Jumaat, Ogos 29, 2008

mati hidup semula

1)Perasaan seronok amatlah tidak terkira! Blog ini adalah tempat saya simpankan segala cetusan pemikiran yang dikongsikan dalam layar internet. Maknanya, cetusan ini untuk seluruh dunia, selagi mereka mampu membaca artikel saya.

2)Blog ini mati selama hampir 2 tahun, yang mana post terakhir pada 30 November 2006. Hidup semula pada 28 Ogos, 2008. Tarikh yang amat bermakna kerana ini adalah hari lahir saya! Hari ini pada 28 tahun dahulu, saya mula masuk dan melihat alam dunia.

3)Ia juga memberi makna tersirat, bermula era baru dalam hidup saya selama 28 tahun. Indahnya hidup ini bila mendapat penghargaan insan sekeliling.
-Saya adalah cikgu. Berjuang, memberi bakti dengan mencurah ilmu sekadar yang ada untuk bekalan anak-anak murid maju jalan kehadapan.
-Saya adalah anak. Mengormati, mentaati ibu bapa dengan menjaga hati perasaan mereka, sementara tangan mereka masih boleh dicium.
-Saya adalah suami. Mentadbir sebuah keluarga dengan kasih sayang, dan menunjuk teladan serta menjadi nakhoda pelayaran kehidupan rumah tangga.
-Saya adalah belia. Menjadi penggerak anak muda yang lain dalam melahirkan masyarakat bertamadun, masyarakat madani dengan keringat jantan orang muda. Kata nabi, ingat masa muda sebelum masa tua
-Saya adalah siapa yang Tuhan jadikan saya. Yang pasti, menjadi khalifah untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kepada kemungkaran.


Allahu Akbar!!

Tiada ulasan: