Fikrah:
1) Realitinya, dalam perkembangan pendidikan yang memberi respon kepada keperluan masyarakat, kurikulum yang baru ini (KSSR) nanti, akan memberi penekanan kepada aspek bahasa dan komunikasi. Aspek pembinaan kognitif adalah lebih jelas dalam matematik dan sains tidak pula diberi penekanan. Ini ditunjukkan dengan pengurangan waktu pembelajaran kedua-dua subjek ini dalam seminggu, berbanding dalam pelaksanaan KBSR. Pelaksanaan ini telahpun diwartakan untuk tahap 1, bermula 2011.
2) Alasan yang diberikan adalah untuk membaiki aspek komunikasi murid (kecerdasan sosial) yang selama ini diabaikan diberi penekanan yang terlalu sedikit. Ketidakbolehan murid dalam menguasai 2M, (membaca dan menulis) adalah suatu yang tidak boleh diterima terutama setelah melalui 11 tahun sistem persekolahan. Bagaimanapun, adakah dengan meringankan dan mengorbankan atau memangsakan dua subjek pembinaan kognitif utama ini?
3) Mata pelajaran lain juga berperanan dalam membina kognitif (daya pemikiran minda) murid, namun tidak sesaintifik, dan tidak sesistematik bidang pembelajaran matematik dan sains; keteraturan pemikiran yang hanya diperolehi dalam disiplin dua ilmu ini! Kemahiran Mengira, M yang ketiga dalam kurikulum KBSR secara praktikalnya tidak ditambah baik; suatu keputusan yang ironi apabila dalam KSSR, ditulis secara tersurat untuk menguatkan unsur 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan tambahan M yang keempat, iaitu Menaakul.
4) Menaakul adalah kemahiran pemikiran aras tinggi dalam memahami sebab-akibat. Dalam Taxonomy Bloom sekalipun, ia berada dalam aras kesusahan sederhana. Kemahiran menaakul juga dikategorikan dalam kebolehan menganalisis. Murid seharusnya mampu memahami proses mendapat suatu ilmu itu, daripada menerima suatu ilmu itu seadanya. Kemahiran ini juga penting dalam kehidupan seharian untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita agar tidak mudah tertipu, dan bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan dalam masyarakat.
(rajah di atas menunjukan perkembangan kognitif daripada taxonomy bloom yang dikaji semula versi baru, 2005.)
(Sumber : http://www.odu.edu/educ/llschult/blooms_taxonomy.htm)
5) Asas dalam pembelajaran (learning) adalah untuk mengisi aspek What (pengetahuan), How (kemahiran), and Why (penaakulan). Pembinaan ilmu semestinya perlu mengisi kekuatan kognitif (minda), dan juga kekuatan jiwa (qalb). Dan itulah yang harus kita kerjakan dari sekarang bersama-sama.





Ada pihak yang menganggap 'kecenderungan melabel' itu sebagai berniat jahat. Tapi, saya tidak beranggapan sedemikian. Saya tidak percaya, ahli akademik yang melabel itu berniat jahat. Saya percaya, ahli akademik tersebut berniat baik dan ikhlas. Iaitu memelihara kesucian agama.
Metodologi yang salah inilah juga antara faktor tercetusnya 'budaya tahrim', iaitu budaya suka mengharam sesuatu secara melulu.
Ini disebabkan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW lebih 'dahsyat' daripada sekadar 'menghadiri majlis rasmi di rumah ibadat bukan Islam'.
Sikap lunak Nabi SAW terhadap bukan Islam, diteruskan oleh para sahabat Baginda. Syaidina Umar r.a sebagai contoh, mengarahkan diperuntukkan daripada Baitulmal, bantuan kewangan tetap kepada salah seorang Yahudi dan tanggungannya (al-Kharaj, karangan Abu Yusuf, ms.26 & Fiqh al-Zakat, karangan al-Qaradhawi, jilid 2, ms.705-706).
Menyedari semua ini, adalah amat membingungkan, apabila seseorang itu dilabel sebagai condong kepada fahaman pluralisme, semata-mata kerana menghadiri 'majlis rasmi' di kuil Buddha!
Sebaliknya, al-Quran hanya menyebut dalam sambungan ayat di atas “Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta, lagi sentiasa kufur”(al-Zumar :3)
Di samping nas-nas syarak yang dinyatakan, kenyataan para ulama juga sangat jelas berhubung soal ini. Contohnya, jumhur ulama mensyaratkan Ahli Kitab (penganut Yahudi dan Kristian) menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang bagi menjadikannya halal dimakan oleh orang Islam (lihat tafsiran ayat 5 Surah al-Maidah dalam Tafsir al-Qurtubi).
Sebagai contoh, Hibatullah bin Tilmiz, yang merupakan salah seorang cendiakawan bukan Islam pada zaman Abbasiah (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, ms.53). Hibatullah adalah gabungan dua perkataan, iaitu Hibah dan Allah.

