Rabu, Februari 29, 2012

Testimoni: Kisah denda di sekolah

Kisah 1 (murid lelaki)
1. Cubit dan pulas perut = Melukis dalam buku teks.
2. Rotan dengan ranting pokok = Gagal menghafal surah.
3. Ditarik rambut sideburn = Buat bising dalam darjah.
4. Ditarik hidung sehingga mancung dan merah-merah = Kesalahan kerana saya hensem sangat.
5. Didenda baca Surah al-Kahfi = Terlepas jemaah Subuh pertama.
6. Didenda membaca ikrar di hadapan perhimpunan = Mahu membeli nasi lemak di luar pagar asrama pada waktu sekolah, selepas habis peperiksaan besar sekolah.

Kisah 2 (murid perempuan)
1. Salah jawab soalan kerja rumah semasa darjah 4 - dicubit dan ditarik pipi sehingga merah dan berbekas kuku cikgu.
2. Menjawab soalan rakan sebelah yang bertanya, cikgu kata saya bercakap semasa dia mengajar - berdiri seorang diri di hadapan kelas sehingga tamat kelas.
3. 'Anugerah' kelas terkotor akibat disabotaj oleh sekumpulan senior yang dengki entah kenapa - berdiri di atas kerusi, di koridor sekolah, menghadap kelas pelajar tingkatan empat, sepanjang waktu kelas.
4. Ponteng persatuan (dengan sengaja) - dirotan di tapak tangan dengan rotan bulu ayam, di hadapan seluruh ahli persatuan.
5. Masbuk solat Subuh kerana berbaris lama menunggu giliran masuk tandas - dirotan di tapak tangan dengan rotan nipis, sehingga bengkak selama seminggu dan tali jam tangan putus semasa dirotan. Dirotan itu di dalam masjid, selepas solat Maghrib. Kami para pesalah berbaris di tengah, di bawah tirai masjid yang memisahkan pelajar lelaki dan perempuan. Tirai itu diselak, supaya pelajar lelaki dapat lihat kami dirotan :)
6.Denda mengaji sejuzuk Al-Qur'an sehingga jam 2-3 pagi kerana berpesta makanan tengah malam dalam bilik dorm

Kisah 3 (murid lelaki)
Semasa kelas prep malam, saya cuba pergi ke dewan selera untuk minum air. Rupanya warden ada tunggu di depan, jadi saya ubah haluan untuk pergi jenguk kawan di sickbay, berdekatan dewan selera. Warden suruh saya pergi ke depan rumahnya, dan mandi tanpa buka baju melayu yang dipakai. Kemudian suruh saya pergi ke kelas dalam keadaan basah lenjun. Hukuman yang langsung tidak mengubah sikap, bahkan menyimpan dendam...

Kisah 4 (murid perempuan - sekolah semua perempuan)
Didenda berlari di padang pada waktu malam, sambil berbaju kurung. Ada yang memakai selipar. Ada juga yang berkasut tumit tinggi. Jika tidak salah, semua didenda kerana ada pelajar yang menjawab ketika guru bercakap dalam perhimpunan. Ia berlaku sebelum kelas prep malam.

Kisah 5 (murid lelaki)
1. Dirotan beramai-ramai kerana main bola semasa hujan lebat.
2. Mengutip batu-batu kecil yang menghalang pertumbuhan rumput kerana asrama lelaki bising.
3. Tidur di bawah ampai beramai-ramai kerana asrama bising sekitar jam 3 pagi.
4. Tidur di gelanggang tenis kerana asrama bising sekitar jam 3 pagi

Kisah 6 (murid lelaki)
1. Semasa kelas prep malam, warden datang meronda kelas. Lalu dia terjumpa debu dan sampah kecil yang tidak disapu habis. Maka semua pelajar diminta keluar beratur, cubit sedikit seorang debu2 itu dan buang ke dalam tong sampah.
2. Warden terjumpa satu plastik coklat yang tak dikutip. Satu kelas (lelaki sahaja) disuruh mengusung plastik coklat itu dan buang ke tong sampah. Setiap orang mesti pegang bucu plastik itu.

Kisah 7 (murid lelaki)
Saya teringat seorang kenalan bercerita, dia asalnya pelajar yang berjaya di dalam pelajaran. Semasa di Tingkatan Dua, dia mendapat seorang guru yang sikit-sikit ketuk kepala murid dengan tumit kasutnya walaupun kesalahan kecil. Bilangan ketukan diseragamkan dengan bilangan jawapan yang salah. Setiap ketukan bukan perlahan. Suatu ketika, kenalan itu mendapat penyakit sawan. Selepas itu, dia semakin sukar memahami pelajaran dan seringkali mudah lupa apa yang dipelajari. Keadaan itu berterusan sampai di Tingkatan 6. Lebih tragik, semasa guru itu hampir menjadi kakak iparnya, dia hanya mampu membenci di dalam hati dan tidak pandai mengadu pada kedua ibubapa dan abangnya. Selepas berubat dengan pelbagai cara, penyakit sawannya itu beransur kurang. Dia terus membenci guru itu selepas guru itu menjadi kakak iparnya.

Kisah 8 (murid lelaki)
Sebagai pelajar lelaki, saya tidak kisah dengan denda bersifat fizikal. Yang paling saya tertekan bila didenda adalah bila cikgu sebut saya sebagai ''Pendatang.''

Kisah 9 (murid lelaki)
sewaktu darjah 4 saya kena rotan di tapak kaki di hadapan perhimpunan hari Isnin sebab kasut sekolah tidak dikapur...kena berdiri atas kerusi sampai habis waktu Ilmu Hisab sebab lambat jawab (bukan tidak boleh jawab, cuma lambat jawab) satu soalan sifir yang ditanya oleh Guru Besar yang kebetulan lalu di tepi kelas sewaktu cikgu sedang mengajar Ilmu Hisab / Matematik...nasib baik semasa itu saya jenis budak lelaki yang tidak tahu malu...kena berdiri atas kerusi pun masih tersengih2...

Kisah 10 (murid perempuan)
Denda yang saya terima tidak seteruk mana (ditampar depan kelas kerana tertinggal buku latihan matematik di rumah, sampaikan gelang emas tebal cikgu patah dan terpelanting).


(sumber : sahabat facebook Pn Ainon Mohd, PTS)

8 ulasan:

Abam Kie berkata...

Kejam tul denda tu. X masuk akal langsung.

Tanpa Nama berkata...

0lZpq cheap ghd
sIcn ugg store
gUeb michael kors handbags
7zRhk GHD Australia
1eAqk burberry handbags
8sQuh bottes ugg
8sJsz ghd nz sale
8vZfh louis vuitton sale
3tRnj michael kors bags
4qYlu cheap ghd straighteners
0vYgp ugg boots
1vQne nfl football jerseys
4oKgc michael kors sale
1rQkr styler ghd
2eOql ugg boots

Tanpa Nama berkata...

wMnb ghd hair straightener
oHgv ugg boots uk
zKos michael kors purses
7uMdx ugg boots sale
1sSlj chi flat iron
6dUvb michael kors handbags
8gQec wholesale nfl jerseys
2fTsq ghd hair straighteners
9nDju north face sale
7uPrq ugg españa
8wJjn cheap ghd straighteners
0uKdq michael kors sale
5jZag nfl shop
1mUzw planchas ghd baratas
6dBwh cheap ugg

Tanpa Nama berkata...

Hi, modafinil price - provigil price http://www.westcoastwoodturning.com/provigil.html, [url=http://www.westcoastwoodturning.com/provigil.html]buy provigil[/url]

Tanpa Nama berkata...

12, Maxalt Cost - buy cheap maxalt http://www.maxaltrxonline.net/, [url=http://www.maxaltrxonline.net/] Maxalt Without Prescription [/url]

Tanpa Nama berkata...

1, Lunesta Price - lunesta drug http://www.lunestasleepaid.net/, [url=http://www.lunestasleepaid.net/] Cheap Eszopiclone [/url]

Tanpa Nama berkata...

12, Maxalt Online - buy generic maxalt http://www.maxaltrxonline.net/, [url=http://www.maxaltrxonline.net/]Maxalt Online [/url]

Tanpa Nama berkata...

4, [url=http://www.kodybank.net/]Cheap Valium[/url] - Cheap Valium - buy diazepam without prescription http://www.kodybank.net/ .