Selasa, November 16, 2010

kawan

 “Kenapa ada kawan yang baik dan ada kawan yang selalu menyakitkan hati?”
Saya jawab, “Sebab Allah menyuruh kita berfikir dan mendapatkan i’tibar darinya. Yang baikuntuk kita ikuti, yang tidak baik untuk kita hindari. Jenis apa kawan yang kita rapati di dunia akan menentukan jenis manusia apa yang akan bersama kita di akhirat nanti. Kalau didunia kita dikelilingi kawan2 yang melanggar perintah Allah maka di akhirat kita akan bersama orang yang melanggar perintah Allah juga. Di mana tempat mereka nanti kalau bukan di neraka.”
Kata orang kawan yang baik adalah
  • apabila melihat wajah mereka, membuat kita mengingati Allah dan RasulNya.
  • Mendekati mereka mendekatkan hati kita kepada Allah.
  • Berbicara dengan mereka menghalang lidah kita dari mengata.
  • Bermusafir dengan mereka menambahkan ilmu dan iman.
  • Mereka hadir di saat kita dalam kesulitan tanpa dipinta.
  • Tiada syarat tiada imbuhan yang diletakkan semasa memberi.
  • Tiada kata yang bergula2 dan tiada gerak-geri yang dipaksa2.
  • Duka mereka sewaktu kita berduka  dan senyum yang ikhlas terpancar diwajah mereka melihat kita gembira.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...

Fikrah:-

1) Mencari kawan yang setia; yang kita panggilnya sebagai teman, bukanlah suatu yang mudah dan boleh dicapai dalam sekelip mata. Tidak ada jaminan seseorang itu adalah teman senang, dan teman susah. Hanya siri-siri ujian sahaja yang mampu membuka mata hati kita untuk kita menilai perlakuan dan erti kawan. 

2) Hakikatnya, dalam menempuh kehidupan ini, kita harus percaya dan yakin, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah taala, baik yang buruk mahupun yang baik. Ujian kawan, adalah salah satu daripada ujian-ujian lain yang sebenarnya adalah untuk menjadikan kita hambaNya yang lebih baik di samping proses tarbiyyah untuk menjadikan kita KhalifahNya yang lebih berfungsi. Ujian lain adalah ujian harta, usia, pangkat, rupa, anak-anak, dan lain-lain lagi yang ada di sekeliling kita.

3) Maka, benarlah, carilah rahmat daripada setiap yang berlaku.

Tiada ulasan: