurangkan sensitiviti yang mengiringi isu seksualiti supaya ia diterima dalam perspektif tepat dan sihat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh memainkan peranan penting dalam menambah tahap kesedaran dan pengetahuan berkaitan seksualiti. 
 
3.      Bahan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM telah menyediakan pelbagai bahan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang terdiri daripada modul-modul umum dan khusus mengenai seksualiti. Antaranya :
a)               Modul 1 : Aspek Fizikal
b)               Modul 2 : Aspek Sosial
c)               Modul 3 : Gender
d)               Modul 4 : Penyakit Jangkitan Seks
e)               Modul 5 : HIV/AIDS
f)                Modul Seksualiti dan Saya
g)               Modul Latihan Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS
h)               Modul Kemahiran Kecekapan Psikososial Dalam Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS
 
Sinopsis perincian kandungan setiap modul tersebut di atas adalah seperti dalam Lampiran 1.
 
Lampiran 1
Modul
Kandungan
 Modul 1 :
Aspek Fizikal
Berfokus kepada sistem reproduktif lelaki dan perempuan, perubahan fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil baligh serta proses fisiologi persenyawaan dan kelahiran manusia.
Modul 2 :
Aspek Sosial
Meliputi tajuk tingkah laku seksual, seksualiti alam kanak-kanak dan remaja serta kasih sayang.
Modul 3 :
Gender
Berkenaan jangkaan peranan; peranan lelaki, peranan perempuan dan stereotaip jantina.
Modul 4 :
Penyakit Jangkitan Seks
Membincangkan pelbagai jenis penyakit hubungan seksual dan asal usulnya, simptom, kesan, pengujian dan pencegahan dalam konteks masalah sosial dan perubatan.
Modul 5 :
HIV/AIDS
Membantu murid memperolehi pengetahuan asas tentang HIV dan AIDS, memupuk tingkah laku bertanggungjawab dari segi penangguhan seks serta penjagaan dan sokongan.
Modul Seksualiti dan Saya
Kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Antaranya:
i.        Pengetahuan
ii.       Kemahiran asertif
iii.      Kemahiran penyelesaian masalah
iv.     Kemahiran mengenal pasti keadaan dan situasi berisiko
v.      Kemahiran bertanggungjawab dan pilihan bijak
vi.     Kemahiran mendapatkan bantuan
vii.    Penghargaan kendiri
Modul Latihan Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS
Modul ini mengandungi beberapa submodul seperti berikut:
            Modul 1
Impak dan Respons Secara Global Terhadap HIV/AIDS
            Modul 2
Siapakah yang Dijangkiti HIV/AIDS?
Modul 3
Kesan HIV/AIDS
Modul 4
Melindungi Diri daripada AIDS
Modul 5
Bekerjsama dalam Komuniti
Modul 6
Integrasi Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS dalam Kurikulum
Modul 7
Penggunaan Strategi Pembelajaran, Teknik Kemahiran Diri dan Media dalam Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS
Modul 8
Alat Penilaian Untuk Kegunaan Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS
Modul Kemahiran Kecekapan Psikososial Dalam Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS
Modul ini mengandungi pendekatan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) dalam menangani masalah sosial dan mencegah jangkitan seksual termasuk HIV dan AIDS, serta amalan sikap positif dalam kehidupan seharian.
 
 


Tiada ulasan: