Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan

Khamis, September 02, 2010

Mencipta kemenangan dalam perubahan

1) Allah berfirman, maksudnya:
"(juga di kalangan orang yang telah menang iaitu) Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.". 
(surah al-Mukminun, 23:2-11).

Ayat di atas menunjukkan bahawa kemenangan itu terletak pada iman, solat, akhlak, maruah, harta, janji dan amanah. di mana ia merujuk kepada tiga elemen utama iaitu akidah, ibadat dan akhlak. Tanpa akidah yang murni, ibadat yang benar dan akhlak yang terpuji manusia pasti tidak mampu mencipta sebarang kemenangan dalam kehidupannya. Cermin keadaan kita, dan ahli-ahli kita. Persoalan asas ini harus diselesaikan segera untuk mencipta kemenangan!

2) Sejarah mengajar dan mendidik kita dengan suasana dan pendekatan yang berbeza. Bukan nama watak yang penting; Fokus adalah pada pengkisahan sebab-akibat yang menjadi sejarah dan harus dipelajari oleh generasi terkemudian. Dalam kitab Quran, tidak ada tertulis nama Qabil dan Habil sebagai anak Adam a.s. Namun, Allah merakamkan kisah mereka agar watak itu yang harus dijadikan pelajaran untuk seluruh manusia. Sejarah anak Adam a.s melihatkan manusia ini akan punya warna yang pelbagai dengan pilihan kehidupan juga adalah pelbagai. Yang pasti, sejarah menjadi kayu ukur generasi hari ini menilai (evaluate) dan mentaksir (assess) , dan mencermin diri (muhasabah) seterusnya melihat kembali langkah-langkah yang telah kita lalui. Adakah jalan yang kita lalui, adalah jalan ke arah kemajuan? ataupun sebaliknya, berundur ke belakang? Berikut, disenaraikan semula faktor kekuatan ABIM-PKPIM pada awal kemunculannya di persada dakwah, berdasarkan catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 Januari 2010. 
  1. Kekuatan wadah persediaannya daripada PKPIM
  2. Ketepatan waktu kemunculan 
  3. Karisma pemimpin utamanya
  4. Kepimpinan Jamaiy
  5. Memanfaatkan dinamika kePemudaan dan dinamika keIslaman
  6. Kekuatan Fikrah / Idea / Gagasan
  7. Keberkesanan tarbiyyah Ilmiyah, Ruhaniyah, Harakiyah
  8. Keberkesanan mekanisme / jentera  organisasi
  9. Komitmen yang tinggi dalam Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
9 senarai ini adalah asas faktor yang menjadikan ABIM-PKPIM kekal sehingga hari ini. Kesemua faktor ini adalah seiring tanpa meninggalkan satu pun daripadanya sepanjang gerakannya. Jelas ditulis, diamal, dan dibudayakan dalam segenap lapisan ahli dari Presiden, sehinggalah ahli yang baru mengenali ABIM-PKPIM. Di manakah standard Haraki kita pada hari ini? Adakah kita mengamalkan teras yang terbukti berkesan dalam lipatan sejarah kita ini? Faktor pertama dan kedua adalah faktor kesedaran pada waktu itu. Faktor ketiga adalah faktor peribadi tokoh tertentu. 6 Faktor yang lain adalah faktor utama keberkesanan Haraki dan kesenian dalam berorganisasi. Justeru, di manakah kita berdiri pada hari ini dalam rangka harakah yang dibina sejak ia ditubuhkan?

3) Keutamaan dalam ahli gerakan adalah untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat dalam keadaan yang mendekatkan diri dengan Allah. Akidah tauhidik disemai, dibajai dengan sistem idealisme dalam pentarbiyahan yang teratur seperti majlis ilmu, usrah, dan tamrin, seterusnya nilai aktivisme yang mewarnai praktikaliti dalam menterjemahkan segala yang disemai dan dibajai tadi. Keseluruhan sistem ini adalah suatu medan ibadah yang saling melengkapi dan dibudayakan dengan wajar tanpa kompromi. Walaupun begitu, hal-hal sampingan seperti kuantiti ahli, kuantiti program, serta populariti massa, sedikit sebanyak memainkan peranannya yang tersendiri. Namun, ia kekal sebagai hal sampingan. Kisah-kisah Umar al-Khattab banyak memberi inspirasi bahawa nilaian yang utama adalah di sisi Allah, bukan dari kaca mata manusia.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALlah), sama ada dalam keadaan ringan, (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggung-jawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (dalam membela Islam), yang demikian amat baik bagi kamu, jika kamu mengetahui
(At-Taubah : 41)

Pengajaran penting dalam ayat di atas adalah jelas supaya kita bersama-sama keluar jihad di jalan ALlah, dan berjihad dengan jiwa raga, dan harta benda, serta janganlah mencari-cari alasan dan tunduk kepada hawa nafsu tersebut. Berangkatlah dalam keadaan bagaimanapun, baik dalam keadaan mudah mahupun susah, sihat mahupun sakit, kaya mahupun miskin, sedikit bekalan ataupun banyak. Kerana di situlah terletaknya kemenangan hakiki. Jihad ini bukan kerana sebab manusia; ajakan kawan, semangat-semangat yang penuh emosi, mahupun janji kebendaan. Jihad ini adalah untuk agama Allah! Muhasabah kembali, di mana kita berdiri apabila pergi program-program Jemaah? Atas sebab apa? Untuk apa?

4) Perlu diketahui bahawa bukan semua perselisihan itu membawa kepada perpecahan, tetapi semua perpecahan bermula daripada perselisihan.  Malah, adanya perselisihan menunjukkan adanya suatu dinamika dalam satu-satu organisasi. Oleh itu, segala bentuk perselisihan perlu ditangani dengan hikmah dan kebijaksanaan bukan dengan kebodohan, kejumudan, dan berburuk sangka dalam emosi yang tidak keruan. Pendeknya, ia perlu ditangani; bukan dielak, ditangguh atau disembunyikan. Malah lebih malang, jika menidakkan bentuk perselisihan yang ada. Walau sekecil mana ia kelihatan, pastikan ia tidak menjadi barah dan merebak kepada keseluruhan organisasi. Soalnya, jika ia sudah merebak sehingga ke akar umbi, apa yang harus dilakukan? Hendak dibuang sel barah, dibimbangi akan merosakkan keseluruhan badan. Namun, kalau tidak dibuang, badan akan terus merana dan akhirnya akan ada organ penting yang akan mematikan keseluruhan badan! Jangan pula Jemaah kita diibaratkan seperti 'batang pokok yang kelihatan kukuh di luar, tapi amat rapuh dari dalam; reput di makan anai-anai' Nauzubillah. Kembalilah kepada fitrah dan teras gerakan haraki kita. Asas penubuhan dipasakkan kembali supaya tidak hanyut di bawa badai massa yang sentiasa tidak tentu halanya.

5) Cerita dakwah adalah cerita indah. Jalannya penuh liku dan cabarannya menuntut pengorbanan. Tidak ada yang lebih indah dalam kehidupan seorang pendakwah apabila dengan izin Allah, orang yang didakwah berubah; daripada bersikap negatif terhadap Islam menjadi orang yang taat dalam beragama. Daripada pemikiran yang sekular dan liberal kepada kembali kepada cara hidup Islami yang sebenar. Daripada menganggap Islam sebagai kolot dan ketinggalan zaman, kepada seorang yang cintakan ilmu Islam. Prasyaratnya adalah mewujudkan keikhlasan dalam diri, usaha yang tidak pernah kenal jemu, ilmu dan pengalaman yang harus ditingkatkan. "Kerja dakwah adalah tugas aku; pemberi hidayah adalah tugas Allah. Apabila orang tidak berubah, caraku mungkin tidak kena. Aku harus bersama-sama dan berusaha menjadi lebih baik. Orang tidak harus dipersalahkan. Putus asa tidak ada dalam diri." Inilah susun atur ikrar niat dan azam kita apabila turun ke medan dakwah. Selagi prinsip ini menjadi tunjang Daie, dan Murabbi, gerak kerja Dakwah dalam Harakah dan dalam diri sendiri, akan terus subur dan seterusnya Islam akan terus bangkit membawa perubahan.

Isnin, Jun 28, 2010

Zina berleluasa

Dalam satu kajian yang dilakukan kepada remaja Melayu bandar dan luar bandar tahun 2009, didapati 300 dari 400 belia berumur antara 13-25 tahun mengatakan pernah melakukan hubungan seks. Ada yang melakukannya seawal sekolah rendah.

Amat mengejutkan bahawa 85% dari mereka yang melakukannya bukan saja tidak merasa kesal, malu atau takut berdosa tetapi mengatakan ianya sebagai pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini bukanlah faktor keluarga bermasalah tetapi adalah disebabkan tarikan kawan2.

Anda tentu merasa ngeri sebagaimana yang saya rasakan kerana kita punya anak, adik, cucu dan mereka akan punya kawan2 yang menjadi penentu utama kepada jenis  peribadi mereka, samada sebagai manusia baik akhlaknya atau sebagai penzina.

Kita menjaga rumahtangga, kita menghantar mereka ke sekolah agama…..seolahnya2 segalanya sudah kita lakukan. Tetapi mereka ditarik oleh rakan mereka yang diluar kemampuan kita mengawalnya.
Tidak pernah kita terbayang bahawa hari ini kita berada di negara kita, di mana 3 dari setiap 4 remaja pernah berzina, dan tidak merasa berdosa dengan perbuatan mereka. Ini bermakna
  1. Anak kita hanya mempunyai 25% saja kawan2 yang masih suci.
  2. Anak kita mempunyai peluang hanya 25% untuk mendapat pasangan hidup bukan penzina.
  3. Majoriti anak yang bakal dilahirkan beberapa tahun dari sekarang adalah anak2 yang mempunyai ibubapa yang pernah berzina.
  4. Anak penzina akan melahirkan zuriat penzina yang lebih tegar.
  5. Amalan zina akan  diterima oleh masyarakat dan orang kan merasa pelik dengan orang yang tidak pernah berzina.
  6. Pengaruh ibubapa dalam membentuk peribadi anak hanya sekelumit kecil.
  7. Ibubapa akan menjadi hamba kepada anak2 dan anak adalah tuan mereka.
Masa itu adakah ruang lagi untuk kita meneruskan kehidupan beragama di bumi tercinta ini????
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

1) kewajipan untuk berdakwah dan meneruskan pentarbiyahan diri merupakan tanggung-jawab hakiki sehingga akhir hayat. Mana mungkin berasa senang-lenang, dan mampu berasa kebosanan apabila tanggung-jawab lebih banyak dari masa yang ada. Hakikatnya, manusia yang mengaku beragama Islam sendiri sudah hilang arah tuju dengan amalan bersifat ikut-ikutan dan jahil dalam serba perkara. Malah, Islam dilihat hanya rukun yang 5;. tidak lebih dari itu.

2) Kerosakan yang berlaku atas sebab tangan-tangan manusia dan hati-hati yang tidak merasai kebesaran Allah taala dengan hilangnya Iman dalam diri. Pengajaran dalam kisah nabi dan umat terdahulu sedikit pun tidak terkesan dalam hati umat hari ini. Kalau ada pun, hanya sekelumit kecil. Benarlah janji Allah taala yang telah dirakamkan dalam kitab suci Al-Quran, "Beruntunglah orang-orang yang sedikit"

Mana janji yang kita ikrarkan 5 kali sehari semalam?
"Sesungguhnya, solatku, amalanku, hidupku, dan matiku, adalah untuk Allah taala"

atau 

sebenarnya, memang telah ramai umat yang enggan berjanji? dan telah akan janji itu?

Benarlah, "Solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"  

Khamis, Jun 17, 2010

Sajak Cinta

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
fikrah:-
1) Sajak cinta yang cukup meruntun perasaan dan jiwa, dengan memberi makna sebenar pada perkataan 'cinta'.
2) Dari akar cinta, maka lahirnya bahagia dan sengsara, gembira dan duka, mesra, manja, benci dan dan air mata.
3) Hidup dengan memahami Cinta juga adalah makhluk Allah yang cukup misteri sifatnya, dengan keperluan melengkapi serta menghiasi alam ini.
4) Hanya manusia buta sahaja yang melanggari makna cinta. Cinta yang dibutakan dan dikotori dengan nafsu hasutan syaitan.
5) Cinta yang suci akan menitipkan perjuangan dan pengorbanan. Cinta yang dusta akan menitipkan noda dan dosa.

Isnin, Jun 14, 2010

Demam Bola; Pandangan Dr yusuf Qardhawi

Demam World Cup FIFA


FIFA World Cup Afrika Selatan bakal bermula Juma`at (11 Jun) selama 1 bulan penuh. rakyat Malaysia di jangka bersengkang mata untuk menyaksikannya saban malam...


apa kata Dr al-Imam Yusof Abdullah al-Qardhawi, Mujtahid nombor satu (YDP Persatuan Ulama Sedunia) mengenai bolasepak:

Bolasepak merupakan sukan yang tidak pernah dibahaskan oleh ulama' di masa lampau, kemungkinan ia belum wujud. Sekarang ia merupakan sukan nombor satu dunia, ia telah menyilau manusia, menguasai akal mereka, menyihir mata mereka serta menyita waktu dan pemikiran mereka...

Berikut adalah nasihat DYQ kpd peminat bolasepak:
Dari segi syara`, tiada larangan bermain bola atau menontonnya kerana bola tiada apa yg bertentangan dgn syara`. 
Ada dua perkara yg perlu diperhatikan:

1. Jangan mencuaikan kewajipan agama dan dunia; kewajipan agama yg paling penting ialah solat. Manakala kewajipan dunia ialah tugasan dan produktiviti bagi seorang pelajar, pekerja dan pegawai;

2. Jauhi apa jua yg bersifat berlebihan. Berlebihan dalam bolasepak ialah fanatisme atau taksub yg melampau. Berlebihan dalam bolasepak itu menjadikan ia counterproductive..
Dalilnya:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ (٣١)
AQT7:31. [Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.]

Juga dalil hadith:

فإن لجسدك عليك حقا ، وإن لعينك عليك حقا ، وإن لزوجك عليك حقا
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5199
Terjemahnya:" sesungguhnya tubuhmu memiliki hak atas dirimu, dan matamu memiliki hak atas dirimu, dan isterimu memiliki hak atas dirimu.." HR Bukhori

Oleh itu, tontonlah bolasepak, tapi jgn berlebihan....

[Ref: DYQ, Fiqh Lahw, Maktabah Wahbah, Cairo: 2005]

Isnin, Jun 07, 2010

Doa Wehdah

Doa Wehdah adalah bantuan Kilat yang boleh kita sampaikan kepada mana-mana umat Islam yang tertindas, dan boleh diamalkan sentiasa.


لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون


لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين


لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده


فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت


بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير


الله أكـــبر
الله أكـــبر
الله أكـــبر


Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

ALlah 
Maha Besar

Khamis, Mei 27, 2010

Anak kecil dan kasih sayang Allah.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis.

Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

10 Perkataan Lazim Kaum Hawa

10 PERKATAAN LAZIM KAUM HAWA 

FINE 

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
 

LIMA MINIT 
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. 

TAKDE APA-APA 
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. 

MENGELUH YANG KUAT 
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'. 

MENGELUH YANG PERLAHAN Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas. 

OKAY LAH 
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar. 

TOLONGLAH 
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. 

TERIMA KASIH
 
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
 
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

sumber: hawa 



Fikrah:-
1) Indahnya makhluk wanita ni... 

Rabu, Mei 05, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. 

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” 

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? 

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?” 

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. 

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” 

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” 
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” 

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?” 

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” 


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” 

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” 

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” 
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan. 
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” 

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!” 
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. 


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?” 
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. 


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…” 


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas? 

Fikrah:
1) Nikmat memberi adalah kepada yang mahu merasa kemanisan iman. Asalkan kita punya 'pandangan sarwa Islam' yang cukup besar melebihi jiwa kita adanya.
2) Punyai jiwa yang besar memerlukan keikhlasan dalam amalan, yang redha dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan yang Maha Kaya, dan Maha mengetahui.

Rabu, April 21, 2010

Values Education

The following is adapted from: Krathwohl, D., Bloom, B., & Masia, B. (1956). Taxonomy of educational objectives. Handbook II: Affective domain. New York: David McKay.
The taxonomy was developed to organize levels of commitment. As such it could just as properly be discussed as a regulatory system issue in the model being presented here.

ReceivingBeing aware of or attending to something in the environment. A willingness to tolerate a phenomenon
eg: Person would listen to a lecture or presentation about a structural model related to human behavior.
eg Q; Would you like to join Math Club?

RespondingShowing some new behaviors as a result of experience. Voluntarily using the phenomenon.
eg: The individual would answer questions about the model or might rewrite lecture notes the next day.
egn Q; when you play games that involve score keeping, do you ever volunteer to keep score?

ValuingShowing some definite involvement or commitment. Prizing and acting on the phenomenon.
eg; The individual might begin to think how education may be modified to take advantage of some of the concepts presented in the model and perhaps generate a set of lessons using some of the concepts presented.
eg Q; Do you plan to take on Math next year when it becomes an elective?

OrganizationIntegrating a new value into one's general set of values, giving it some ranking among one's general priorities. Using values to determine interrelationships between the phenomena.
eg; This is the level at which a person would begin to make long-range commitments to arranging his or her instruction and assessment relative to the model.
eg Q; Have you ever thought, Math as an art?

Characterization by ValueActing consistently with the new value. Organizing values, beliefs, ideas, and attitudes into an internally consistent system.
eg; At this highest level, a person would be firmly committed to utilizing the model to develop, select, or arrange instruction and would become known for that action.




(note: another Blooms taxonomy)





Kohlberg's perspective views the person as: 
1) An active initiator and a reactor within the context of his or her environment; the individual cannot fully change the environment, but neither can the environment fully mold the individual
2) A person's actions are the result of his or her feelings, thoughts, behaviors, and experiences. Although the environment can determine the content of one's experiences, it cannot determine its form. 
3) Genetic structures already inside the person are primarily responsible for the way in which a person internalizes the content, and organizes and transforms it into personally meaningful data.

Level 1: Preconventional- behavior is determined by rewards and punishments
Big Q; What is best for me?
Level 2: Conventional- behavior is controlled by anticipation of praise or blame.
Big Q; What will others think?
Level 3: Post Conventional- behavior is regulated by principles embodying generality and comprehensiveness
Big Q; What is the right thing to do?

Why a person obey A STOP sign?
Level 1 answer - to avoid getting fine
Level 2 answer - to avoid criticism from others and to avoid breaking law
Level 3 answer - to avoid hurting others.




