Khamis, Jun 17, 2010

biasiswa JPA 2009

56 Per cent Of PSD Scholarship For Bumiputera
KUALA LUMPUR, June 16 (Bernama) -- The Public Service Department (PSD) gave out 2,850 scholarships to students to study abroad last year, said a minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Nazri Abd Aziz.

He said about 56 percent of the scholarships were awarded to Bumiputera students including in Sabah and Sarawak while the rest were awarded to non-Bumiputera students.

Speaking to reporters at the Parliament lobby, Nazri said distribution of the scholarships was based on four categories namely merit, ethnic race, Sabah/Sarawak Bumiputera, and their social background.

For the merit category, he said 59 scholarships (20 percent) were given out to Bumiputera while 241 scholarships (80 percent) were for non-Bumiputera.

For the quota based on racial groups, Bumiputera students received 557 scholarships compared with 343 for the non-Bumiputera.

Another 150 scholarships were given out to Sabah and Sarawak Bumiputera while 1,500 scholarships were given out based on the recipients social background -- 841 scholarships for Bumiputera and 657 for non-Bumiputera.

"If based on merit, only a few Bumiputera succeeded in getting the scholarship, thus, next year, Bumiputera students need to study harder," Nazri said.

-- BERNAMA

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:
1) 20% for Bumiputera on Merit based, means the level of standard of the bumiputera's students still in critical condition. Thus, to study harder indeed, is a good suggestion.
2) Overall, PSD (JPA) scholarship is still one of the main important sources for the students to pursue their studies. Human Resource (Sumber Insan) indeed, is priceless, and worth all the money can buy; especially, when living in Malaysia.

Selasa, Jun 15, 2010

hadiah 50 sen untuk guru

“Tak payahlah bagi hadiah untuk cikgu kali ini.” Kata ayah apabila saya memberitahunya bahawa kawan2 semua sudah ada hadiah untuk diberikan kepada cikgu kami pada hari terakhir sekolah. Ayah terus melukis tanpa memandang muka saya. Saya tidak menjawab. Saya faham, ayah tidak ada duit pada waktu itu.
Saya  memandang duit 50 sen dalam genggaman. Itulah saja yang ada dalam simpan saya. Apalah yang boleh dibeli dengan duit sebanyak itu. Rasa sedih, malu, rendah diri, semua menyelubungi perasaan. Kalaulah saya kaya, saya akan belikan hadiah besar untuk cikgu. Tinggal 3 hari lagi jamuan perpisahan. Semua rakan2 dalamkelas sibuk bercerita tentang hadiah untuk cikgu. Ada yang  membeli sendiri, ada yang berkongsi.
Semasa berjalan pulang dari sekolah dengan 2 orang  rakan sekelas, tiba2 kedua2 rakan itu masuk ke sebuah kedai di Pasar Minggu Kg. Baru. Saya menunggu saja di luar. Mereka membelek2 kerongsang dalam kedai itu.  Mereka berbisik2 berdua. Tiba2 salah seorang berkata, “Neli, awak nak kongsi beli hadiah, tak, utk cikgu?”
“Nak juga, tapi duit kita cuma ada 50sen.” Jawab saya dengan lurus.
“Harga kerongsang ni 12 ringgit. Kita orang tak cukup duit. Kalau awak bagi duit 50 sen tu nanti kita tulislah nama awak juga pada hadiah tu.” Katanya2 membuat saya gembira.
Saya menyeluk kocek baju sekolah dan memberikan duit 50 sen kepada kawan itu.
Saya pulang ke rumah dengan rasa lega. Besok saya bukanlah satunya2 anak murid yang tidak memberi hadiah kepada cikgu kelas. Biarlah cikgu tahu saya juga sayang dan menghargai jasanya. Hari itu semasa kawan2 rancak  bercerita tentang hadiah untuk cikgu, saya pun tidak rasa terasing lagi kerana sudah sama dengan mereka…..”Kita pun dah ada hadiah untuk cikgu. ”
Masa untuk murid2 menyampaikan hadiah masing2 sudah tiba. Cikgu menerima hadiah dari murid2 sambil membacakan nama pemberinya. Apabila menerima hadiah kerongsang, cikgu hanya menyebut nama 2 orang rakan saya. Kedua2 rakan itu menoleh kepada saya dan salah seorang berkata, “Awak cuma bagi 50sen, kami bagi 6 ringgit. Tak acilah nak tulis nama awak sama.”
Sedih bukan kepalang. Benarlah seperti yang saya jangkakan,  hari itu memang benar sayalah satunya2 anak murid yang tidak memberi hadiah kepada cikgu. Duit 50 sen yang berikan untuk membeli hadiah cikgu rupanya tidak ada harga. Saya hanya menundukkan muka kerana malu dan sedih.
Semasa menghulur tangan untuk salam perpisahan dengan cikgu, airmata saya berlinang tetapi masih mampu berkata,
“Maafkan saya cikgu. Saya tak beri apa2 pada cikgu. Saya janji akan belajar bersungguh sampai berjaya masuk universiti.” Cikgu cuma senyum.
Rupanya itu memang benar2 salam terakhir kami dan saya tidak pernah bertemu dengannya lagi. Cikgu tidak pernah tahu duit 50 sen untuk membeli kerongsang itu. Cikgu pun mungkin tidak pernah tahu apa yang saya capai selepas itu. Semuanya hasil rentetan pengalaman hidup sebagai pelajar miskin.  Biarlah ia menjadi kenangan dan pengajaran yang bermakna.
Apabila saya menjadi guru, saya berpesan kepada anak2 murid, “Jangan beli apa2 untuk cikgu. Cukuplah hadiahkan cikgu dengan doa dan usaha gigih kalian. Usaha gigih untuk cikgu, kejayaan untuk  kalian, puji-pujian untuk ibubapa. ”
Tetapi mereka masih memberi juga sehinggalah sekarang. Sudah berkotak2 hadiah kenangan2 dari murid2 yang tidak ada tempat sempurna untuk diletakkan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Cikgu doakan anak-anak didik cikgu semua berada dalam keadaan terbaik dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah dan Khalifah terbaik di atas muka bumi ini.
2) Perubahan ke arah kebaikan; niatkan setiap amalan ibadah perubahan baik itu untuk disedekahkan kepada guru kita, sebagai bekalan mereka di akhirat sana... 
3) 3 perkara yang akan dibawa sehingga ke alam kubur, iaitu doa anak soleh kepada kedua ibu bapanya, sedekah jariah, amalan ibadah yang bermakna dalam hidup. 

Isnin, Jun 14, 2010

Demam Bola; Pandangan Dr yusuf Qardhawi

Demam World Cup FIFA


FIFA World Cup Afrika Selatan bakal bermula Juma`at (11 Jun) selama 1 bulan penuh. rakyat Malaysia di jangka bersengkang mata untuk menyaksikannya saban malam...


apa kata Dr al-Imam Yusof Abdullah al-Qardhawi, Mujtahid nombor satu (YDP Persatuan Ulama Sedunia) mengenai bolasepak:

Bolasepak merupakan sukan yang tidak pernah dibahaskan oleh ulama' di masa lampau, kemungkinan ia belum wujud. Sekarang ia merupakan sukan nombor satu dunia, ia telah menyilau manusia, menguasai akal mereka, menyihir mata mereka serta menyita waktu dan pemikiran mereka...

Berikut adalah nasihat DYQ kpd peminat bolasepak:
Dari segi syara`, tiada larangan bermain bola atau menontonnya kerana bola tiada apa yg bertentangan dgn syara`. 
Ada dua perkara yg perlu diperhatikan:

1. Jangan mencuaikan kewajipan agama dan dunia; kewajipan agama yg paling penting ialah solat. Manakala kewajipan dunia ialah tugasan dan produktiviti bagi seorang pelajar, pekerja dan pegawai;

2. Jauhi apa jua yg bersifat berlebihan. Berlebihan dalam bolasepak ialah fanatisme atau taksub yg melampau. Berlebihan dalam bolasepak itu menjadikan ia counterproductive..
Dalilnya:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ (٣١)
AQT7:31. [Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.]

Juga dalil hadith:

فإن لجسدك عليك حقا ، وإن لعينك عليك حقا ، وإن لزوجك عليك حقا
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5199
Terjemahnya:" sesungguhnya tubuhmu memiliki hak atas dirimu, dan matamu memiliki hak atas dirimu, dan isterimu memiliki hak atas dirimu.." HR Bukhori

Oleh itu, tontonlah bolasepak, tapi jgn berlebihan....

[Ref: DYQ, Fiqh Lahw, Maktabah Wahbah, Cairo: 2005]

Lesen judi: Model Ekonomi apa?

Kenyataan rasmi daripada WADAH:



LESEN JUDI:  MODEL EKONOMI APA?
Dato' Dr. Siddiq Fadzil,
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

ومن أعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة أعمى.
                              Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku,  maka sungguh,                       
                               dia  akan  menjalani kehidupan yang sempit,  dan  Kami  akan
                               Mengumpulkannya  pada  hari   Kiamat  dalam  keadaan  buta.
                               (Taha: 124).  
Pada suatu ketika seorang tokoh Melayu-Muslim mendakwa tidak menemukan ayat larangan berjudi dalam al-Qur'an,  lalu ramai yang menanggapinya sebagai suatu kelucuan.  Tetapi sebenarnya ia adalah  hal yang malang dan menyedihkan.  Mungkin dakwaan tersebut agak sukar diterima akal,  tetapi demikianlah cara pengarah casinoterkenal itu berhelah  untuk mempertahankan kredibilitinya.  Di tengah heboh  isu lesen judi ketika ini,  terlintas suatu kemungkinan bahawa beliau  tidak keseorangan, tetapi  ada lagi orang-orang kenamaan Melayu-Muslim yang tidak mengenal ayat judi,  atau tidak dapat melihat bahaya dan keburukan judi.  Kemungkinan lain ialah lemahnya penguasa politik Melayu-Muslim sehingga tidak berdaya  berkata "tidak!" kepada lobi dan tekanan  taukeh-taukeh judi. Tentu ada pula sebabnya mengapa mereka menjadi selemah itu apabila berhadapan dengan kekuatan wang. Sikap terhadap judi dan maksiat-maksiat lain sebenarnya sangat ditentukan oleh faktor iman dan ilmu. Kedua-dua faktor itulah yang dapat memberikan kekuatan dan keberanian bersikap  dengan benar,   sesuai tuntutan iman dan kebenaran ilmu. 
Andainya kita melihat segala sesuatu dari perspektif Qur'ani,  dan andainya Tuhan dan Ayat-Ayat-Nya masih mempunyai erti dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara persoalan ini  tidak akan sampai menjadi isu. Tidak ada alasan apa pun yang boleh dipakai untuk menjustifikasikan judi dalam segala bentuk dan modelnya. Larangan berjudi diungkapkan dalam al-Qur'an dengan nada yang cukup jelas, tegas dan keras sekali:

يآأيّها الذين آمنوا إنّما الخمروالميسروالأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلّكم تفلحون.                                
                                     Wahai   orang-orang  yang beriman!   Sesungguhnya arak,  judi,
                                     (berkorban untuk)   berhala,  dan  mengundi nasib dengan anak
                                     panah,  adalah perbuatan keji dan  termasuk perbuatan syaitan.
                                     Maka jauhilah (perbuatan-perbuata n) itu agar kamu beruntung.
                                        (Al-Ma'idah:90).       
Ayat tersebut bermula dengan ungkapan panggilan  (wahai orang-orang yang beriman!),  suatu gaya panggilan istimewa yang penuh penghormatan.   Mereka yang memiliki sensitiviti keimanan akan tersentak mendengar panggilan tersebut.  Justeru,  kita dipanggil dengan kalimat yang mengungkapkan sikap dan pendirian bijak yang telah kita ambil  iaitu pendirian untuk beriman. Kesan semerta gaya panggilan sedemikian ialah timbulnya kesedaran tentang perlunya sikap konsisten seorang  mukmin iaitu peka dan responsif  terhadap apa jua perintah Tuhan yang diimani.  Orang mukmin tulen akan berasa malu andainya gagal menepati tuntutan iman.  Mengaku beriman dengan Allah,  tetapi kemudiannya mengingkari  perintah-Nya adalah sikap tidak konsisten dan tidak jujur.    Demikianlah al-Qur'an mempersiapkan jiwa dan minda mukmin untuk  menerima perintah yang segera akan menyusul pada kalimat-kalimat berikutnya.
Panggilan tersebut diikuti dengan  sebutan  sejumlah amalan keji yang mencirikan budaya masyarakat jahiliah, termasuk judi (al-maysir).   Demikianlah hakikatnya,  judi bukan amalan masyarakat maju dan bertamadun tinggi. Ia adalah sisa kejahiliahan masa lalu yang jijik dan memalukan.  Dalam ayat tersebut judi jelas-jelas disebut rijsun,  suatu yang keji, kotor dan menjijikkan.  Meskipun mungkin dilakukan di ruang casino yang serba moden, megah dan meriah dengan gemerlap pencahayaan yang berwarna-marni,  hakikatnya ia tetap kotor dan menjijikkan.  Orang yang mempunyai maruah akan berasa malu terlibat dengan judi,  melakukan amalan berjudi, atau bersikap pro-judi.
Setelah disifatkan sebagai rijsun dengan segala kekejian dan kekotorannya,   disebut pula hakikat judi sebagai produk pekerjaan syaitan (min `amal al-shaytan).  Andainya ada orang yang melihat judi itu baik dan cantik, sebenarnya ia tertipu dengan pesona hasil gubahan syaitan.   Memang syaitan memiliki kemahiran tinggi membungkus dan mengemas kekejian sehingga tampak bagaikan kebajikan. Memang  itulah keahliannya: mempedaya manusia dengan  kejahatan yang dihias indah dan megah sehingga disangka kebaikan tulen dan asli. Orang mukmin yang sentiasa ingat dan sedar tentang permusuhan abadinya dengan syaitan akan sangat alergik dengan apa sahaja yang terkait dengan syaitan,  lalu sentiasa mewaspadai segala bentuk jebakan dan jerangkap samar syaitan.  Mereka yang melihat judi sebagai suatu yang baik dan menguntungkan,  pada hakikatnya bukan orang bijak,  tetapi orang naïf,  tidak dapat membaca   tipu-daya syaitan dan rakan-rakan kongsinya.
Pemakaian kata shaytan dalam al-Qur'an ada yang meliputi makna  manusia dan jin yang jahat,  menipu orang dengan kata-kata propaganda yang penuh tipu-daya sebagaimana dalam ayat:

                                                                                                         وكذالك جعلنا لكل نبيّ عدوّا شياطين الإنس والجنّيوحى بعضهم إلى بعض زخرف القول غرورا...   
                               Dan demikianlah untuk setiap nabi Kami menjadikan musuh
                               yang terdiri daripada     syaitan-syaitan   manusia  dan   jin,
                               sebahagian  mereka  membisikkan kepada sebahagian yang
                               lain perkataan yang indah sebagai tipuan.  … (Al-An`am:112).   
Demikianlah kata syaitan yang mungkin berwujud sebagai manusia (al-ins)  yang memusuhi nabi-nabi,  menolak dan mengenepikan ajaran-ajaran mereka.  Manusia-manusia syaitan ini juga selalu bekerjasama, saling membantu dalam menciptakan propaganda, dakyah dan slogan indah yang motifnya adalah penipuan dan pembodohan. Ungkapan "perkataan yang indah"  (zukhrufa 'l-qawl)  mungkin meliputi juga alasan-alasan rekaan untuk menjustifikasikan sesuatu perbuatan atau amalan keji,  termasuk dakwaan kononnya ada judi kebajikan yang bermaksud baik,  untuk mengumpul dana yayasan membantu golongan miskin.  Andainya dasar menjadikan judi sebagai sumber pendapatan itu adalah sejenis model ekonomi, maka nama paling tepat ialah model ekonomi kesyaitanan atau satanomics. 
Walau dikemas secantik mana,  dan berikan label seindah mana, selagi hakikatnya adalah judi, al-Qur'an tetap tegas, "maka jauhilah ia!" (fa 'jtanibuhu). Kata "jauhilah" mengisyaratkan makna  betapa keji dan berbahayanya judi sehingga tidak boleh dihampiri,  apa lagi dilakukan.  Al-Qur'an tidak mengatakan jangan lakukan!,  tetapi jauhilah!.  Ertinya, menghampirinya sahaja sudah salah,  belum melakukannya lagi.  Implikasi gaya pengungkapan sedemikian ialah bahawa yang dilarang bukan hanya berjudi,  tetapi juga mewujudkan suasana yang merangsang orang berjudi,    membuka ruang untuk orang berjudi,  dan  memberikan lesen kepada syarikat  perjudian.  
Ayat tersebut dihujungi dengan ungkapan pembawa harapan  semoga  "kamu beruntung"  (la`allakum tuflihun).  Jelas yang diberikan harapan akan  beruntung bukan mereka yang berjudi,  tetapi yang menjauhi judi.  Bukankah ada juga orang berjudi yang beruntung?   Sebenarnya tidak ada.  Yang ada ialah orang yang tertipu,  berasa beruntung walhal  pada hakikatnya ia kerugian,  terjerumus dalam kekejian dan menanggung dosa berat dunia-akhirat.  Demikianlah  ketololan manusia tahi judi,   berasa mendapat,  walhal hakikatnya ia kehilangan.   Hilang dan musnahnya harapan untuk mencapai kejayaan dan keberuntungan hakiki.  Demikianlah antara mesej  tersirat ayat al-Ma'idah tersebut:   Berjaya tanpa judi!. 
Sebagai produk kemasan syaitan,  judi membawa pelbagai kerosakan moral-sosial yang serius.  Demikianlah seperti yang dijelaskan dalam ayat berikutnya:

                                                                                                       إنّمايريدالشيطان أن يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمروالميسرويصدّكم عن ذكرالله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون.  
                                Dengan arak  dan  judi itu,   syaitan  hanyalah  bermaksud
                               menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu,
                               dan  menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah  dan
                               dan  melaksanakan   solat,   maka   tidakkah  kamu  mahu
                               berhenti?.                                                    (Al-Ma'idah:91)
 Judi yang berkesudahan mengambil harta orang  secara tidak benar,  bukan upah dan bukan keuntungan perniagaan,  menyebabkan kerugian di pihak lain.  Seterusnya kecurangan inilah pula yang membangkitkan rasa marah, benci dan dendam permusuhan seperti yang terluah dalam caci-maki dan sumpah-seranah pihak yang berasa dirugikan. Apalah erti slogan 1 Malaysia jika judi yang jelas-jelas menjadi pencetus permusuhan dan kebencian dibenarkan?   Berjudi memang selalu mengasyikkan kerana dimeriahkan dengan sorak-sorai dan rangsangan syaitan.  Keasyikan itulah pula yang melalaikan orang  sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap Tuhan, termasuk tanggungjawab utamanya iaitu solat,  dan tanggungjawab lainnya seperti keluarga dan masyarakat.  Berapa banyak rumah-tangga yang runtuh dan keluarga yang menjadi porak-poranda gara-gara ketagihan judi. 
Apabila segala kerosakan tersebut terjadi, bererti tercapailah tujuan syaitan,  dan berjayalah rencana  jahat mereka.   Bayangkan betapa meriahnya syaitan berpesta ketika  lesen judi diluluskan, dan bayangkan betapa gegak-gempitanya sorak-sorai syaitan nanti apabila ramai orang Islam terjerumus dalam jebakan judi. Secara realitik dapat dipastikan bahawa mekanisme yang ada ketika ini tidak akan berdaya,  dan mungkin sekali tidak akan berminat menghalang orang Islam daripada terlibat dengan judi yang diangkat menjadi sejenis pesta besar. Persoalan ini mengingatkan kita kepada penglibatan  orang Melayu-Muslim dalam syarikat perjudian ternama di negara ini. Catatan Joe Studwell dalam bukunya Asian Godfathers:  Money and Power in Hong Kong and Southeast Asia wajar kita renung dengan penuh rasa prihatin,
                              Lim Goh Tong's casino empire keeps its Malay shareholders
                              under  very  close wraps  since gambling is  an anathema to
                              Islam;   almost  all  the  large shareholders in his main listed
                              vehicles are nominee  companies.    But Lim cannot hide his
                              dependence on close relationships  with Malaysia's powerful
                              police force.   Retired  officers  take  many  jobs at  his giant
                              casino,  while directors and executives of Genting,  his main
                              company,   have  included  a former  inspector general  and
                              deputy inspector general of the national police force.  (Hlm.          
                              75-76).
Hampir semua orang tahu, termasuk yang bukan Islam bahawa judi adalah suatu kemungkaran besar yang membawa akibat buruk. Tetapi kenapa dibenarkan juga? Al-Qur'an dengan jelas dan tegas menyebutkan antara tanggungjawab penguasa ialah melaksanakan amar makruf nahi munkar, mendorong kemakrufan dan mencegah kemungkaran (al-Hajj:41). Apakah  bisikan taukeh judi sudah mengatasi pesan Ilahi? Agama memberikan panduan jelas kepada pemerintah Muslim agar menjadikan maslahah sebagai asas apabila membuat sesuatu dasar atau keputusan.

