Khamis, Ogos 28, 2008

Alahai Apalah Nasib Cikgu....

Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada cikgu . Cikgu ini bagaikan papan dart yang kerjanya menerima tusukan panah dart. Membaling dart memang menyeronokkan . Siapa yang tidak seronok jika membaling ke papan dart . Selalunya dart akan mengena dan jarang sekali yang meleset. Cuma untuk tepat ke sasaran memang susah. Begitulah juga dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada guru-guru . Nampak macam kena tapi tidaklah kena sangat ke sasaran. Ia masih sipi-sipi sahaja.

Filem yang cukup menghina guru ialah filem yang dilakonkan oleh P Ramlee. Dalam kelas cikgu itu , cikgu tersebut tertidur kerana setiap malam dia bermain gitar dalam satu kumpulan muzik. Filem ini ditayang berkali-kali di televisyen terutama sekali di Astro Ria. Aku memang tak kering gusi melihat telatah Cikgu Ramlee dengan anak murid yang nakal-nakal itu.

Tapi adakah semua cikgu-cikgu sedemikian. Oleh kerana filem itu ditayangkan berkali-kali ,maka ramai yang terpengaruh dengan dakwaan itu. Mereka beranggapan ramai guru yang mengajar sambil lewa dan senang-senang tidur di dalam kelas.

Terpancut keluar dari mulut Cikgu Lok Yim Pheng bahawa cikgu-cikgu disaman hampir setiap hari. Dalam laporan RTM, pemberita meminta ulasan daripada cikgu-cikgu di kelas. Semua guru yang ditemuramah mengiyakan guru-guru mudah terdedah dengan kes saman ini. Mereka takut mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang nakal. Aku naik pelik juga dengan laporan RTM itu kerana seolah-olah RTM menyebelahi cikgu dan tidak menyokong Dato Hishamuddin. Selepas itu tidak ada lagi temubual dengan para guru baik RTM mahupun TV3. Itu yang akui perasan , mungkin betul mungkin tidak. Laporan akhbar aku tak percaya sangat kerana ia lebih mudah ditapis.

Jika bernasib baik , guru-guru hanya akan dicalar kereta mereka. Tetapi jika tidak bernasib baik, kes mereka akan direport ke balai polis , dibuat laporan doktor swasta dan di bawa ke mahkamah. Tak kurang juga yang melibatkan yang berhormat, tokoh politik dan persatuan politik setempat. Banyak juga yang diselesaikan oleh pihak pengetua, PPD atau oleh pegawai daripada Kementerian. Jawapan paling mudah ialah tukar sekolah.

Apakah tanggapan ibu bapa sekarang terhadap guru-guru. Ibu bapa memang menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa sekarang mempunyai bilangan anak yang kecil , hanya tiga empat orang sahaja. Jadi mereka amat bergantung kejayaan kepada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki . Jika dapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan , itu sudah cukup memadai.

Dalam beberapa hal mereka ambil perhatian terhadap keadaan anak-anak mereka Sungguhpun mereka sibuk bekerja , tapi mereka amat mengharapkan anak mereka berjaya, lebih berjaya daripada mereka. Jika ibu bapa mempunyai kelemahan dan kesilapan masa lalu, seboleh mungkin kesilapan dan kelemahan itu tidak akan berulang dan berjangkit kepada anak-anak mereka.

Ibu tidak percaya perwatakan anak-anak mereka berubah dari semasa ke semasa. Semasa di Tahun 1 perangai anak mereka cukup baik tetapi setelah ke Tahun 2, perangai anak mereka berubah. Mulalah mereka menyalahkan kawan-kawan kepada anak-anak mereka.

Apabila di sekolah menengah, perangai anak mereka lebih cepat berubah. Mereka menyalahkan sekolah dan guru-guru yang kononnya tidak berdedikasi. Mereka mendapati guru sekolah menengah tidak bertanggungjawab berbanding dengan guru-guru di sekolah rendah. Guru di sekolah menengah hanya membiarkan jika anak mereka melakukan kesalahan. Ibu bapa lebih kenal dengan guru di sekolah rendah. Mereka lebih menghargai jasa dan peranan guru sekolah rendah. Mereka merasakan guru di sekolah rendah lebih prihatin.

