Jumaat, Oktober 07, 2005

WoRDs Of A HeaRT AnD SoUL

BLOG anak buah masa program kat sekolah dulu.... dah jadik student MMU yang berjaya dah...

tak sia2...

Rabu, Oktober 05, 2005

orientasi waktu

Setiap orang mempunyai apa yang disebut ‘orientasi waktu’. Ada tiga jenis orientasi waktu, iaitu orientasi masa depan, masa sekarang dan masa lalu. Orang yang berjaya mempunyai orientasi waktu berbeza daripada mereka yang gagal. Mereka mempunyai orinetasi waktu masa depan, manakala orang yang gagal mempunyai orientasi waktu masa sekarang ataupun masa lalu.

Orientasi waktu mempunyai perkaitan rapat dengan pendapatan dan kejayaan hidup. Golongan kelas menengah, yakni mereka yang mempunyai pendapatan melebihi RM5 ribu sebulan mempunyai orientasi waktu masa depan yang sangat jelas, manakala orang-orang yang berpendapatan rendah mempunyai orientasi waktu masa kini. Sebahagian kecil orang mempunyai orientasi waktu masa lalu. Individu yang memiliki orientasi waktu masa depan sangat menghargai waktu. Mereka menganggap masa depan sangat penting, lebih penting daripada masa lalu dan masa sekarang. Mereka yakin apa yang mereka buat sekarang menimbulkan kesan ke atas masa depan mereka. Oleh itu perkara yang mereka anggap penting adalah perkara yang berfaedah bagi masa depan mereka.

Dengan sikap yang demikian mereka mementingkan perkara seperti belajar, berlatih, berjimat cermat, menabung dan melabur. Mereka sanggup berkorban dan bersusah payah sekarang kerana mereka tahu perbuatan itu penting bagi masa depan mereka. Mereka sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi mendapatkan kepuasan yang lebih besar pada masa depan. Sebaliknya, orang yang gagal mempunyai anggapan bahawa hari ini adalah lebih penting daripada masa depan. Orientasi waktu mereka adalah orientasi masa kini.

Orang yang memiliki orientasi ini menganggap menikmati hari ini adalah perkara yang penting. Mereka tidak nampak kaitan antara apa yang mereka buat hari ini dengan apa yang akan mereka alami pada masa depan. Bagi mereka, masa depan adalah tidak pasti, oleh itu tidak patut dirancang, kerana apa saja boleh terjadi. Mereka juga menganggap kepuasan dan keseronokan sekarang adalah lebih penting. Oleh yang demikian mereka tidak menganggap perbuatan belajar, menabung dan melabur sebagai perkara yang penting dibuat pada hari ini. Sebaliknya, bergembira dan berseronok adalah lebih penting. Akibatnya mereka tiada simpanan dan pelaburan.

Individu yang mempunyai orientasi masa depan berbeza. Umpamanya, sebelum berehat, dia menyiapkan dulu kerja yang mesti siap hari itu serta kerja lain yang penting. Dia menepati janji-janjinya, dan dia mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada individu yang penting dalam hidupnya, seperti ketuanya, pelanggannya dan pada para sahabatnya. Dia juga menyiapkan apa kerja ikut seperti yang dijadualkan dan mereka melaksanakan kerja itu secara bertahap-tahap. Mereka mengutamakan kerja daripada perkara lain. Mereka sanggup menyiapkan kerja yang susah dan membosankan apabila kerja itu penting bagi kemajuan dirinya. Mereka mementingkan matlamat dan suka merancang. Mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti membuat perancangan, dan suka melaksanakan rancangan yang dibuatnya sendiri. Mereka suka membuat pelbagai rancangan masa depan oleh itu mereka mempunyai rancangan masa depan yang kemas dan jelas. Apabila hendak mencapai sesuatu, mereka merancang cara bagi mencapainya dan mereka pecahkan matlamat besar itu kepada matlamat-matlamat kecil. Mereka mempunyai motivasi kerja yang tinggi dan dia tekun.

Ciri peribadi mereka yang amat menonjol adalah etika kerja yang tinggi, oleh itu mereka sanggup melaksanakan apa kerja walaupun ia susah. Golongan ini mempunyai kekuatan jiwa bagi menolak godaan. Bagi mereka yang mempunyai orientasi masa depan yang kuat, masa depan adalah sangat berharga dan mereka sanggup melakukan apa sahaja jikalau perkara itu baik bagidirinya pada masa depan. Apa yang tidak penting bagi masa depannya tidak dianggap penting, walaupun perkara itu seronok, oleh itu dia dapat menolak godaan itu.


Bagi individu yang mempunyai orientasi masa kini mereka tidak risau apabila kerja yang sepatutnya sudah disiapkan, masih belum siap. Mereka tidak suka membuat pelbagai rancangan jangka masa panjang disebabkan mereka beranggapan mereka tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Golongan ini berasa hari ini adalah lebih penting daripada hari esok. Apa yang ada di depan matanya sekarang adalah lebih penting daripada memikirkan apa yang belum tentu berlaku. Mereka berasa tidak perlu terlalu memikirkan masa depan kerana segala-galanya sudah ditentukan oleh qada dan qadar. Mereka tidak suka risau dan mereka bersikap fatalistik, yakni cepat menyerah. Mereka mementingkan hidup hari demi hari, dan tidak suka merisaukan apa yang belum berlaku, oleh itu mereka tidak kuat merancang masa depan. Mereka percaya bahawa yang menentukan nasib mereka adalah takdir.

Pada pandangan mereka, seseorang itu boleh merancang dan berusaha, tetapi kalau nasib sudah menentukan, mereka tidak dapat melawan takdir. Bagi mereka, peluang dapat bercampur gaul dengan orang ramai, teman-teman dan sahabat, dan pergi ke majlis dan pesta adalah sangat menyeronokkan. Mereka suka bersuka ria. Mereka membuat keputusan ikut perasaan, gerak hati dan selalu gopoh. Mereka berani mengambil risiko, kalau tidak, hidup ini dirasakannya membosankan. Disebabkan mereka berani mengambil risiko, mereka berasa sekali-sekala apa salahnya melakukan perbuatan yang seronok walaupun berbahaya, seperti naik motosikal laju-laju, mencuba dadah, membeli tiket loteri dan lain-lain. Mereka tidak takut mengambil risiko dan mahu menikmati apa yang boleh pada hari ini juga

Sabtu, September 24, 2005

Berkat...

Di dalam hidup manusia yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri
kita akan selamat. rumahtangga jadi sepakat. masyarakat jadi muafakat.
negara
kita menjadi kuat. negara luar jadi hormat. permusuhan pun tersekat.
pembangunan
pun meningkat. kemajuan menjadi pesat.

TETAPI SEDARLAH,
apabila
pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan
naik
bertingkat-tingkat. tempat maksiat tumbuh macam kulat. manusia mula
mengubah
tabiat. ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. sembahyang makin
hari makin
liat. orang baik ada yang bertukar jadi jahat. orang miskin nak
kaya cepat,
orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan ali punya
tongkat.

Yang lelaki, pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila
berjudi,
percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah
tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini
sekerat. Suka pakai
baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak
pedulikan lagi batasan
aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat
pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh
berkirim surat. Bila berjumpa, tangan
berjabat. Kemudian pakat lawan peluk
siapa erat.

Masa tu, nafas naik
tersekat-sekat. Usah peduli agama
dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang
penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut
kempis dah jadi bulat.
maka lahirlah anak yang tak cukup sifat. Masa tu kita
tengok bayi dibuang di
merata tempat. IBLIS MULA MELOMPAT. Habis manusia dah
masuk jerat. Habis
manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai
saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari
ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa
kita semua
akan berangkat. Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan
ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sendiri mahu ingat.

Umur kamu
banyak, mana kamu buat ibadat ? Zaman muda kamu, apa yang telah kamu buat ?
Harta benda kamu, dari mana kamu dapat ? Ilmu kamu, adakah kamu manafaat ?

petikan ucapan dasar YDP PEPIAS, saudara Zamani Karulani pada muktamar thanawi PEPIAS 2005

(Rasanya, sumber dari ceramah umum Ustaz AkilHai - pernah dapat email ni...)

Jumaat, September 23, 2005

Kerja kursus berasaskan ilmu

this is the checklist for myhomework to be submitted this week!!!!!!

En.Nordin
Articles - Action research
Summary - Form of presentation (action research)
Proposal - action research on topic add math
report - report and improvement

En. Ghaffar
Articles - constructivisme - teaching math
Summary - on topic Constructivisme using 'graphic organizers'
Lesson plan - do lesson plan on constructivist approach; i choose topic locus; even though i did differently last time in groups. We did topic of penjelmaan
1 page reflection - on the lesson plan

Dr Lam Kah kei
Articles / note - SLP(smart learning package)
Summary - elements of Smart Teaching n Learning
Learning contract
Gannt chart
Smart learning package - 3 activities
EValuation form - consisting SLP feedback, it should goes from students
report on improvement - of the SLP

Dr Lam Kah Kei
Articles / note - problem solving regarding POLYA model
Summary - Polya flow
problems - non-routine problems to be submitted; (did that)
problems - guide students to solve the problems
students' work - submit the students'work..

Pn Latifah
Articles / notes - Test / validity and reliability, also on blooms taxanomy, JPU, and difficulty & discrimination index
Summary - topics above
20 obj Questions - set the questions and did analysis
Report and suggestion - on the questions given to the students

Pn Latifah
Notes - experiences on all i have learnt during this course
Interview - Future of math education in Malaysia
5 pages future studies proposal - predict changes in math content, and teaching strategies 20 years from now.



that's it... and all of them were to submitted this week!!!!! so, struggle!!!

Kelas 2T

 


ni laa budak2 yang banyak sekali masa aku dihabiskan semasa melakukan praktikum di mana lagi kalau bukan SMK Sungai Koyan... nama kelas ni, 2Teknologi, atau lebih manja, 2T... ada 38 orang pelajar dalam kelas ni, walaupun tak pernah konsisten yang datang ke kelas.. selalu sakit2... yang ponteng, tak tahu laa... :-p

so, saya mengajar matematik, menggantikan Cikgu kesaayangan diorang, cikgu Hisham untuk sementara waktu ni... Kelas ini adalah kelas nombor satu, mengikut ranking kelas tingkatan 2... maknanya, secara adatnya, kelas ini akan menjadi harapan sekolah untuk score banyak untuk PMR tahun depan.. pergh... challenge is always there for them...(,")

Yang menariknya, semasa praktikum ni, saya sangat beremosi dengan budak2 ni... air mata jantan ku menitik di kelas ini!! jangan memain... marah pun selalu... suka-suka, buat lawak pun biasa... yang bestnya, buat aktiviti bermodul pun pernah.. siap kena panggil dengan kaunselor lagi... diorang ni la punya pasa... hasilnya, langsung dah tak buat dah aktiviti bermodul... :-(

Kelas ni sebenarnya unik... tapi, diorang tak perasan... biasala kann.. nanti, bila nak berpisah, baru teringat... sebenarnya, kelas ni ada macam2 watak... character yang tersendiri yang kelas tingkatan 2 lain tidak ada... masalahnya, diorang ni, satu jer masalah yang paling ketara... TIADA BERSATU-PADU.... bukan diorang tak tau, bersatu teguh, bercerai roboh.... nah.. sekarang ni, macam nak roboh pun....

sedihnya, ada guru mengatakan yang diorang ni malas, tak kreatif, suka meniru, macam2 lagi sebenarnya.... ada yang betul, ada yang kurang tepat... pada pandangan saya, seorang guru yang belum lagi confirm jadi guru ni, perkara ini berlaku sebab tidak adanya TEAM WORK among them.... bila tiada TEAM WORK, then, there will be NO LEADER... and when there is no leader, no DIRECTION!, and when no direction, it will become COMFORT, and it convert into habits!!! BAD HABIT!!!!

kalau korang terbaca mende ni, cepat2 laa lakukan sesuatu....
Bayangkan kertas kosong yang dikoyak2.... banyak lubang2, tak ada yang boleh dipakai... ALangkah bahagianya kalau masing-masing dapat bersatu-padu dalam segala perkara.... satu-satukan kertas koyak itu antara satu sama lain... lihat hasilnya... TIdak akan ada lagi lubang2 kelompongan, kekurangan, dan kelemahan. guys, you can make this... Saya, sebagai guru, mendoakan agar anda semua belajar daripada pengalaman kita selama 10 minggu. ingat kata orang tua-tua...

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh....


 Posted by Picasa

Khamis, September 22, 2005

SMK Sungai Koyan





Kelas 4S adalah antara kelas saya... memang poyo budak2 nih... tapi skema... walaubagaimanapun, tetap kemas dan rajin bekerja... cumer, slow skit.. so, kena kerja keras lagi.. keep up the team work, since that will help you guys alot... 5% permonth willmake you success in SPM...


SMK Sungai Koyan... Ini adalah tempat saya berpraktikum... pendek katanya, belajar untuk mengajar dengan suasana yang sebenar.. Menariknya, sekolah ini adalah sekolah yang mana ramai pelajar asli, pelajar pedalaman, yang rata-ratanya, tahap akademik, dan sosioekonomi, adalah rendah dan jauh ketinggalan daripada sekolah-sekolah bandar... Ye la kan... nama pun sekolah luar bandar... Dan satu lagi yang menarik, walaupun sekolah luar bandar, ia adalah yang terbaik dikalangan sekolah luar bandar...

Jadi, pengalaman kat sini memang menarik... Saya ditempatkan bersama rakan sekuliah, En Mohd Faizal Salleh, poyo dan boleh dibawa bincang.. kepala pun lebih kurang sama... Seronok jugak laa... Masa yang dilalui dalam 10 minggu, tak terasa sangat... macam tak percaya jer, dah habis... Saya mengajar kelas 2T, 2K, dan 4S... 2T adalah kelas yang paling atas, 2K pulak kelas yang paling bawah, manakala kelas 4S pulak adalah kelas sains, basically, mengajar matematik tambahan ni... kira kelas power laa ni... eceh..eceh... Posted by Picasa

Sabtu, September 10, 2005

Pelajar Online: Kata Bermotivasi

menarik kan kalau dapat kongsi bersama..

sama-samalah kita bermoticasikan diri kita bersama

Rabu, Ogos 31, 2005

taik ayam

biasa kah dalam hidup ini hanya sekadar panas yang sebentar??? buang masa dan tenaga sungguh bila hangat taik ayam ni...
tak kira laa dalam apa pun yang kita lakukan dalam hidup... baik dalam cita-cita, nak jadi usahawan ker, nak buat itu, ini... nak berubah laa.. nak jadik budak baik lah... nak bagi komitmen lah.. macam2 lagi... yang paling jelas sekarang, nak maintain BLOG ni pun macam2 hal... giler... setelah berapa lama tak jenguk, baru hari ni nak bukak dan tulis... tak buang masa ker... haper2 laa...

okeh.. kejap hangat... lama sejuk.... ni nak hangat balik... taik ayam laa.... yang penting, pastikan kehangatan itu berterusan... by any means... yang ni namanya komitmen...

Isnin, Jun 27, 2005

program berterusan !!!

kita mulakan dengan Bina Insan Guru 2; Program Titian Insani kat Bukit Legung on 26-27/06/05, then, PTD interview on the next day, terus ke sarawak on the next day for a week.. (28/06/05-3/07/05) then, directly, goes back to Sg.Koyan to do my practikum.. And this is for 10 weeks... SO, watch out.. pandai2, curi masa...

interview, kalau dapat, abg zul cakap, intake dalam bulan 7-8... so, nak tak nak, kene mintak mintak delay..AGAIN...for REMINDER >>>>> KALAU DAPAT LAAA>>> kalau tak, biasa2 jer.... sambung tugas macam biasa menjadi pendidik cemerlang, gemilang dan terbilang!!!

Ahad, Jun 12, 2005

PTD ke, cikgu????


konvokesyen UIAM ke20::: semua adik beradik datang:kak long,a.faizal dan Iskandar, abg zul dan kak zura, bibie, aisyah dan hajar....

seronoknyer masa tu.. kalau tak silap, bulan Ogos, 2004... seronoknyer zaman belajar dulu.. selalujer teringat-teringat masa belajar dulu.. banyak jugak masalah; sibuk jugak; dan semuanya dapat diatasi satu-persatu... The world is not the cruel!! we make them cruel!!

Masa berlalu cepat sangat.. hari ni, dapat surat OFFER jadi PTD!!! kerja yang dulu, saya nak sangat!!! well, as time goes on, apa lagi bila dah berada dalam dunia perguruan nih, terasa berat pulak nak lepaskan kerjaya cikgu ni yang lagi 3-4 bulan nak habis... WHY NOW????? kan susah nak pilih nih... interview will be on this 28th June, 2005 at 8.00am, which is lagi 2 weeks!!!! adoooii!!! beratnyer nak buat pilihan...

(come on la Iman... masa zaman belajar dulu2 pun, banyak masalah yang membabitkan buat pilihan nih; boleh jer selesaikan!!! )

(Rasanya, baik ikut plan asal kot, iaitu habiskan dan teruskan jadik cikgu)

(tak pun, datang jer interview tu::: alaa... belum tentu dapat pun!!! boleh enhance skill in language, what!!! that's the things and chances that really hard to get, rite?? nothing to lose, really...)

(abis tu, kalau dapat macammana lak???? aper citer tu??? - tu pikir lain kali laa... - weh, takkan macam tu jer kot??? sooner or later, kene gak wat keputusan.... - yer laa, rileks laa, selesaikan satu-satu dulu - cakap senang laa..but then, to wait for the moment, and face the moment is me!! hati tak senang wo... - ARGHHH... susah la macam ni.....)

akhirnyer, malam ni, kiter buat la aper yang orang ajar buat; solat istikharah laa wei...

insyaAllah....

 Posted by Hello