                                                              تصرّف الإمام منوط بالمصلحة

Tetapi apa yang terjadi  jelas bertentangan dengan prinsip tersebut.  Meluluskan lesen judi bererti menjadikan mafsadah (kerosakan) sebagai asas pijakan dalam membuat dasar dan keputusan. Bagaimana rakyat dapat merasa damai, tenang dan yakin jika pemerintahnya  sudah tidak komited kepada prinsip  maslahah, malah  sebaliknya sudah hilang kepedulian terhadap tanggungjawab melindungi  rakyat dari mafsadah dan kebejatan moral-sosial.
 Melihat hal-hal di sekitar  isu ini, rakyat mulai bertanya siapa sebenarnya yang berkepentingan dalam kelulusan lessen judi ini? Kenapa pemimpin-pemimpin politik kelihatan tidak berdaya menolak kemahuan syarikat-syarikat perjudian  sehingga pesan Tuhan tidak dipedulikan dan suara rakyat tidak diindahkan.  Apakah ini satu lagi bukti yang membenarkan dakwaan Noreena Hertz tentang berlakunya gejala pengambilalihan kuasa secara senyap? Dalam bukunya  The Silent Takeover:  Global Capitalism and the Death of Democracy beliau mengatakan,
                               Politicians  are  increasingly  seen as impotent,   irrelevant,
                              and  dishonest.    People  see  their governments  as unable
                              to  deliver what  they promise,  obsessed with unimportant
                              issues  and  internal   politicking,    riddled  with corruption,
                              clinging to outmoded notions of authority,  and increasingly
                              in the pockets of businesspeople.  (hlm. 121).             
 Alangkah malangnya jika benar bahawa pemimpin-pemimpin politik  yang mewakili rakyat sudah  …increasingly in the pockets of businesspeople,  sudah semakin jauh berada dalam poket tokoh-tokoh dan taukeh-taukeh perniagaan, termasuk  pemilik-pemilik syarikat perjudian.
 Mungkin  ada yang mempertahankan dasar membenarkan perjudian atas perkiraan ekonomi, bahawa Judi adalah sumber penting pendapatan negara. Mungkin ada negara atau pihak-pihak lain yang menjadikan  judi  sebagai sumber pendapatan,  tetapi yang pasti judi tidak boleh dan tidak mungkin menjadi sumber kesejahteraan. Sebaliknya ia  adalah punca kesengsaraan. Tidak mempedulikan pesan dan peringatan Tuhan bererti  menempah kesengsaraan. Itulah yang dimaksudkan dengan ma`isyatan danka (kehidupan yang sempit)  sebagaimana diperingatkan  dalam ayat 124 surah Taha di atas. Meskipun mungkin ditimbuni harta yang melimpah ruah,  tetapi ia adalah kehidupan yang terputus dari rahmat  Tuhan dan tersisih  dari naungan-Nya. Sumber kesejahteraan adalah Allah, Tuhan yang bernama al-Salam. Tidak ada kesejahteraan, kedamaian dan keteduhan  selain dalam kehidupan yang sirami rahmat Ilahi dan diteduhi  naungan-Nya. Tanpa rahmat dan naungan-Nya yang ada hanya keresahan, ketegangan, keraguan dan ketakutan. Hidup tanpa rahmah dan barakah itulah yang disebut hidup yang malang dan celaka  dalam hikmah kepujanggaan bangsa:
                                     Bergantung kepada Yang Satu
                                    Berpegang kepada Yang Esa
                                    Tuah hidup sempurna hidup
                                    Hidup berakal mati beriman
                                    Malang hidup celaka hidup
                                    Hidup tak tahu halal haram. 

BANGI:  9 Jun 2010.

kisah unggun api neraka

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab: "Aku takutkan api neraka."

Khalifah yang adil itu memujuk: "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Namun apakah jawapan budak itu? 
Katanya: "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting yang kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?"

Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah: 
1) Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luarbiasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.




(sumber: Solusi Isu no20)

Watch and Learn

CCTV- cheap and efficient


 beware the speed limit

Spit not so loud


All visitors - Read and understand