Ibu bapa tidak sedar corak pendidikan dan pergaulan mereka di rumah telah menyebabkan watak anak mereka turut berubah. Setiap manusia akan berubah. Apabila masa berlalu , anak-anak akan lebih dewasa , mahukan status kedewasaan , inginkan kebebasan dan lepas bebas dari kongkongan. Inilah yang dinamakan jiwa remaja.

Ketika di sekolah rendah , anak-anak tadi bercampur sesama kaum tetapi apabila sampai di sekolah menengah, anak-anak mereka bercampur dengan kaum-kaum yang lain. Selalunya ibu bapa ini menyatakan sesuatu kaum itu lebih jahat dan nakal, lebih bising dan sebagainya.
Pelbagai tuduhan dilemparkan dan ada kalanya berbau perkauman. Di sekolah menengah isu-isu perkauman lebih mudah merebak. Pergaduhan pelajar antara kaum lebih mudah berlaku. Faktor luaran amat mempengaruhi terutama iklim politik semasa dan kongsi gelap.

Faktor jarak juga memainkan peranan. Semasa di sekolah rendah , jarak antara sekolah rendah dengan rumah tidaklah begitu jauh. Hanya sekitar 2-3 batu sahaja. Tambahan pula mereka selalu hantar dan ambil di sekolah. Oleh itu mereka tahu perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa mengenali rakan dan lawan anak-anak mereka. Anak -anak ini pula selalu mengadu hal ehwal apa yang berlaku di sekolah. Tetapi apabila sampai di sekolah menengah , jarah rumah dengan sekolah lebih jauh. Mungkin 7- 10 kilometer.

Sekolah -sekolah menengah ini terletak hanya di bandar-bandar. Satu ketika dahulu pusat video games, pusat snuker, kafe siber banyak dibandar. Anak-anak yang jauh daripada pemerhatian ibu bapa telah menyimpang ke pusat-pusat ini untuk mendapat pengiktirafan sebagai seorang muda remaja. Tidaklah mereka dikatakan kolot, tidur di celah ketiak emak lagi.

Banyak pemimpin politik tidak percaya pelajar-pelajar ini macam samseng di sekolah. Datanglah jengok ke sekolah-sekolah terutama sekali pada waktu hujung waktu belajar dan semasa rehat. Lihat juga kawasan bandar yang mempunyai pusat-pusat yang dinyatakan di atas. Tidakkah mereka sedari para pelajar ini melepak dan melepak tanpa sebarang tujuan.

sambung...

1 ulasan:

Mr. Deen berkata...

Sedarkah anda.... Guru adalah anak emas kerajaan... Segala permintaan dipenuhi.. Kenaikan.. Bonus.. Memang bertuah menjadi guru berbanding profession awam lain di bumi bertuah Malaysia... Hampir majoriti jiran-jiran saya di kediaman hampir setengah juta yang saya diami ini adalah guru... hendak melihat profession awam lain yang tinggal di sini? hanya seketul dua. Itu pun yang berpangkat.. Jiran saya, merangkap rakan saya, seorang guru.. Setiap hari asal bertemu saya mengeluh mengenai pengetua, murid-murid, tak cukup rehat, kerja sekolah bawa balik, kursus di sana sini... namun hakikatnya... suami isteri berkereta mewah seorang satu... setiap petang selepas habis kelas ada part time business sendiri..

Cukup berbeza dengan isteri saya yang juga penjawat awam di bahagian kesihatan... kenaikan ada.. bonus? ada ambik tak ada diam.. pergi kerja pagi balik lewat petang.. cuti sekolah jadual tetap sama.. dalam pekerjaan kalau salah adjust nyawa patient melayang... insentif dibandingkan dgn guru.. bagai langit dengan bumi... Setiap tahun dia berkata "untungnya kalau jadi cikgu kan bang?..."

Saya? Kerja swasta.. Kereta jenama Malaysia.. Pergi kerja pagi dan pulang malam.. kenaikan? jangan diharapkan.. bonus? Kalau ada ambik kalau tak ada diam.. risiko kena buang kerja? Terlalu tinggi.. Kena pandai jaga bontot sendiri dan kena ikut SOP sebaik-baiknya.. insya'Allah selamat... cukup makan? alhamdulillah... rezeki dari Allah...

Anda nilailah sendiri... cukup bersyukurkah dengan apa yang anda kecapi hari ini... Adakah anda cukup berterima kasih dengan tangan yang memberikan anda peluang sebegini...