Gilligan (1977, 1982) critiqued Kohlberg's work based on his exclusive use of males in his original theoretical work. Based on her study of girls and women, she proposed that females make moral decisions based on: 

1) The development of the principle of care rather than on justice as Kohlberg had proposed. Whereas Kohlberg identified autonomous decision making related to abstract principles as the highest form of moral thinking, 
2) Girls and women are more likely to view relationships as central with a win-win approach to resolving moral conflicts as the highest stage


Isnin, April 12, 2010

Kelahiran di Sebalik Kematian



BELFAST: Cara Kerja Allah sungguh misteri, tetapi harmoni!
“Kami mahu menjemput Imam untuk solat jenazah di Funeral Home!” kata pegawai polis tersebut.
Bingung.
Solat jenazah.
Di Funeral Home?
Saya kehairanan.
“Siapa yang meninggal dunia?” saya bertanya.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun” jawab pegawai polis itu.
“Baiklah. Saya panggil beberapa orang lagi dan kita berangkat 10 minit lagi” saya bersetuju.
Tengah hari itu saya berjaya mengumpulkan kira-kira 7 orang  jemaah masjid. Kami bertolak keFuneral Home itu dengan sebuah kereta limosin hitam yang disediakan oleh pihak gereja. Di sepanjang perjalanan, saya masih tidak jelas dengan majlis yang bakal kami hadiri.
Perjalanan ke Funeral Home yang terletak di pinggir Belfast Selatan itu tidak memakan masa yang panjang. Kelihatan di perkarangan bangunan, banyak kereta dan orang ramai yang berpakaian hitam.
Suasana diselubungi kesedihan.
Pegawai polis yang membawa kami, memperkenalkan saya kepada seorang wanita Irish. Beliau berusia dalam lingkungan akhir 20′an.
“Oh, inikah Imam tersebut?” tanya beliau.
“Ya. Perkenalkan, Mr. Hasrizal” kata pegawai polis itu kepada wanita tersebut.
“Oh, terima kasih Mr. Imam. Saya Jenny, ibu kepada Mary” beliau memperkenalkan diri kepada saya.
Saya perasan yang Jenny tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Bagus sekali.
“Maafkan saya. Saya menumpang sedih atas kematian anak puan. Bagaimana semua itu berlaku?” saya bertanya.
“Entahlah. Kami bangun pagi dan Mary sudah pun meninggal dunia di dalam tidurnya” kata Jenny.
Sungguh tragis. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang sihat, tiba-tiba ditemui meninggal dunia di dalam tidurnya. Saya segera teringatkan Saiful Islam yang masih kecil di rumah. Sesungguhnya setiap hari anak kita berjaya bangun daripada tidurnya dan bernafas, ia adalah anugerah Allah buatnya dan buat kita. Setiap hari adalah survival. Terasa benar betapa fragileseorang bayi. Betapa perlunya ibu dan bapa memberikan kepadanya sebaik-baik penjagaan.
“Perkenalkan ini Mustafa, suami saya!” kata Jenny.
Saya menghulurkan tangan beriringan dengan senyuman.
Mustafa berpaling ke arah lain. Enggan bersalaman dengan saya.
Saya agak terkejut. Terkejut dengan penampilannya yang rugged dan beranting-anting. Terkejut kerana namanya Mustafa, seorang Muslim dari Algeria. Terkejut kerana dia enggan bersalaman dengan saya. Terkejut kerana isterinya yang Jenny itu pula yang mengusahakan kedatangan saya dan rombongan masjid untuk menyembahyangkan jenazah anak mereka, Mary.
“Maaf saya, Imam. Dia kesedihan” kata Jenny.
“Tak mengapa. Saya juga kalau berada di tempatnya, pasti sedih dan sukar untuk berkelakuan biasa” saya menjawab.
“Saya seorang Katholik. Tetapi saya mahu Mary disembahyangkan sebagai seorang Muslim. Saya yang menghubungi pihak polis meminta mereka mencari masjid dan Imam” jelas Jenny lagi.
Perlahan-lahan saya dan jemaah masjid melangkah masuk ke dewan. Saudara-mara mereka sudah memenuhi dewan. Sesungguhnya ia merupakan suatu pengalaman baru yang sungguh menguji keyakinan diri saya. Tidak pernah saya membayangkan boleh berada di dalam suasana seperti ini, suatu hari nanti.
Saya berdiri di sisi keranda.
Seorang anak kecil tidak seperti sekujur mayat.
Wajahnya ada senyuman.
Rambut dipintal cantik.
Baju gaun putih sungguh berseri.
Saya hampir terlupa, anak kecil yang ‘tidur’ itu telah tidur yang tidak akan menjengah pagi. Pergi tak kembali.
Sebak dada menahan mata yang semakin berkaca.
“Tidurlah sayang. Allah mengasihimu” saya berbisik perlahan.
Keranda kecil itu kami betulkan posisinya agar bertepatan dengan Kiblat. Cuba mencari ruang yang bersih daripada patung Jesus dan gambar-gambar yang tidak kena untuk berada di hadapan kami yang mahu mengangkat Takbir.
Saya, Jamal, As’ad, Ahmad dan beberapa orang lagi jemaah Masjid yang hadir mengerjakan solat jenazah untuk melunaskan hak anak kecil itu ke atas kami. Semoga anak itu berehat di alam sana. Saya terkilan kerana ayahnya, Mustafa, enggan menyertai solat jenazah kami ke atas anaknya yang ‘malang’ itu. Beliau hanya duduk bersama keluarga isterinya yang Katholik itu, memerhatikan kami bersolat.
Selesai solat didirikan, saya dikehendaki memberikan sepatah dua kata.
Aduh!
Apa yang mahu saya ucapkan? Di hadapan orang Irish itu? Katholik? Suasana sedih?
Saban hari, ada sahaja tugas baru yang tidak pernah berada di dalam jangkaan saya. Setiap hari adalah cabaran. Kemahuan dakwah dan khidmat tidak cukup. Saya perlu ada keberanian untuk melakukan apa yang perlu.
Just do it!
“Silakan Imam!” kata pengerusi majlis.
Tersentak saya daripada lamunan.
“Encik Mustafa, Puan Jenny, ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir. Hari ini adalah hari yang sedih buat semua. Sedih buat Encik Mustafa dan Puan Jenny, sedih untuk kita semua dan sedih untuk saya, seorang bapa kepada seorang anak kecil. Ia sedih untuk kita semua. Tetapi kesedihan itu mungkin boleh dikurangkan dengan berfikir tentang sesuatu yang gembira…” saya memulakan bicara.
Cuba untuk empati, dan memilih perkataan yang betul dalam keadaan emosi semua orang yang begitu rapuh.
“Di sisi Islam, setiap bayi yang lahir, tanpa mengira siapa bapa dan siapa ibunya, apa warna kulit dan di bumi mana kelahirannya, setiap bayi lahir suci. Penuh potensi untuk kehidupan. Mary meninggalkan kita ketika beliau belum mencapai usia baligh. Beliau suci dan dengan kesucian itu, beliau kita berada di tempat yang terbaik di sisi Tuhan. Dan jika kita biasa membayangkan bahawa anak-anak akan mengebumikan ibu bapa yang mati sakit tua, hakikatnya di dalam hidup ini boleh sahaja berlaku, ibu dan bapa yang menghantar anak pergi. Semua itu adalah cara Tuhan memberitahu kita, bahawa kita semua adalah milik-Nya” saya menyudahkan ucapan.
“Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)” [al-Kahf 18: 44]
Ucapan ringkas saya itu mendapat tepukan yang positif daripada sekalian mereka yang hadir.
Saya menarik nafas lega. Dan dalam kelegaan itu, ungkapan sebenarnya adalah ALHAMDULILLAH.
“Bagaimana dengan pengebumian? Apakah kita mahu biarkan sahaja anak itu dikebumikan di tanah perkuburan Kristian?” bisik salah seorang ahli rombongan masjid yang hadir.
“Apakah salib yang bakal dipacak di atas keranda budak itu akan mengubah nasibnya di kubur? Semua itu bukan keutamaan kita. Berpeluang mengerjakan solat jenazahnya pun sudah merupakan nikmat yang besar buat kita. Jika pengebumian di kubur bukan Islam itu satu isu, serahkanlah ia kepada Encik Mustafa, bapanya. Apa yang penting, amalan si mati. Dan untuk almarhumah Mary, tiada apa yang perlu kita khuatirkan. Pengebumian untuk dia, bukan untuk kita!” saya menjawab.
Lelaki itu berpuas hati.
Beliau beredar meninggalkan dewan Funeral Home itu bersama kami.
Di dalam perjalanan pulang, fikiran saya berkecamuk. Antara sedih dan lega. Sedih memikirkan keadaan Mary. Tetapi lega Allah ‘mengambilnya’ semula pada usia semuda itu. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Mary akan membesar dengan baik jika ibunya yang Kristian Katholik itu bersungguh dengan Islam, manakala bapanya yang Muslim itu pula, entah di mana Islamnya.
BEBERAPA HARI SELEPAS ITU
Pengalaman menyembahyangkan jenazah seorang anak kecil yang ibunya Kristian Katholik dan bapanya Muslim, adalah sesuatu yang tidak pernah berada di dalam bayangan saya semasa menerima perlantikan sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Saya tahu di Belfast memang ada sejumlah Muslim yang mengahwini Irish Kristian dengan peruntukan Syariah dalam perkahwinan Kitabiyyah. Apa yang sering merunsingkan saya adalah pada memikirkan nasib anak-anak daripada perkahwinan itu.
“Assalamualaikum, Imam” tiba-tiba Ahmad memanggil saya.
“Wa ‘alaikum al-Salaam. Silakan!” saya menjawab salam.
“Ada seorang pemuda bernama Jonathan. Beliau mahu bertemu dengan Imam” jelas Ahmad.
Saya mempersilakan Jonathan masuk ke pejabat. Wajahnya seperti pernah saya lihat tetapi tidak pasti di mana.
“Imam tidak ingat saya, barangkali. Saya hadir di majlis penghormatan terakhir ke atas baby Mary minggu lalu. Saya sepupunya” Jonathan memperkenalkan diri.
“Oh begitu. Maafkan saya. Bagaimana Jenny dan suaminya?” saya bertanya.
“Mereka berada di dalam keadaan yang baik. Terutamanya ibu saudara saya, Jenny. Dia memang seorang yang cekal” terang Jonathan.
“Apa hajat saudara datang ke masjid ini? Insya Allah saya cuba membantu” saya terus kepada urusan utama.
“Semasa kami mendapat tahu Mary meninggal dunia, semua orang marahkan Jenny. Beliau menangguh-nangguhkan Baptism ke atas Mary sehingga Mary mati. Kami semua bimbang dengan keadaan Mary yang tidak dibersihkan daripada original sin dan ini menyulitkannya nanti untuk berinteraksi dengan Divine Life. Tetapi ucapan Tuan Imam selepas sembahyang itu mengubah segalanya. Saya terkejut apabila tuan katakan bahawa, menurut Islam Mary mati dalam keadaan yang bersih!” cerita Jonathan.
“Benar. Bukankah itu juga yang sepatutnya?” saya menyoal lagi.
“Ya, kami semua mahu percaya bahawa Mary suci. Susah sekali mahu membayangkan seorang yang kecil, suci dan bersih seperti Mary, mati sebagai manusia berdosa. Tetapi Islam menepati perasaan sebenar kami” ujar Jonathan lagi.
Saya terkasima.
Ucapan ringkas dan spontan saya tempoh hari amat hambar dan terlalu biasa buat saya. Rupa-rupanya impak ucapan itu besar kepada yang mendengarnya.
“Saya mahu belajar tentang Islam” kata Jonathan.
Masya Allah… benarlah Islam itu fitrah.
Kematian Mary, adalah untuk ‘melahirkan semula’ Jonathan, seorang anak muda.
Jonathan, selamat datang ke agama fitrah!
Hebat sungguh perancangan-Mu!